Sunday 2 August 2015

tiada rezeki nak jumpa lagi

Assalamualaikum...

Ada jemputan dari kawan ofis mama ke majlis sambutan aidilfitri dan akikah anaknya di homestay desa bayu jalan genting, rantau panjang klang.

Selepas zohor barulah kami keluar rumah,sebab ramai kawan-kawan yang lain pun akan pergi selepas zohor,tidaklah berjanji untuk pergi sekali,berjumpa ditempat kejadian pun sudah ok.

Semasa tiba, ada kawan-kawan yang sudah sampai dan ada yang sudah balik, terus sahaja kami anak-beranak menuju ke meja dan mengambil makanan.


nenas ikan masin tu memang mantopp,rasa nak tambah je lagi hahaha...tapi tak tambah pun, sibuk dok tengok anak-anak yang seronok bermain air sinki dan berkejaran disekitar homestay yang sangat menarik bagi mama,memang suasana kampung.


kambing bakar..buah hati mama ambil dua pinggan,mama tak sempat nak rasa pun, dia bedal semua, sedap katanya semua kena, dari kambing membawa ke ramuan kuah dan coleslow tu..hmm mama percaya tu..sebab dia makan tak toleh kiri kanan hahaha


abang adam macam biasala..susah nak ambil gambar sekarang, sikit-sikit cakap "mama abang taknak lah ambik gambar". adelya nampak sipi-sipi je...hehehe

sebenarnya sebelum pergi ke majlis ni mama ada wasap blogger yana yani cakap nak singgah rumah selepas majlis ni,sebab mama rasa rumah yana ni berhampiran juga dengan kawasan yang mama pergi ni,tapi sayang sampai mama balik,mama tak dapat balasan wasap dari yana,mama pun takde la telefon risau jika mengganggu,jadi mama pun balik je.

Malam barulah mama dapat balasan dari yana,rupanya yana tak on wasap,sedangkan yana memang ada dirumah dan rumah yang memang dekat sangat dah dengan tempat mama pergi tu,tapi itulah kan dah takde rezeki kita nak jumpa, minggu lepas yana nak singgah rumah mama tapi mama pula tiada dirumah..inshaAllah mungkin lain kali kita dapat berjumpa,dah tau rumah kat mana tu, inshaAllah ada rezeki nanti sampailah mama.

Allahummasolli a'la sayyidina Muhammad
Waala a'li sayyida Muhammad

Wassalam

8 comments:

  1. gulai lemak nenas ikan masin tu mmg nampak sedap :))

    ReplyDelete
  2. murah rezeki ari minggu asyik ada open house jer..

    ReplyDelete
  3. gulai lemak nenas tu kalau ada ilan masin dalamnya
    .terbaik :-))

    ReplyDelete
  4. Tgk gmbr pn da menyelerakan..
    Semoga ada rezeki lain hari utk bertemu dgn blogger yana yani

    ReplyDelete
  5. sedapnya menu2 tu..
    yelah, takde rezeki nk jumpa..insyallah akan datang, adelah rezeki tu

    ReplyDelete
  6. kambingggggg onomnomnom sedapnyaaaa haaaaaa

    mesti ralat kan sebab dah dekat sangat, insyaAllah next time kannn

    ReplyDelete
  7. tu jamuan raya ke...meriah betul dia buat
    ingat kenduri kawin! dua hari berturut2 saya nampak majlis tu

    tulah kan kak. memang ralat betul tau
    boleh pula hari tu saya tak belek phone
    sibuk melayan anak-anak yang macam2 perangai
    dah malam baru belek. sampai terjerit saya bila buka WS.
    rasa ralat sangat sebab memang ada kat rumah time tu.
    tak apa...lain kali kak ye. kali ni belum berjodoh nak jumpa =)

    ReplyDelete
  8. Alahai rugi tu.. kena plan lagi lain kali bgtahu awal2 ye.. YY ni beraya sakan sampai tak tgk phone.. haha.. lain kali ajak gak orang kat sini ya...

    ReplyDelete

Assalamualaikum...sudah baca rajin2 la komen,lg panjang lagi mama suka...

Kejohanan Silat Olahraga

 Asalamualaikum... Mga kita semua didalam lindungan dan redha Allah swt. 3,4 dan 5 Mac anak-anak mama menyertai satu lagi kejohanan silat. K...