Wednesday, 28 February 2018

Menumpang harta orang

Assalamualaikum...

Lama tak menulis...nampaknya lepas ni makin lamalah mama tak membebel dekat sini. Ini pun menumpang harta orang..huhuhu apa nak buat harta sendiri takde terpaksalah menumpang harta orangkan, bila nak berharta sendiri lagi tu tak tahulah, kena kumpul 10sen sehari lah nampaknya. Sebenarnya kalau benda tu (yang dikatakan harta oleh mama ni la) takde pun takde menjadi kisah sangat cumanya ianya keperluan lah sekarang ni.

Banyak yang nak mama bebelkan pasal kursus hari tu pun nak cerita jugak,pasal anak2 pun banyak juga, bangga dengan abang adam tapi nanti2lah mama cerita apa yang mama nak banggakan sangat tu kan, pada hal bendanya takde apapun tapi sebagai mak ni mama bangga jugalah kan dengan pencapaian anak2 walaupun benda tu kecik je. nantilah mama share apa bendanyakan buat masa sekarang tak boleh nak share lagi sebab kalau nak share kena ada bukti bergambar ekekeke. cerita adrien, adelya pun ada juga.

Alkisahnya..hari isnin tu adelya cuti sebab ahadnya dia bersukan, tapi bangun pagi tu mengamuk taknak pergi rumah pengasuh, mama ni malas nak lambat teruslah arahkan (ecehh bagi arahan pulak ye hehehe) en.azmi mandikan adelya bawa ikut mama pergi ofis, dengan harapan takde meeting la hari tu, sekali tengok emel ada meeting ko..aduhhh nak tinggal dia taknak sudahnya bawa masuk meeting, muju rmeeting santai2 jek. Walaupun tahu ikut mama keje tu boring tapi tetaplah suka nak ikut. dah taknak bagi ganggu mama, ngadaplah enfon mama tengok youtube, sampai habis bateri, tapi sempatlah dia say hepi besday dekat mokde dia, mama nak bagi ucapan pun tak sempat lepas tu enfon terus padam.

Ehhh...enfon tu padam  terus tak boleh nak on dah lepas tu, cuak hokeh. Balik tu en.azmi muka muncung sedepa hahaha...katanya dia call susah betul nak angkat, mama pun cakap cubalah call ni haaa enfon tak boleh on pun anak dara punya kerja. ini dah masuk hari ketiga hari ni hidup mama tanpa enfon, eh seronok juga rasanya sebab takde nak tengok wasap berdentum2. aman je rasakan makan pun laju je walaupun takde enfon, cumanya risau sikitlah sebab mama drivekan risau juga apa2 hal susah nak contact en.azmi. itu je lah, kalau hal urgent pasal family takpe sebab en.azmi ada.

Tak tahu apa masalah enfon mama tu, janganlah minta ditukar yang baru, mana nak cekau duit. Legalah semalam en.azmi hantar kedai untuk repair takde masalah besar pun, harap2 data dalam tu selamat semuanya huhuhu sebab semua pun nak simpan dalam telefonkan. itupun mujur nombor enfon en.azmi mama ingat, kalau tak lagi naya, nak call en.azmi pun pinjam enfon kawan kikiki. dah la dia oustation semalam, berdebar je hokey. pagi tadi hantar adelya minta ibu pengasuh bagitau acik ida suruh ambik adelya hantar pasti, mama takde fon nak wasap acik ida. adududu enfon tu keperluan dah sekarangkan, public phone pun dah payah nak jumpa.

Sebenarnya boleh je juga hidup tanpa enfon nih untuk waktu2 tertentulah kan. Bila takde enfon nih mama boleh tumpukan pada benda lain hehehe nampak sangat kalau ada enfon dok mengadap enfon je kan..teruk sungguhlah, itu yang Allah tarik sekejap enfon tu supaya mama dapat berfikir dengan waras, apa keprluan enfon tu sebenarnyakan. Ya mama tahu apa keperluannya, kalau macam ni enfon rosak beli 3210 je lah hehehe takde sibuk nak tengok wasap sangatkan. Eh 3210 tu enfon pertama mama tau, tahan lasak jatuh double decker tarcabut bateri pun takde hal boleh guna lagi, cuba enfon sekarang tak tahulah nak kata apa.


