Friday, 31 October 2014

kami purple dan boss


assalamualaikum...

salam jumaat yg cukup indah..alhamdulillah

hari ni ada sesi bergambar untuk seksyen dekat ofis akak ni,
geng gugurl berjanji nak pakai purple
hehehe..siap berjanji tu, mujur la ada tudung kaler purple



ini bukanlah gambar yg diambil oleh photog ye..
ini gambar yg diambil sebelum sesi photoshoot sebenar
bos akak yg wanita bertudung putih berdiri tu..
org dah wasap pakai purple, dia boleh lupa pulak..
baik punya anak buah,biar bos berdiri hahaha...

citer pasal bos la sekejap..
orang kata bos wanita ni cerewet, tp bg akak
bos akak nih paling sempoi,walapon kalutnya tu mengalahkan apa ntah,
bercakap takde koma,apatah lagi noktah..
sampai kita yg tengok dia bercakap ni naik semput dibuatnya..

apa pengarah suruh dia buat,semua dia buat,
kami yg tengok ni rasa letih dan kesian.
sangat bertolak ansur..kita bagi pendapat,
kalau baik dia akan terima(tidak mcm bos sebelum ni,cakap kita ditolak mentah2)

jika kita tengah sibuk,tak sempat nak buat apa yg disuruh,
dia akan buat sendiri,lepas tu siap tanya kita pulak
"apa lagi yg awak nak saya buat?matchkan frame ke,bagitau la.."
hahaha..sebab dia tau akak ni tak reti nak match2 kan excel ni.

ok itu je bebelan akak buat masa ni

wassalam

Thursday, 30 October 2014

abg kawasan tertewas


assalamualaikum...

abg kawasan sudah tewas???ahahaha
selama ni adrien la abg kawasan,asyik nak membuli abg adam dan adelya,
tapi sekarang sudah ada pengganti..
pengganti yg comel okeh

semalam adelya bermain dgn block,
abg adrien lalu sambil mencubit pipi adelya,
menjerit si kecik tu,
selepas itu adrien berbaring di sofa
tetiba adelya datang terus mencakar muka adrien
menangis la abg adrien dibuatnya...

hamboihh...mengganas lak si kecik tu,
risau mama dibuatnya..jgn la ganas2 sangat adelya,
kamu tu gigirl..



adelya dgn cik pah..
sebab taknak adelya main lori je,
mama belikan sekor zirafah utk adelya..

wassalam

cekodok jawa style


assalamualaikum...

petang2 dekat rumah kalau taktau nak mengunyah apa,
kita bikin cekodok la, sebabnya anak2 suka makan cekodok.

kali ni..mama yg buat cekodok okeh, selalu papa yg buat..
mama buat cekodok versi jawa,
seperti yg diajar oleh kawan akak la,
buat dua jenis lak tu satu kosong yakni tepung saja,
satu lagi berisi karot dan kentang..








layankan gambar anak-anak menikmati cekodok mama
adrien siap berkepit dengan bantal busuk,
adelya sampai meniarap depan pinggan
hmmm..macam-macam pe'el anak2 nih

dah tau buat cekodok versi jawa ni macam best pulak,
sebab rangup diluar, gebu didalam..hehehe
nak buat cekodok macam ni senang je,
cuma dibancuh dengan air panas,kena buat slow2,masuk air sikit2 pastu kacau sebati,
penah buat 2,3 kali tak menjadi, sekarang ni dah ok sikit..
makan masa hujan..pergghh memang bestlah..
tapi anak2 akak ni memang pemakan orangnya,masak la apapun mesti habis

wassalam


Tuesday, 28 October 2014

mesti pekena dulu


assalamualaikum...

kerja akak setiap bulan, mesti ada satu hari akak kena bekerja diluar,
membuat semakan harga barangan pengguna.
untuk 3bulan ini, akak kena pergi ke tg.karang
bila ke sana memang tak sah la kalau tak singgah makan cendol

biasanya akak akan singgah ke cendol borhan,
tapi bulan ini akak singgah dicendol bakar pulak,
saja nak try kawan akak kata sedap,
jadi moh le kita singgah ye..



siap ada drive thru lagi..
ok cendolnya memang sedap tapi tak puas makan,
sebab akak rasa macam sikit pulak,
kalau cendol borhan tu banyak..puas makan hehehe
kat sini selain jual cendol ada kedai2 lain,
yang jual bermacam2 lagi makanan,
ada soto(kitorang order) tapi tak menepati selera..sedihh
keropok lekor..pun tak menepati citarasa..
oh akak bukan cerewet pasal makan, tp memang agak tidak kena la rasanya...

gambar ini adalah bulan yg dulu2 ye..
nak jadikan cerita lepas makan,
akak dan en.azmi gerak pergi kereta..
boleh pulak en.azmi tersilap kereta,
dia ingat kereta putih sebelah tu kereta kitorang...hahaha
hamboihhh..jauh sangat bezanya tuuu...
keta kita yg kecik sebelah tu ye...
mujur dia tak tarik pintu lg,kot berbunyi alarm,
malu dibuatnya..hehehe

wassalam

bila papa mengajar


assalamualaikum...






