Friday 29 April 2016

Tips untuk kemahiran anak dirumah

Assalamualaikum...

mama share sesuatu yang mama dapat dari page FB yang mama follow ummu ilham, hari nak share sesuatu yang menarik buat mamalah mungkin dapat dikongsi juga dengan kawan-kawan yang punya anak-anak sebaya dengan anak-anak mama.

apa yang dikongsi tu?


Mari kita tengok apa tips yang dikongsikan tu, ada tak yang mama dah buat pada anak-anak.



Yang ini ada juga mama buat, memang selalulah sebab anak-anak memang suka basuh tangan sendiri, selain mencuci tangan mereka nak bermain air paip tu..huhuhu. tapi mama tidaklah suruh anak ambil kerusi bila tidak sampai, macam adelya mama angkat, adrien tangan nak basuh sampai, tapi buka paip tak sampai, biasanya abang adamlah yang tolong bukakan paip.



Ini pun ada juga mama lakukan, tapi tidaklah ambil yang berat-berat biasanya ambil sudu sajalah sebab itu saja yang boleh dicapai, pinggan pula letak di kabinet yang tinggi, memang tak dapatlah anak-anak nak ambil.


Inipun kadang-kadang berlaku mengikut kesusaianlah, kadang kalau orang tidak ramai, mama minta abang adam ambil sendiri, tapi disertai dengan kata-kata, elok-elok jangan jatuh kuih tu..mungkin ayat mama tu kurang sesuaikan, mungkin perlu gunakan ayat yang lain.


Ini mama buat bukan dikedai makan tapi disesetengah kedai sajalah, itupun bila abang hanya membeli satu barang, mama beri duit dan minta abang sendiri bayar dikaunter, lainkali mungkin mama boleh minta abang membeli makanan sendiri, seperti di big apple ke, tapi bukanlah di restoren yang perlu order makanan yang berjenis-jenis tu, order dan terus bayar dikaunter, tengok macammana, takpun boleh juga cuba di stall yang menjual air.



Setakat ini, boleh juga abang uruskan adik-adik, mandikan adrien, syampu dan sabun, kadang pakaikan baju adelya juga boleh sebab tuan puteri itu kadang manja terlebih mahu abang yang pakaikan bajunya, setakat ini abang dah boleh uruskan, sikatkan rambut adik pun boleh..hehehe




ini mama kadang buat juga, bukan apa sebab kadang mama tak tahu apa yang hendak dijawab jadi mama balas balik dengan soalan hehehe...teruk pula mama. kadang nampak lori ditepi jalan adrien bertanya "kenapa lori itu berhenti?" "adrien rasa kenapa?" balas mama sebab mama tak terfikir apa hendak dijawab. selepas itu akan ada jawapan balas dan pertanyaan lain dari adrien, sehingga dia puashati baru berhenti.


yang ini belum lagi, setakat ini memang anak-anak mama tak pandai uruskan masa lagi, mama yang menentukan masa untuk anak-anak apa yang perlu mereka buat, kadang apa yang mama minta mereka buat mereka tak buat pun..huhuhu

Sekian, perkongsian dari mama, kredit untuk ummu ilham yang berkongsi tips yang sangat menarik nih.

Wassalam

Thursday 28 April 2016

Berpagian...rutin berubah

Assalamualaikum....


Nah...lihat saja pukul berapa jam di dashboard kereta tu, itulah waktunya mama tiba di parking tepi jalan ofis nih. Seawal 6.30pg mama keluar rumah,pastinya ada yang lebih awalkan, nak pula mereka yang tinggal jauh dari tempat kerja, bos mama dulu berulang dari seremban ke shah alam, gigihnya. Awal pagi sudah keluar rumah, balik pula dah menjelang malam.

Rutin pagi mama dan berubah sedikit sekarang ini, memandangkan mama perlu memandu sendiri ke ofis, jadinya mama telah membuat perbincangan dengan en.azmi, mama akan bertukar waktu bekerja, oh ya..di ofis ada tiga peringkat waktu bekerja 7.30-4.30, 8.00-5.00 dan 8.30-5.30. jadi disebabkan mama biasa sampai awal ke ofis, mama memilih untuk masuk pukul 7.30 dan balik 4.30.

mengapa mama perlu awal? macam yang pernah mama ceritakan dulu, masalah parking di ofis yang membuatkan mama perlu sampai awal. mama sudah bertanya perihal parking nih, tapi masih belum ada kekosongan, mungkin nanti akan ada tapi depositnya rm300, kalau ada bayar sajalah, supaya tidak terlalu kalut mama dipagi harikan.

Persiapan sekolah anak-anak mama siapkan awal-awal, pagi mama uruskan abang adam, adrien en.azmi yang uruskan, adelya ikut mood dia siapa yang nak uruskan dia, pagi tadi awal bangunnya, jadi mama yang uruskan, mandi dan siapkan adelya, dah selesaikan urusan anak-anak baru mama uruskan diri sendiri, selepas itu en.azmi ambil alih uruskan anak-anak pula, tunggu abang adam naik bas, kemudian hantar adrien dan adelya, petang mama pula yang ambil anak-anak.

kenapa mama nak masuk kerja awal sangat? kalau ambil 8.30 kan tak kalut sangat, macam tadilah mama nak rebut parking..hehehe kalau lambat pun boleh, tapi carilah parking ditepi tasik atau parking dimasjid shah alam tu, tapi mama malas pula sebab balik lambat, mama nak balik awal hehehe, bukan apa kalau lambat sangat nanti jem pula di roundabout cabang 5 dekat rumah mama tu. itu satu hal pernah tersangkut 1 jam disitu, bumbung rumah dah nampak tapi kereta tak gerak-gerak. jadi balik awal kurang risiko jem disitu, melainkan ada hal lain, seperti treller menghadang jalan diroundabout tu uhuhu.

lagipun kalau balik awal, bolehlah bersenang lenang dan memasak dahulu dengan tenang sebelum ambil anak-anak ditaska, eh..bukan mama taknak ambil awal anak-anak dari taska, tapi bila mama ambil awal, mereka bising sebab kata mereka tak sempat nak main di taman...pukul 5.30ptg baru tecer benarkan mereka bermain ditaman taska tu, jadi kalau ambil awal memang tak dapatlah mereka bermain, jadi mama biar mereka bermain dahulu baru ambil. sempatlah mama memasak untuk makan malam dahulu.

Haishhh...panjang pulak mama membebel, pada hal benda mudah je nak cerita hehehe... mulai bln depan mama masuk keje awal, drive sendiri..haa macam tu je,moga mudah urusan mama, sebab bila drive sendiri ni tak best sebenarnya,tak boleh tido.

Wassalam

Wednesday 27 April 2016

Tunaikan permintaan abg adam je

Assalamualaikum...

Rentetan cerita abg adam menjual aiskrim malaysia. jual 20sen tu kira murahlah dan takde untung pun hehehe, takpe kita bermula perlahan-lahan ye, macammana mau untung kalau tokey aiskrim dan adik-adiknya yang lebih-lebih makan aiskrim tu hahaha

Mama sebenarnya nak tunaikan permintaan abg adam untuk berniaga, lagipun memang mama buat aiskrim untuk anak-anak makan, alang-alang abg nak berniaga tu, kita tunaikan lah. Sekurang-kurangnya ada juga masuk duit dalam tabung anak-anak.

Selain dapat duit masuk tabung,dapat juga membina keyakinan diri untuk abg adam, maklumlah abg adam pemalu dan adakala mama tengok abg kurang keyakinan diri, bukan mama nak kondem abg ye dan bukan nak cari kelemahan abg, tapi setiap yang kurang itu boleh diperbaiki, mungkin dengan cara menjual aiskrim abg dapat keyakinan diri.