Mungkin Allah nak tegur mama sebab inilah agaknyakan...Dia tarik enfon mama sekejap, mohon insof ye mama huhuhu...

Dikesempatan ini mama nak jugaklah buat ucapan untuk biras mama yang sambut ulangtahun kelahirannya pada 26 feb hari tu..mama tak sempat nak wishlah sebab enfon kena hijack hahaha
Selamat ulangtahun kelahiran (yang ke berapa tu? ehem biar tuan empunya diri yang jawablah) buat ira..semoga diberkati umurmu, semoga segala yang baik2 akan hadir sepanjang hidupmu, semoga dikurniakan kebahgiaan dunia & akhirat.... inshaAllah..aamiin..

Ok kena berhenti dulu sebab menulis ni menumpang harta orang, jadinya kena sedar dirilah kan, jangan nak tulis panjang berjela sangat ehehehe..inipun mama rasa dah panjang sangat dah ni. Oklah harap2 enfon mama cepatlah elok.

Wassalam

Wednesday, 21 February 2018

Tinggalkan 4A

Assalamualaikum...

Sedih la jugak rasa pagi ni kena berkursus dan meeting di IPN Sabak Bernam sampai hari jumaat. Terpaksalah tinggalkan '4A' dirumah. mesti semuanya ok tu, bila duduk dengan en.azmi budak bertiga tu ok je, hari tu bila mama cakap nanti mama takde 3 hari, terus adrien cakap dekat abang adam "abang nanti kita kena duduk baik2 la, mama takde papa kan grrrr..macam singa" ahahaha ooo tau pun korang nak duduk baik2 ye kalau dengan mama bukan main lagi memasing.

sementara menunggu bas datang marilah membebel kejap kat sini. oh ya nanti pergi ke sabank tu naik bas, seronoklah pulak sebab dah lama tak naik bas kan, last naik tahun lepas masa pergi majlis APC dekat KL. Pergi ni pun takdelah rasmi sangat, hari ni pun kena pakai pakaian sukan je, dah ada yang kata mama macam budak sekolah bila pakai tarck suit dengan soprt shoes hahaha..bolehlahhh, ini pun beli masa balik kampung hari tu, maklumlah mama bukan ada track suit pun.ada takde sehelai je. hari tu dapatlah pow en.azmi 2 helai tshirt dengan 2 helai track suit. eh bukan  tu je banyak lagi la yang mama pow.

sedih jugaklah nak tinggalkan anak2, dah la adrien tu tak habis lagi berlatih bercerita..oh ya tak sangka pulak mama ustazah pilih adrien untuk pertandingan bercerita, sibuklah mama dok suruh dia membaca dan menghafal, tak tahulah boleh tak tu tapi takpe mama cakap dekat adrien yang penting adrien cuba, beranikan diri. abang adam pulak masuk hafazan..haaa bila anak masuk hafazan mama pun terlibat sekali menghafaz sebab nak ajar anak. eh dah kenapa pulak beria suruh anak menghafaz tapi mamanya nan hadooo jadinya, mama pun kena tunjuk pandai jugaklah dekat anak kan...sama2 lah menghafaz. bila mama dapat hafal anak pun jadi seronoklah kan, ehhh mama pun pandai ke? eh mestilah heheheh...bukan nak bangga dengan anak tapi nak bagi semangat dekat anak.

Pagi tadi mujurlah anak dara tak menangis masa kena tinggal kalau tidak rasa tak sedap hati jugaklah mama ni kan, mulanya adelya cakap nak ikut mama..hehehe ye lah tengok mama angkut beg bajukan, dia pun nak ikutlah, tapi pujuklah adelya, en.azmi bagi kepok ikan bawa bekal makan dekat rumah ibu ct sementara tunggu acik ida ambik pegi pasti. adelya pun en.azmi yang hantar rumah ibu ct, mama taknak lah hantar takut dia menangis pulak, walaupun hantar sebelah rumah je kan, mama tengok dari jauh je lah, semua kena awal pagi ni sebab en.azmi hantar mama ke ofis hari ni, sebab nak naik bas kan, jadi malas nak tinggal kereta dekat ofis.

