Wednesday 19 August 2015

lara dihati mama -rezeki yang terbuang

Assalamualaikum....

Tidak sabar menunggu esok hehehe...esok sudah habis kursus dan boleh pulang ke rumah bertemu dengan anak-anak, beberapa hari ini dunia mama terasa sunyi dan sepi sahaja.

seawal 3.30 pagi tadi mama bangun kerana tidak tahan sakit akibat bengkak susu, pepagi itu mama memerah susu, dapat secawan, tapi sayangnya mama perlu buang kerana tiada tempat untuk mama simpan. di sini memang ada disediakan bilik khas untuk menyimpan susu ibu,tetapi mama tidak membawa peralatan pun untuk menyimpan stok susu. terpaksalah mama buang sahaja..

semalam kata buah hati mama, adelya menangis juga waktu hendak tidur tetapi tidaklah seteruk malam pertama tu..malam pun terjaga dan menangis, tetapi tidaklah berpanjangan, mungkin malam ini adelya semakin ok agaknya.

sedang berkursus petang tadi tecer taska hantar video menunjukkan gelagat adelya di taska alahai anak mama nih,macam-macamlah pulak peel nye kan, kawan-kawan sibuk baca doa qunut nazilah, dia boleh jadi otromen pulak,lepas tu tecer kata bila kawan buat peace,adelya marah..memang mama nampaklah dalam video tu, tak dapat pula mama nak share kat sini...hehehe terubat juga hati mama nih, abang-abang takpe sebab kalau mama call memang suara dorang je yang mama dengar,berebut nak bercakap,suara adelya memang tak dengar.

petang esok inshaAllah dapatlah mama berjumpa dengan wajah-wajah kesayangan mama kat rumah tu..doakan perjalanan mama selamat ye...

Allahummasolli a'la sayyidina Muhammad
Waala a'li sayyida Muhammad

Wassalam

5 comments:

  1. Tak lama dah tu, boleh balik ke rumah..
    Terasa sedih juga saya baca pasal akak buang susu walaupun bengkak susu sampai tak lena tidur sebelum tu.. ai, payah juga kena berkursus dalam keadaan yang macam ni kan. Apakan daya demi tugas kena turutkan juga.. lega adelya dah makin menyesuaikan diri dan abang2 dengar kata papa..

    ReplyDelete
  2. banyak susu akak ni kiranya
    untung akak....saya tak banyak susu
    mungking sebab sakit saya...padahal hati tu teringin nak susukan anak sendiri
    appaun saya doakan semua urusan akak dipermudahkan
    hari ni dah boleh jumpa adam, adrien dan adelya...yeahhh!
    tumpang happy tuk akak =)

    ReplyDelete
  3. siap bgkak susu, mmg merih la susu akak ni... bestnya.. :)

    ReplyDelete
  4. kesiannya akak. sakit tu bengkak susu huuuu. kira dah mula kurangkan uwais menyusu sebab dah masuk dua tahun dan susu pun dah kurang. tapi tula belum pernah bercerai susu time malam lagi. memang tak apply mana2 kursus dan syukur jugak takde nama dalam mana2 kursus huuuu

    ReplyDelete

Assalamualaikum...sudah baca rajin2 la komen,lg panjang lagi mama suka...

Kejohanan Silat Olahraga

 Asalamualaikum... Mga kita semua didalam lindungan dan redha Allah swt. 3,4 dan 5 Mac anak-anak mama menyertai satu lagi kejohanan silat. K...