Disamping itu juga, kita niat untuk bersedekah, mana tahu dengan niat bersedekah itu rezeki abg lebih murah,mama plan nak promote,kalau sesiapa nak buat majlis bolehlah order aiskrim dengan abg,masa tu baru kita kira keuntungan...hihihi.

Dengan anak-anak jiran abg jual murah tapi dengan mak-mak saudaranya abg jual sebatang 50sen...hehehe abg dah dapat tempahan aiskrim dari mak-mak saudaranya tu, mama tahu..mak-mak saudara abg tu, saja nak bagi moral support untuk abg kan selebihnya ibu,maktam, mommy tu nak bersedekah juga untuk abg kan, nanti makdak pun nak order lagi aiskrim dari abg, haaa mana tahu lepas ni banyak lagi order abg akan terima..hihihi

Mama bangga dengan semangat abg nih, macammana abg dapat idea nak berniaga pun mama dah rasa bangga tau,kecik-kecik dah boleh fikir macam tu, syukur alhamdulillah tentu Allah yang gerakkan hati dan fikiran abg kan. Lagi mama rasa bangga bila dapat duit yang orang beli aiskrim abg simpan dan tak guna pun duit tu.bagus tu abg,kumpul ye untuk beli basikal nanti,bila kita usaha untuk dapatkan sesuatu tentu kita akan hargainyakan.

Positif sahaja abg...rezeki tu Allah yang bagikan,mama sekadar tunaikan permintaan abg, seronok juga bila ada orang datang beli kan,ada yang cakap aiskrim lemon yang mama buat tu sedap, alhamdulillah syukur, bila buat sesuatu untuk dijual pasti kita nak orang puashatikan, macammana kita nak makan sedap,macam.tu jugalah kita buat untuk jual pada orang.

Apa yang penting bagi mama tengok abg senyum bila orang datang beli aiskrim dan abg seronok tunjuk duit yang abg dapat, walaupun tak banyak mana...hehehe, syukurlah abg rezeki untuk abg tu, nanti kita usaha lagi ye,inshaAllah akan ada yang beli lagi nanti.




Abg adam yang tak sabar nak besar, hari-hari tanya bila abg nak tahun dua..hihihi, ada-ada je abg ni kan.

Doakan abg adam ye, mana tahu satu hari nanti abg jadi tokey aiskrim yang berjayakan, inshaAllah..mama sentiasa doakan abg.

Wassalam

Sunday 24 April 2016

Projek aiskrim abg adam

Assalamualaikum...

Satu malam mama sedang menonton tv, abg adam datang pada mama
"mama...abg nak berniaga la"kata abg adam pada mama.
"abg nak berniaga apa?" Tanya mama.
"Berniaga aiskrim yang mama buat tu"
"Abg nak berniaga dekat mana?"
"Berniaga dekat depan, tapi abg kena ada meja, abg nak ambil meja mana?abg ambil meja tv nilah, nanti papa tolong angkat meja ni" semangat abg bercerita, tapi abg itu buka meja, itu kabinet tv mama lah, takan nak bawa kabinet tv buat letak aiskrim kot...hehehe
"Abg kena ada tong nak letak aiskrim, nanti yen teman abg, tapi kalau yen lari-lari macam mana siapa nak jaga yen" sambung abg adam lagi, mama hanya mendengar je segala perancangan abg adam tu.


Mama cuba realisasikan perancangan abg adam, gigih buat 3 jenis aiskrim, alhamdulillah kali pertama jual dapatlah abg rm5. Cuma mama sedikit kecewa aiskrim tidak membeku dengan elok, entah apa kena dengan esbok tu agaknya. Mama jual 20sen je sebatang. Abg masih tak pandai mengira dengan baik, duit baki lupa nak bagi, ok takpe lepas ni mama ajar lagi sebab abg masih tak faham.pelan-pelan ye abg.

Namun takdelah mengikut perancangan abg sangat sebab abg nak jual ditepi jalan sana, buat masa ni jual pada jiran-jiran dulu,nanti kita pergi tepi jalan pulak ye sebab nanti kalau ditepi jalan mama perlu tunggu dengan abg masa abg berjualan. Itu kita fikirkan nanti ye. Mama tengok abg seronok sebab dapat duit, mama dah asingkan duit hasil jualan aiskrim abg tu.

Doakan abg adam berjaya dalam usahanya ini ya, mana tahu abg jadi pengusaha aiskrim yang berjaya nanti kan.

Abg..mama dulu pun jual aiskrim malaysia masa kecik-kecik..

Wassalam


Mengemas

Assalamualaikum...

Projek yang lama tergendala...macam projek besar je bunyinya kan..hihihi, bukan projek apapun, mama nak mengemas je. Mengemas baju anak-anak yang masih elok, dalam almari dan ada dua box penuh yang belum mama asingkan.

Baju sejak anak-anak masih bayi, segala barut, sarung tangan, kaki semua adalah, mama asingkan yang mana masih elok dan mana yang sudah lusuh sangat, niat dihati yang mana masih elok tu hendak disedekahkan saja.


Barut warisan je nih dari anak-anak buah yang dulu, kalau tak tentu masih dah guna nih hihihi, yela bila abang adam 2thn mama lahirkan adrien,bila adrien 2thn mama lahirkan adelya, tapi sekarang adelya dah 2thn 8bln..mama stop dulu la,besarkan mereka bertiga dahulu. Ikutkan hati nak je tambah sebab seronok ada baby, tapi biarlah dulu sebab penat yang bertiga ni pun masih melasakkan,kalau ada baby tak tahulah mama.

Ok..selesai mengemas, banyak juga baju yang masih elok,itupun baru yang dalam box dalam almari belum kemas lagi, baju yang dipakai untuk berjalan, banyak dah yang tak muat tu, tapi masih elok, sebelum disedekahkan perlu beritahu anak-anak minta izin untuk sedekahkan baju-baju tu, ustaz pernah cakap baju yang kita beli untuk anak-anak jika nak sedekahkan perlu minta izin dari anak-anak,ok mama dah minta izin. Moga anak-anak mendapat bahagian mereka.

Baju mama pun perlu tengok juga, banyak yang hendak mama sedekahkan juga tu.. Semuanya masih elok, tapi mama tidak pakai lagi, kata en.azmi kumpul mana yang hendak disedekahkan dekat sek.18 ada disediakan tempat pengumpulan barang yang hendak disedekahkan.

Wassalam

Friday 22 April 2016

Tahfiz Muda

Assalamualaikum...

Malam tadi buat kali keduanya mama tonton rancangan tahfiz muda ni, Ya Allah...sayu je terasa bila dengar anak-anak syurga ni membaca ayat-ayat suci al-quran.

Sambil makan tengok rancangan ni, abang adam bertanya "cerita apa ni?" dengan bangga abang sado adrien tu menjawab "tahfiz muda la..itulah abang tak tengok yen dah tengok hari tu dengan mama.." hehehe bukan main dia ya.

Masa kali pertama tengok tu mama tengok dengan adrien lah, mulanya berkeras adrien suruh mama tukar chanel 611, nak tengok didi & friend katanya, mama kata tunggu dulu, tengok ni abang2 dengan kakak2 mengaji, dalam pada membebel tu adrien tunggu jugalah.

