Tuesday, 16 December 2014

perjanjian pangkor..5 nilam


Assalamualaikum...

perhatian..entri yang agak panjang sebab akak malas nak buat part by part..hehehe
bertabahlah buat yang sudi membacanya ye




nah...awal2 dah gambar kaki le pulakkk...
inilah yg mereka katakan perjanjian pangkor yang telah dibuat hari tu,gambar ini sebagai bukti..ntah apa yang dibincangkan pun taktau lah..yang penting akak kenal selipar en.azmi tu...hahaha



sempat lagi tulis nama dipasiran pantai itu..5 nilam ini kelas akak masa form 5 dulu,tahun 1995..dah lama sangat tu,dah 19tahun kalau tak silap,dengan teknologi yang ada sekarang ni dapatlah berkumpul kembali dengan kawan2 lama,ye jika teknologi itu ada kebaikannya jugak kan..

ok lah ini cerita family day kawan2 sekelas akak selama 3hari 2malam di pulau pangkor 12-14 disember,macam biasa lah akak dengan en.azmi ni dekat2 hari kejadian ada je perkara yang merencatkan sedikit plan cuti2 kami,dengan payment en.azmi yg belum dapat,tapi disebabkan sudah bayar dan sudah berjanji dengan anak2 kami teruskan juga,cumanya kenalah bajet sikit segala perbelanjaan..hehehe tapi apa nak kisah asalkan anak2 gumbira,mama pun puas hati



12 dis 2014
berjanji akan berjumpa semua di exit LATAR, akak dengan en.azmi tunggu di shell kuala selangor memandangkan kami tidak ikut LATAR tu, siap dibekalkan walkie talkie okeh,tapi ok jugak sebab memudahkan takde la nak kena call sorang2 kan,pada hal 4biji kereta je..hehehe, sorang dari penang dan sorang lagi gerak lambat sedikit..melihatkan gambar2 yg kami share di group ramai yang menyatakan akan join next year punya family day..bagus tu lagi ramai lagi meriahkan.
Dalam perjalanan tu ada satu kawasan yang cantik saujana mata memandang,tak agak2 semua terus berenti tepi jalan,amik gambar la apalagi,tapi geng bapak2 je yg bergambar,akak ni adelya tido, so duduk je dalam kereta tengok geng bapak2 bergambar tengah panas tu,geng2 sekelas akak ni yang geng bapak2 je ye,yang geng mak2 sorang je tu pun dia datang lambat..haihh la takleh nak berselfie ditepi sawah yg menghijau cantik tu..
dah puas amik gambar kami teruskan perjalanan tanpa singgah dimana2 lagi,sebab sebelum tu dah singgah makan merangkap makan tengah hari. Akak dan en.azmi yang mengetuai rombongan kali ini sebab yang lain tak tahu jalan,kitorang pun main redah je,ingat2 lupa dah kot sebab pergi pangkor pun 4tahun yg lepas,tapi alhamdulillah selamat sampai.kami naik feri dekat jeti lumut sebab agen yang kami tempah chalet tu di lumut,kata member dekat marina lagi best,dekat pun dekat nak ke pangkor,perjalanannya tak lama. 



Sempat lagi bergambar tu..anak2 dah teruja nak naik feri,abang adam eksaited lebih adrien pun sama, feri masa pergi ni lain pula keadaannya dari feri yg pernah kami naik dulu,kerusinya macam itu,susah lak akak nak menyusukan adelya,pada hal waktu tu adelya dah berbunyi nak susu terpaksa la suruh en.azmi yg pegang adelya dulu,mujur juga dia ok masa dengan en.azmi tu. perjalanan lebih kurang setengah jam kot..hehehe tak sempat nak tengok jam sebab dok layan abg adam berbual,macam2 yang nak ditanya.."mama dalam laut ni ada ikan jaws tak??" ada... tapi mana mama? kat sini takde,dia duduk kat jauh...adrien mula2 teruja pastu,feri bergerak terus diam..
sampai je kat jeti pangkor terus amik van pergi chalet.


kami duduk di purnama chalet,menunggu sementara nak check in,badan sudah penat waktu ni,rasa nak rehat2 je,dah dapat kunci..jommm kita ke bilik, nak ke bilik kena lalu kolam,anak2 pun semangat bila nampak kolam,sabar ye anak..kita kebilik dulu,adelya dah lapar nak susu nih.rehat2 dibilik lega rasanya.



