Sunday, 9 August 2015

jalan-jalan dan makan kenduri

Assalamualaikum....

Alhamdulillah..sabtu dan ahad penuh dengan jemputan dari pagi membawa ke malam, jiran-jiran berebut nak jemput beraya,itulah yang jadi minum pagi,makan tengah hari,minum petang dan makan malam, mama? hmmm...mama untuk tahun ini tak buat kot hehehe...tunggu rezeki masuk rumah baru nanti.

Sabtu...berjanji dengan family in law hendak makan kenduri di batang kali, rumah besan mak abah mentua, berjanji akan berjumpa di genting sempah, alang-alang dah ke situ buah hati mama ajak singgah di genting strawbery park hehehe...sesambil tunggu hendak ke batang kali malam tu singgah lah jalan-jalan dulu sekejap kan... banyak juga kawasan yang hendak dibangunkan tak lama lagi tak perlulah ke cameron sebab di sini pun dah ala-ala cameron. siap ada mini cameron lagi tempat jual sayur-sayuran.

Lagipun kawasannya dekat berbanding cameron rasa nak pergi boleh singgah je masa nak balik kampung, bayaran masuk pun ok lah murah

Dewasa RM8 dan kanak-kanak RM5 (semua umur kena bayar)

Mama dah pernah pergi sebelum ini waktu tu pergi family mama je, tapi kali ni pergi beramai-ramai lebih meriahlah, meriah snap pic la hahaha





mama tu kemain berdress sebab malas nak bertukar baju,pada hal bawa je baju spare untuk kenduri, tapi tak bertukar pun bajunya...



Dekat lavendar farm tu seronok,banyak bunga-bunga yang cantik, kalau dapat masuk kat kawasan bunga ditanam tu lagi seronok bergambar, tetapi haruslah tak dapat masukkan, jika dibiarkan masuk takut habis pula bunga-bunga tu jadi mangsa pijakan, nak pula anak-anak mama yang memang tak makan saman kalau dapat berlari bebas macam tu,mama pun tak larat nak mengejar.



Ada pulak gambar yang berulang...hahaha taram je lah ye,mama dah kelabu mata nak cantum gambar kalau letak satu-satu kang banyak pula gambarnya kan...

Apapun seronok dapat berjalan ramai-ramai walaupun sekejap,lain kali harus ada aktiviti macam ni walaupun sekejap tetapi masa yang ada digunakan sebaik mungkin...sebaik mungkin untuk bergambarlah hahaha...bukan apa kami masuk waktu tu dah pukul 6pm, tempat tu tutup pukul 7pm, sejam je masa untuk berjalan, sebenarnya tak cukup tu sebab banyak juga tempat yang boleh dilihat secara santai, tetapi nak kejar masa kita berjalan sekejap dan bergambar lama-lama..hehehe

antara yang menarik didalam genting strawbery park nih :

- Strawbery park ( dah tentulah kan) boleh jalan-jalan dan boleh petik strawbery juga, dikira ikut berat yang kita ambil tu lah, macam cameron jugak la.

-lavender farm ( kat sini memang bestlah penuh bunga-bungaan..mama memang suka ungu lavender tu..canti bangat, kalau ada bunga tulip lagi best..hehehe,mama suka tulip juga), dekat lavender farm ni banyak juga bungaan lain, ada kedai menjual barangan berasaskan lavender,bunga hiasan dan macam-macam lagi la.

-Lebah dan madu, ada tempat yang menjual madu lebah.

-Cendawan, ada satu kawasan ditanam dengan cendawan, terdapat juga kedai menjual barangan berasaskan cendawan, ye lah dah kawasan cendawan kan...hehehe

-Sesiapa berani boleh juga bergambar dengan ular sawa dan burung kakak tua.

- kedai menjual cenderahati key chain,fridge magnet dan macam-macam lagi

Itu je lah yang mama ingat...adoiii baru je pergi semalam,hari ni dah lupa heheh



eh..ada juga gambar pasangan dua sejoli nih.. eceh jangan marah naaa, pergi ramai-ramai dapatlah bergambar berdua, itupun tak sengaja mama dengan buah hati berehat dekat kerusi tu, tetiba abang ipar tala enpon, terus la posing

sesudah berjalan terus ke batang kali makan kenduri, selesai makan duduk sebentar dan berangkat pulang, pukul 11mlm juga sampai rumah, keluarga mentua semua bermalam dirumah mama, sebab nak balik ke pahang macam dah lewat,nanti penat pula itu lah mama ajak tidur dirumah saja. Gambar makan kenduri nan hadoo sebab sedap makan.

Semoga pengantin baru Zul faiz dan pasangannya hidup bahagia hingga ke Jannah.

 Allahummasolli a'la sayyidina Muhammad
Waala a'li sayyida Muhammad

Wassalam

6 comments:

  1. berjalan memang seronokan..hirup udara baru..tapo tang dah balik tu..adoi ai...badan sakit2 semua ..huhu

    ReplyDelete
  2. sakan berjalan...best pergi ramai2 baru meriah.

    ReplyDelete
  3. tak pernah lg ke sini
    bru ni mmg nak balik umh mil dia pahang pon ada singgah sini juga. mcm best ja .
    nak la juga pergi bebila.

    ReplyDelete
  4. saya belum penah sampai tempat ni, cantik ye tempatnya
    kalau saya pun sakan bergambar ni
    lagilah kalau pergi reramai kan...mesti seronok sangat
    sweet gambo bawah sekali tu...pengantin lama =)

    ReplyDelete

Assalamualaikum...sudah baca rajin2 la komen,lg panjang lagi mama suka...

Kejohanan Silat Olahraga

 Asalamualaikum... Mga kita semua didalam lindungan dan redha Allah swt. 3,4 dan 5 Mac anak-anak mama menyertai satu lagi kejohanan silat. K...