bila papa mengajar macam nilah gayanya
tengok la tu, rotan mesti kat tangan
garang sangat papa ni..
kalau buat sepah marah,
kalau belajar main2 marah..hehehe
tengok la tu adrien nak kena rotan bontot

tapi satu malam tu..
akak dah kat bilik,pastu dengar suara kecil ketawa2
tengok2 dua beradik tu naik tangga berpimpin tangan
sambil si abg bercakap
"jom cepat dik..kita biar papa yg kemas"
si adik pun tergelak2 sambil menuju ke bilik,
dekat bawah terdengar suara papa membebel...
wahahaha...rupanya dorang kenakan papa..
sepahkan mainan pastu tinggal biar papa kemas...
macam2 akal dorang ye..

wassalam


Monday, 27 October 2014

bila mama memasak


assalamualaikum..

saja nak tunjuk jangan marah yeee...




haaa... tuuu diaa

antara masakan mama,
dalam banyak2 makanan ni ada satu yg bukan akak masak sendiri,
cuba teka yg mana satu???
cer teka..cer teka..hehehe

nasik lemak buah  bidara...ikan merah stim limau untuk anak2,ayam masak halia
spageti bolognaise, tempoyak daun kayu,fish n chips
kerabu mangga,udang kunyit,sup bebola dan burger mabelles



antara manisan yg pernah akak buat

cheskut stoberi,aiskrim goreng, mini pavlova
puding triffle,puding roti pelangi,pulut mangga
butir nangka, puding karamel dan sagu gula melaka
haishh..dah lama tak buat 
tengok gambar nih rasa macam teringin lak nak makan..
paling seronok bila masak je habis anak2 makan...

wassalam

apa dalam beg mama


assalamualaikum...

hmmm....
apa dalam beg mama tu???





beg akak mesti besar 
sebab nak isi barang anak2..
ini haa.. sampai bawa pergi ofis lagi

hmmm

Saturday, 25 October 2014

cubalah..sedap nih


assalamualaikum...

suka tak makan tapai?
akak suka tapai pulut...
tapai pulut yang dibuat oleh kawan kakak akak,
dibungkus dengan daun getah..
fuhhh sedap sangat..manisss

hari tu pergi rumah kakak,
order rm10, tapai pulut nih,
kata wati adik akak,mentua dia ajar makan tapai dengan eskrim vanilla,
kitorang pun try la



ini dia..
tapai pulut dan aiskrim vanilla
perrrghhh..memang mabelles la,
makan bertambah-tambah,
tapai yg beli 10hengget tu rasa macam tak cukup.

sedap sangat..siapa yg tak pernah cuba,
silalah cuba..hehehe bagi yang minat tapai la

wassalam

Friday, 24 October 2014

ikat perut


assalamualaikum...

ikat perutkah kita?
nak save bajet,kena la ikat perut dulu hehehe

memandangkan bulan ini job en.azmi baru bermula kita perlu jimatkan apa yg patut,
sebenarnya bajet dah dibuat siap2
tapi terpaksa lari bajet tak sempat nak kejar sebabnya
ada sesuatu yg urgent perlu dibayar pada bulan ini

kata en.azmi "kena ikat perut lagi la kita"
jawab akak"tak apa dah biasa pun...asalkan masih boleh makan"
akak buat bajet sehari berapa perbelanjaan kami ditempat kerja,
ada lebih boleh simpan,walapon 50sen tetap simpan..




nasi macam ni rm4.50. jadi baki 50sen masuk tabung,
air bawa saja bekalan dari rumah..

sekarang ni..
akak merajinkan diri utk membawa bekalan dari rumah,
yeah..kita mulakan kembali rutin dahulu
ini ekoran daripada cakap en.azmi,
yg dia tidak sempat untuk singgah makan sebab nak kejar buat kerja,
kesian pulak akak,tentu penat buat kerja macam tu..

sudah 3hari akak sediakan bekal untuk en.azmi


bekalan biasa je cukuplah untuk mengalas perut,

setiap hari berazam akan sediakan bekal utk en.azmi,
bukan utk en.azmi je tapi untuk akak juga la
dah boleh jimat belanja kan..

wassalam

sedikit perkongsian


assalamualaikum..

salam jumaat,
hari ni terasa cukup indah
setelah hujan turun berhari-hari
alhamdulillah..udara yg bersih bebas jerubu

di ofis ada ceremah sempena sambutan maal hijrah esok

sekadar nak berkongsi sedikit ilmu yang akak dapat dari ceramah tadi
bagaimana hendak berhijrah ke arah yg lebih baik:

sentiasa audit diri
sentiasa ingat yg kita ini berada dibawah pemerhatian Allah
Orang yang baik adalah orang yang tahu dia berbuat salah dan cuba untuk berubah
Lembutkan hati dengan berzikir
sentiasa bertanya..siapakah kita diakhirat nanti?
hitunglah diri sebelum kita dihitung oleh Allah nanti
sentiasa tanamkan azam untuk berubah kearah yg lebih baik

apa yang paling penting adalah perubahan datang dari diri kita sendiri

Bila Allah sayang kita,Allah jentik hati kita untuk ingat Dia
sebab tu kadang2 kita rasa hendak menangis tanpa sebab
ambil wuduk..solat dan menangislah pada Allah
itu tandanya Allah masih sayang pada kita..



