Monday, 22 December 2014

mari perangi denggi..semangat kejiranan

Assalamualaikum...

di kejiranan akak dalam bulan ni aje ada beberapa kes denggi, jiran sebelah rumah akak ni anaknya dua orang kena denggi,lepas tu jiran selang 2,3 buah rumah pulak,ada la jabatan kesihatan datang buat forging beberapa kali..tetapi macam tak berkesan je kan...tindakan lain perlu diambil...ahli mesyuarat group wassap jiran2 ambil keputusan nak buat gotong royong,kita perangi nyamuk aedes..
yeah...geng2 lelaki bergotong royong membersihkan kawasan kejiranan,manakala geng2 wanita gotong royong menyediakan juadah untuk mereka yang berpenat lelah membersihkan kawasan perumahan...disamping tu akak dengan anak2 bergotong royong membersihkan rumah,membuat 5S dibilik stor pulak...





antara juadah yang disediakan oleh geng ibu2...walapon ada yang tak dapat menghadirkan diri kerana urusan kerja pada hari tersebut tetapi masih juga menghulurkan sumbangan kuih muih..sangat hebat semangat kejiranan disini tau...akak suka sangat sampaikan nak berpindah pun tak sanggup tapi apakan daya mungkin satu hari nanti akan berpindah jua,kerana akak cuma menyewa disini..pernah tanya kot2 tuan rumah nak jual rumah itu tak, sebab akak nak beli,tetapi tuan rumah tak mahu jual..tahun lepas dia offer nak jual tapi masa tu gaji belum layak lagi..tahun ni tanya dia taknak jual pulak,takpe lah bukan rezeki akak nampaknya..mungkin rezeki ditempat lain..tolong doakan moga mudah urusan akak untuk membeli rumah sendiri ye...
banyak sangat juadahnya ni,bukan setakat geng bapak yg makan tetapi mak2 pun join makan sekali..hehehe



Sekitar aktiviti gotong-royong..gambar ni akak rembat dari jiran2 yang share dekat group wasap je,sebab akak pun dok sibuk bergotong royong dengan anak-anak,anak2 memang teruja la dapat menolong,sebabnya segala permainan lama2 yg masih elok mama keluarkan dan papa basuh bersih2 dan boleh dimain lagi. yang mana sudah tidak elok kita buang lah yg masih elok dan boleh digunakan lagi,kita simpan mana tahu bole diwariskan kepada anak2 buah yg lain pulak nanti kan...
letih sangat sabtu tu..abis sakit badan tapi hasil yang dapat pada hari tu sangat berpuashati,rumah pun bersih..seronok mata memandang..

alhamdulillah..dizaman yg begini,semangat kejiranan masih wujud disni..oh ya cuti2 sekolah ni,mana yg anak ditinggalkan dirumah memang tak perlu risau kerana ada ibu2 yg tidak bekerja tolong tengok2 kan,siap diberi makan lagi tau..bila anak tak balik jerit je kat group wasap tu...anak saya kat mana???nanti ada la yg menjawab anak ada dekat sini,tengah makan kejap lagi suruh balik..ha kan tak perlu risau sangat,tapi perlu la ada batasannya kan jangan sampai menyusahkan jiran lak sampai terus-terusan membiarkan anak kita dirumah jiran...hehehe, akak setakat ni memang takde la tinggalkan anak2 lagi,hatta nak biarkan anak2 melangkah keluar dari pintu pagar sendirian pun akak tak lepaskan,sebab anak akak ni suka buat hal sendiri,berlari dijalan ikut suka hati,risau pula dibuatnya...semoga kita semua mendapat jiran yg baik..jika satu hari nanti akak perlu berpindah moga jiran2 yg baru juga akan seperti ini..inshaAllah

Wassalam


6 comments:

  1. Bagus jiran2 kak lah.. mcm jiran masa rumah lama ira dulu. Tapi masa zaman mak ira dlu takde wassap, so kalau anak merayap, mmg mak kene hantar posmen(biasanya adik2) ke rumah jiran.. hehe.. Part yg seronok tu, bila ada salah sorang jiran pregnant, tak lama lps tu dgr sorang lg pregnant. Mcm berjanji pulak.. Tu yg kebanyakan sebaya je anak2 jiran. hehe..

    ReplyDelete
  2. wahhhh seronok betoi haaa kawasan kejiranan akak tu. mcm taman kira pun ada gak gotong royong gini cuma kira tak pernah dapat join faktor kerja sama dan faktor weekend selalu balik kampung hihihi.

    tapi memang takut dengan kes denggi ni huuuuu

    ReplyDelete
  3. bagusnya kejiranan akak
    tapi mungkin dah lama wujud pun kawasan kejiranan tu
    macam rumah yang saya sewa dululah
    tempat baru ni aje yang belum rasa bahang keseronokkan =)

    ReplyDelete
  4. ini kira baguih.. tempat akakpun ok gak tapi sekali2 der gossip panas tu tak tahantu..
    tapi kategori okler...
    baguslah diperangi denggitu... nanti tak pasal2kan...

    ReplyDelete
  5. Semangat kejiranan. Bagus.

    Sedap nya tgk juadah tu ☺

    ReplyDelete
  6. alhamdulillah
    sronok la mcm ni
    in shaa Allah pasti ada rezeki akak nanti.

    bab makanan tu mmg menyelerakan tekak

    ReplyDelete

Assalamualaikum...sudah baca rajin2 la komen,lg panjang lagi mama suka...

Kejohanan Silat Olahraga

 Asalamualaikum... Mga kita semua didalam lindungan dan redha Allah swt. 3,4 dan 5 Mac anak-anak mama menyertai satu lagi kejohanan silat. K...