Tuesday 31 January 2023

Qidot Cafe

 Assalamualaikum...

Cafe yang terletak dekat jugalah dengan rumah, baru berkesempatan nak berkunjung ๐Ÿ˜. setakat ni sudah 2 kali la pergi. pertama kali dengan family kecik mama je kali ke 2 pergi dengan family in law. Alhamdulillah makanannya semua sedap, kenalah dengan tekak kami.

Ohoi lama tak menulis ni tetiba takde idea nak tulis apa hahaha...cerita makan2 ni pun dah lama jadi tak tau nak cerita apa dah. layan gambar makanan je la kita. Gambar tak banyak sebab dah terdelete pulak ๐Ÿ˜‚


Antara kek yang menjadi pilihan, nama kek haruslah dah tak ingat tapi semua sedap yang paling mama suka, yang penuh kekacang atasnya tu, lupa betullah apa namanya...


ini pilihan mama, nasi ayam..bagi mama sedap..

Untuk anak dara yang tekak omputih, spageti carbonara, sempatlah mama rasa sedap, creamy kuahnya, cuma spageti tu agak keras sedikit, mungkin rebus tak lama, tapi masih boleh dimakan dan tetap sedap.

En.Azmi nasi goreng kambing, suka benor makan kambing ye..


Untuk Abang Adam macam biasa la pilihannya chicken grill. Adrien je mama tak sempat nak ambik gambar dia dah makan dulu nasi ayam butter, 2 kali pergi dia tetap arder menu yang sama, kenalah tu dengan selera dia tu.


ini rupa cafenya tepi jalan je.. dan sangat menarik untuk ambil gambar di sekitar cafe ini.



suasana dalam cafe, boleh juga buat tempahan awal untuk buat majlis sambutan hari lahir.

Banyak lagi nak ditulis ni, harap adalah kerajinan mama untuk menulis sebab mama memang suka menulis. cuma beberapa tahun ni menyepi la pulak dengan kerja yang banyak. hujung tahun lepas pula tetiba warded. sepanjang 22 tahun berkhidmat tak pernah MC, tetiba hujung tahun 2022 dapat banyak MC. ada kesempatan mama cerita nanti.

Wassalam

Monday 30 January 2023

Kilang Kitchen

 Assalamualaikum... 


lama mama tak menulis di sini๐Ÿ˜Š. hari ni mama nak share satu tempat makan yang mama pergi pada hari malam sabtu.  Cuti sekolah takde rancang nak ke mana pun duduk rumah je.Jadi sabtu malam tu en. azmi ajak makan diluar,  abang ipar pun ikut sekali. 

Kami makan di Kilang Kitchen,  Johan Setia.  dekat juga la dengan kawasan rumah.  sebelah kilang kitchen tu ada JR bundle.  lepas makan ronda² kejap dalam tu. 

Malam tu mama cuma order bingsoo je.  makan pulak mama share je dengan anak² dan en.azmi. abg adam dan adrien nak makan burger, adelya nak nugget dan fries,  jadi mudahlah kita order je set kahwin empat๐Ÿ˜‚.



inilah set kahwin empat ituuu...semua pilihan anak-anak ada dalam ni, jadi pilih yang ini RM40.90. Roti john tu mama la habiskan kongsi dengan en.azmi. Alhamdulillah puashati la anak-anak makan takde nak berebut dah sebab dapat masing-masing punya. Masa mama pergi ambil order ni pakci tu tanya " ok ke?" sambil senyum hahaha, mama ok je...taktahu la en.azmi berani ke tak kikiki



mama cuma order yang ini je sebab takde rasa nak makan benda lain. honey dew bingsoo, nak rock melon bingsoo tapi takde jadi ambil apa yang ada je la, alhamdulillah sedap bagi mama.



Alhamdulillah...bagi mama semua makanan yang kami order tu kena dengan selera. lepas makan cuci mata kejap dekat JR bundle saja tengok2 apa yang dijual. selesai cuci mata apa lagi balik la. 

Wassalam

Kejohanan Silat Olahraga

 Asalamualaikum... Mga kita semua didalam lindungan dan redha Allah swt. 3,4 dan 5 Mac anak-anak mama menyertai satu lagi kejohanan silat. K...