Assalamualaikum...
Disember sudah kita ye,bulan ini ada tiga tarikh penting dalam keluarga kecil akak ni, 9hb hari tu birthday adrien aryan,25hb nanti birthday abg adam aryan pulak dan penutupnya 27hb anniversary akak dan en.azmi yang ke 6...alhamdulillah dalam tempoh 6tahun ini kami dikurniakan 3 cahayamata 2 lelaki dan seorang perempuan yang hensem2 dan comel (mahap puji anak sendiri ye..hehehe).
melihatkan kawan2 mendapat cahayamata..hati ini rasa macam haihhh...teringinnyer nak ada baby kecik lagi,teringinnya nak rasa sakit bersalin lagi...teringinnya nak nangis2 dalam labour room tu...hoiihhh macamkan dah bertahun pulak anak akak yang kecik tu ye pada hal baru setahun 5 bulan je..ish3 tapi betulla kata orang nak bersalin tu memang sakit tapi cepat je kita lupakan, bila dah tengok wajah anak otomatik sakit tu hilang kan..
pengalaman yang berbeza sewaktu melahirkan ketiga-tiga anak ini..biasalah setiap kali pun akan terasa kelainannnya kan..
Masa abg adam dulu,akak takde pengalaman lagi ditambah pula dengan rasa takut sebab dengar macam2 cerita pastu masa dok menunggu tu asyik la dengar orang menjerit kat labour room tu..hoiihh berdebar akak dibuatnya,duduk hospital pun lama walapon tak sakit,penat menunggu,dengan takde selera nak makan,hanya makan buah anggur beberapa biji, sebelum bersalin kat labour room tu boleh pulak akak muntah,tahap takut tu sampaikan akak minta izin en.azmi nak amik epidural ko...mmg tak boleh blah betul la..nurse kata kalau dokte bius sempat sampai sebelum akak bersalin dorang akan bagi sebab dokte bius on call hari tu maklum la krismas kan cuti.. tapi memang dokte sempat sampai pun dan akak pun cucuk la epidural,lepas tu badan menggigil tak hingat siap minta nurse tutup aircon lagi sebab sejuk sangat rasanya..lepas bersalin akak pitam dari pukul 5.30 hingga 8.30mlm..itupun akak gagah juga bangun sebab ramai dah menunggu akak kat bilik,ikutkan hati nak je sambung lelapkan mata..
pengalaman itu tak patahkan sikit pun semangat akak untuk mengandung lagi...untuk adrien aryan ni akak dah tak takut sangat dah..hehehe pengalaman lalu memberikan banyak pengajaran...mindset kita sendiri perlu diubah sebenarnya..akak sentiasa cakap pada diri sendiri jangan takut,layankan saja rasa sakit itu..buktinya sedang sakit contraction pun akak masih bekerja,merah2 muka menahan sakit,takpe kita tunggu sehingga kerja2 ini beres dulu,walapon tengok jam contraction berlaku dalam masa tak sampai 10minit,akak masih mampu bertahan,en.azmi ajak ke hospital pun akak tidak mahu,akak tunggu sehingga akak betul2 tidak mampu untuk menahan rasa sakit dan akak yakin yang baby akan dilahirkan dalam waktu itu baru akak ke hospital,sambil melayan rasa sakit,sambil berzikir,makanlah kurma kerana ia memberikan tenaga..akak tak minum pun air selusuh atau apa2 air kecuali air masak sahaja..pergi ke labour room pun kalau boleh nak berjalan kaki tapi nurse suruh naik wheelchair,ok takpe kita duduk je la,tapi malu masa tu kena sorong dgn nurse..ajaib rasa bila nurse check bukaan dah 8cm,tunggu dokte datang check bukaan lg dan dokte kata dah bole bersalin ni..prosesnya tak lama akhirnya lahirlah adrien aryan...
adelya azra..masih sama set kat minda...semuanya akan mudah..layankan sahaja rasa sakit itu.. ye kali ini memang akak layan aje sakit yg datang,rasakan nikmat sakit itu,sebab kata ini yg lastkan..kita nikmati betul2 rasa yang datang itu, pukul 4pg macam tu turun tanda, dah tak boleh tido..bawak diri berjalan2 diruang tamu,en.azmi suruh duduk akak tak mahu sebab bila berjalan boleh mudahkan proses bersalin nanti,akak melayan rasa sakit itu sehingga 6.30pg sebab nak hantar adam & adrien ke taska kan..lepas tu gerak ke hospital,dalam perjalanan ke hospital melayan rasa sakit yang amat sangat,sampaikan bergayut tangan kat pemegang kereta tu dan muka melekap kat cermin tingkap..haaa ko menahan sakit sampai mcm tu,kereta terhentak pun rasa mcm baby dah nak keluar, tapi sampai hospital masih gagah lagi berjalan dari parking ke labour room,tiap kali datang sakit berhenti berjalan berpaut dekat lengan en.azmi,hilang sakit jalan laju2 sebelum sakit datang lagi..
