Wednesday 15 May 2013

terharu mama

Salam semua...
citer abg adam lagik..
abg adam ni kadang2 memang boleh bikin hati mama terharu...
isnin hari tu masa amik dari taska..dengan senyum lebar, 
lari-lari datang kat mama ni sambil pegang sesuatu ditangan, ingatkan apa...rupanya kertas yang dia 
tulis selamat hari ibu dgn sebekas cotton candy..untuk mama katanya
terharu mama dibuatnya,walapon lepas tu cotton candy tu dua beradik tu yg bedal sampai habis...hehehe
mamanya tak makan sebab manis lorrr..
lebih mengharukan...
bila dah sampai ke rumah,mama nak mula sibuk kat dapur abg adam pun datang nak minta air..
pastu dia bertanya dgn mamanya ni..
"mama dah makan ubat?" 
"belum" mama jawab
"nape mama tak makan ubat lagi? mamakan tak sihat..." 
"kejap lagi mama makan ye sayang"
alahai sayangnya abg adam nih...bikin hati mama sgt terharu, sekarang ni tak perlu lg en.azmi yg ingatkan utk makan ubat,sebab abg adam dah ada utk ingatkan...
sekarang ni lepas solat isyak je,mesti nak suruh mama mengaji,dia nak dengar,
nampaknya kena beli muqaddam satu utk abg adam, nanti lepas isyak boleh mengaji sama2...
melihat perkembangan anak2 didepan mata memang sesuatu yg sgt berharga & kadang kala boleh buat hati tersentuh dan ingin menangis....
adrien pun dah banyak perkembangannya...
nanti mama tulis pasal adrien pulak ye...
wassalam

Thursday 2 May 2013

cerita kotor

Salam semua...
Semoga semuanya sihat dan berbahagia selalu..
cerita kotor apakah ini???? hahahha...
ini cerita adam...adamkan dah free diapers,mula2 dulu hanya buang air kecil je di toilet.
nak biyak mesti nak pakai pampers jugak,sebab bila bawa masuk toilet adam terus tak jadi nak membuang.
tapi ahad lepas gumbira hati mak paknya ni,sbb adam dah minta nak ke toilet bila nak buang air besar.
terima kasih tak terhingga sebenarnya pada en.azmi kerana en.azmi lah yg mainkan peranan dalam hal ni,
en.azmi yang banyak bersabar dalam mengajar adam untuk free diapers ni..hehehe 
kali pertama menggunakan toilet untuk membuang hajat besarnya..adoiiii bergegar jugak rumah dibuatnya,
macam biasa tentulah en.azmi yg akan menunggu,tunjukkan cara2 menggunakan toilet kat adam tu,
sekali dengar jeritan adam..."papa...dia tak nak keluar punnnn...." adoi...dengar en.azmi bgtau, buat macam ni...ok kata adam, sekejap lepas tu dengar lagi "papa...nanti dia pegi mana????"
"ala... nanti dia masuk kat situ laaa...." sabar je menjawab pertanyaan adam,kalu akak mesti dah suh diam tu...hehehee
akhirnya adam berjaya...pastu datang kat mamanya ni siap cakap...
"mama...macam ular la" adoiyai budak nih...itu pulak yg dibgtau kat mama ye...
ok itu cerita pendek dari akak,bizi sangat2 lak sekarang ni,tak sempat nak terjah kengkawan lagi.
ada masa akak terjah ye..
wassalam

Kejohanan Silat Olahraga

 Asalamualaikum... Mga kita semua didalam lindungan dan redha Allah swt. 3,4 dan 5 Mac anak-anak mama menyertai satu lagi kejohanan silat. K...