Tuesday 11 August 2015

nenek si bongkok tiga



"nenek-nenek si bongkok tiga,
 siang malam asyik berjaga,
 nak cari cucu di mana ada,
 nenek ku kawin dengan anak raja"

"cucu-cucu tak dapat lari,
 nenek tua banyak sakti,
 sekarang nenek nak cari ganti,
 siapa yang kena dia yang jadi"


Assalamualaikum....

bagi lagu dulu baru nak bagi salam mama ni ye...hehehe

ok sekarang inilah permainan mama dengan anak-anak dekat rumah tu, mama haruslah jadi nenek, kena tutup mata,nyanyi dengan anak-anak...riuh rendah lah rumah dibuatnya, dengan anak-anak yang takut kena tangkap dengan nenek nih, mencicit lari menyorok belakang kerusi,macamlah mama tak nampak kan...hehehe

seronok sangatlah bermain dengan anak-anak ni, biasa mama tak merancang pun nak main apa-apa, tengah duduk tengok tv diruang tamu,anak-anak leka, tetiba mama bangun tutup mata dan nyanyi, otomatik anak-anak pun ikut,gamatlah rumah dibuatnya.

sekarang ni bilik bawah yang dibuat stor tu,mama papa bersihkan buat ruang untuk anak-anak bermain, khemah pink yang mama beli dulu,mulanya telah disimpan oleh buah hati mama tu,mama keluarkan dan buka letak diruang tamu,buah hati tanya buat apa buka ni? mama cakap habis tu takkan beli nak simpan biar mereput koyak...biarkan je kat situ anak-anak nak main..biasalah kalau yang dah tahu buah hati mama tu kan tak boleh rumah bersepahkan...

penat memang penat melayan anak-anak bermain dan menyepah,kadang-kadang mama berangin juga satu badan bohonglah kalau mama cakap mama ni tak marah langsung..tidak.. ada waktunya mama memang menyinga, mama tahu ada ibu-ibu diluar sana memang penyabar melayan kerenah anak-anak,tapi mama memang kadang-kadang kurang kesabarannnya hehehe..

pagi tadi dengar sinar fm...tazkirah dari dr mohd fadhillah kamsah...katanya " setiap perubahan bermula dari ibu...ibu perlu berubah luaran dan dalaman...berubah disini maksudnya berubah menjadi positif, bila ibu positif, orang sekeliling terutamanya anak-anak dan suami akan berubah menjadi positif juga" mulai hari ini mama juga akan menjadi positif,dalaman dan luaran..inshaAllah mama akan cuba demi keluarga kecil mama nih.


Allahummasolli a'la sayyidina Muhammad
Waala a'li sayyida Muhammad

Wassalam

7 comments:

  1. Rajin mama melayan telatah anak2..
    Seronok kan masa mereka kecil... bila dah besar, dah tak nak layan sangat main dgn kita...
    Jom kita sama2 jadi ibu yg positif.. setiap kejayaan bermula dgn langkah yg pertama :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. sementara mereka masih kecil ni layanlah mereka bermain,nanti dah besar mesti dah tak mahu main dengan mama lagi...

      betul tu kalau tak kita mulakan siapa lagi kan...harap2 dapat jadi ibu yang positiflah akak ni

      Delete
  2. yan dapat bayangkanbetapa gamatnya rumah tu AA...

    ReplyDelete
  3. Aa emailkan alamat Aa kat yan..

    iryanty83@gmail.com

    ReplyDelete
  4. Assalam mama, ini la mainan twin juga... mmg twin akak lari sambil jerit2 kalo mama wat jalan terbongkok konon pegang tongkat, padahal gaya je, pun dowang dah lari tak cukup lantai, hahaha.. sonok kalo settle keje umah, pas tu layan dowg main.. mmg lah penat kan... bersepah tu biasa la bebudak, en hub pun tak suke umah sepah, huhuhu..mane leh tgk umah bersih je, hahaha!mustahil, heee~

    ReplyDelete
  5. a'aa kan.
    kena berubah juga ni.
    saya ni nk kata menyinga sangat tu tak la juga. kalau setakat bersepah mainan ok j
    tp kalau ayhnya x nk bg kerjasama.haaa itu yg nak menyinga tu..

    menusuk kalbu jap kata kata dr FK.

    ReplyDelete
  6. saya pun selalu juga main dengan anak-anak kak
    saya pun menyinga juga kak...habis dah geram, awak bukan penyabo sangat! hehe
    suami saya pun tak suka mainan bersepah, kalau dengan saya aje diorang kuar habis mainan
    sekali tengok dah macam tempat pembuangan sampah...hehe

    tapi saya seronok. saya dah banyak kali keluar masuk wad.
    takut sangat bila saya tak dapat habiskan masa dengan anak2
    setiap masa yang ada, memang banyak dengan diroang aje

    lagipun time ni lah kita nak main dengan diorang
    lepas ni jadi kenangan aje...mujur kita ada blog kan kak =)

    ReplyDelete

Assalamualaikum...sudah baca rajin2 la komen,lg panjang lagi mama suka...

Kejohanan Silat Olahraga

 Asalamualaikum... Mga kita semua didalam lindungan dan redha Allah swt. 3,4 dan 5 Mac anak-anak mama menyertai satu lagi kejohanan silat. K...