Pada suami tercinta ehemmm macam2 pesananlah mama bagi hehehe..ye lah kan walaupun en.azmi biasa uruskan anak pagi2 tapi urusan beg baju, beg sekolah, buku2,baju2 semua mama yang uruskan jadinya esok banyaklah sikit kerja en.azmi, baju sekolah nak kena iron, mama tak sempat nak iron untuk seminggu sebab hari tu sampai lambat dari kampung,jadinya semua kerja tergendala terpaksalah en.azmi yang buat, baju sekolah pun ada yang nak kena basuh, takpelah en.azmi biasa bab sental baju2 ni hehehe. bab makan konon naklah masak lauk2 dan bekukan, tapi minggu lepas balik kampung jadi tak dapatlah mama buat semua tu, tapi xdelah risau pun sebab kedai makan banyak hehehe..malas masak bungkus je la.



DD(daeisha dynara) dan 4A(adam,adelya, adrien,azmi).. harap2 4A mama ni semua oklah kan sepanjang mama takde dekat rumah tu, jangan bagi papa jadi rimau 🐯 eh. sesekali mama takde dekat rumah kan.

Wassalam

Thursday, 15 February 2018

Dokte Cengei

Assalamualaikum...

Tetiba tukor profesion pulok doh.. Idak ler mama bukan jadi dokte saje bebudak ofis nih panggil dokte. Alkisahnya dekat ofis tu mama jadi salah seorang dari pakar rujuk kesihatan kospen plus. Satu pengalaman baru buat mama. Bendanya mudah je boleh buat sendiri je pun, tapi yang mama ni dapat sijil dan boleh jadi anggota sukarelawan la.

Pakar rujuk kospen plus ni sebenarnya ditugaskan untuk memeriksa BP, BMI,ULP dan RBS setiap anggota dekat ofis mama, pemeriksaan yang mudah je kan, kalau sesiapa yang ada mesin check darah tinggi tu mesti dah biasa guna kan. Yang paling best bagi mama check RBS lah, rasa macam dokte lah jugak tapi takdelah dokte sangat setakat MA tu ada la kot hehehe. Mujur ada pakcik jadi MA kan ada apa keraguan mama tanya pakciklah.

Sebelum check orang lain kena check diri sendiri dululah kan rbs mama ok, bmi pun ok ideal hehehe,ulp je lebih 1 kalau untuk perempuan ulp 80 mama 81. Gula dalam darah 4.3, bp je atas 138,bawah 78 pulse 63, ingat dah tinggi tp nurse yang check tu kata xde apa sebab yang bawah ok, yang atas tinggi mungkin tak cukup rehat atau tido, oh ya memang masa check tu mama tak cukup tido abg adam dengan adelya tak sihat. Kata pakcik pun ok, yang penting perlu dijaga yang bawah tu jangan tinggi. Risau juga dah masuk 40 ni kan kesihatan kena jaga.

Oh ya mama rasa semua tau kot apa tu bp,bmi kan, rbs tu gula dalam darah,ulp pulak ukur lilit pinggang, ulp yang ok untuk perempuan 80 untuk lelaki pula 90. Bmi ada pengiraan lah kan sesuai tak tinggi dan berat kita, mama tinggi 162,berat 55 kira ngam lah tu, kalau tak sebelum ni tak cukup berat 45kg je, tapi dah berjaya dah tambah, cuma kena kekalkan berat yang sekarang ni lah kan, itu yang kadang2 weekend berjoging dengan jiran tu, tak pun bersenamlah sikit2 dekat rumah.


Peralatan untuk check gula dalam darah, gigil juga nak cucuk orang ni tapi mula2 je lepas tu ok dah seronok pulak jadinya, kena tengok jari orang kasar ke tak untuk.sesuaikan dengan tekanan jarum tu. Ada satu kotak strip tu tak boleh guna tanya pakcik kenapa? Kata pakcik strip dengan mesin kena sama, oh gitu ye jadi oklah dah tahu kan,nanti bawa mesin je senang masa nak beli strip tu.