kadang2 kita rasa tidak kuat untuk melakukan perubahan,
ingatlah pada Allah,
sentiasalah berdoa padaNya...

inshaAllah..masih berusaha untuk berubah ke arah yg lebih baik...
kerana kehidupan kita yg sebenar bukan disini tetapi di akhirat sana,
dunia ini belum pasti tp akhirat itu pasti..syurga dan neraka itu pasti..
hampir menitis airmata mendengar ceramah itu tadi..
terlalu banyak kesalahan yg dilakukan,moga segalanya terampun...

wassalam

Thursday, 23 October 2014

persamaan dan perbezaan


assalamualaikum...

akak muncul kembali..hehehe
macam banyak waktu senggang lak ye
dalam stress membuat kerja ni,
hiburkan hati seketika
menatap wajah2 chenta hati mama ni

mencari perbezaan dan persamaan pada wajah mereka..

haaa...hilang stress sekejap ye




abg adam disekitar umur sehingga 2 tahun..
kecik2 tembam dah besar ni,kurus pulak mama tengok


abg adrien sehingga umur setahun...
masih tembam sehingga kini..



adelya azra sehingga kini...

cuba tengok ada tak persamaan wajah mereka..
mama tengok nak sama je wajah anak2 ni masa kecik2 dulu
abg adam bila mama tunjuk gambar dia masa kecik dulu,
dia kata itu adrien bukan dia..taknak mengaku tu...nak pulak kalau mama tunjuk gambar comot dia..


siapa yg lebih sama dengan papa?



dulu minum susu botol sama2 abg adam dan abg adrien nih..
sekejap je mereka dah besar..


kami...berdua,bertiga,berempat dan berlima..

bukan setakat perbezaan anak2..
perbezaan mama papa macammana lak?
papa sebelum kawin kurus kering..
sekarang ok lah berisi sikit,takde la macam jerangkung dalam almari dah..hahaha
mama?..rasanya mama macam maintain jek..
hehehe..

wassalam

mereka bertiga


assalamualaikum


gaya 3 beradik nih...
macam-macam kerenah ada




tengoklah tu tak menyempat nak duduk
ini minum ayer onggik la ni
semua berebut nak minum segelas air
si adelya tu pun nak join jugak
semangat dia menengok abg adrien minum
dapat sesudu abg suap terus tersenyum

minum segelas air pun bisingnya macam ada kenduri kat rumah
papa takde boleh la kita menyepah sikitkan..hehehe
papa ada semua kena kemas...
peace yaww

wassalam

Tuesday, 21 October 2014

buah hati papa ni


buah hati papa..
macam ni lah gayanya..




papa bawa kereta pun nak duduk atas riba..

kalau adelya tido dalam kereta mama lega,
kalau adelya berjaga..
hmmm macam inilah, puas dia bergaduh dengan mama,
sebab nak duduk atas riba papa,
bila dapat duduk je senyum bangga,
tengok la tu..
tak pandang mama dah..
macam2 kamu ye adelya

wassalam

bila mereka suka makan


assalamualaikum...

seronok bila dapat anak2 yg suka makan ni,
sebab mama pun jadi semangat nak memasak.
walapon mama tak berapa pandai nak masak, tp tetap berusaha demi anak2



spageti wif chicken ball,
sabtu lepas masak, sekali makan berkali-kali tambah budak bertiga tu,
sampai mama pun tak sempat nak suap ke mulut sendiri..
haiihh..mendidih perut mama dibuatnya..

malam pulak penuhkan peti sejuk dengan dadih stroberi,
suka sangat la abg adam, tengah mama masak pun dok ulang tanya
dah boleh makan ke mama?
aduss abg adam ni..tak sempat2 dia nak makan ye.
tengah mama tuang dalam bekas tu,
dengar suara abg adam
"sedapnyer bauuu...mama dah boleh makan ke?'
abg adam ni..tak sabar2 dia ye..

ketupat palas dan rendang tu teringin nak makan sebelum raya haji hari tu,
pun dorang pulun makan juga,

semalam sambil2 makan dadih tu,
abg adam bersuara..
"mama..dah lama mama tak buat burger mama yg sedap tu.."
amboii..abg adam ni kalau bab amik hati mama,serah la kat dia,
berbunga hati mama ni tau..
tuu..nak burger yg macam tu la, yg mama buat dulu..

kalau adrien...hmmm makan sampai licin sambil tu cakap..
"mama peti(spageti) sedappp" sambil angkat ibu jari.
adelya pun sama, suap la apapun semua dia bedal...

semangat mama nak masak kalau macam ni tau..

wassalam

Monday, 20 October 2014

di alam haiwan


assalamualaikum...

