Tuesday 4 August 2015

geng robocar poli

Assalamualaikum...

Hero mama yang berdua tu suka sangatlah menonton siri kartun robocar poli ni, kisah di bandar vromm..mama pun suka tengok juga cerita ni,kerana mempunyai teladan yang baik buat anak-anak, bagi mama la.. watak utama dalam siri ini poli, roy,amber dan heli, semuanya comel terutama amber dan heli hehehe...


inilah geng robocar poli mama...amber,poli dan roy hehehe papa heli, mama takde kata abang adam.
habis ketiga-tiganya pakai baju robocar poli, sama warna pulak tu sampai adelya pun dah macam boboy mama tengok bila pakai baju ni, papa la ni saja belikan sama, papa kata sesekali biar mereka pakai baju yang sama...ikutkan je la

kebetulan, sebelum raya hari tu mama papa meronda kat GM klang tu, nak mencari kasut untuk tuan puteri tapi kasut tak jumpa,baju ni yang mama papa jumpa terus papa belikan untuk anak-anak.



Apapun dipagi raya hari tu mama pakaikan adelya tudung hehehe...mama yang excited nak pakaikan adelya tudung..abang awisy tu bukan main senyum lagi bila adelya nak duduk bergambar dengan dia,kalau  tidak adelya mana mahu,abang awisy dekat je adelya dah meraung...hehehe

Allahummasolli a'la sayyidina Muhammad
Waala a'li sayyida Muhammad

Wassalam

8 comments:

  1. anak saya adli ni suka sangat robocar poli ni. ada dialog2 yang boleh dia ingat.

    ReplyDelete
  2. skarang mmg femes robocar poli kan..
    comey sgt adelya

    ReplyDelete
  3. comelnyaaa adelya pakai tudung!manis sangat!

    ReplyDelete
  4. comeyyyyy sangat adelya. budak2 kecik ni pakai tudung omeiii sangat kan kak

    uwais minat lagu je. kalau katun tetap mon di hati dia hihihihi

    ReplyDelete
  5. Comey yaya pakai tudung.. muka tu mcm nk nangis je.. hehe..

    ReplyDelete
  6. anak2 saya pun suka tengok cite tu
    takat ni belum ada permintaan nak baju tu
    nak transformer aje adalah...hehe
    saya pun tiap kali raya akan beli tshirt sama design buat diorng bdua beradik
    cam comel aje nampak pakai sama

    time kecik ni pakaikan aje...kang dah beso, pandai pilih
    takdenya diorg nak pkai sama =)

    ReplyDelete
  7. Haha.. adelya pakai baju tu dah ingat mcm 3 beradik boboy.. haha.. apa pun tetap comel keduanya..

    Ala, sebut pasal baju ni saya ada pergi gm 2 minggu lepas, tapi intai2 xjumpa baju poli ni. Last balik jelah.. xda rrzeki atau pun saya tak reti cari sb rasanya baru 3 kali sampai ke gm klang tu..

    ReplyDelete

Assalamualaikum...sudah baca rajin2 la komen,lg panjang lagi mama suka...

Kejohanan Silat Olahraga

 Asalamualaikum... Mga kita semua didalam lindungan dan redha Allah swt. 3,4 dan 5 Mac anak-anak mama menyertai satu lagi kejohanan silat. K...