keadaan disekitar chalet..ada beberapa jenis,yang akak duduk smart chalet,ada standard chalet,standard villa,dan beberapa lagi..yang tak berapa best yg smart chalet ni ni tak termasuk breakfast,yang lain termasuk breakfast,tapi takpe la kita beli je makanan diluar, kalau nak makan diresort ni pun boleh, rm10 untuk breakfast dan rm18 untuk lunch kalau tak salah hehehe,tapi kami memilih untuk makan diluar saja,tak susah nak cari makan disini sebab diluar resort ni banyak kedai makan,cuma kena pandai pilih la dan ikut nasib kita dapat yang sedap atau tidak.



aktiviti dihari pertama, mandi kolam bersama anak2 je..ok lah melayan anak2 kan,seronok sangat dorang dapat main air,adelya pun sama,taknak naik tu nak berendam je,siap berenang tu,tapi mama kena pegang la,dah puas main air naik bilik,lepas maghrib keluar jalan2 cari makan,nasib kurang baik malam ni,tuju kedai yg kurang best,dah la tu nak tunggu air sampai pun sejam ..mendidih perut akak dengan abg adam yg lapar,pastu mengantuk..sampai dah terlentuk dekat meja..hampir dua jam baru makanan sampai..ok nanti sapa2 nak ke pangkor jangan ke kedai ini lah,taktau pulak nama kedainya, sebabkan dah putus selera jadi tak sempat nak tengok kedainya nama apa..



13 dis 2014

hari kedua..kami amik aktiviti snorkeling dan island hoping,semangat semua nak naik bot,adrien tu nampak macam cuak,tapi bila bangun tido minta nak naik bot lagi tu,siap masa jalan2 tu dia boleh berenti tengok gambar pakej yg ada tepi jalan utk island hoping tu..hehehe semangat dia ye..
adelya masa naik bot tu,muka nampak cuak juga la..pakej utk ini rm300 untuk satu bot,taktau la kalau ada yang lebih murah sebab ini amik sekali dengan agen tu.


kemain lagi geng bapak2 bergambar,yang mak2 ni sibuk dengan anak pulak..hehehe takpe bagi peluang bukan selalu jumpa pun,inilah masa dorang nak buat gila2 macam masa sekolah dulu,layannn..akak ni nama je amik pakej snorkeling,tapi tak snorkeling pun en.azmi je yg pegi sebab adelya takmo duduk,dia rimas pakai life jaket tu agaknya,lepas akak tanggalkan baru dia ok sikit,dalam air pun taknak pada hal dia pantang jumpa air,teruja je..jadinya masa kat tempat snorkeling ni,akak duduk tepi je tengok dorang.

satu yg tak best kat sini,sistem dorang yang kurang cantik akak rasa,sebab tempat kita dok berenang2 tu,tempat tu jugakla bot lalu untuk turunkan orang dan amik orang,sangat tak bersistem,patutnya buatlah satu jeti kecik untuk turun dan amik penumpang,itu lebih baik,sebab macam merbahaya pula kita berenang tetiba bot datang,jenuh la jerit kat anak2 suruh ke tepi,risau akak dibuatnya,sudahnya duduk tepi je,pastu orang pun agak ramai kat sini



ini dipulau kedua, 2jam kami lepak kat sini sementara,kat sini seronok orang tak ramai..mujur awal2 kami dah beli bekalan segala kuih dan nasi lemak,sambil melepak,borak2 dan makan2..kenyang perut terjun laut,akak sebenarnya kurang sikit bab mandi laut nih,sebabnya akak alah dengan air laut nih,muka habis terbakar,peritnya berhari-hari okeh,pastu kulit siap mengelupas,muka macam pakai topeng dah ni haaa...kulit pun masih perit lagi nih,pada hal dah pakai sun block pun.
disebabkan takde sapa yg nak menjaga adam terpaksalah akak terjun laut juga..melayan adam mandi dan berenang,siap ajar adam berenang..mama ni bukanlah terror berenang sangat pun tapi kalau setakat nak apungkan diri buat kuak lentang dan berenang sikit2 tu boleh la..hehehe hasil dari suka terjun sungai kecik2 dulu ni..kalau dapat ajar anak2 berenang best juga nih..nanti mama tengok dari tepi je..



