setelah 20 tahun

Assalamualaikum....

Hari ahad mendapat jemputan beraya ke rumah sahabat lama,pada mulanya rasa macam tak jadi dah nak pergi sebab buah hati mama tu sakit perut, tetapi bila ditanya kemudian ok pulak.

Dalam perjalanan anak-anak pulak buat hal sakit perut la, nak pergi toilet lah, macam-macamlah... pening pulak kepala mama dibuatnya, tapi akhirnya sampai jugalah kami ke rumah sahabat mama ni.

Ya Allah gembira tak terkata, dah 20 tahun tak jumpa kami ni,inilah kawan sekampung, sesekolah dari tadika hingga ke sekolah menengah, tapi tu lah kan bila dah berkeluarga ni,segalanya terbatas sedikit.




mama dan kawan-kawan...alahai rindunya...kami post gambar ni dalam group wasap apalagi ramai lah yang jeles...hahaha, untung juga ada wasap ni kan dapat menjalinkan kembali hubungan yang terputus sekian lama, kami ada wasap group geng sekolah rendah dulu, inshaAllah raya haji nanti nak buat reunion kawan-kawan sekolah rendah pula,moga segala perancangan berjalan lancar.



bersama pasangan masing-masing, adelya sempat la mencelah di situ, abg adam dengan adrien sibuk bermain,maklumlah kawasan rumah kawan mama ni luas seronoklah anak-anak bermain dan berlarian.Walaupun sekejap je kami berjumpa sebab mama sampai pun dah petang, tapi semua ini sangat bermakna, berjumpa sahabat-sahabat lama kan.

Moga ada kesempatan untuk kita berjumpa lagi...


Allahummasolli a'la sayyidina Muhammad
Waala a'li sayyida Muhammad

Wassalam

Comments

  1. bestnya dapat jumpa kawan lama...

    ReplyDelete
  2. best kan mama.
    kiterang reunion besar besar blm lg buat.
    just jumpa sikit sikit j yg mana berkesempatan.maklum la msing msng jauh.
    kena betul betul planning, pasti mjdi kan, mama !

    ReplyDelete
  3. mesti bila jumpa tu ada yang nangis nangiskan

    ReplyDelete
  4. eksited sgt2kan leh jumpa kwn lama..
    lg2 y dlm tempoh lama x bjumpa

    ReplyDelete
  5. Meriahnya semua yang boleh hadir perjumpaan ni.. saya tak join masa kawan2 buat reunion satu ketika dulu.. ada hal masa tu..

    ReplyDelete
  6. nak puji ni kak...akak nampak muda dari kawan2 akak =)
    ni kalau saya berdiri sebelah akak pun, confirm saya nampak tua =)
    anyway, seronok kan kalau dah lama tak jumpa pastu jumpa
    memang macam2 topik kuar =)

    ReplyDelete
  7. wahh bestnyaaa dapat berkumpul sama2 yg dah lame tak jumpee..

    ReplyDelete

Post a Comment

Assalamualaikum...sudah baca rajin2 la komen,lg panjang lagi mama suka...

Popular Posts