Tuesday 30 September 2014

buah hati papa


assalamualaikum...

dah setahun sebulan usianya,
sabtu lepas baru sempat buat temujanji untuk cucuk setahun,
dah terlewat sebulan sebab mamanya ni sibuk sesangat..
alhamdulillah..
minggu lepas ada kelapangan, jadi semua ke spital la nak cucuk adelya.

pepagi sampai hospital masih lengang,
apalagi seronok la dua hero akak ni bermain kat sini, 
tengok abg adrien tu, dgn tak berkasut berlari kesana sini,
sampai mama,papa pegi bekpes pun dorang taknak ikut nak main je kat situ.


inilah buah hati papa...
tengok tu, duduk je kat papa dia, tak layan pun abg-abg main.
jumpa dokte, dokte kata berat adelya masih tak mencapai tahap yg sepatutnya..
dokte suggestkan akak beri satu susu kepada adelya..
dokte siap bg sample dulu,kalau adelya nak minum bole la teruskan,
jika tidak tak perlulah bagi..

sebelum beli susu yg dokte suggestkan tu, akak search dulu tengok apakata org ramai ttg susu itu,
dari apa yg akak baca memang susu itu bagus utk anak2 yg berat badannya kurang,
oklah adelya, memandangkan adelya pun suka dgn susu itu, kita beli je susu itu...
walapon harganya boleh tahan juga,tp demi kebaikan dan kesihatan utk anak2 mama tidak kisah..
jika berlaku perubahan yg baik selepas ini, kita teruskan dgn susu itu ye,
tp kata dokte, selepas mencapai berat badan ideal sesuai dgn usia adelya,
bolehla berhenti beri susu itu dan bole bertukar ke susu lain..
walapon adelya masih menyusu badan dan akak masih pump susu bekalan utk taska tp terpaksa la top up dgn susu lain,asalkan memberikan kebaikan utk anak2..

adelya setakat setahun sebulan..

perkembangan setakat ini..
gigi bawah baru tumbuh satu, yg satu lg baru nak muncul,
dah pandai nak main dgn abg2, abg main bola dia pun nak join, siap gelak2,lari2 lagi..
dah bole sebut mama,papa...
dokte pun cakap satu hari ajarkan satu perkataan mudah utk anak..
jadi satu hari akak ajarkan satu perkataan utk adelya,
disamping mengajar abg adam dan abg adrien...
bila mengamuk boleh tahan,nak pulak bila barang yg dipegang diambil org,
dia duduk kat lantai sambil kaki meronta2,menjerit dan menangis..
adoii boleh tahan suaranya bila mengamuk..
dah pandai nak buli abg,yg selalu kena abg adrien la,
abg adrien tgh tido dia naik atas abg,takpun dipukulnya abg suruh bangun,
ada harapan dibuat member bergaduh dgn abg adrien nanti nih.

adelya ni..sejak kena tinggal dgn papa bila mama balik lewat,dia jadi rapat dgn papa,
tengah menyusu bila papa buka pintu je,dia terus berhenti menyusu pergi hulur tangan dekat papa,
minta papa dukung sebabnya setiap petang papa bawa ronda2 naik motor.
bila papa bagi makan,papa suruh duduk dia akan duduk,
bangun pagi nangis tunggu papa depan bilik air masa papa mandikan abg..
bila tengah main, papa dtg panggil dan hulur tangan,dia pun terus lari peluk papa..
dah jadi buah hati papa sekarang..

haaa..tunggu bila dah cerdik sikit nanti,
kalau buat sepah tentu dapat hanger jugak mcm abg2..
maklumla papa tu garang sikit,nak pulak kalau lepas dia mengemas rumah,
jangan la buat sepah..habis satu rumah dia bising...

berhenti dulu buat masa ini,

kalau ada sumur diladang 
boleh akak menumpang mandi
kalau ada umur yg panjang
boleh kita berjumpa lagi..

eceh..berpantun pulak...
terasa dah lama tak menggunakan pantun yg macam ni..

wassalam

5 comments:

  1. gugurlz biasa la anak papa.. hehe..
    mama rasa terpinggir tak? hahaha..
    semoga adelya membesar dgn sihat, jadi anak yg solehah, berjaya di dunia & akhirat.. :)

    ReplyDelete
  2. boleh jalan dah ke adelya? kecik pula badannya ye
    teringat adik saya dulu gitu juga
    doktor siap suruh mak berhenti bagi susu badan
    sebab dia kata susu tu mungkin tak bagi khasiat cukup tuk adik
    tapi sekarang dia dah jadi mak orang pun...hehe

    aisyah pun rapat dengan papa, dapat baju baru
    papa dulu dia tunjuk, cantik tak? kata dia...hehe

    ReplyDelete
  3. hihihihihi memacam kan kak ragam ank2 ni. alhamdulilah adelya masih lagi ada rezeki susu bdan mcm uwais. tapi nak buat cm mana ye tak kak. demi kesihatan dia, terpaksa campurkan

    ReplyDelete
  4. Susu apa kak? Nak tahu jugala.. nazif pun kecil orangnya. Kalau tgk ramai yg tak sangka dia dua tahun.. mmg jenis tak nak menyusu kecuali susu badan..

    ReplyDelete

Assalamualaikum...sudah baca rajin2 la komen,lg panjang lagi mama suka...

Kejohanan Silat Olahraga

 Asalamualaikum... Mga kita semua didalam lindungan dan redha Allah swt. 3,4 dan 5 Mac anak-anak mama menyertai satu lagi kejohanan silat. K...