Thursday, 14 April 2016

Ais krim malaysia

Assalamualaikum...

musim-musim panas macam nih dapat makan aiskrim memang sedapkan, sejuk je rasa tekak.. hmm orang lain dah lama buat kot ni, mama je yang baru terhegeh-hegeh nak membuatnya. ini en.azmi punya hallah tetiba beli plastik aiskrim, katanya apa lagi bahan nak buat aiskrim sumi?

Sambil buat aiskrim sumi ni teringat pula cerita mama dulu-dulu..hehehe dulu mama ni tokey aiskrim malaysia kat kampung nun, tapi dulu-dulu takde lagi aiskrim sumi ni, ada aiskrim biasa-biasa tu je bandung,oren,asam boi, kadang-kadang aiskrim kacang hijau belen bubur kacang jadikan aiskrim, memang sedaplah.

Sekarang mama nak suruh abang adam lak jual aiskrim malaysia hahaha..nak ke abang adam tu? abang adam nak basikal, kalau nak basikal kumpul duit sendiri, duit belanja sekolah yang tak dibelanjakan ada dah juga tu, tapi kena tambah lagi tak cukup lagi nak buat beli basikal, abang sila berusaha dengan gigih kumpul duit ye, lepas ni jual aiskrim macam mama dulu, buat kumpul duit ye...hehehe



Aiskrim yang berjaya mama buat,nanti nak buat aiskrim lemon pulak, bawa jual ditepi jalan dekat kawasan rumah ni bagus jugakan. Saja suka-suka.tapi abang adam tu pemalu, kalau disuruh entah mahu entah tidak agaknya. Bukan apa suruh abang jual mungkin dapat tingkatkan keyakinan diri abang tu..kita tengok macammana nanti.

Wassalam

9 comments:

  1. jup jup....on the way pi umah..simpankan 3 batang...hahaha

    ReplyDelete
  2. Rajinnya awak Azra....mak jugaklah yg pemalas nampaknya haha...
    Tgh viralkan ais krim ni....

    ReplyDelete
  3. Bole AA ada yang saya kenak jual ni, tapi anaknya sendiri tak suka, suka aiskrim biasa, jadi kawannya minta beli, makin maju dan bz tau, ada minta tempahan lagi.

    ReplyDelete
  4. Akak belum pernah lagi buat aiskrim sumi walaupun plastik aiskrim sentiasa ada je dlm laci.
    Bagus juga idea yan nak suroh anak jual kan...selain tambah pendapatan boleh tambah keyakinan abang Adam.

    ReplyDelete
  5. Mmg tgh meletop2 nih, apa saja yg sejuk mmg sedap.

    ReplyDelete
  6. Musim panas ni syok makan aiskrim gini. Hihi

    ReplyDelete
  7. sedapnya nampak. nak buat la balek ni. huhu

    ReplyDelete
  8. sama ler anak2 kita.
    pemalu :)

    dap nyer eskrem mesia yan.
    kalu dekat, aida tempah sebtg dua :)

    ReplyDelete
  9. Kira pernah buat. Sedap jugak rasa dia (puji diri sendiri pulak) hahahaha tapi bila dh buat banyak tak termakan pulak. Sampai tong sampah yg mkan huuuu

    ReplyDelete

Assalamualaikum...sudah baca rajin2 la komen,lg panjang lagi mama suka...

Kejohanan Silat Olahraga

 Asalamualaikum... Mga kita semua didalam lindungan dan redha Allah swt. 3,4 dan 5 Mac anak-anak mama menyertai satu lagi kejohanan silat. K...