Sunday, 10 April 2016

Cerita dirumah ibu

Assalamualaikum...

Semalam dari pagi sampai petang terbaring je mama, demam dari hari jumaat. Lepas asar gagahkan diri bangun pergi rumah kakak,nak hantar baju kawan untuk dijahit. Kebetulan pula ramai yang ada, meriah la juga, apatah lagi mommy bawa ole-ole dari Makkah.

Kata mommy, itupun dapat dibeli sebab makcik adik ipar mama beri mereka duit untuk beli sesuatu buat kami adik-beradik,alhamdulillah dapatlah kami baju seorang sehelai. Moga murah rezeki makcik adik ipar tu, mama kenal acik tu, kalau pergi rumah mertua mommy kat seromban tu, selalu gak jumpa,memang baik orangnya, tak sangka pula ingat kat kami tusiap bagi duit suruh beli sesuatu untuk kami.


Dua sepupu..adelya dan kakak daeisha bergaya dengan baju yang mommy beli. Mommy nak beli sama dengan kakak daeisha warna kuning tu, tapi tiada saiz kecil, tak apalah baju hitam tu pun dah cukup comel dah,memang ngam dengan adelya,kalau dah tinggi nanti boleh saja dipakai dengan seluar.

Untuk mama jubah simple je, tak perlu mama bergaya dan bergambar..hahaha cukuplah anak-anak, abang adam dan adrien juga dapat jubah,tapi disuruh cuba tidak mahu. Apa taknya seronok bermain diluar.

Itulah yang anak-anak seronok kalau datang rumah ibu,seronok lepas bebas bermain diluar,geram juga mama sebab cuaca panas dan mama rasa macam dah nak jerebu saja tu,mereka seronok saja bermain


Tengoklah dua beradik tu seronok betul bermain kalau dirumah ibu, kereta sorong pun dibuat main. Ini gambar lama sebab semalam mama tak sihat,malas pula nak ambil gambar meraka bermain. Habis juga ketip baju ibu meraka main, penat main mereka lari dalam rumah buka peti minum air,gelak saja ibu dan abah tengok, mama pula yang berbulu, sebab bukan rumah kita mereka buat perangai begitu.

Malamnya ada pasar malam, satu lagi tujuannya sebab nak beli ayam gunting dipasar malam tu, minggu lepas dikampung abang minta, tapi dekat pasar malam mempaga tu tiada, kata sepupu en.azmi yang pergi tu,semalam dapatlah abang makan ayam gunting pedas, sebungkus abang sorang.

Lepas maghrib, balik rumah..mama siap mandi terus berbaring, letih betul badan. Pagi ni alhamdulillah macam ok sikit,ambil masa menulis sesuatu sebelum anak-anak bangun. Letih la tu tak bangun lagi, semalam seronok bermain.

Wassalam.

9 comments:

  1. Assalam mama yan, dh sihat betul ke?
    Camtulah ank2, mmg seronok dpt bermain lps bebas kalo di kg, kg ada kawasan yg luas mmg rugi kalo tk ambil peluang bermain

    ReplyDelete
  2. cantiknya adalya bergaya dgn baju dari Mekah.

    ReplyDelete
  3. Alahai.. Comei bajunya padan dengan si pemakai..

    ReplyDelete
  4. Cantik the girls berjubah, syukur dapat rezeki dari tanah suci..moga AA cepat sembuh sepenuhnya, berbanyak minum air. Ayam gunting? Aunty first time dengar abang..

    ReplyDelete
  5. macam mak aji kecik je comeyyyy

    ReplyDelete
  6. wow biasa nyer jubah itam ajer.
    yg kuning tu sgt la gojes, yan.
    jubah nurin & syuhada da pendek sgt.
    da x boleh pakai dah.
    tapi masih aida simpan.
    sayang... dari tanah suci kan? :)

    ReplyDelete
  7. teringat masa kecil dulu..suka main dalam kete sorong

    ReplyDelete
  8. Cantik jubah dress kuning tu...Bukan rezeki Adelya....
    Awak cakap ayam gunting teringin pulak Azra....haih terasa rasa kat tekak ni tau hihi

    ReplyDelete
  9. Cantik jubah adelya tu. Simple tp comel sgt. Budak2 biasa la klu dpt bebas keluar rumah mmg tmpt tu yg pling dorg suka. Uwais sula blik ipoh pasal tula. Blh lepas main kt luar. Cuma banyak nyamuk je

    ReplyDelete

Assalamualaikum...sudah baca rajin2 la komen,lg panjang lagi mama suka...

Kejohanan Silat Olahraga

 Asalamualaikum... Mga kita semua didalam lindungan dan redha Allah swt. 3,4 dan 5 Mac anak-anak mama menyertai satu lagi kejohanan silat. K...