Assalamualaikum...
setiap anak itu pasti berbeza karektornya kan. mama ada 3 orang orang anak jadi ada 3 macam karektor.jenuh nak hadam sorang-sorang...hahaha, tak apalah mama layankan saja, walaupun macam biasalahkan, kadang-kadang mama menyinga juga . moga dikurniakan kesabaran yang tinggi.
Hari ini mama nak cerita pasal adrien aryan...hoih anak ini, kadang-kadang sangat mencabar kesabaran mama, mama perlu bersabar tahap dewa-dewi dah ni kalau melayan perangai dia.. Pergi dapur minum air, lepas tu datang ruang tamu sambung tengok tv, mama jenguk dapur, pintu peti sejuk tu confirm dia tak tutup..kalau ditanya kenapa tak tutup? mama la tolong tutup...huhuhu, ko yang buka, mama yang tutup..bertuah punya anak.
Adrien mandi, nak mandi kemain nak mandi sendiri, kadang lama bukan main dalam bilik air tu kalah mama, kadang sekejap sangat sampai mama konpius dah mandi ke belum budak ni, tetiba dah berbaju, bila ditanya, yen dah mandi la mama, cium rambut yen ni wangiiii..yen dan syampu, ok itu takpe lagi, yang paip air tu tak tutup dah kenapa???? sambil lari turun tangga "mama la tutupppp" hoiii menyirap mama ko ni tau tak...bertuah punya nak.
bangun tidur pagi..kalau dia kata nak mandi dengan abang, ye abang kena tunggulah dekat bilik air tu, kalau tidak dia punya menangis sambil bercakap "yen nak mandi dengan abang..yen nak mandi dengan abang" dia punya cakap macam tu dari mula masuk bilik air sampailah siap pakai baju, bingit hoiii...kadang sampai mama terpaksa minta abang buka baju dan mandi sekali lagi sebab tak tahan bingit telinga hahaha...mujur abang tu mengikut.
Tadi dia buat hal lagi, abang elok-elok letak sapu tangan dalam poket, mulanya adrien tak kisah pun akan sapu tangan tu, tapi bila dia bersin dan berhingus terus ,minta saputangan abang, mama abil saputangan lain dia tidak mahu, menangis nakkan sapu tangan abang, mama minta abang tukar ambil saputangan yang mama baru ambil, abang pun tukar, elok saja dia kesat hingus terus nak saputangan yang baru diberi pada abang...bila tak diberi menangis pulak, pagi-pagi dah bising rumah ni tau dengan perangai anak-anak...gerammm je mama menengoknya..adrien nih macam-macam hal.
Bila buat homework, selalu kata takde homework, bila mama tengok ada takmo dia buat, pagi-pagi nak pergi sekolah barulah dia sibuk nak buat. bila disuruh buat malam, mulalah buat cepat-cepat sebab kalut nak main...bila ditegur buatlah cantik-cantik sikit "takpe cikgu yen tak marah pun" huhuhu...ada juga yang mama whatsapp cikgu suruh marah anak nih. marah je cikgu, biar dia takut sikit hehehe
Tengoklah tulisannya tu...bila mama kata tulislah cantik-cantik "cantiklah yen tulis ni mama" ye lah anak, mama senyum dalam tangisan sajelah hahaha.
pagi-pagi kalau tak buat hal tak boleh ye??dah la cuaca panas, lagi suka bagi mama panas, dah pakai dan bersiap cantik-cantik pastu berpeluh pulak kerjakan anak-anak. muncung mukanya tu sambil tunjuk kesan luka yang hampir sembuh. itu rambut kemain nak pacak sekarang ni, habis gel rambut papa dihentamnya..yang tak boleh tahan mama dengar ayatnya dulu "ini barulah gengster yo..yo.." entah mana dia dengar perkataan tu mama pun taktahu, selepas ditegur gengster itu tak elok barulah tak menyebut lagi heheheh
sementara mereka nak besar layan sajalah kan, kadang-kadang entah datang angin apa sekejap-sekejap datang peluk mama, mama pun suka peluk dan geletek adrien ni, kadang suka juga mengusik dia,manjanya boleh tahan.
wassalam
diari mama untuk anak-anak soleh dan solehah mama... adam aryan, adrien aryan & adelya azra.. penyejuk dimata,penawar dihati.. bila suatu hari nanti mereka boleh membaca,dapatlah mereka membaca kisah tentang mereka yang mama coretkan disini...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Kejohanan Silat Olahraga
Asalamualaikum... Mga kita semua didalam lindungan dan redha Allah swt. 3,4 dan 5 Mac anak-anak mama menyertai satu lagi kejohanan silat. K...