sudah lama janji dibuat,
akhirnya ahad lepas tunaikan juga hasrat anak2 yg hendak pergi ke zoo.
en.azmi kata zoo tak best, ok takpe kita pergi tempat lain.

ahad akak mandikan anak2 dan siapkan mereka.
en.azmi tanya nak kemana ni cantik2?
haiii...bawa berjalan la,kan dah janji dengan dorang..

so..marilah kita berjalan-jalan ye anak2...
nak menuju ke tempat itu taktau letaknya dimana,cuma tahu terletak di seri kembangan,
tempat yang betul2 taktau pulak, kita redah je la ye..

ohh..senang je tempatnya,
mula2 tahu tempat ni,masa tu tengok dekat apa saja FBI,
rancangan yg dihoskan oleh faizal ismail kat tv9 tu, kebetulan tertengok,
rasa macam menarik je tempatnya..
dah lama kot nak pegi tapi baru ini la dapat jejakkan kaki..hehehe

mula2 yg menarik perhatian akak,
papan tanda yg sangat comel ni..menarik hati akak, terus akak amik gambar
hahaha... pening en.azmi tengok,papan tanda pun nak amik gambar ke??



masuk je kawasan tu, dah jumpa kawan abg adam ngan abg adrien,
ninja turtle..kata mereka,
mula-mula tu muka cuak juga nak dekat,
lama-lama dah ok,siap bagi makan kura-kura tu lagi,
adelya pun join sekali..

aktiviti lain..
bagi makan itik...
rusa pun dilepaskan macam tu je,jinak pulak tu,bole pegang2 macam en.azmi buat tu.
adelya pun bukan main lagi nak lepas bebas masa kat tempat rabbit tu,
risau akak dibuatnya bukan apa takut terlanggar dengan orang ramai.






ini pulak bagi makan rabbit,
seronoklah untuk anak-anak ni,
abg adam dan adrien dapat biat aktiviti macam ni,
lepas tu ada ura-ura nak membela kura-kura pulak tu..
haishh...mama ni penggeli sikit, kalau papa layan ok je tu..



berehat seketika selepas penat berjalan.
sambil2 berehat kita tengok swan okeh..
adelya bagus tak takut pun siap pegi tepi pagar tu nak tengok swan,
akak lak risau takut kena patuk..hahaha swan tu mematuk ke??
ada gambar snail tu, bukan haiwan yg dibela dekat situ ye,
saja akak ambil gambar snail tu, sebelum masuk pintu tu terjumpa hehehe


antara haiwan yang ada disini,
merak tu megah mengembangkan ekornya,subhanallah..cantik sangat,
iguana tu..buka replika ye,tapi yang benar..duduk je kat atas tu tak bergerak2,
takut akak menengoknya, boleh pegang utk bergambar,
akak berdiri sebelah je,sambil jeling2 takut iguana terkam masa amik gambar tu..hehehe
ular tu pun boleh peganga,
tapi terima kasih je la ye...akak tak mampu nak pegang..takuttt


antara tarika lain yang terdapat disitu..
terdapat satu kawasan yg ditanam dengan sayur-sayuran,
ada perigi dan orang-orang disitu,
nak ke tempat ini kena menggunakan tangga kayu, cantik tempat ni akak rasa,
terasa seperti di kampung lak
oh ya..burung kakak tua tu untuk persembahan,
persembahan bermula pukul 11.30am,
masa kami sampai tu hampir pukul 11.30 sempat la tengok persembahan yang dilakukan.
tekun adelya tengok..


seronok tengok abg adam gembira bila hajatnya ditunaikan,
tak takut bagi makan kura-kura,arnab,ikan dan itik,
sempat juga dia sentuh badan kura-kura tu
tapi ada juga la haiwan yang abg adam tak berani nak sentuh,
tak apa..lain kali ada peluang kita teroka alam haiwan lagi..
suruh tunggang pony pun takut...


abg adrien pun sangat teruja,
semua dia nak tengok sendiri,tak perlu papa penat2 dukung dia lagi,
sepanjang berada disitu,adrien berjalan sendiri, tak takut tengok haiwan2 tu,
malah tengok dia teruja dengan semua didepan mata,
sampai mama pula yang terjerit2 panggil dia, semua tempat dia nak pergi
tengoklah tu sorang2 pun berani, tak macam sebelum ni takut2,
bagus abg adrien..

budak ini pun sangat gembira,
nak lepas bebas..
tapi mama seronok sebab papa je yg dukung adelya,
mama amik gambar sambil layan abg adam & abg adrien

sepanjang masa bersama papa..hehehe
ringan sikit keje mama, kalau tak mau lenguh tangan mama nih..
hehehe
berehat sambil tunggu papa makan nasi lemak dulu,
penat katanya, ok kita berhenti dulu sambil mama makan eskrim..hehehe
lagipun takde tempoh masa yang diberikan, sukahati kita nak duduk lama mana kan,
jadi rileks amik nafas dulu,kemudian teruskan perjalanan...