Apa yang mama lihat lepas je dengar peserta pertama membaca surah pilihan, abang sado adrien terus terpaku depan tv, tak bergerak hingga habis bacaan, masa juri komen, adrien datang berbual dengan mama, bila mula bacaan sekali lagi terpaku berdiri depan tv, sampailah habis rancangan, nampak berminat dengan rancangan tahfiz muda ni,

malam tadi kali kedua tengok, pun sama adrien tunggu dengan mama sampai habis rancangan, bila tiba masa untuk tidur, adrien ambil buku juz amma yang mama belikan tu, terus ajak mama baca, macam biasa mama hanya baca 3 surah, lepas tu tidur, cukuplah dapat 3 surah, sampai anak-anak ingat dan boleh dihafal, seronok mama bila adelya sudah boleh ingat surah an-naas.

Ya Allah petang semalam sambil tunggu en.azmi ambil, kelewatanlah mama semalam sebab en.azmi bekerja menghantar barang. tersentuh hati seorang mama ni tau, bergetar jiwa sampai nak menitis airmata bila mendengar suara anak syurga mana mama tak tahulah, mengalunkan ayat suci dari masjid negeri shah alam tu.syahdunya mama terasa..

moga anak-anak mama pun  menjadi seorang tahfiz juga nanti ye..inshaAllah


Wefie mama bersama anak-anak syurga mama . Sayang kamu sangat-sangat

Wassalam


Thursday 21 April 2016

Mama..nor fazilah Ibrahim

Assalamualaikum...

hari ni beberapa kali dapat call, kalau dapat call yang baik nak bagi duit RM1 juta tak apa juga, ini tidak call sebab nak bagi saman, kerana apa? beli barang tapi tak bayar, dah dapat surat saman, tu lah siapa suruh beli barang taknak bayar...hadoiii susahlah ini macam,.,

Okeh kalau yang membeli itu mama tak apa juga, ini orang lain, yang receptionist pun main sambung je ke extention mama ni haaa...aduh duh duh...mama ni nor fazilah ibrahim, tapi yang orang tu cari fazilah Jamil, salah oranglah ni, satu hal pulak mama nak menjawab pertanyaan orang.

Pulak tu kita pulak kena marah, kenapa ye? saya call 3 kali semua main past sana sini? manalah i tahu encik, orang yang u cari pun takde kat jabatan ni, yang ada nama fazilah saya saja, itupun saya fazilah ibrahim bukannya fazilah jamil. adoii siapa yang beli barang tak mahu bayar nih???

Dah di past sana sini, pegawai-pegawai kat sini pun ingat mama lah pulak yang membeli barang tak bayar tu, sudah kena panggil dan ditanya, tapi bukan kita punya salah buat apa nak gelabah ye tak, ini saja membebel kat sini, nanti kena tahu nama penuh orang ye...hehehe takdelah tersilap orang.

Mama pun tak tahulah siapa orang nya tu, beli barang buat alamat ofis, no.phone pun bagi no.ofis, yang peniaga tu pun kenapa tak minta no.enfon ye, pastu kenapa tak minta alamat rumah, bagi alamat ofis pula, lainlah beli barang online, memang letak alamat ofis saja, sebab barang sampai orang ada di ofis..hai macam-macam hal.

Pagi tadi pun dapat berita sedih, moga Allah mudahkan urusan paksu, Allah nak uji tu, InshaAllah setiap ujian pasti ada jalan penyelesaiannya, moga paksu dapat selesaikan dengan baik, moga Allah berikan jalan buat paksu nanti ye..paksu adik bongsu mama, doakan paksu ye moga Allah mudahkan urusannya...terima kasih


pic dr pakcik gugel



Wassalam.

Wednesday 20 April 2016

By Lah

Assalamualaikum....

Sebelum ni mama tak berapa serius sangat sekadar suka-suka, tak pasti boleh tak buat benda ni. Hari tu dengar penerangan ustaz haslin mengenai dropship ni, katanya diharuskan asalkan tiada unsur penipuan. Janganlah bila dah dapat duit kita tak bagi pula pada peniaga tu.

InshaAllah mama nak buat betul-betullah, memandangkan masih tiada produk sendiri, mama jual produk orang lain dahulu...hihihi, cita-cita ni tinggi nak buat produk sendiri konon tapi tu lah belum cukup budget, inshaAllah kalau ada rezeki nanti.

Sebelum tetapkan hati nak bersungguh-sungguh ni,mama tanya geng gigirl mama kakak dan adik-adik nama apa yang best kikiki..saja minta pendapatkan, ada juga nama diberi tak boleh pakai, yang bukan-bukan saja, akhirnya mama pilih nama ini.





Siap buat page kat fb tu, sesiapa sudi bolehlah like..hihihi, ajak kawan-kawan like je, nak promote page tu memang takde lah lagikan.

Pilihan nama By Lah tu sebab memberikan dua maksud..Lah tu memang nama panggilan mama, so by Lah..dari Lah le, satu lagi kalau sebutan by lah tu , macam belilah hehe..haa ok juga tu kan, ni idea mommy, so mama ambil yang ni je...yang lain macam "pak dollah sayang" tu kita reject teus hahaha

Dapat tambah sikit-sikit income pun dah ok kan, bolehlah buat simpan-simpan untuk masa akan datang, penuhkan tabung anak-anak juga. Belajar dulu sedikit-sedikit mana tahu lepas ni keluar produk sendiri...hihihi impian setinggi gunung nih..inshaAllah. Buat masa sekarang kutip dulu ilmu yang ada kan.

Doakan mama ye..

Wassalam



Tuesday 19 April 2016

Bodyguard

Assalamualaikum....


Abang sado jadi bodyguard hari nih.



Haa jangan siapa-siapa berani kacau tuan puteri ni tau, nampak abang sado pegang apa tu??? haaa sapa kacau tuan puteri abang sado tembak dengan senapang ni tauuu...hahaha


ni abang sado nak bagitau..mama tengah bizi tak sempat nak jenguk kengkawan lagi..hehehe, tapi mama sempat jugak tulis kat sini sekejap.

Okeh mama abang sado sempat tulis yang tu je...jumpa lagi

Wassalam..

Sunday 17 April 2016

Weekend bersama cinta hati mama

Assalamualaikum...

Sekejap je rasa cuti 2 hari,esok isnin dah mula kerja macam biasa. Ambil masa sebentar mencoretkan sesuatu disini. Cerita cuti hujung minggu yang biasa-biasa saja. Semua kerja dah selesai, rehat sebentar sebelum tidur.

Sabtu ke rumah ibu (kakak sulung mama), menghantar tudung yang di order. Sambil tu saja bawa anak-anak berjalan, walaupun sekadar ke rumah ibu, anak-anak dah cukup gembira, mama pun sama yang penting dapat keluar dari rumah dan berjumpa dengan orang-orang tersayang, maktam dan mommy juga ada bersama.

Bila ke rumah ibu, apalagi tentu saja kami akan ke pasar malam kebun bharu tu, sekarang ni yang mesti dibeli selain ayam gunting..



Sotong king crispy, sedap juga..mama tak bawa pula telefon nak ambil gambar sotong yang belum digunting, sotong dibelah dicelup tepung dan digoreng rangup, kemudian ditabur serbuk cili, ala-ala ayam gunting juga, tapi ini guna sotong, yang ini rm8 satu, ada yang lagi mahal ikut saiz.

Ahad keluar lagi, hari ni nak cari singlet dan t-shirt putih untuk abang adam lagi. Kali ini kami mengikut saja tanpa ketahui mana destinasi nak dituju, ikut je en.azmi bawa, lalu puncak alam bagai. En.azmi biasalah dia kalau dia dah pergi sesuatu tempat tu mesti nak bawa kami pula,walaupun cuma nak beli t-shirt,saja nak bawa kami berjalan tengok tempat orang.

