Monday, 3 August 2015

jom makan aiskrim

Assalamualaikum...

Cerita anak dara mama lagi...hai semenjak dua menjak ni macam-macam perangai adelya ni. petang semalam sedap-sedap menyusu, papa keluarkan aiskrim bagi abang-abang,terus berhenti minum susu, laju je pegi dekat abang-abang nak makan aiskrim juga. tapi bukan nak abang suap,nak suap sendiri.



gaya adelya makan aiskrim,mulanya eloklah berkongsi dengan adrien, sekali terus jadi hakmilik, tengok tu tangan kiri kanan pegang sudu..atas kusyen tu jangan cakaplah memang bersepahlah aiskrim yang jatuh..sabar je lah mama menengok, papa pulak kalau anak dara dia ni yang buat macam tu, takpe aje.."takpe nanti papa kemas"..cuba kalau abang-abang yang buat,mau kena rotan tu..

makin lemaklah anak dara ni dibuatnya,kesayangan papa kan...layan je la adelya, sementara belum besar nih,kot dah besar kang sama naik je kena rotan dengan papa...hehehe

Kejap je dah bulan ogos kan, 22hb ni genaplah usia adelya 2tahun, setakat ini macam-macam akal anak dara bertuah ni,kalau mama memasak dia pun sibuklah nak tolong,suruh mama dukung kepas tu dia pegang sudip atau senduk kacau lauk dalam kuali.."yaya acak..(yaya masak) katanya.. amboi rajin ye nanti dah besar boleh la tolong mama didapurkan.

Ok...nanti mama cerita lagi pasal anak dara mama ni ye..

Allahummasolli a'la sayyidina Muhammad
Waala a'li sayyida Muhammad

Wassalam

7 comments:

  1. Comelnya yaya.. pandainya yaya acak..

    ReplyDelete
  2. amboiii sukanya dia makan aiskrim..

    ReplyDelete
  3. bunga sekuntum baru nak berkembang kan kak hihihihi...

    moga membesar dgn sihat dan cerdas adelya ;)

    ReplyDelete
  4. hehe...perangai budak perempuan kot
    aisyah pun apa abang dia pegang dia nak
    tak nak berkongsi pula tu
    bergaduh manjang...mama pun menyinga manjang...hehe

    ReplyDelete
  5. Haha.. bukan pompuan kat rumah ni, al nazif sama gak pael dgn adelya ni.. payah nk kongsi barang.. adui.. kena pujuk memanjang..

    Rumah akak nampak kemas sokmo, mesti mama dia rajin kemas, okla tu.. rumah kami pantang bg anak makan kat sofa.. naim pun reti marah adik kalau nampak adik makan kat sofa.. mujur gak abang dh oandai..tahu mak dia malas agaknya.. huhu..

    ReplyDelete

Assalamualaikum...sudah baca rajin2 la komen,lg panjang lagi mama suka...

Kejohanan Silat Olahraga

 Asalamualaikum... Mga kita semua didalam lindungan dan redha Allah swt. 3,4 dan 5 Mac anak-anak mama menyertai satu lagi kejohanan silat. K...