cerita dah banyak nih, ada tak yang dapat agak ke mana akak bawa anak2 ni???
hehehe..

satu2nya gambar mama yg ada..


akak ke sini la sebenarnya

"FARM IN THE CITY"
di seri kembangan, jika sesiapa hendak pergi,
boleh masuk di traffic light dekat giant, dekat roundabout tu ada signboard..

tiket untuk dewasa RM30
untuk kanak2 bawah 12thn RM25
untuk family package 2dewasa 2 kanak2 RM109, free pony ride.

macam akak tak ambil family package sebab adrien dan adelya free tak perlu bayar,
kerana ada ukur ketinggian sebelum bayar tiket,
adrien sikit lagi nak capai ketinggian yg dihadkan, tapi cashier tu kata tak perlu bayar,
ok bagus..kita bayar utk 2 dewasa 1 kanak2 RM85..

kesiannya abg adrien sangat teringin nak naik pony tu, tp disebabkan ketinggian tadi jadi dia tak boleh naik, abg adam lak yg takut, adrien memang nak naik,lepas tu pujuk dan bawa tengok pony je,
mujur dia ok..

itu sahaja cerita jalan-jalan kami,
alhamdulillah..dapat juga tunaikan janji dengan anak-anak.
ada rezeki nanti kita pergi jalan-jalan lagi ye, walapon sedikit penat nak mengawal 3 orang anak ni berdua je,tapi tengok mereka gembira hati pun senang..
semalam memang tunaikan saja permintaan anak2 maklumlah dah lama tak berhujung minggu diluar bersama mereka,asyik sibuk je kan..

wassalam

Friday, 17 October 2014

drama queen


assalamualaikum...

salam jumaat, moga hari kita semua lebih indah setiap hari..inshaAllah..

pastinya hidup sentiasa indah dengan telatah anak2 setiap hari kan..



si kecik ini...
main je la lori dan segala jenis kenderaan yg ada dulu ye..
berebut mainan dgn abg2 itu dah semestinya, setiap hari ada je yg nak direbutkan
meriah rumah jadinya dengan jeritan dan tangisan,
patah lagi si adelya ini dah pandai berdrama..
jika dia tahu mainan yg dipegang bakal diambil,
belum sempat orang ambil dia dah campak dulu,
pastu terus duduk menangis dan menghentak kaki..
amboi3..pandai dia ye..

kalau mama lipat kain, tak layan dia..
terus dia meniarap depan mama,menangis2 konon..pada hal menangis dibuat2,
xder airmata pun, selagi tak ambil dia, dia bangun duduk,pastu meniarap lagi menangis lagi,
dua tiga kali,sampai mama ambil...hmmm macam2
kalau mama papa buat2 marah,babab montot dia pun buat2 menangis..

bila cakap..jom semua naik mandi, adelya dulu yg panjat tangga, naik atas untuk mandi,
buka baju,suruh isi baju kotor dalam bakul,dah pandai, setiap kali dia buat apa yg disuruh dia akan ketawa, gembira agaknya berjaya buat apa yg disuruh tu..

sebut mama..papa..dah pandai
tapi bila sebut abg jadi aban...abg adam paling suka bila adelya panggil aban
"mama baby dah pandai panggil abg"kata abg adam
satu..tatu..
lampu..papu...
itu je perkataan yg boleh disebut setakat ini

sangat suka cerita upin ipin,
dengar muzik je dia dah senyum2 sambil tunjuk tv,
pastu bersila depan tv tengok upin ipin..

nampak gayanya macam boleh tahan lasaknya ni,
kadang2 dia selamber kacau abg adrien,hari tu sampai menangis abg adrien dibuatnya..
hahaha...abg kawasan kalah dgn adelya,

semoga adelya terus sihat dan ceria hendaknya..

wassalam

Wednesday, 15 October 2014

aku pelat


assalamualaikum...

budak ini..
dia sudah pandai nak mengenakan abg dia.
selalu buat benda2 yg kelakar,mencuit hati mama,
walapon kadang2 datang sifat membuli dia tu,abis adelya kena buli dgn dia

"mama nak ayer onggik.."
hehe pelat yg masih belum hilang, tapi sangat cumil bila dia bercakap dgn pelatnya itu..
ayer onggik???
mama ingat apa la..rupanya air horlicks hehehe...



dapat pengat durian yg kawan akak bagi makan sampai licin,
suka sangat dia, lepas tu asal ada makanan yg mama bawa hatta yg mama masak sendiri pun
mesti dia kata cik ijah yg bagi..hehehe
nak pegi jalan pun rumah cik ijah je..amboii mentang2 pegi rumah cik ijah boleh menyepah
asyik2 nak pegi umah cik ijah la dia ye..

tengok la yg berpampers je tu, dia lumur badan dia dgn durian..
orang makan durian,dia buat losyen dengan durian..

itu pewin naik lori..
pewin naik lori mama...
ada je idea dia utk bermain,kadang2 bergaduh dgn abg berebut mainan,
kadang2 jadi pengadu, "mama abg buat yen"
bila mama tanya sapa yg buat sepah,laju2 dia cakap abg
bila mama tanya sapa nama abg?
belum sempat abg jawab,dia yg tolong jawab dulu
"abg busuk.." katanya sambil tersenyum nakal..