Selepas membeli baju abang dan sempatlah adelya cukai papa sebiji beg amber robocar poli,kami jalan-jalan cari makan pula,sebelum ni nampak tapi tak singgah,kali ini singgahlah



Itu dia karipap king kong ada ayam dan daging rm4.50 seketul,mahal? Taklah...berbaloi membelinya beli 2 ketul kongsi anak-beranak,kenyanggg..ayam berketul-ketul, inti padat. Beli juga 2 cawan air tembikai yang fresh, terasa tembikainya.

Layankan gambar anak-anak.yang ceria bila dapat berjalan.


Wajah ceria anak-anak dapat berjalan.



Ceria sambil menyanyikan lagu eppy besday dekat mommy, siap buat flying kiss tu



Wajah-wajah ceria selepas dapat pow papa, adrien dan adelya masing-masing dapat beg, tengok adelya terus pakai, bila tanya nak isi apa sebab kecik je begnya, adelya kata nak isi pampers hihihi.

Kemudian terus je jalan untuk cari makan tengah hari,memang cuti memasaklah mama 2 hari ni. Takde plan nak makan kat mana, banyak tempat penuh je,so kita makan saja ditempat biasa memandangkan mama malas nak bersesak-sesak dihujung minggu hajat nak singgah aeon mall shah alam pun cancel he, tengok orang ramai, mama dah malas, kata en.azmi lain kali saja kita pergi. Shopping baju raya anak-anak nanti kita pergi.


Bermula isnin, hari yang agak sibuk buat mama,maaf jika tak dapat berkunjung blog kawan-kawan ye, jika berkesempatan mama singgah juga nanti,dah nak bermula banci ekonomi nih, jika ada kawan-kawan yang terlibat dapat borang dari jab.perangakaan harap dapat bagi kerjasama..eh tetiba lak hihihi

Wassalam

Friday 15 April 2016

Berlapang dada

Assalamualaikum...

entah apa mama nak bebelkan pun tak tahulah ni, lambat pula en.azmi petang ni. En.azmi bekerja ada barang yang hendak diangkut hari ini, hingga sekrang belum selesai kerjanya. berlapang dada sajalah sambil menunggu, mama menulis di sini

Sekarang 7.15ptg, risau juga mama tadi sebab abang adam sampai rumah masih tiada sesiapa berlapang dada, whatsapp group jiran-jiran, alhamdulillah syukur sangat-sangat dengan rezeki yang diberi oleh Allah, rezeki jiran yang baik. Sebagai emak walaupun berlapang dada tetap juga merasa risaukan. Dua orang jiran wasap bagitahu abang adam dah sampai dan sekarang berada dirumah salah seorang daripadanya.

Lega mama membacanya,harap abang ok sebab abangkan pemalu, kak siti salah seorang jiran mama bagitahu dia ada menunggu didepan tadi, diajak abang mesti abang mesti abang tak mahu sebab abang segan dengan kak siti,pada hal anak kak siti tu sekelas abang masa tadika..hihihi takpe dirumah satu lagipun kawan abang juga, yang penting mama tahu abang dimana dan dengan siapa.

Azan maghrib dah berkumandang dari masjid shah alam tu,mungkin pukul 8 baru en.azmi sampai agaknya, minggu depan memang mama drive sendirilah, lagipun selepas ini mama pasti sibuk,kata bos mama paling awal pun pukul 8mlm baru boleh balik..bertabahlah mama ye dan berlapang dada sajalah

Wassalam

Thursday 14 April 2016

Ais krim malaysia

Assalamualaikum...

musim-musim panas macam nih dapat makan aiskrim memang sedapkan, sejuk je rasa tekak.. hmm orang lain dah lama buat kot ni, mama je yang baru terhegeh-hegeh nak membuatnya. ini en.azmi punya hallah tetiba beli plastik aiskrim, katanya apa lagi bahan nak buat aiskrim sumi?

Sambil buat aiskrim sumi ni teringat pula cerita mama dulu-dulu..hehehe dulu mama ni tokey aiskrim malaysia kat kampung nun, tapi dulu-dulu takde lagi aiskrim sumi ni, ada aiskrim biasa-biasa tu je bandung,oren,asam boi, kadang-kadang aiskrim kacang hijau belen bubur kacang jadikan aiskrim, memang sedaplah.

Sekarang mama nak suruh abang adam lak jual aiskrim malaysia hahaha..nak ke abang adam tu? abang adam nak basikal, kalau nak basikal kumpul duit sendiri, duit belanja sekolah yang tak dibelanjakan ada dah juga tu, tapi kena tambah lagi tak cukup lagi nak buat beli basikal, abang sila berusaha dengan gigih kumpul duit ye, lepas ni jual aiskrim macam mama dulu, buat kumpul duit ye...hehehe



Aiskrim yang berjaya mama buat,nanti nak buat aiskrim lemon pulak, bawa jual ditepi jalan dekat kawasan rumah ni bagus jugakan. Saja suka-suka.tapi abang adam tu pemalu, kalau disuruh entah mahu entah tidak agaknya. Bukan apa suruh abang jual mungkin dapat tingkatkan keyakinan diri abang tu..kita tengok macammana nanti.

Wassalam

Nak macam princess je..

Assalamualaikum...

begini rupanya perangai anak dara..hehehe, sebelum ni ada abang adam dan adrien je, jadi kerenah mereka tu macam biasa sajalah, peranagi anak-anak lelaki, tak kisah sangat tentang mamanya ni, tapi kadang-kadang adrien tu boleh tahan juga tu, bila mama buka almari nak pilih baju dia pun sibuklah "biar yen yang pilihkan baju untuk mama" sambil jari telunjuk dibibir sambil mengirai-ngirai baju mama "haaa...mama pakai baju ni, baju ni cantik"...haa kemain sangatkan.

Bila ada si tuan puteri seorang nih lain pula ceritanya, dulu masa umur setahun lebih pakaiannya nak mengikut abang-abang nak jeans dan t-shirt, tapi bila dah berumur 2thn 8bln ni, citarasa dah berubah, sikit-sikit nak princess, hari tu yang mama dapat hadiah dress bertingkek-tingkek tu, marah dia sebab dia punya takde...huhuhu siap tanya "yaya punya mana?" bila mama pakai baju tu, adelya siap cakap "waa..mama princess" hahaha princess la sangat pada hal mama ni taraf dayang senandung je.

Sekarang ni apa yang mama pakai mesti adelya nak ikut, bedak semua nak yang mama punya. bila dapat pakai dress bukan main siap menari pusing-pusing lagi tengok skirt tu mengembang. pagi tadi bangun tidur mengamuk-ngamuk, biasalah sebab diusik en.azmi la, rajin sangat mengusik anak pepagi hari, geram jeee kita menengoknya. Dah puas menangis pujuk-pujuk mandi, pastu nak pakai baju princess, pegilah pilih baju dalam almari, macamkan banyak sangat bajunya yang ala-ala princess dalam almari tu kan.