dan proses bersalin pun tak lama,mujur dokte sempat sampai kalau tidak nurse je yang sambut..7.30pg msk labour room 7.52pg dah selesai semua...akak rasa sekejap je lepas bersalin pun rasa macam bertenaga je,terus boleh wasap kaum keluarga kawan2 bagitau dah bersalin...hahaha
kenapa akak tulis semua ni? bukan apa..sekadar menceritakan pengalaman,sebenarnya dok borak2 dengan adik ni ha,dia macam tak ready nak bersalin lagi...akak cakap senang aje,kali ni jangan dilayan rasa takut tapi kita layan je rasa sakit nak bersalin tu..nikmat sangat sebenarnya,sebab benda ni akak dah laluikan,yg 1st tu akak layan sgt rasa takut itu yg jadi macam tu,kali kedua dan ketiga akak buang rasa takut dan akak nikmati segala sakit yg datang..ye la kita taktau bila lagi kita akan lalui nikmat itu dan mungkin itu yg terakhir jadinya...layankan saja rasa itu...
sekadar mencatatkan pengalaman sendiri...lain orang lain caranya kan..
wassalam
diari mama untuk anak-anak soleh dan solehah mama... adam aryan, adrien aryan & adelya azra.. penyejuk dimata,penawar dihati.. bila suatu hari nanti mereka boleh membaca,dapatlah mereka membaca kisah tentang mereka yang mama coretkan disini...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Kejohanan Silat Olahraga
Asalamualaikum... Mga kita semua didalam lindungan dan redha Allah swt. 3,4 dan 5 Mac anak-anak mama menyertai satu lagi kejohanan silat. K...
-
Assalamualaikum... kali ni mama nak cerita pasal muzium 3D kat cameron highland.mama memang sukalah bab-bab lukisan ni teruja je dengan ga...
-
Assalamualaikum.... Salam isra' Mi'raj semua, ada yang berpuasa hari ini? alhamdulillah..rezeki tu dapat berpuasa, tak dapat berpu...
Salam Mama Aryan, thx sudi share pengalaman bersalin,n suntik kata2 semangat ni pada adik2 mama, antaranya saya lah..bakal bersalin lagi 2 bulan lebih kurang, InshaAllah.. harap boleh bersalin Normal.. Amiin...............
ReplyDeletenak bersalin tu memang takut. tapi itulah exp. paling best.
ReplyDeletelagi fikir lagi takut hehe...doa banyak2 Inshaallah...
ReplyDeleteJemput singgah BLOG saya. Ada tips dan peluang bisnes part time dan macam2 lagi :)
Disember nampaknya bulan yang semua orang bakal tunggu2 ni.. dah besar sikit nanti pasti beriya nak sambut hari jadi masing2 tu..
ReplyDeleteMoga adik akak tu dapat bertenang.. insyaAllah akan dimudahkan sehalanya.. bersalin ni ikut rezeki orang juga saya rasa. Ada orang memang mudah je dia beranak.. yabg lain pula sokmo lama..
betul tu bersalin ni memang ikut rezeki masing2 ada yg mudah ada yg susah..apapun moga urusan kita semua dimudahkan inshaAllah..
Deletekalau difikirkan rasa sakit tu, mmg takut kan..
ReplyDeletekdg tu terfikir, kalau Allah x bagi rasa sakit tu, secara semulajadinya la kan.. mcm mana kita nk keluarkan baby tu nnt. itu lah hikmahnya sakit, bila sakit ada tekanan dan rasa.. mcm kita nk buang air besar, yg dtg tu sakit dlu..baru ada rasa nk membuang.. hehe..
bila kita rasa sakit tu, kita sedar dan insaf, kita igt kat ibu kita, kita syg kat anak kita..
wp bersalin operate, tapi sakitnya menginsafkan juga.. tapi tak serik nk pregnant lagi..
hihi..
betol kak. mcm kira masa bersalin ritu. mcm2 perkataan yang keluar. tapi alhamdulilah bukanlah perkataan yang mencarut dan berdosa hhihihi.
ReplyDeletepengalaman kan kak. lepas ni kalau Allah beri rezeki lagi. dah tau dah ape yang perlu buat dengan tak. insyaAllah ;)
saya punya anniversary semalam, tapi tujuh tahun dah =)
ReplyDeletebetullah kan kak, benda pasal bersalin sebenarnya nasib memasing
sama juga dengan bersalin dekat hospital kerajaan
setiap orang mempunyai pengalaman berbeza
apapun saya doakan untuk adik akak tu, moga selamat semuanya =)
Istimewa sket bulan december yerp. Senang sbb boleh celebrate sekali harung kan.
ReplyDeletebetul. tu kak
ReplyDeletedlu sblm sy alami semua tu, sy sndiri tpkikir myb sy blm diizinkan Allah utk mgndung sbb saya takut nak bsalin kot
tp bila tgk fizikal kengkawan yg lbh kecil dr saya, saya tpikir kalau dorng blh kenapa aku x boleh..
mungkin sbb tu jga msa nk bsalin hri tu sy langsung x tpkir bab sakit tu.
masa turun tanda darah pon saya seronok j bgtau cik abe.hahaha