satu hari tengah rileks tengok tv, slow2 dia datang dekat mama duduk kat riba,
"mama..ane enpon mama?"
"nak buat apa?"
"yen nak tengok gambar"
"takde mama tengah charge enpon"
terus dia diam,tetiba abg datang tanya
"adik nak apa mama?" belum sempat mama jawab
"takde apa" jawab dia sambil senyum pada mama supaya mama berkomplot tak bagitau abg apa yg dia nak..hahaha pandai dia ye
"alaaa...abg tau adik nak handphone mama"
terus dia ketawa, seronok sangat dia ye konon nak nyakat abg la tu...

bila nak amik gambar mesti dia buat peace, pastu siap cakap "peace yow.." 
hamboih kemahin lagi dia ye..
pastu amik handphone mama tengok gambar atau video sendiri terus gelak2,
macam kagum la muka sendiri ada dalam handphone tu..

sekarang nak pergi taska baju nak pilih sendiri, 
kadang2 siap berjeans lagi..hmmm macam2 dia punya pe'el
dekat taska dah mula belajar,
bila suruh baca doa tido,dia baca doa makan atau doa sesudah makan,
nampak sangat ingat makan je orangnya nih..

satu malam dia cakap kat papa
"papa dah onggat?" (maksudnya papa dah solat?)
"papa dah solat.."jawab en.azmi
"yen belum onggat agi..yen nak amik uduk"
terus singsing seluar pegi bilik air amik wuduk..
solat isyak sebelum tido...bagus adrien aryan sejuk hati mama menengoknya..
tapi tiba waktu nakal dia...
habis la adelya..jadi mangsa buli..
yg adelya pun sekarang ni bukan main jadi drama queen tu..hahaha

nanti kita sambung citer adelya pulak..

wassalam




Tuesday, 14 October 2014

sekadar berkongsi


assalamualaikum...

nak berkongsi sesuatu di sini, bukan nak tunjuk bagus,
sekadar berkongsi mungkin berguna utk adik2..

kata prof Muhaya, didik anak mengenal Allah,
kerana hidup ini pengakhirannya adalah disana nanti,
hidup untuk mencari penghargaan Allah,
bukan penghargaan manusia,
lebih kurang begitulah kalau silap maafkan akak...

mendidik anak2 untuk mengenal Allah ini kadang2 agak payah juga kerana pasti ada soalan2 tanpa jangkaan dari mereka..

akak berkongsi disini kerana, ada adik sekerja ni bgtau ,bila dia buat apa yg akak cakap,
anak dia dapat ikut.. gembira akak rasa
jadi lebih baik akak tulis disini cara akak tu

kadang2 selepas solat maghrib,
akak akan membaca tafsir al-quran, dengan tiga org kanak2 yg baru nak kenal dunia tu,
kerja mereka bermain dan melompat2 diatas katil,bingit kadang2 tu,
akak tetap teruskan bacaan,sambil tu tafsirannya akak akan baca kuat2 juga,
cara itu dapat menarik perhatian, tentu sekali abg adam..

bila akak sebut perkataan syurga dan neraka,
abg adam akan bertanya..
"mama syurga tu apa?
akak jawab dengan mudah sahaja
"syurga tu tempat org2 baik,org yg solat,yg dengar ckp mama,dgr ckp papa"
"neraka tu apa mama?"
"neraka tu api..tempat org2 jahat yg tak solat, yg taknak dengar ckp mama,papa"
"ooo..nanti api tu bakar ye mama?"
"iye betul tu.."
"abg taknak la masuk neraka,abg nak masuk syurga"

habis terangkan macam biasa akak teruskan bacaan,mereka terus bermain.
sebenarnya bila baca kuat2 macam tu,mereka mendengar apa yg kita bacakan tu,
setiap hari akak akan buat benda yg sama,
sehingga mereka dah tau..bila selesai solat maghrib,mereka akan ambil iqra' dan baca bersama-sama,
bila akak tak membaca,mereka akan suruh akak membaca,
alhamdulillah... ada juga ayat2 lazim yg mereka tahu baca..
paling seronok bila abg adrien pun dah pandai membaca beberapa surah pendek..
bukan hasil usaha akak semua tu kerana dekat taska pun mereka diajar mengaji,
akak cuma tambah sikit2 je..kerana akak taknak hanya mengharap tecer taska saja yg mengajar anak2 akak tu..
pun begitu kadang2 terskip juga la, sebab kesibukan kerja..

sebelum tido akak akan minta mereka baca apa2 surah, biasanya yg suka main2 dan buat lawak abg adrien la..ada saja kerenah dia tu..
suruh rakam dia mengaji la,pastu sibuk nak tengok berkali-kali tanpa jemu..
hoih giler glemer jugak tu nampaknya...

akak tau kawan2 juga pasti ada cara yg tersendiri utk mengajar anak2 kan..