Ambil je la satu baju tu mujur muat lagi, itupun mommy yang beli masa makdak kawin dulu, bawalah baju tu ke bilik sambil senyum-senyum tunjuk baju tu kat papa dia, kemudian baru nak mandi, bersiap semua nak papa dia siapkan, haaa...layankan je la anak dara nan seorangkan. mama bersiap pakai baju, nak pakai shawl, dah adelya mengamuk nak tudung mama pulak, nak tudung bunga-bunga macam mama huhuhu...mana adelya ada tudung bunga-bunga. macam ni pulak ye peel anak perempuan semua nak ikut mama, kata mommy daeisha pun sama apa dress mommy beli dia pun nak jugak,kalau tak beli merajuk, alahaiii...anak dara mama pun ala-ala nak macam tu juga nampaknya tu hehehe

Perlu tak mama nak tambah dress dan tudung untuk adelya? mama memang bercadang nak beli lagi tudung untuk adelya, tapi kenalah tunggu gaji memandangkan bajet dah kena cut hehehe, sekali mommy cakap tak payah belilah nanti mommy bagi dress dan tudung kakak daeisha punya yang kecil-kecil dulu, mama apalagi...silalah bagi hahaha..laju je kan, takde hallah adik-beradikkan, lagipun baju-baju tu masih elok, budak-budak cepat membesar,sebelum ni pun dah banyak juga mama rembat baju kakak daeisha yang masa baby tu bagi adelya pakai.


tengoklah gaya adelya tu, siap beg dan botol susu lagi haa nak pergi taska, dalam beg tu ada 2 buah buku je, tapi semangat sangat nak bawa beg pergi taska, layankan sajalah.


Lagi gaya adelya sambil makan roti telur..hehehe

Layankan sajalah kan sementara anak-anak masih kecil ni dan selagi permintaan mereka bukan yang keterlaluan sangat. mama dulu kecik-kecik tak merasa nak pakai princess macam ni, baju raya pun sekayu ye dengan adik-beradik lain, sama kaler,sama corak, sama pattern..huhuhu itupun dah gembira sangat jalan keliling kampung sampai petang nak kumpul duit raya...hahaha.

Oklah sebelum mama merapu entah apa-apa lagi cerita hal waktu kecik-kecik dulu baik mama berenti dulu hehehe

Wassalam

Wednesday 13 April 2016

cerita si nombor 2

Assalamualaikum...

setiap anak itu pasti berbeza karektornya kan. mama ada 3 orang orang anak jadi ada 3 macam karektor.jenuh nak hadam sorang-sorang...hahaha, tak apalah mama layankan saja, walaupun  macam biasalahkan, kadang-kadang mama menyinga juga . moga dikurniakan kesabaran yang tinggi.

Hari ini mama nak cerita pasal adrien aryan...hoih anak ini, kadang-kadang sangat mencabar kesabaran mama, mama perlu bersabar tahap dewa-dewi dah ni kalau melayan perangai dia.. Pergi dapur minum air, lepas tu datang ruang tamu sambung tengok tv, mama jenguk dapur, pintu peti sejuk tu confirm dia tak tutup..kalau ditanya kenapa tak tutup? mama la tolong tutup...huhuhu, ko yang buka, mama yang tutup..bertuah punya anak.

Adrien mandi, nak mandi kemain nak mandi sendiri, kadang lama bukan main dalam bilik air tu kalah mama, kadang sekejap sangat sampai mama konpius dah mandi ke belum budak ni, tetiba dah berbaju, bila ditanya, yen dah mandi la mama, cium rambut yen ni wangiiii..yen dan syampu, ok itu takpe lagi, yang paip air tu tak tutup dah kenapa???? sambil lari turun tangga "mama la tutupppp" hoiii menyirap mama ko ni tau tak...bertuah punya nak.

bangun tidur pagi..kalau dia kata nak mandi dengan abang, ye abang kena tunggulah dekat bilik air tu, kalau tidak dia punya menangis sambil bercakap "yen nak mandi dengan abang..yen nak mandi dengan abang" dia punya cakap macam tu dari mula masuk bilik air sampailah siap pakai baju, bingit hoiii...kadang sampai mama terpaksa minta abang buka baju dan mandi sekali lagi sebab tak tahan bingit telinga hahaha...mujur abang tu mengikut.

Tadi dia buat hal lagi, abang elok-elok letak sapu tangan dalam poket, mulanya adrien tak kisah pun akan sapu tangan tu, tapi bila dia bersin dan berhingus terus ,minta saputangan abang, mama abil saputangan lain dia tidak  mahu, menangis nakkan sapu tangan abang, mama minta abang tukar ambil saputangan yang mama baru ambil, abang pun tukar, elok saja dia kesat hingus terus nak saputangan yang baru diberi pada abang...bila tak diberi menangis pulak, pagi-pagi dah bising rumah ni tau dengan perangai anak-anak...gerammm je mama menengoknya..adrien nih macam-macam hal.

Bila buat homework, selalu kata takde homework, bila mama tengok ada takmo dia buat, pagi-pagi nak pergi sekolah barulah dia sibuk nak buat. bila disuruh buat malam, mulalah buat cepat-cepat sebab kalut nak main...bila ditegur buatlah cantik-cantik sikit "takpe cikgu yen tak marah pun" huhuhu...ada juga yang mama whatsapp cikgu suruh marah anak nih. marah je cikgu, biar dia takut sikit hehehe


Tengoklah tulisannya tu...bila mama kata tulislah cantik-cantik "cantiklah yen tulis ni mama" ye lah anak, mama senyum dalam tangisan sajelah hahaha.


pagi-pagi kalau tak buat hal tak boleh ye??dah la cuaca panas, lagi suka bagi mama panas, dah pakai dan bersiap cantik-cantik pastu berpeluh pulak kerjakan anak-anak. muncung mukanya tu sambil tunjuk kesan luka yang hampir sembuh. itu rambut kemain nak pacak sekarang ni, habis gel rambut papa dihentamnya..yang tak boleh tahan mama dengar ayatnya dulu "ini barulah gengster yo..yo.." entah mana dia dengar perkataan tu mama pun taktahu, selepas ditegur gengster itu tak elok barulah tak menyebut lagi heheheh

sementara mereka nak besar layan sajalah kan, kadang-kadang entah datang angin apa sekejap-sekejap datang peluk mama, mama pun suka peluk dan geletek adrien ni, kadang suka juga mengusik dia,manjanya boleh tahan.

wassalam

Tuesday 12 April 2016

rendang kerang arwah mak

Assalamualaikum....

Malu pulak mama nak bagi resepi...hehehe, tapi sebab blogger iryanty minta mama share kat sinilah, malulah pulak resepi mama tu main agak-agak dan campak-campak sesedap rasa je. Apapun mama share jugalah, sebenarnya ini resepi turun-temurun dari arwah mak mama dulu, inilah resepi yang selalu mama buat sebab mama suka.






Bahan-bahan ni takde sukatan ye main agak-agak je ye...huhuhu

Kerang
Cili padi*
bawang merah*
bawang putih*
halia*
serai ( dihiris halus)*
jintan manis*
jintan putih*
kunyit*
daun kunyit
santan
minyak untuk menumis

cara memasak

kerang rebus dahulu dan dibuang kulitnya...hehehe itupun nak bagitahu ke mama, alah saja nak bagi nampak panjang sikit mama tulis nih. masa mama buat ni anak-anak tolong mama asingkan kulit kerang, seronoklah anak-anak dapat menolong.

bahan yang bertanda * ditumbuk, mama tumbuk ye tak guna blender sebab lebih sodap bila guna lesung batu..hahaha, bila dah halus, ambil sejemput kelapa parut tumbukkan sekali dengan bahan tadi.

santan pun agak2 dengan kerang yang kita ada tu, tak perlu banyak sangat kalau kerang kita sikit.. hehehe agak-agak je ye, mama tak pandai nak bagitau banyak mana nak guna tu.