Amacam ada gaya hakak ma tak hehehe, itu hakak gigil nak cucuk kpp kikiki, yang lain pulak semua dok pakat perati je nebes mak nakkk. Nebes sebab pestime dah lama jadi oklah, seronok...satu pengalaman baru, terima kasih buat bos yang pilih mama. Kata dokte dari pkd petaling tu kalau ada hospital buat aktiviti untuk komuniti kami pakar rujuk yang ada sijil ni boleh join sebagai sukarelawan dan boleh masuk skt haaa...kalau ada kat tempat mama boleh mama join nanti. Apapun memang bestlah.

Wassalam

Monday, 12 February 2018

Jom berbasikal 🚲🚲

Assalamualaikum...

Ahad lepas berjanji dengan adik-beradik nak berkumpul ramai-ramai, sajalah nak jumpa sembang2. kali ni kami pilih berjumpa di taman botanic shah alam. Al kisahnya aboh memang selalu berbasikal dekat situ, ibu pun nak jugaklah pergi disamping tu nak berlatih jalan2 untuk stamina nanti. Kami yang lain ni saja je lah nak memeriahkan suasana.

Pagi ahad tu anak2 naik kereta dengan paksu, mama dengan en.azmi pula naik dengan ibu abah, abah siap bawa basikal sendirilah, kami ni takde basikal jadi sewa je lah dekat sana nanti. Kiranya semualah pergi tinggal pakjang dengan pakcik je yang tak ikut, pakjang balik kampung, pakci pulak bekerja so tinggallah kan. Tiket masuk dewasa rm3 dan kanak2 pula rm1. Kira oklah kan.


Sewa basikallah kami dalam tu, mama ambik basikal yang boleh bawa penumpang dekat belakang tu sebab nak bawa adelya kan, abg adam dengan adrien sewa basikal lain. sewa basikal rm20 untuk sejam dan setiap jam berikutnya kena tambah rm1. kami sewa 3 basikal, abg adam dan adrien masing2 sewa basikal rm15 sejam, basikal biasa je, kalau mountainbike rm20 sejam dan tambah rm1 untuk jam berikutnya. mama sewa 1 je sebab bergilir dengan en.azmi hahaha..tak larat weh nak mengayuh lama2 selebihnya mama berjalanlah.


Sempatlah berpiknik kat dalam tu, sebelum tu dah call tanya boleh ke berpiknik, orang tu cakap boleh, kalau nak sewa dekat swimming pool pun boleh, kononnya nak sewalah kan hari tu sayangnya dah penuh, so kami buat keputusan lain kali nak sewa dekat situ, untuk separuh hari sewa rm300 kalau satu hari rm500, kira oklah kan kalau share ramai2, nanti ajaklah sapa2 yang nak join lagi kan. dah lama tak masuk sini macam makin banyak aktiviti yang menarik dekat dalam tu, nanti bolehlah cuba buat aktiviti lasak yang disediakan dekat situ.




Lepas makan2 kami masuk rumah iklim pulak, mama pernah masuk dah sebelum ni, tapi dah ramai2 tu seronoklah nak masuk lagi, kali ni musim salji. Makngah ngn mommy & family ambik mood dulu sebab bulan 3 dorang nak ke kashmir main salji. bestlah masa masuk tu memang kami je. sebelum ni kalau masuk tak boleh jalan2 dalam tu, tapi masa hari tu dapat jalan2 dalam tu kira lagi menariklah walaupun kawasan tak besar mana kira oklah kan, ok jugalah dengan harga tiketnya, nak masuk rumah iklim ni tiket asing ye, harga tiket dewasa rm3 dan kanak2 rm1. dalam ni seronoklah tengok anak2 dok main hembus nafas sebab keluar asap, bukan anak2 je mak2 pun sibuklah dok haaa...haaa.