 

wassalam

raya haji kami


assalamualaikum..

tetiba lak nak citer pasal raya haji..hehehe
dah terlepas jauh dah ni,tapi xpe tulis jugak la sebagai kenang-kenanga..

seperti tahun2 sudah kami tak balik beraya di kampung,
beraya disini sahaja..
sempat jugaklah akak menyediakan juadah untuk dimakan dipagi raya tu...
cuma nasi impit,rendang ayam dan bihun sup je utk santapan
ok lah tu..
pagi kakak sekeluarga datang beraya,
singgah sekejap sebelum diorang balik ke kg..

abg adam dan abg adrien,sempat la ke surau tgk org buat korban,
pastu en.azmi hantar dorg balik rumah sebab,dia nak menolong org korban,
banyak juga lembu yg dikorbankan ada la 6 ekor..
itu yg en.azmi taknak balik kg tu..meriah di sini katanya..
siap ada tshirt lg utk majlis korban tu.

tengah hari kak ju dan adik2 lak sampai ke rumah akak..
itu je lah tetamu akak pun,jiran2 ramai yg balik kg.

petang tu akak,en azmi dan anak2 beraya ke rumah kawan di keramat..
ok lah ada juga berjalan raya kan..



saje pakaikan adelya baju kurung dipagi raya,
pada hal tak berjalan ke mana pun..
tengoklah tu berbaju kurung pun masih nak memanjat tangga..

balik dari rumah kawan akak tu,
kami lepak je di rumah, dah la akak bercuti lama, tapi tak kemana pun.
hanya dirumah melayan anak2..

wassalam

Friday, 10 October 2014

eppy besday papa..eppy besday papa


tarikh 9 okt 2014..

besday en.azmi,
pepagi akak bagitau abg adam,
"nanti papa turun abg nyanyi la happy besday papa tau,hari ni besday papa"
"ye ke mama..ok"

bila en.azmi turun abg adam malu2 lak nak nyanyi..
"abg malu la mama"
Ish3 abg adam nih nak nyanyi kat papa pun malu ke? hehehe

dalam kereta baru abg adam nyanyi
"eppy besday papa..eppy besday papa.."
hehehe...
 
 


macam biasa la..
takde sambutan apa-apa pun,beli kek makan dengan anak2 je.

tengah hari en.azmi datang opis,pegi makan dekat wong solo, ingat akak nak belanja tapi adik ipar datang dengan kawan dia,kawan dia yg belanja hahaha...

balik rumah petang tu,beli kek sebijik dekat baker's cottage sek.18.
hmm..sejak dua menjak ni memang akak beli kek kat sini je,sebab keknya sedap dan harga pun berpatutan...
abg adam ngan abg adrien yg tak sabar2 nak potong kek tu,
siap dorg makan dulu coklat yg bulat2 tu,
tunggu papa lambat sangat..
ok lah kek yg kecik tu makan 5 beranak,itupun ada separuh lagi...

abg adam lak tak sabar nak tunggu kek besday dia,
abg sabar ye..bulan 12 nanti...

dengan pertambahan umur ini, moga bertambahanlah keimanan dan ketakwaan en.azmi..
dan semoga berjya dalam setiap apa yg diusahakan..
berjaya didunia dan diakhirat..

wassalam

Thursday, 9 October 2014

susu apa?


assalamualaikum...

ekoran dari cadangan dokte hari tu,
berikutan berat badan adelya yg tidak mencapai tahap ideal..



(gambar ihsan pakcik gugel)

inilah susu yg dokte cadangkan tu..
dah survey dibanyak pasaraya tapi harganya tetap sama,
nak tak nak demi kebaikan anak,akak beli jugak la,
850g RM80..
kita tengok apa perkembangan adelya selepas minum susu ni,
baru seminggu je guna,itupun dekat taska je,dekat rumah masih minum susu mama,
dekat taska pun tetap campur dgn susu mama yg mama bekalkan..hehehe

akak beli yang perisa vanilla..
akak sempat la rasa sikit,hmmm..mcm sedap je rasanya..
tanya tecer dekat taska,kata tecer adelya suka susu tu, xde masalah nak minum..
ok lah kalau macam tu, nak bgtau perubahan apa masih baru lagi,
jadi tak dapat nak kongsi lagi apa-apa perubahan adelya..
melalui pembacaan akak, ramai yg mengatakan susu ini bagus..

sekadar perkongsian

wassalam

Friday, 3 October 2014

Rajin sangat dia tu..