Tumis semua bahan yang sudah ditumbuk tadi, bila dah naik bau masukkan santan. sentiasa dikacau supaya santan tidak berkepala. setelah nak hampir pecah minyak baru masukkan kerang, kacau lagi, jika nak berkuah bolehlah tutup api awal, jika nak pekat sikit tunggu sehingga kuah sedikit kering, taburkan daun kunyit, tutup api perisakan dengan garam.

Selamat mencuba...

Wassalam

Monday 11 April 2016

hasil dari orang demam

Assalamualaikum....

Alhamdulillah kesihatan mama bertambah baik, demam dah kebah, cuma sekarang masih batuk-batuk. Semalam pagi masih terasa sengal-sengal badan, kepala pun ting tong je, berbaring sekejap, tapi takkan nak berbaring lagi sepanjang hari kan, perlu bangun untuk keluarkan peluh barulah sihat.

Melihat bahan-bahan yang dibeli en.azmi, mama mula merangka apa yang hendak dimasak untuk makan tengah hari. sehingga pukul 10 pagi mama masih berbaring di kerusi diruang tamu.kemudian kumpulkan semangat, bangun tuju ke dapur.





inilah hasil masakan dari orang yang baru nak kebah demam...hahaha, ketam telur masin, kerang tu dah lama mama minta en.azmi belikan, tapi dikedai runcit tu payah pula ada, semalam alhamdulillah ada rezeki mama nak makan kerang, maka jadilah rendang pedas kerang arwah mak mama punya stail..hehehe, memang kalau kerang irulah yang mama masak, jarang sangat buat masakan lain untuk kerang.




dan ini air untuk melegakan tekak dikala cuaca panas, walaupun batuk dan sakit tekak mama minum jugalah segelas..penawar sakit tekak katanya hahah. bukan apa alang-alang adan tembikai sebiji yang entah dari mana munculnya, kalau tak 2 biji sebiji dah dibawa ke rumah ibu pada sabtu hari tu dan sebiji lagi ni, kalau dipotong begitu tentu tak dimakan, jadi buat air saja tentu laku waktu cuaca panas beginikan.

kemain mama dengan gelas kaki yang tak berapa halus tu kan hehehe...gelas yang kini tinggal 5 biji, sebiji dah dipecahkan adelya, haish anak dara tu lain dari abang-abangnya, kalau abang-abang takut nak usik pinggan mangkuk mama, adelya pula selamba saja pecahkan. Gelas tu adalah benda pertama yang en.azmi belikan untuk mama. sebelum kawin kami ke metrojaya sale, katanya nak apa? ambillah... entah mama tak tahu nak ambil apa, mama ambil saja gelas ini hehehe..

Itulah hasilnya dari orang yang baru nak baik demam, alhamdulillah..moga hari ini bertambah baik, batuk-batuk ini biasalah ambil masa sikit nak baiknya kan, minum air masak banyak-banyak sikitlah, ya bekalan 2liter air perlu dihabiskan.

Wassalam



Sunday 10 April 2016

Cerita dirumah ibu

Assalamualaikum...

Semalam dari pagi sampai petang terbaring je mama, demam dari hari jumaat. Lepas asar gagahkan diri bangun pergi rumah kakak,nak hantar baju kawan untuk dijahit. Kebetulan pula ramai yang ada, meriah la juga, apatah lagi mommy bawa ole-ole dari Makkah.

Kata mommy, itupun dapat dibeli sebab makcik adik ipar mama beri mereka duit untuk beli sesuatu buat kami adik-beradik,alhamdulillah dapatlah kami baju seorang sehelai. Moga murah rezeki makcik adik ipar tu, mama kenal acik tu, kalau pergi rumah mertua mommy kat seromban tu, selalu gak jumpa,memang baik orangnya, tak sangka pula ingat kat kami tusiap bagi duit suruh beli sesuatu untuk kami.


Dua sepupu..adelya dan kakak daeisha bergaya dengan baju yang mommy beli. Mommy nak beli sama dengan kakak daeisha warna kuning tu, tapi tiada saiz kecil, tak apalah baju hitam tu pun dah cukup comel dah,memang ngam dengan adelya,kalau dah tinggi nanti boleh saja dipakai dengan seluar.

Untuk mama jubah simple je, tak perlu mama bergaya dan bergambar..hahaha cukuplah anak-anak, abang adam dan adrien juga dapat jubah,tapi disuruh cuba tidak mahu. Apa taknya seronok bermain diluar.

Itulah yang anak-anak seronok kalau datang rumah ibu,seronok lepas bebas bermain diluar,geram juga mama sebab cuaca panas dan mama rasa macam dah nak jerebu saja tu,mereka seronok saja bermain


Tengoklah dua beradik tu seronok betul bermain kalau dirumah ibu, kereta sorong pun dibuat main. Ini gambar lama sebab semalam mama tak sihat,malas pula nak ambil gambar meraka bermain. Habis juga ketip baju ibu meraka main, penat main mereka lari dalam rumah buka peti minum air,gelak saja ibu dan abah tengok, mama pula yang berbulu, sebab bukan rumah kita mereka buat perangai begitu.

Malamnya ada pasar malam, satu lagi tujuannya sebab nak beli ayam gunting dipasar malam tu, minggu lepas dikampung abang minta, tapi dekat pasar malam mempaga tu tiada, kata sepupu en.azmi yang pergi tu,semalam dapatlah abang makan ayam gunting pedas, sebungkus abang sorang.

Lepas maghrib, balik rumah..mama siap mandi terus berbaring, letih betul badan. Pagi ni alhamdulillah macam ok sikit,ambil masa menulis sesuatu sebelum anak-anak bangun. Letih la tu tak bangun lagi, semalam seronok bermain.

Wassalam.

Friday 8 April 2016

Pertama kali buat

Assalamualaikum...

Buat pertama kalinya selepas 8 tahun, benda yang memang mama elak untuk masak, akhirnya semalam mama masak buat pertama kalinya.

semalam balik dari kerja singgah kedai runcit bersama en.azmi, mama nak beli bahan masakan untuk untuk juadah berbuka puasa, dalam dok pilih-pilih sayur tu sekali en.azmi hulurkan satu bungkusan pada mama, dia kata kalau masak ni sedap juga. mama terusss...hmmm ok

Belilah bahan untuk masak apa yang disuruh en.azmi tu, ok takpe tak pernah masak pun, bukan tak pandai nak masak, tapi benda itu memberikan kenangan yang cukup mengusik jiwa mama nih, Sampai bila pula mama taknak masakkan? lagipun benda itu memang mama suka...huhuhu cumanya kali ini mama masak sendiri.




Inilah bendanya...bubur pulut hitam, makanan kegemaran mama. setiap kali bulan puasa inilah makanannya yang mama minta arwah mak masakkan, tak pernah tinggal ok, memang sedap sangat makan hari-hari masa berbuka pun takpe. Tapi sejak mak pergi, mama tak makan lagi, pernah minta kakak buatkan sebab rasa nak makan masa mengandungkan abang adam, tapi itulah...manakan sama.

lama jugalah selepas itu, tengok bubur pulut hitam je, mama rasa nak makan  tapi jauh disudut hati rasa macam, nantilah mama makan, satu perasaan yang tak dapat diungkapkan.

Ok lah juga bubur yang mama masak ni sedapp..hahaha puji sendiri,maklumlah sendiri masak, sendiri yang makan, sendirilah yang puji..

Wassalam

Thursday 7 April 2016

nombor yang sama

Assalamualaikum...