en.azmi amik part senang..jaga adelya dengan adrien kat tepi,mama ngan abg adam berenang kat tengah laut,pastu abg adam join kekawan lain main keretapi kat laut,anak2 member akak ramai gigirl..sorang je lelaki,takpe la abang join je la kan..masa main tu akak ikut kat belakang risau juga abg adam terlepas dari kawan2 dia,tengok abg adam seronok sangat,tapi ada sorang anak member tu yg gambar dengan abg adam tu..haa rajin betul dia tolong jagakan adam dengan adrien,kalau adam terlepas dia lah yang tolong tarikkan, adrien mula2 main kat tepi pastu baru nak ikut mama ke tengah..mujur matahari tak terik sangat tapi cukuplah untuk membakar kulit muka akak nih, dah puas berendam naik ke pantai,adelya dah mengamuk lapar susu,bagi susu sekejap terus tertido,mengantuk dan letih la tu..melepak sampai pukul 1.30pm lepas tu bot datang bawa balik..
sebelum balik bilik singgah pula berendam dekat kolam,layan je anak2 kata nak bagi anak2 happy kan.lepas puas berendam dikolam,balik berehat dibilik..
lepas asar keluar cari makan,perut pun dah berkeroncong okeh..cari kedai lain pulak harap2 rezeki kami dapat yg sedap pulak..kedai yg kami pergi kali ni nampak menarik,makan ditepi pantai bersama hembusan angin laut memang bestlah rasanya..ada goreng pisang dan keropok lekor en.azmi order.makan ramai2 memang sedap..anak2 makan sambil berdiri ditepi beranda tengok air laut..
akak order nasi goreng kg,en.azmi nasi goreng ayam.kawan akak nasi goreng ikan masin, ternyata kali ini rezeki kami lebih baik,makanannya memang sedap,nasi goreng ikan masin pun dapat sekor ko ikan masin..sedap sangat..



sesapa yang nak ke pangkor nanti boleh la singgah disini,bagi akak makanannya sedap kena la dengan tekak akak nih,tengok tu nasi goreng ikan masin sekor dengan telur dadar.
nasi goreng kampung tu pun memang perrgghh mabeles rasa dia,cuma pedas sikit bagi orang yang tak kuat pedas,macam akak ok je,makan sampai licin pinggan..



sesudah makan..jalan2 disekitar kawasan situ mencari baju kenangan untuk anak2..dapat beli untuk anak2 je untuk mak paknya tak ada...bukan takda baju dijual, tapi kita selamatkan bajet yang ada..hahaha..siap membeli baju untuk anak2 akak ajak en.azmi singgah ke tempat orang bagi makan burung hornbill ni yang terletak berhampiran purnama resort tu,mulanya abg adam berani nak bagi burung tu makan tetiba bila dah dibagi bekas makanan tu dia diam lak..takut lah tu..takpe kalau takut tak usah buat,mama tak paksa lain kali kalau abg berani abg buatlah..
cara nak bagi makan burung tu macam budak perempuan gambar atas tu buat,pegang pisang dengan tangan pastu tunggu burung tu datang makan..burung tu pandai mesti dah di ajar tu..ini tidak dibayar ye,free je memang ada kat situ..bukan angry bird tu..tapi hungry birds ye..
selesai tengok orang bagi makan burung,balik bilik la..malam tu memang lepak kat bilik je la..en.azmi macam biasa la..dah anak2 tido,keluar ngetah la dengan kawan2..ok silakan bukan selalu pun kan..next year..geng bapak jaga anak2,mak2 lak nak lepak ngeteh ramai2..hahaha amacam ok tak?

14 dis 2014

pepagi sebelum check out anak2 akak sempat lagi berendam dikolam.anak orang lain takde yang turun dah,takpe anak2 main la puas2 nanti taktau bila lagi boleh main air macam ni,tapi kata en.azmi dia pulak nak belanja anak2 nanti, ke mana tu taktau lah lagi,seronok tengok anak2 happy macam tu dia pun teringin la nak bawa anak2 jalan lagi, ye..ada rezeki kita bawa anak2 berjalan lagi.

pukul 12 check out..


