comel sangat anak-anak mama ni tau

Assalamualaikum....

Dalam minggu ni..memang kerenah anak-anak mama ni boleh bikin mama pening, ada saja yang mereka buat,sepahkan mainan,bising bermain,menjerit-jerit samapi satu taman boleh dengar agaknya suara anak-anak mama tu. tapi mama diamkan saja sebab berpuasa jadi suara mama pun malas je nak keluar,jadi papa lah yang amik alih tugas mama tu...hehehe

"Abang..papa baru je kemas rumah,sapu sampah,mop lantai..sekarang abang dah buat sepah, dan yen pulak dah tumpahkan air..." nah itu dia papa dah menyinga..mama tadah telinga je,anak-anak biasalah macam tu kan...sesekali begitu,bukan selalu.

Ada suatu petang mama memasak di dapur adelya datang dimuka pintu dapur
"mama..yeyen anjat ete (mama..yeyen panjat kereta) " kata adelya, mama jenguk keluar, hmmm.. dah macam spiderman adrien merangkak kat bahagian cermin depan, adoi la anak-anak,macam-macam peel kamu ye..pagi nak pergi keje, papa cakap "hmmm...penuh kesan tangan kat cermin depan nih" "tangan siapa lagi kalau bukan adrien" jawab mama

Malam tadi, sebelum tidur mama berbual-bual dengan anak-anak didalam bilik,menegur apa yang telah mereka buat, sekali abang adam bangun " abang nak pegi minta maaf dengan papa lah" terus buka pintu bilik dan turun ke bawah jumpa papa..
"abang buat apa jumpa papa?" "abang salam dan minta maaf dengan papa" "pastu papa cakap apa?" "papa cakap jangan nakal-nakal"

"yen pun nak minta maaf dengan papa" terus adrien bangun turun ke bawah,seketika kemudian muncul di bilik.
"yen cakap apa dengan papa?" "yen cakap papa jangan garang-garang,jangan jahat-jahat, papa kena baik-baik je..kalau papa baik-baik nanti yen bagi hadiah" hahahaha....tak tahan mama nak ketawa dengar adrien berkata-kata, ada sambungan lagi lepas tu " yen nak bagi hadiah dekat mama,dekat baby dekat papa je, dekat abang yen tanak bagi" " kenapa taknak bagi pula?" " sebab abang tanak sayang yen" hehehe..ooo kecik hati la tu,tadi adrien nak peluk dan sayang abang sebelum tidur abang taknak, ada-ada saja adrien nih.

"hadiah apa nak bagi kat papa tu?" saja mama bertanya.
"mama belikan mainan robot,nanti bagi la dekat papa" hamboihh pandai memasing ye, nak bagi hadiah robot,macam la papa nak robot tu, ini mesti nak untuk diri sendiri ni...bijak sangat budak berdua ni...

Allahummasolli a'la sayyidina Muhammad
Waala a'li sayyida Muhammad

Wassalam

Comments

  1. hahaha...comel je semua. semoga membesar jadi anak yang soleh dan solehah selalu. =)

    ReplyDelete
  2. hahahha... bdk2 tgh nk membesar ada je kerenahnya ek... hehhe

    ayen pun pandai yek, tp dia lak bg nasihat kt papa nyer

    ReplyDelete
  3. keletah depa ni kadang-kadang pening kepala, tapi bila tengat balik, nak gelak pun ada...

    apapun, anak-anak syurga yang xdak dosa ni, memberi ketenangan secara tak langsung kat jiwa kita yang letih dengan dunia kan... (^____^)

    ReplyDelete
  4. sekali sekala kemas baru bila anak sepahkan baru si ayah tahu kan. mcm mna perasaan si ibu bila terjadi begitu..

    pandai ayen..

    selaamat hari raya akak
    maaf zahir batin

    ReplyDelete
  5. Klaka la yen.. papa pulak yg kene warning.. hehe

    ReplyDelete
  6. hahahahahaha sekali papa pulak yang kena nasihat. mesti papa gelak2 dah kat bawah tu hihihihihi. bijak sangat haaa

    ReplyDelete

Post a Comment

Assalamualaikum...sudah baca rajin2 la komen,lg panjang lagi mama suka...

Popular Posts