Ujian sekolah rendah dan agama dah pun berlalu, keputusan pun dah keluar, mama buka laman web yang disediakan untuk tengok keputusan ujian sekolah rendah abang adam. Alhamdulillah dengan keputusan yang abang dapat, mama dah bangga dah tu, tapi abang sendiri yang sedih, abang kata, abang tak dapat markah 100 macam kawan abang.

Tak apalah abang mama tak kisah sangat pasal markah,mama macam biasalah takde target apa-apa pun bila abang exam, cukuplah bagi mama jika abang dapat ikut dan faham apa yang cikgu ajar, dapat markah tinggi itu bonuslah. apa yang lebih penting semangat abang untuk belajar. Tapi bila abang cakap tak dapat markah 100 tu, mama cakaplah kalau nak markah 100 kenalah lebih fokus bila belajar.

Melihatkan pada keputusan dan kertas jawapan yang abang bawa balik tu, mama dapat tengoklah mana yang abang kurang ok dan mana yang abang ok, takpelah abang belajarlah ikut kemampuan abang, asalkan abang tidak tertinggal jauh, lagi satu yang mama tengok, abang tak faham soalan yang diberikan, matematik memang abang pandai, tapi ada soalan yang abang tak faham, jadi abang salah jawab..hehehe takpe nanti kita lebihkan buat soalan berbentuk macam tu ye.

Mama tak naklah paksa-paksa abang belajar, takut nanti abang tertekan pula. Cuma mama pastikan homework abang buat. Study tu memang taklah kan..hehehe, takpela perlahan-lahan. yang perlu abang perbaiki adalah tulisan..adoii naik pening mama tengok tulisan abang, kecik besar, tertonggeng terlentang huruf-huruf abang tu..hahahah, takpe nanti kita belajar menulis dengan lebih baik ye, tak cantik takpe asalkan kemas dan mudah dibaca.



Bila mama tengok keputusan abang untuk sekolah agama dan sekolah rendah ni, buat mama tersenyum, hebatlah abang ni, kedudukan dalam kelas sekolah agama dan sekolah rendah boleh sama tu 18/37..hehehe, mama pun tak pernah dapat macam tu.

Mama doakan abang sentiasa bersemangat untuk belajar,walaupun abang tak dapat markah 100, inshaAllah kalau abang rajin dan fokus abang mesti dapat markah 100.

Allahummasolli a'la sayyidina Muhammad
Waala a'li sayyidina Muhammad

Wassalam

Wednesday 6 April 2016

bekalan sihat

Assalamualaikum....

Cuba mengikut saranan dan nasihat yang diberikan.



Bekalan untuk diri lebih sihat, marilah amalkan...hehehe.

Semasa mengandungkan adelya mama mengalami sakit belakang yang teramat sangat, bila berbaring sukar pula untuk mama bangun, kadang hampir saja menangis, terkadang pula terus saja menangis. sakit yang teramat sangat.

Selepas melahirkan adelya, mama ingatkan sakit belakang tu akan hilang, mungkin hanya sakit ketika mengandung, tapi silap...sakit belakang itu berterusan, sakit yang teramat sangat hinggakan mama tak boleh nak bergerak dan bangun,

Satu pagi, mama terjaga dari tidur seperti biasa mama nak bangunlah untuk rutin harian, mengemas beg taska anak-anak, tapi entah macammana mama langsung tak boleh nak bangun, biasanya mama berpaut ditepi katil tu dan bolehlah mama bangun, tapi hari tu mama langsung tak boleh bangun, ingatkan mama dah lumpuh ke apa...alhamdulillah lepas tu boleh bangun tapi terpaksalah mama EL sebab tak boleh nak berjalan seperti biasa.

Ujian dari Allah, sabar dan redha menerimanya pasti ada hikmah disebalik setiap ujian dan kesakitan yang diberi.

Allahummasolli a'la sayyidina Muhammad
Waala a'li sayyidina Muhammad

Wassalam

Tuesday 5 April 2016

Agak-agak misteri tak nih??

Assalamualaikum...

Balik dari kampung, ada kejadian misteri berlaku...hahaha macamlah misteri sangatkan. pertamanya pagi nak hantar adelya ke taska baru perasan adelya pakai selipar lain. Mama tanya adelya "ini selipar kakak aimy, kenapa ambil?" " yaya pinjam je" kata adelya.




Pagi tadi mama whatsapp dalam group bagitahu adelya ambil selipar kakak aimy, tapi kata ibu aimy itu bukan selipar aimy, ah sudah...selipar siapa pula yang adelya ambil, whatsapp dekat group family pun tiada yang menjawab, kata en.azmi selipar itu dari hari jumaat sudah ada.adoii..siapa punya sedangkan dekat rumah wan mana ada kanak-kanak lain lagi.Misteri nih...selipar tu pula ngam-ngam kaki adelya. adelya pula bila dah suka, dia nak yang itu juga, mujurlah dia kata dia pinjam je...hehehe pinjam pun..tapi siapa yang punya???

Satu lagi misteri...haaa ini misteri kehilangan buat mama, kehilangan duit, aduhaiii...sedih juga dibuatnya, tapi ujian dari Allah untuk mama kan, terima saja dengan redha, mungkin Allah nak ganti dengan lebih banyak selepas ini.

Sebelum pulang ke kampung, mama dah keluarkan siap-siap rm500, mana tahu ada perbelanjaan yang perlu ditambah nanti, bolehlah mama hulurkan duit untuk dibuat beli barang. Macam biasa letak saja dalam purse, guna rm100 buat beli barang untuk tambahan goodie beg, berbaki rm400 lebih. dikampung memang beg letak didalam bilik sahaja.

Malam sepupu hendak ke pasar malam, mama hulur rm20 saja untuk dibeli makanan buat anak-anak, mama tengok duit masih seperti biasa, berbaki rm400. sesudah itu memang takde keluarkan duit lagi, duit kambing aqiqah en.azmi yang bayar, sebelum itu cuma transfer beberapa ratus untuk digunakan buat beli barang lain untuk kegunaan kenduri.jadi memang takde guna duit langsunglah selepas itu.

Duit rm400 tu jika tidak digunakan, mama hendak buat tambahan bayaran untuk duit taska anak-anak, pagi isnin sebelum pergi kerja, mama belek-belek duit dalam purse, sedikit kecewa bila melihat hanya tinggal rm50 dan duit seringgit-seringgit, keluar bertanya pada en.azmi, mana tahu en.azmi ada ambil dahulu, tapi en.azmi kata tiada, sebab sebelum balik kampung tu memang en.azmi dah keluarkan duit siap-siap, jadi kemana perginya duit mama?

Tak apalah mungkin duit itu bukan rezeki mama kan, rezeki untuk orang lain, maknanya bila tinggal rm50 saja, duit yang hilang adalah rm350, banyak tu bagi mama, tapi nak buat macam mana redha sajalah, mungkin Allah nak bagi mama rm3500 selepas ini, mana tahukan, bersangka baik sajalah, kena cut perbelanjaan mama bulan ni nampaknya, bila dah kekurangan bajet...hehehe

Misteri nih...

selipar rama-rama siapakah itu??
Ke mana hilangnya duit mama??
hanya Allah yang mengetahui.

Allahummasolli a'la sayyidina Muhammad
Waala a'li sayyidina Muhammad

Wassalam

Monday 4 April 2016

Majlis Aqiqah Adelya Azra bt Azmi & Aisyah Shaffiyah bt Azizul

Assalamualaikum...

Perjalanan majlis Aqiqah untuk adelya dan aisyah (anak buah mama), majlis hari ahad.