jeti sesak waktu nak balik ni,mungkin sebab semua orang check out pada masa yang sama kan,anak2 dah tak senang duduk,abg adam minta didukung pulak sebab kaki dah penat..adrien pulak tengoklah tu,tak larat nak berjalan dia bergayut dekat beg suruh en.azmi tarik aje..macam2 akal budak sorang nih..
di jeti lumut makan tengah hari,pastu cari bekalan sedikit untuk dimakan anak-beranak sepanjang perjalanan balik nanti,dalam perjalanan balik,jalan tak begitu lancar,kami sampai rumah pukul 10mlm,letih juga isnin pulak kena kerja,hoihh rasa macam nak cuti kecemasan je,tapi tak buat pun hehehe
alhamdulillah...tercapai juga hasrat utk bawa anak2 bercuti,paling seronok tengok anak2 ceria je sepanjang percutian ini,lagi best mama dapat jumpa kawan2 lama..yg biasanya dok berborak dalam group wasap je..walapon duduk dekat2 tapi nak berjumpa tu bukan senang sebab semua ada tanggungjawab lain kan...

antara gambar yang menenagkan jiwa...





4 tahun dulu...



masa ni masih bertiga..gambar bertiga tu lah kami di kota belanda..


perbelanjaan di pangkor :

sewa chalet rm300
van dari jeti ke chalet rm20
van untuk pusing pulau rm100 (pergi kota belanda,kilang buat makanan dr hasil laut,tokong apatah namanya tu - yg ini kami tak ambil - ok takpe sebab dulu dah pergi)
snorkeling & island hoping rm300 untuk satu bot
makan - sendiri..

ok itu je lah bebelan akak tentang cuti2 pangkor hari tu..fuhhh penat menaip yg membaca taktau lah penat ke tidak ye.. 
balik awal dapatlah ruang untuk menulis panjang2 macam ni hehehe...sebelum berebut laptop dengan anak2 pulak.. ok lah stop dahulu.

wassalam

16 comments:

  1. orite lepas ni family day kat Kundasang pulak yer... sesekali pegi reramai memang best

    ReplyDelete
  2. gathering ngan member sekolah..kerlasss..
    sonok kalo tengok anak2 hepi..

    ReplyDelete
  3. wahhhhh bestnya. kita ni yg dah jadi mak pak ni, mesti pk ke anak dulu kan hihihihi

    ReplyDelete
  4. wallaaaa sporting nyer amik gmbr reramai mcm2 gaya... he3

    ReplyDelete
  5. wah besnyer... sesekali jumpa kawan2 lama..

    ReplyDelete
  6. pergi reramai mmg best laa... kalo ramai sgt org time tu mmg tak syok laa.. penat, bersesak, nak beratur naik bot lagi.. alahai.. dgn anak2 kecik lagi beg lagi.. wat mase ni Pangkor, takde dlm list utk next trip la, hahahaha.. ape pun, thx singgah blog saya.. salam kenal, i folo...

    ReplyDelete
  7. kagumnya dengan perjumpaan rakan-rakan selepas 19 tahun, rasanya payah juga nak kumpul semua rakan-rakan dengan keluarga macam ni kan? pasti hubungan korang semua sangat erat lagi dan saling bertanya khabar, alhamdulillah..

    Menarik aktiviti semuanya, saya baca pun dah terasa nak pergi ke Pangkor juga. Pernah sampai sekali je ke Pangkor ni, rasanya 8 tahun lepas.. bagus akak tulis sekali kos kos yang terlibat ni, senang kalau sesiapa nak buat belanja untuk ke Pangkor..

    ReplyDelete
  8. boleh kata murah jugak tu prbelanjaan... snorkeling mmg terbaik kann... rasa xnak naik huhuh

    ReplyDelete
  9. bestnya kak
    saya tumpang excited baca tiap baris
    saya tak pernah pergi pangkor ni, biasa dengar orang cite
    akak tak letak nama chalet atau agen mana yag akak guna
    idak boleh juga menanya

    saya ajelah beria, en suami tak tahulah nak ke idak...hehe

    ReplyDelete
  10. Bestnye pangkor.. Teringin nk pegi. :)

    ReplyDelete
  11. k. lah, kete parking kat mn...?

    ReplyDelete
  12. Meriahnya percutian. Tak pernah gi pulau pangkor lagi. Kesian kan.

    ReplyDelete
  13. serius sy blm sampai ke pangkor.bc entri buat hati lagi teringin..
    menarik kan bila buat xtvt bsama mcm ni.
    jd meriah

    ReplyDelete

Assalamualaikum...sudah baca rajin2 la komen,lg panjang lagi mama suka...

Kejohanan Silat Olahraga

 Asalamualaikum... Mga kita semua didalam lindungan dan redha Allah swt. 3,4 dan 5 Mac anak-anak mama menyertai satu lagi kejohanan silat. K...