Thursday, 27 August 2015

berjaya juga akhirnya

Assalamualaikum....


mama merancang nak buat sambutan hari lahir adelya dekat taska pada isnin atau selasa, tetapi banyak kekangan pula, tidaklah sempat mama nak buat,sebabnya bukan apa,mama ni bercadang nak buat kek sendiri hehehe.

Selasa balik dari kerja, beli semua bahan yang diperlukan, apa yang ingin diberi kepada anak-anak di taska. dapat gembirakan anak-anak ni kita juga dapat merasa keseronokkannya.



mama ingin berikan sesuatu yang boleh disimpan oleh anak-anak taska, jadi mama hadiahkan mereka sebuah buku, tak mahal pun bukunya, beli yang murah-murah sahaja asalkan boleh jadi bahan bacaan. siap mama printkan kartun comel tu letak nama adelya, gigihlah malam-malam print benda tu dan gunting, buat kerja sambil berperang dengan anak-anak sebab mereka pun teruja dok tengok mama print benda tu, abang adam pun siap request nanti dia nak optimus prime...hehehe boleh aje tunggu besday abang nanti ye

berikan buku itu boleh disimpan dan digunakan selalu, bila anak-anak ini dah besar dan tidak lagi berjumpa ada juga kenangan mereka untuk kawan-kawan kan.selain itu,mama letak juga la sedikit makanan untuk anak-anak taska, anak-anak mesti suka dapat makanan kan..sebab anak-anak mama pun macam tu..


kit kat bites stoberi coklat cake

kemain eh nama kek...hahaha saje je mama bagi nama tu,pada halnya kek coklat moist biasa tu je.. stoberi dengan kit kat bites tu saja nak bagi meriahkan kek tu je...mama takde idea nak menghias jadi mama taram je la,asalkan nampak menarik dimata mama ni ha..sudahla kan.

mulanya mama buat selapis je, tetiba rasa macam...ehhhh kecik pulak kek ni,nanti tak cukup macam mana? macamlah kek mama tu sedap sangatkan kot bebudak berebut tak cukup lak nanti, teruslah pukul 10malam tu gigih mengukus sebijik kek lagi dalam loyang yang sedikit kecil, itu yang jadi 2 lapis tu...bahagian bawah tu nampak comot sikit, tak sempat mama nak bersihkan dah sebab anak dara dah menangis-nagis...

hari ni potong kek lah adelya kat taska tu, harap-harap semuanya berjalan lancar, anak dara mama tu bukan boleh kira, macam-macam peel nya tu nanti..

Allahummasolli a'la sayyidina Muhammad
Waala a'li sayyida Muhammad

Wassalam

6 comments:

  1. Happy birthday Adelya.. wahh untung kamu ada mama yang sangat rajin. Kak share la gambar freebies tu, nnt boleh jadi ilham kami nak buat jugak, ker dah share saya yang ketinggalan?

    ReplyDelete
  2. alhamdulilah...Allah permudahkan..pandai AA deco kek...yan pun teringin nak deco kek..tapi tak reti...huhuhu

    ReplyDelete
  3. Wah.. lawanya kek akak buat ni. Pasti anak2 taska adelya rasa seronok sangat ni.. untungla pandai buat kek sendiri ya, rasa tak berapa besar boleh tambahkan.. alhamdulillah..

    Bagus cadnagan bgi buku.. dapat anak2 taska beberapa tahun gunakan tu..

    ReplyDelete
  4. mak ai kek! tergoda saya nengoknya kak
    lapo pun ye juga ni =)
    pandainya akak buat kek...

    ReplyDelete
  5. cantikkkkk kek mama. achik kira ni pun jadi meleleh air liur tengoknya haaaaa

    ReplyDelete

Assalamualaikum...sudah baca rajin2 la komen,lg panjang lagi mama suka...