Pagi sabtu en.azmi dan adiknya ke mempaga melihat kambing untuk aqiqah disembelih, adrien dan adelya mengikut sekali melihatnya, kata en.azmi adrien steady je tengok, adelya pun ok, cuma masa kambing tu melmpat rempuh pagar semasa hendak ditangkap tu, adelya terkejut dan menangis. balik tu bercerita pada mama " yaya tengok kambing berdarah banyak, yaya takut"Pada hal kata en.azmi masa sembelih tu adelya tak  tengok pun, mama agak adelya takut masa kambing tu terpa ke arah dia sebelum itu.



Petang acara merewang bermula, adik beradik en.azmi masak sendiri je, bukan mama yang memasak, mama cuma tolong potong-potong je, itupun sambil menangiss...huhuhu bukan sedih tapi potong bawang merah menitik-nitik airmata dibuatnya.potong bawang dan segala daun untuk dimasak, sepupu-sepupu en.azmi pun datang, bertambah meriah suasana. buat kerja sambil berbual dan bergelak ketawa, tak sedar pun dah selesai, tapi sedar jugak lah hahaha


sebakul mama mengerjakan jantung pisang untuk dibuat masak lemak,habis bergetah tapak tangan,sapu minyak masak dan gosok dengan pencuci periuk, cepat je tanggal getahnya tu. pucuk ubi, daun kunyit, daun kaduk, serai dan petai untuk dibuat tempoyak ubi kayu, makanan kegemaran mama tu, memang sedap sangatlah.Geng-geng lelaki mengerjakan kambing. agak mencabar bekerja dalam cuaca yang panas membahang, bukan merungut, tapi mencabar betullah, mujur dapat rembat kipas besar dari rumah makcik sebelah..hehehe


Goodie beg, ada orang kata membazir je sediakan goodie beg, ada juga yang kata sediakan goodie beg sengaja nak menunjuk-nunjuk, bagi mama terpulang pada niat kita, niat mama sediakan semua ni adalah untuk bersededah dan dengan niat nak berkonsi sdekit kegembiraan dengan yang menerima, takde apapun yang diisi, sebuah buku doa harian dan yassin, air kotak(mak mertua beli), popia nestum (biras beli), cream puff (adik ipar beli), ini 100 beg, mama tambah 30 beg untuk kawan-kawan yang datang dan boleh juga diberi kepada tetamu yang lain, juga 30 beg untuk anak-anak, ya mama pasti anak-anak akan gembira bila dapat goodie beg ini, walapon hanya diisi dengan 3 jenis makanan sahaja.



Dalam majlis ini juga dibuat tahlil dan bacaan yassin diikuti dengan majlis cukur jambul untuk anak buah baru aisyah shaffiyah. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar, banyak mama snap pic, tapi banyak pula yang gegar, sebab ada yang mengikut dibelakang hehehe, siapa lagi kalau bukan adelya.

gambar-gambar lain dihari majlis..



seronok bila ada kawan-kawan sekolah yang berkunjung, kebetulan mereka pulang ke kampung, kawan yang seorang itu memang dah menetap dikampung mengerjakan tanah yang dimiliki sengan menanam pokok getah, moga usahanya beroleh kejayaan.. Jiran-jiran setaman di klang pun datang, mereka ini datang kerana nak makan patin tempoyak...memang en.azmi beli patin khas untuk mereka.
oh...lupa pula mama nak ambil gambar menu semalam, antara menu yang ada, kari kambing, ayam goreng berempah, patin tempoyak (lauk khas), jantung pisang masak lemak, tempoyak pucuk ubi, buncis goreng, tembikai, ais krim malaysia (yang ini memang laris dalam cuaca panas nih)


adelya dan kakak aimy, yang berlawan siapa yang buat peace yang betul..hehehe dua-dua pun betul tu. Adelya tu bertudung, berjubah tapi bukan main ganas lagi, main pakciknya siap bersepak-sepak lagi, adoiii...tapi memang nampak juga la keganasan adelya tu, hmmm... Macam tahu je ikut siapa tu hehehe...kalau kawan-kawan rapat mama mereka tahu,pasti ikut mama, kalau kawan baru je tak tahu hihihi sebab dorang kata mama lembut..itu mama yang sekarang, alhamdulillah dah bertukar dari ganas ke lembut. Pernah ada member lelaki cakap "kau ni kalau mengandung aku tak tahu macammana" hehehe...manusia boleh berubahkan.


Adelya tak habis-habis makan ais krim malaysia tu,sempat selfie dengan adelya je, abang-abang entah ke mana dah,tak sempat nak bergambar pun. Adrien petang tu berlari-lari jatuh di jalan tar, luka siku dan tapak tangan, takpe lah nak, itu baru namanya anak lelaki, zaman kanak-kanak itu, jatuh sakit dan luka barulah seronok, macam zaman mama kanak-kanak dulu, setakat jatuh luka itu perkara biasa dah...hihihi

Ok lah itu saja gambar dan cerita yang ada sekitar dua hari dikampung,anak-anak tak puas di kampung,tapi nak buat macammana mama kerja,anak-anak juga perlu bersekolah, petang itu sebelum balik, bereskan dulu pinggan mangkuk yang ada bersama adik-adik ipar, rasa tak selesa pula nak tinggalkan mereka sahaja buat kerja, tolong kemas apa yang patut, lepas maghrib kami bertolak balik, jalan jem pula, hampir pukul 12 baru sampai rumah.lenguh tangan memangku adelya.

Syukur alhamdulillah, segalanya berjalan lancar seperti yang dirancang, adik-beradik mama takde seorang pun yang datang sebab tiada siapa pun yang balik ke kampung, tak apa mama faham, nanti ada rezeki mama buat kenduri di rumah sendiri pula...inshaAllah.

Allahummasolli a'la sayyidina Muhammad
Waala a'li sayyidina Muhammad

Wassalam

Saturday 2 April 2016

Sebelum balik kampung

Assalamualaikum...

Alhamdulillah sudah pun berada dikampung.

Jumaat petang lepas balik kerja ajak en.azmi ke checkers mencari sedikit barang untuk goodie beg akikah. Sudah ada 100 beg,tapi tidak mahu kacau yang itu sebab takut tidak cukup, yang itu mama serahkan pada mak mertua untuk diberi pada siapa, mama cuma tambah untuk diberikan pada kawan-kawan dan anak-anak mereka.

Selesai membeli apa yang diperlukan terus ke taska mengambil anak-anak,sampai di rumah terus packing baju, kata en.azmi nak balik malam selepas isyak, jadi mama perlu bereskan kerja-kerja yang patut, aduhh penat dibuatnya, menyental kasut sekolah anak-anak, iron baju sekolah untuk hari isnin nanti.

Mama bereskan semua itu sebab mama tak tahu pukul berapa mama akan sampai ke rumah ahad nanti, jadi buat apa yang patut supaya mama tidak penat nanti hihihi



3 pasang baju je mama iron selebihnya balik nanti mama iron.

Oh ya ahad ada kenduri akikah dikampung, untuk anak adik ipar yang baru lahir, jadi mama pun tumpang buat untuk adelya sekali, huhuhu dah besar adelya baru nak buatkan, takpe lah baru ada rezeki nak buat. Sesiapa yang ada disekitar lancang jemputlah datang, yang jauh pun kalau dapat datang, jemputlah datang ye.

Sekejap lagi kita operasi memasak pula.

Wassalam

Kejohanan Silat Olahraga

 Asalamualaikum... Mga kita semua didalam lindungan dan redha Allah swt. 3,4 dan 5 Mac anak-anak mama menyertai satu lagi kejohanan silat. K...