rezeki sebenarnya bila dapat jiran-jiran yang baik ni kan...seronok duduk berjiran jika jiran-jiran berbaik-baik...
Cerita dua minggu lepas nih,mama tak sempat nak update..ina, jiran mama buat kenduri kawin untuk adiknya, jadinya kami jiran-jiran berpakat untuk bergotong -royong menjayakan majlis tersebut, mama macam biasalah watak tempelan je,dapat tolong sikit-sikit pun jadilah dengan anak-anak tiga orang tu,macam-macamlah kerenah mereka.
mama dalam team dessert,satu team lagi untuk makan beradab, lauk-pauk untuk tetamu geng-geng lelaki yang memasak..ada suami yang bersuara..eh bukan sepatutnya perempuan ke yang memasak? ini terbalik pula lelaki yang memasak,bukan setakat memasak, potong bawang,sayur, buah-buahan semua kerja geng lelaki, kami yang perempuan..itu je lah kerjanya...
dua hari kami bertungkus-lumus bergotong royong bersama, sabtu dan ahad..sabtu majlis nikah,ahad majlis sanding, geng lelaki memasak sampai ke pagi, bukan memasak je, siap solat jemaah beramai-ramai kat rumah jiran, tak balik solat kat rumah sendiri dah...
Barang-barang untuk kegunaan dihari kenduri pun jiran-jiran pakat share je, mana yang tak cukup pakat cari kat rumah jiran mana yang ada barang tersebut, memang bersatu hatilah sangat..dessert kaunter pun dibuka dekat porch rumah jiran...
siap ada baju tu..crew rewang aster, mama je bertudung hitam,orang lain semua pinky..bolehlah asalkan ado..yang baju oren duduk kat pelamin itulah ina, tuan rumah untuk majlis ini
ini dessert kaunter kami, siap ada basikal berbakul yang diletak bunga-bungaan lagi, basikal tu pun kami rembat dari jiran jugak,pendek kata kebanyakkan barang-barang disponsor oleh jiran-jiran,bukan disediakan oleh tuan rumah, memang sepakatlah jiran-jiran mama ni...seronok sangat.. oh ye puding labu @ kuih labu tu sedap sangat, macam nak buat sendiri je nih..
ini geng memasak,geng basuh pinggan dan geng mengemas..tengok tu teringin juga diorang nak bergambar dekat dessert kaunter kami tu..hehehe
pendek kata kejiranan tempat mama tinggal ni memang best, bersepakat semuanya, tetapi itulah nanti mama perlu berpindah, harap-harap silaturrahim ini tidak akan terputus, dan semoga jiran-jiran diperumahan baru nanti akan sama seperti ini...inshaAllah..
Allahummasolli a'la sayyidina Muhammad
Waala a'li sayyida MuhammadWassalam
alhamdulilah mama dapat jiran yang ok....
ReplyDeleteAlhamdulillah.. bagus jiran2 k.lah.. seronok dpt jiran sepakat mcm ni..
ReplyDeleteJiran saya semua anak beranak je, hehe
ReplyDeletealahai best sangat kann
ReplyDeletebarulah sehati sejiwa bila bergabung begini :)
smoga ukhwah yg terjalin terus berkekalan.aamiin
seronoknya ada jiran camni
ReplyDeleteberuntung akak ye...tapi kebiasaannya
kalau dah lama baru kemesraan tu nampak
cam saya ni, belum kenal sangat pun orang keliling
lagipun awak tak peramah mana
p/s-akak memang tak letak banner ke kak? ke terdelete
alaaaaaa syoknya dapat jiran sepakat macam ni haaaa. takpe la nanti kalau akak pindah akak mntk la dorg rojer akak kalau ada rewang macam ni. ada rezeki masa lapang boleh turun jugak kan ;)
ReplyDeleteBestnya dapat jiran² macam nih. Saya ni ni dengan jiran pon tak berapa kenal sangat. Dok apartment katakan.
ReplyDelete