Assalamualaikum...
Semoga kita semua berada didalam rahmat dan redha Allah swt, semoga Allah kurniakan kita kekuatan untuk beribadah dan berzikir kepadaNya serta jangan lupa selawat ke atas junjungan besar kita Nabi Muhammad saw.
Macam lamanya mama tak menulis, ada je benda nak ditulis tapi mood untuk menulis takde pulak. Tapi hari ni rasa nak menulis pula. Alhamdulillah dah penghujung november tak lama sekolah pun nak cuti dah,hujung² persekolahan ni seronok tengok update kawan² mengenai hari kecemerlangan anak²... Tahniah buat semua anak² cemerlang itu dalam banyak perkara inshaAllah.
Anak² mama biasa² je...alhamdulillah dapat juga naik pentas tahun ni untuk sek.agama sajalah, apa yang penting ada peningkatan dalam pelajaran hadiah itu sebagai penaik semangat yang penting belajar rajin². Abg adam tahun ni dapat kekalkan lagi kehadiran penuh, alhamdulillah dengan kesihatan yang Allah bagi maka abg dapat pergi sekolah penuh,adrien ponteng sehari sebab sakit perut, dia ingat pulak tu hehehe dia cuti sakit perut lepas main hujan dekat sekolah(mama pernah cerita sebelum nih)
Semangat suruh mama ambil gambar dia, tanya dia suruh mama ambik gambar ni nak tunjuk pada siapa? Ikut mama lah katanya jadi mama kongsi disini sajalah, sijil penghargaan kecemerlangan dalam kelas dan dapat juga hadiah buku gigih susun buku.dan sijil nak surih mama snap pic,oklah mama snap je la,abg adam pulak taknak bergambar sangat sekarang ni. ok jimat dah tu tahun depan tak perlu mama beli buku lagi dah. Alhamdulillah tak sangka mama dapat juga anak² mama ni. Kalau dekat rumah tak belajar langsung, bila nak exam orang suruh ulangkaji dorang sibuk main je,kalau kerja sekolah tu memang payah lah nak ada sampai naik pelik mama takkan takde keje sekolah,bila tanya cakap dah siap dekat sekolah,takpelah anak² tahun depan kena usaha lagi,lebih² lagi abg adam sebab dah darjah 5 mama pun dah fikir apa nak dibuat moga Allah permudahkanlah nanti.
Tunggu anak dara pulak minggu depan di PASTI, last dah tahun ni, tahun depan masuk darjah 1 dah anak dara mama tu sekejap je masa berlalu,rasa macam baru je hantar abg masuk darjah 1,ini dah adelya pulak.
Oklah moga ada mood lagi untuk menulis selepas ini.
Wassalam