bila mereka suka makan


assalamualaikum...

seronok bila dapat anak2 yg suka makan ni,
sebab mama pun jadi semangat nak memasak.
walapon mama tak berapa pandai nak masak, tp tetap berusaha demi anak2



spageti wif chicken ball,
sabtu lepas masak, sekali makan berkali-kali tambah budak bertiga tu,
sampai mama pun tak sempat nak suap ke mulut sendiri..
haiihh..mendidih perut mama dibuatnya..

malam pulak penuhkan peti sejuk dengan dadih stroberi,
suka sangat la abg adam, tengah mama masak pun dok ulang tanya
dah boleh makan ke mama?
aduss abg adam ni..tak sempat2 dia nak makan ye.
tengah mama tuang dalam bekas tu,
dengar suara abg adam
"sedapnyer bauuu...mama dah boleh makan ke?'
abg adam ni..tak sabar2 dia ye..

ketupat palas dan rendang tu teringin nak makan sebelum raya haji hari tu,
pun dorang pulun makan juga,

semalam sambil2 makan dadih tu,
abg adam bersuara..
"mama..dah lama mama tak buat burger mama yg sedap tu.."
amboii..abg adam ni kalau bab amik hati mama,serah la kat dia,
berbunga hati mama ni tau..
tuu..nak burger yg macam tu la, yg mama buat dulu..

kalau adrien...hmmm makan sampai licin sambil tu cakap..
"mama peti(spageti) sedappp" sambil angkat ibu jari.
adelya pun sama, suap la apapun semua dia bedal...

semangat mama nak masak kalau macam ni tau..

wassalam

Comments

  1. Bukan main sedap lagi semua tu.. dimasak dgn penuh kasih sayang..patutla sedap..

    ReplyDelete
  2. ha'a kan kak, kalau anak-anak dok puji
    memang laju aje kita nak masak
    kembang rasa hati, hari-hari nak masak
    walau sedar diri tak pandai masak
    tapi akak sejak dari saya mula kenal, nampak sedap aje akak masak
    confirm sedaplah sebab bebudak tak pandai nipu =)

    ReplyDelete
  3. Seronok masak kalau suami & anak suka makan.. Bila dipuji lg la seronok nk masak kan.. :)

    ReplyDelete

Post a Comment

Assalamualaikum...sudah baca rajin2 la komen,lg panjang lagi mama suka...

Popular Posts