-
Assalamualaikum... kali ni mama nak cerita pasal muzium 3D kat cameron highland.mama memang sukalah bab-bab lukisan ni teruja je dengan ga...
-
Assalamualaikum.... Salam isra' Mi'raj semua, ada yang berpuasa hari ini? alhamdulillah..rezeki tu dapat berpuasa, tak dapat berpu...
Comelnya yen.. jwpn lebih kurang aimy je tu.. bila disuruh, dia suruh kita balik...
ReplyDeleteSemoga jd ank soleh ye adrien..
anak saya no 2 pun camni juga. tapi dia lagi best sebab homework dia kata buat kat sekolah, mmg xmo langsung buat di rumah
ReplyDeleteAsal aje tak terlebih layankan ajelah AA
ReplyDeleteNanti bila dah besar-besar macam kakak ni rindu kerenah anak-anak masa usia macam Adrien ni. Kakak kata gitu sebab bila dah besar mengulek buku senyap-sunyi rumah macam tak ada org. Kalau gini kan riuh sikit:)
Aunty scroll naik turun nak tahu umur yen ni tu la yang kedua macam nak perhatiankan.. layan dulu nanti dah faham dah besar dapat menolong lagi, inshaAllah. AA nak ke sepasang baju nanti komen di blog saya alamat no fon sebab biasa buat dengan poslaju. Saya tak publish komen tu k.
ReplyDeleteada anak2 ni kadang sabar mmg kena. samalah yang si no2 ni lain sikit, tapi cerdik. lain-anak lain karektor. apapun semoga depa jadi anak2 yang soleh untuk doakan kita kan.
ReplyDeleteHahaha ! =D Geram pulak acik ain tengok Yen ni lah. Banyak mulut betul. Kerja nak menjawabbbb jer apa Mama cakap. Comel gila ! Hahaha. =D
ReplyDeleteMemang lah kak, ada anak ni memang kena banyak sabar. Anak saya yang setahun lebih ni pun macam-macam perangai dia buat. Mintak kesabarannnnnn jer sekarang ni. Kuikui. Otak makin berkembang la katakan. ☺
Akak faham ,apatah lagi ibu yang berkerja nak layan ank2 yang macam2 ragam kdg boleh buat stress...tapi tulah yang kita akan rindui bila mereka dah besar nanti.Akak ada 5 anak 5 perangai yg akak hadapi,nak2 anak sulong memang mencabar menjaga dia masa kecil.
ReplyDeleteApapun comel je jawapan yen ya ....cerdik .
# terimakasih yan bagi info pasal kerja tu...tapi jabatan perangkaan tu kat mana ya ,kat majlis daerah ke?
Deletebtl kak... setiap anak2 pelbagai ragamnya...
ReplyDeletewalaupn dana baru ada anak sorang tp sebagai kakak pd 4 org adik...
mcm2 pangai dh jumpa... sbb kite lah yg jaga dia dr kecik sampai beso...
Semebtara nk besar byk2 bertabahla yr mama yan, tk leh komen byk, tongah ajar ank ngaji, tp sempat gk jenguk blog kengkawan, sabo jelah
ReplyDeleteyeyen tergelak cik yan sorang2 tau...rapatnya yeyen dgn abg..sweet je...
ReplyDeletebuat abg..teruskan kesabaran dengan adk2..abg kan abg...
tahniah sebab sering mengalah
Org kata anak no dua mmg gitulah Azra....perangai dia lain dari yg lain sikit....
ReplyDeleteGitulah Azra nama jer satu perut tp perangai makkkk jugak yg kena hadap haha.... jadi kenangan hari tua kita tu!
Mujur jugak abg sanggup beralah. Kalau abg pun sama naik. Mc la mama hahahaha. Kan kak kdang kita ni pagi2 nak la suasana harmoni. Ni pagi2 dah kena jadi singa nguuuu. Musim panas peluh menitik2 memang lagi buat nk cepat mrah huuu
ReplyDelete