Monday 24 August 2015

cheras - bsp - balai polis banting - bsp - klang

Assalamualaikum....


Sungguh..malang itu tidak berbau dan ujian Allah itu datang dalam keadaan yang tidak kita duga kan.
Semalam pergi makan di cheras, anak buah belanja (ini lain entri lah mama cerita). ini mama nak cerita kejadian selepas balik makan tu.

Balik dari cheras mama sefamily pergi ke bandar saujana putra untuk ambil kereta. Kereta yang kami beli, bukanlah kereta baru,bukan juga kereta secondhand tapi dah berhand-hand...hehehe ok lah tu kan, owner letak harga tapi boleh nego,mama pun bagilah harga yang mampu untuk bayar..owner kata ok,apalagi terus rembat le,senang sangat berurusan. bukan kereta besar ye,mama beli kereta yang lebih kecil yang memudahkan buah hati untuk berulang menghantar mama dan membuat kerja, kereta ini lebih jimat minyak, sebab kerja buah hati mama ni memerlukan dia pergi ke tempat-tempat tertentu jadi memang kami perlukan sesuatu yang menjimatkan.



buah hati mama sedang bekerja dalam renyai hujan, bukan keje apa, kereta yang kami beli tu bateri dah weak jadi kena jumper, tapi entah apa problemnya alarm pulak asyik berbunyi, adik mama nak balik rumah ambil kunci satu lagi, buah hati dengan anak buah mama masih teruskan usaha menghidupkan kereta tu...

tetiba dapat mesej..adik mama yang nak balik rumah ambil kunci tadi bagitahu dia eksiden...adoii kat mana pulak eksidennya? sebab mama baru je tengok dia lalu tadi, buah hati dan anak buah pun tolak kembali kereta tu masuk parking dan kami terus pergi ke tempat adik mama eksiden.



keadaan kereta adik mama, memang pintu belakang tu kena tukarlah nampaknya...,bukan salah adik mama, tapi ada kereta nak keluar parking, mengundur dengan laju terus langgar kereta adik mama dengan kuat sampai berpusing dan terlanggar lagi 2 kereta yang sedang parking,kawasan kejadian didalam kawasan flat ditempat parking je.

Budak tu dah la tiada lesen, kesian juga tengok budak tu, mujur abangnya mahu bertanggungjawab dengan mengatakan dia yang bawa kereta tu. Masa nak jadikan, sebenarnya budak tu memang nak panaskan enjin kereta tu je,sambil bawa pusing-pusing dalam kawan flat tu saja,masa terlanggar kereta adik mama tu dia gabra dan tertekan minyak, itu yang makin teruk dan terlanggar dua kereta lagi.

kemudia kami ke balai polis banting untuk buat report, teroaksalah mama driev, buah hati mama bawa kereta adik mama tu,mujur masih boleh dibawa tak perlu ditowing,bawa slow-slow je. tetapi tak boleh settle juga sebab ada sorang owner kereta yang dilanggar tu roadtaxnye mati, perlu di renew dulu, terpaksa ubah report mengatakan kejadian berlaku pada hari ini.

tinggalkan kereta adik di rumah kakak,kemudian kami ke bsp semula, untuk uruskan kereta tadi, kali ini abang ipar ikut, lagi mudah sebab abang ipar pandai repair kereta, daptlah kereta mama tu dihidupkan, buah hati bawa balik kereta tu, mama pun terpaksa memandu lagi, silapnya terlupa nak tukar kereta dengan abang ipar sebab keretanya auto,kereta mama ni manual, adelya ikut mama pula kali ni, siap tunggu adik mama pergi check up dah pukul 8 lebih, gerak balik rumah kakak semula, dalam perjalanan, adelya dah buat hal taknak duduk dengan ibu nak dekat mama, tapi mama kena drive juga sebab kakak dan adik mama tak pandai bawa manual.

akhirnya separuh jalan mama drive sambil riba adelya,memang mencabar lah dengan kereta manual tu...masa azan diradio, mama dok sibukla tanya jalan short cut, adelya marah mama sebab bercakap masa azan,siap dicubitnya mulut mama nih, bertuah punya anak,mama tahulah azan tak boleh bercakap,mama tanya slow-slow je, takut terlepas simpang, satu hal lagi masa doa lepas azan, dimarahnya mama suruh angkat tangan berdoa, terpaksalah mama satu tangan pegang stereng, satu tangan menadah tangan berdoa...fuhhh mencabar drive dengan adelya ni tau..

Apapun...alhamdulillah kami sampai dengan selamat, memandangkan kereta adik perlu dihantar ke bengkel, kereta mama tu bagi adik guna dululah untuk berulang ke tempat kerja, takpe lah kan, sekarang masa dia susah,masa kita susah dulu mereka juga yang membantu...
mama beli kancil je, itupun kakak mama punya, dia memang tak bawa pun sebab pegi kerja naik lrt putra je, dia tanya sapa nak ambillah kancil tu, jadi mama bayarlah dengan apa yang mampu mama bayar, kakak mama tu ok je..ok lah guna kancil dapatlah jimatkan sedikit apa yang patut..

Oklah...panjang pula mama membebel, sebenarnya banyak lagi yang mama nak ceritakan, tunggulah di entri lain pulak..hehehe

Allahummasolli a'la sayyidina Muhammad
Waala a'li sayyida Muhammad

Wassalam

9 comments:

  1. alhamdulilah adik AA tak apa2....

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah..adik akak takde apa-apa cuma sakit di dada sebab terhentak di stereng

      Delete
  2. sabar dugaan dari Allah swt.

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah dugaan sari Allah..tiada siapa yang dapat mendugakan.

      Delete
  3. allahuakhbar...teruk nampak kereta tu
    mujur tak apa-apa ye
    yelah...harta benda rosak boleh cari, kalau diri rosak...mana nak ganti
    apapun saya doakan semoga semua urusan akak dan keluarga dipermudahkan

    ReplyDelete
  4. Kat Malaysia still boleh kawtim kawtim tukar2 tarikh report kan.. tapi tu la... malang tak berbau orang kata. And mujur takder yang cedera kan kak, paling mujur takder kids around kalau tak naya sia2 kena langgar. SAya cukup gerun kalau tengok budak2 bawak kereta pusing2 taman.

    ReplyDelete
  5. Malang tak berbau ye. Alahai, elok je balik drp makan2 yang gembira jadi macam ni pulak ya.. ni area bsp yang kawasan kedai2 tu kan? Saya pun selalu gak brek mengejut sb ramai yg kluar mcm tu je atau salah jalan kat kawasan kedai tu, memang geram betul.. xtau la kenapa xnak ikut peraturan orang2bsp ni.. apa pun lega dibantu, moga lepas ni urusan akak dimudahkan...insyaAllah.. bukan kecil besar kereta yang penting, lebih penting sampai ke destinasi yang dituju

    ReplyDelete
  6. cemas je baca akak cerita tapi sempat gelak lagi dengan keleteah si adelya tu hihihih. ada je perangai dia. tapi alhamdulilah selamat sampai. memang mencabar kalau terpaksa drive dengan riba dorg. kalau dorg meronta menanges lagiiii la tercabar dan mencabar rasanya huuuuu

    ReplyDelete
  7. Teruk jugak tu. Alhamdulillah adik AA tak apa2.

    ReplyDelete

Assalamualaikum...sudah baca rajin2 la komen,lg panjang lagi mama suka...

Kejohanan Silat Olahraga

 Asalamualaikum... Mga kita semua didalam lindungan dan redha Allah swt. 3,4 dan 5 Mac anak-anak mama menyertai satu lagi kejohanan silat. K...