Keluar dari rumah iklim lepak2 je dekat pondok sembang2 sambil tunggu anak2 main basikal. biar dorang main puas2. kawasan situ luas walaupun orang ramai masuk tapi takdelah sesak tempatnya. jadi tak risau nak lepaskan anak2 bermain basikal, cuma kena baerhati2 jugalah sebab kadang2 trem ada lalu, kereta motor pun ada juga, risau jugalah kan takut anak2 tak boleh nak kontrol je. Lama jugalah kami dalam tu dekat pukul 1 baru keluar, tapi jangan risau kalau nak duduk sampai taman tutup pun sebab toilet dan surau ada disediakan, bincang2 juga ingat nanti nak sewa dekat swimming pool tu sampai petang. Bolehlah ajak ramai lagi join, kot adik2 ipar nak join pun ok jugak.

Oh ya masa nak balik tu ada sedikit musibah berlaku, tapi takdelah yang teruk pun cuma yang tak syoknya, orang sekeliling tu, hai kalau tak boleh menolong pun takpe tapi janganlah sesuka hati nak ambik gambar orang yang tengah terkena musibah ni kan. haaa kan dah kena sound setepek dengan makngah "yang nak ambik gambar ni apa hal??" kenapa tak sabar2 nak viralkan ke. nasihat mama kalau kita ni ternampaklah situasi macam tu tak payahlah nak ambik2 gambar, ini masa orang, nanti masa kita pulak kena macam tu, orang ambil gambar dan viralkan kita suka ke? oh kalau suka takpelah tapi mama tak sukalah kan, nak share apa2 pun mama takutlah.

Gigih pulak sekarang ni nak amalkan cara hidup sihat, ye lah usia dah makin meningkat kesihatan kenalah jaga supaya cergas selalu takdelah sakit kaki semua, ye lah kan kadang berdiri lama pun dan tak larat lutut pun kadang sakit nak kata tua sangat takde pulakkan jadinya kenalah jaga apa yang patut. Dah la pulak tu sekarang dapat gelaran doktor pulak dah haaa lagilah kena jaga kesihatan, dah mama dok check kesihatan orang dan suruh orang jaga kesihatan takkanlah kesihatan sendiri tak dijaga pulakkan hehehe...doktor apa tu nantilah mama cerita.

Wassalam

Sunday, 11 February 2018

Giveaway : travel totebag by ana suhana

Assalamualaikum...

Hari ni mama nak join giveaway dari ana ni, syarat2nya pun mudah jadi mama join je lah hehehe hadiah pun menarik nih. Saja nak meriahkan giveaway ana mana tau disamping tu ada rezeki untuk mama menang ke kan.


Jomlah ramai2 join. Kalau nak join boleh klik gambar ye. Mama dah lama follow blog ana ni dan satu lagi follow ig ana, mama follow dah walaupun ig mama tu jarang sangat berupdate. Cepat2 join ada masa lagi ni.

Wassalam

Sunday, 4 February 2018

Cerita abg adam

Assalamualaikum...

Terima kasih yang mendoakan abg adam dalam entri sebelum ni. Sambungan dari cerita sebelum ni. Balik dari KK tu mama bagi makan ubat seperti yang dokte suruh, petang tu memang tak sekolah la,mama yang kejam ni tetap juga tanya berkali2, betul ni abg taknak sekolah? Hahaha kalau bole nak jugak abg pergi sekolah kan. Mujur juga abg tak pergi.sekolah adrien nak pergi sekolah, risau juga mama kalau dia taknak sekolah.

Maghrib tu abg buat hal lagi, meraung2 sakit perut naik rimas mama ni dibuatnya, terus tanya en.azmi lambat lagi ke balik kerja? Mama dah malas nak dengar abg meraung nak kata kesian tu takdela sangat tapi rimas kahkahkah, ye mama ko ni buruk sikit perangai nak oii terimalah seadanya, sebab mama tak risau siang dah jumpa dokte kan. Tapi tetap juga ajak en.azmi g spital malam tu.