Assalamualaikum...

salam jumaat yg penuh barakah..
inshaAllah..ahad ini kita akan menyambut aidiladha,
salam aidiladha buat semua,
beraya dimana semua?
kalau balik kg @ tak balik kg pun, sentiasa berhati2 dijalanraya ye..

hari ni bercerita pasal si bidadari lagi..
si comel  buah hati papa tu la..
rasa macam dah lama sangat takde cerita pasal adelya,
hehehe bukan mama lupa ye,tp sebenranya terlalu banyak cerita yg nak dikongsikan disini hinggakan ada yg masih tak sempat nak ditulis,
saja sebagai kenangan utk diri sendiri suatu hari nanti jika umur panjang...




 
tempat kegemaran adelya..
mana lagi kalau bukan,dekat tangga tempat akak letak rak buku,
tengok la tu hasil kerja adelya nih..
mula tu pilih buku,macam nak membaca je, siap garu kepala..
macam ye2 je dia ye,nak kemas ke tu?
tapi bukan rajin mengemas ni,rajin menyepah okeh
habis bersepah buku mama dibuatnya,
dah bersepah tu selamber dia tinggalkan,
terus pergi amik beg mama dan selongkar beg mama pulak,
ntah apa yg dicari pun taktau.
ikut la ye adelya asalkan bahagia..

bila jadi buah hati papa,mama tak rasa terpinggir ke?..hehehe
ada pertanyaan tu sebelum ni..soalan gurauan ni,tp xpe akak saja nak bercerita ye..

takde la tak rasa terpinggir pun,biasa2 je..
biar dia mencipta bonding dgn papa pulak,
bonding dgn mama dah tercipta sejak adelya dari dlm perut lagi kan,
dan bila dia bole rapat dgn papa,takde la mama kalut bila nak buat kerja rumah,
nak memasak pun selesa,dia bole bermain dgn papa..
bila dia mengamuk pun papa bole pujuk,tidaklah mama sorg yg kena handle adelya,
bole bergilir2 dukung bila penat..
ada kawan akak anaknya bila mengamuk atau penat taknak dgn ayahnya,
dia kena handle sorg2,memang tak larat kata dia..

ada artikel yg akak baca "bonding time dgn ayah membuat bayi lebih sihat"

kerana cara ayah dan ibu bersama anak adalah berbeza

pengendalian ayah terhadap anak2 lebih kepada fizikal
iaitu dgn cara bermain bersama,ini secara tidak langsung dapat mengatur emosi anak2 dan dapat menerima kekalahan.
ibu pula lebih suka mengalah dan membiarkan anak2nya menang.
tapi itu tidak bermakna cara ibu itu salah..hehehe

ayah lebih cerewet.
bila anak mulai gelisah,
ayah lebih cenderung mengajak anak2 berbual agar lebih tenang,
ibu pula lebi kepada menyentuh dan mebelai anak2 dengan penuh kasih sayang.

itu saja yg dapat akak kongsikan buat masa sekarang.

wassalam



Thursday, 2 October 2014

hari ini dlm sejarah


assalamualaikum..


hari ini dalam sejarah betul la..
tengok tu akak punch pukul berapa???

adoi lewat setengah jam tu..
tapi ini bukan kesalahan akak,
akak dah sampai awal,tapi pemegang kunci lak yg terlewat,
so merah la punch card hari ni..

nak menangis tengok kaler merah,
sepanjang tempoh ini akak menjaga agar tak bertukar kaler,
tapi apa nak buat,
mungkin ada hikmah disebaliknya kan..


ramai2 kita beratur depan pintu..hehehe

wassalam

Wednesday, 1 October 2014

bersepah juga


assalamualaikum..

sebelum2 ini bila akak up gambar dalam rumah ada yg komen..
bersih je rumah akak walapon anak 3,tapi tengok rumah kemas je...
hmmm..itu gambar masa kemas ye..

realitinya semasa mereka bermain..
rumah tetap bersepah..hahaha






sedikit gambar sebagai bukti..
bermain ikut mood bebudak ni,
ada satu minggu dorg layan main kusyen..habislah kusyen tu dorang angkut letak kat lantai pastu dorang main lompat2..
tengoklah tu macam2 gayanya..tengok tv pun dgn kusyen bersepah..
ok la dgn mama,mama bagi je..
kalau papa ada confirm tak dapat nak buat macam tu..

mainan pun bersepah.
itu sebelum raya,abg adam siap berkasut dalam rumah sebab dok test kasut baru,
tak sabar nak pakai kasut raya..hehehe

gambar tikar biru berdiri tu..
tak lain tak bukan abg adrien la yg ada dalam tikar tu..
tengok tv sambil bungkus badan dengan tikar..adoiii
macam2 kerenah mereka ni,tapi akak layankan aje..
kalau bising membebel pun dorang buat juga,jadi adalah lebih baik akak biarkan aje dorang bermain,
selepas itu baru dikemas semula.

tapi keadaan dalam gambar tu tidaklah selalu,
macam yg akak kata anak2 ni bermain ikut pada mood dorang,
kadang2 bermain dgn sangat disiplin,kdg2 hmmm...
rumah jadi macam tongkang pecah..
apapun seronok melayan kerenah masing2 yg bermacam,
sekarang ada sorang puteri lak, yg lasaknya boleh tahan..
hmmm...makin kuat la en.azmi membebel...
hahaha bukan akak ye tp en.azmi...
"abg makan elok2 jgn bersepah, papa baru je mop ngn sapu lantai ni tadi.."
hahaha...akak kat dapur gelak besar je..
bila dia membebel kalah akak..

wassalam