diari mama untuk anak-anak soleh dan solehah mama... adam aryan, adrien aryan & adelya azra.. penyejuk dimata,penawar dihati.. bila suatu hari nanti mereka boleh membaca,dapatlah mereka membaca kisah tentang mereka yang mama coretkan disini...
Thursday, 25 December 2014
abang bagi cuti
Assalamualaikum...
hari ni sempena hari lahir abang,semua dapat cuti hehehe..bukan abang bagi tapi hari lahir abang jatuh pada hari cuti umumkan,jadi seronoklah abang setiap kali ulangtahun kelahiran abang mama pun cuti..
sekejap je kan anak mama nih dah 5tahun,berbagai rasa yang ada sepanjang 5 tahun ini,kadang2 sikap abang sangat menyentuh hati mama,kadang2 boleh buat mama jadi singa..hahaha itulah ragamnya bila dengan abangkan,tapi percayalah bila mama jadi singa tu bukanlah mama nak makan abang cuma kadang2 kesabaran mama tak dapat nak dibendung lagi,tapi satu yang abang perlu tahu, abanglah chinta hati dan nyawa mama...
sikap abang yang buat mama tersentuh..abang sangat perihatin, bila nampak mama monyok dan terbaring je,terus abang tanya " mama tak sihat ke? kesian mama,makan ubat tau..mamakan tak sihat.." oh sejukkk sangat hati mama ni,sakit pun tak terasa...keesokan hari bila balik dari taska,abang cepat2 je cari mama, soalan pertama abang bila nampak muka mama " mama dah sihat ke?" bila mama jawab dah abang senyum..lepas tu abang baru mula bermain dan membuat sepah..okeh mama tak kisah abang nak buat sepah,tapi kadang2 mama marah jugak la,bila rumah dah jadi tongkang pecah..ohhh tongkang pecah pun tak macam rumah kita kan...dah macam kapal karam pun ada rumah kita..itu masa papa takde la,kalau papa ada tak merasa la kita nak karamkan kapal, nanti abis kita diamuknya...hahaha...maklumlah papa tu kan pantang rumah sepah2...
abang sempena kelahiran abang yang ke 5 tahun ni mama doakan abang menjadi anak yang beriman, anak yang soleh..berjaya didunia dan akhirat..mama tahu abang anak yg baik inshaAllah syurgalah tempat abang nanti..mama harap kalau mama dah tiada nanti abang mampu untuk doakan mama,abang mampu untuk menjaga adik2 dengan baik...mama tahu abang mampu..mama sentiasa doakan abang..
nantikan surprise untuk abang dan adrien kat kampung nanti,harap2 surprise tu menjadi nanti..hehehe
ok la abang..mama sayang abang
wassalam
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Kejohanan Silat Olahraga
Asalamualaikum... Mga kita semua didalam lindungan dan redha Allah swt. 3,4 dan 5 Mac anak-anak mama menyertai satu lagi kejohanan silat. K...
-
Assalamualaikum... kali ni mama nak cerita pasal muzium 3D kat cameron highland.mama memang sukalah bab-bab lukisan ni teruja je dengan ga...
-
Assalamualaikum.... Salam isra' Mi'raj semua, ada yang berpuasa hari ini? alhamdulillah..rezeki tu dapat berpuasa, tak dapat berpu...
Happy belated birthday abg adam..
ReplyDeletesemoga menjadi anak yg soleh dan semoga berjaya di dunia dan akhirat..
sweetnya ucapan buat abang adam ni
ReplyDeletebirthday dia jatuh pada cuti umum ye, best tu! hehe
happy belated birthday abang adam
moga jadi anak yang soleh ye abang adam
ingat tak ada sape dalam dunia ni yang boleh menangani kaish seorang mama tau =)
skjap j kan
ReplyDeleteselamat hari lahir buat abang
smga mnjdi anak soleh dan dpt mmbimbing adik adik nnti.aamiin