En.azmi sampai pukul 8, mama rilek makan dulu malas nak cemas2 kang nak layan orang sakit mama pulak berangin sebab tak makan, jadi kita buat dulu apa yang patut takut lambat pulak urusan dekat spital nantikan. Lepas makan baru.gerak, hajat hati nak.biar je en.azmi pegi dengan abg adam, mama tinggal je dengan adrien adelya, tapi dah diajak jugakkan terpaksalah ikut. Kami ke hospital banting je, dekat dengan rumahkan. Mujur tak lama tunggu, orang tak ramai sangat,tapi letih gak berdiri sebab kerusi penuh.

Amik tekanan darah semua lepas tu tunggu lagi untuk jumpa dokte. Tak lama tunggu lepas tu kena panggil la. Alhamdulillah takde apa2 yang serius bila dokte check tu, perutnya lembut tak keras pun, kalau keras takut usus bersimpul ke dokte cakap,tapi ini takde apa tapi baguslah bawa datang check. Legalah dokte cakap macam tu, tapi kadang2 abg masih sakit, isi minyak angin pun tak jadi apa. Haishhh dah kenapa pulakkan. Cuma mama pastikan abg kena makanlah, ikut je nasihat yang dokte bagi tu kan.

Harap2 lepas ni oklah abg adam tu, tapi mama tetap bagi abg cuti sekolah sehari je hehehe. Nasib lah anak mama ye, mama ko kejam ekekeke.

Wassalam

Thursday, 1 February 2018

Power Rangers Pink

Assalamualaikum...

Mama ambik.cuti 2 hari hari ni dan esok. Ingat boleh rilek2 sekali kena bertugas jadi power rangers pink pulak hari ni hahaha..eh mama part time jadi power rangers hokey tapi bukanlah untuk menyelamatkan dunia, cuma untuk family kecik mama je la, tapi ada waktunya penyelamat dunia jugaklah kikiki.

Pagi tadi lepas hantar adelya ke Pasti, hantar pula en.azmi pergi kerja..sang kancil belum direpair, kalau en.azmi bawa kereta mama tak bole pulak sebab nanti mama nak ambik.adelya susah pulak, jadinya kita jadi mak supirlah hari ni. Dalam perjalanan balik rumah dapat call dari ustaz abg adam, kata ustaz abg adam dah nangis2 sebab sakit perut.

Tak balik rumah dah terus je pergi ambik abg adam dekat sekolah dan terus bawa ke KK jenjarom, dan pulak mama tak bawa mykid abg, tapi mama ingatlah nombornya cumanya mama takut lambat pulak, balik rumah dulu ambik beg & baju sekolah adrien bagi pada ct, takut urusan di KK lambat pulak.

Muka berkerut tahan sakit
Alhamdulillah sekejap je urusannya,kata dokte takde apa2 mungkin gastrik sebab takde muntah dan cirit-birit. Dokte bagi ubat gastrik, lagipun sakit perut abg adam tu dekat tengah2 perut,kalau sebelah kanan dokte suruh terus ke hospital sebab katanya kalau sebelah kanan apendik. Legalah mama takde apa yang serius, risau juga sebab abg adam nangis2 je sakit perut, ni kalau makan ubat tak hilang juga mama bawa pergi.hospital juga lah ni gamaknya.

oh bukanlah gastrik lagi, tapi tak boleh didibiarkanlah
Dalam pada tu tanya2 juga pada pada pakcik heheh mentang2 pakcik MA kan..lega juga sebab pakcik cakap sama juga mungkin ada salah makan atau sebab tak makan. Entahlah mama pun tak tahulah mungkin juga kan kadang2 terlewat makan, dekat rumah ok lah nak pantau dekat sekolah macammana mama nak pantau ye tak, jadinya mama berpesan je lah banyak2...eh sampai berbuih mulut ni berpesan kikiki.

Harap2 lepas makan ubat oklah abg adam nanti, sementara power rangers pink cuti ni bolehlah jugak lari sana sini dah keje nanti.susah jugak. Moga Allah berikan kesembuhan k at abg adam

Wassalam

Kejohanan Silat Olahraga

 Asalamualaikum... Mga kita semua didalam lindungan dan redha Allah swt. 3,4 dan 5 Mac anak-anak mama menyertai satu lagi kejohanan silat. K...