assalamualaikum..
alhamdulillah aku telah selamat melahirkan hero keduaku adrien aryan bin azmi
meh akak nak citer saat2 sebelum kelahiran hero kedua ini.
khamis
8 dis 2011 - seawal 5.30am aku dah bangun,pinggang dah terasa
sakit,perut pun sekejap2 mengeras,tp aku yg giler keje nih x peduli rasa
sakit nih,aku tetap bersiap utk pegi keje.en.azmi sedikit bengang dgn
aku sbb dia mmg suruh aku amik cuti awal sebelum bersalin.tp aku
bertekad utk siapkan keje dulu sebelum bercuti. jadi hari tu aku tetap
pegi keje,walapon aku terasa mcm ada contration berlaku,sampaikan merah
mukaku menahan sakit,namun bagi aku xla sakit yg keterlaluan sbb aku
masih boleh tahan.dlm sakit2 tu aku masih cuba siapkan keje apa yg
patut.
dan pada ptg tu aku minta
en.azmi tak balik lewat,kebiasaannya dia amik aku hampir2 pukul 7pm,tp
hari ni aku minta dia blk awal,sbb aku tkt kang aku sakit sorg2 kat
opis.kul 5.15pm en.azmi sampai..awal tuh.
balik
tu kami x pegi cari makan mcm biasa,kami terus balik rumah jer,aku
minta en.azmi bungkuskan je makanan utk malam nanti.sbb aku rasa nak
duduk & berjalan pun dah x selesa.
malam
tu sakit kerap terasa,aku tgk jam contraction agak kerap dlm 5minit
sekali,tp aku masih xnak g spital,bkn apa aku xnak di check jln setiap
masa..agak menyakitkan tuuu..
so
mlm jumaat yg hening..eceh! tetiba lak yer..aku menyiapkan segala
barang2 yg hendak dibawa ke hospital & aku suh en.azmi pegi kuarka
duit sebagai persediaan,mana tau mlm ni nak kena masuk wad,jd perlu
sediakan duit deposit.
memandangkan
malam itu malam jumaat,aku amik kesempatan utk membaca yassin mohon
moga segala urusan dipermudahkan,walapon x mudah utk aku membaca yassin
dlm keadaan sakit begitu,aku ttp teruskan,debaran juga sangat kuat
terasa,opcoz berdebar2 bak kata org,sakit utk melahirkan itu antara
hidup & mati..hehe betul ker?
makan
malam tu,dah x selera aku rasa,aku makan sikit jer,lepas tu baring
tengok t.v sekejap,namun sakit masih terasa,tp tanda2 darah @ air
ketuban pecah xder lak,penat berbaring di sofa,aku naik ke bilik
berbaring dikatil sambil cuba lelapkan mata.en.azmi masuk bilik tanya
boleh tahan ke sakit? aku kata masih boleh tahan,kalu x tahan nanti aku
bagitau.
pukul 2am aku terjaga dr
tido,rasa sakit semakin kuat,aku kejut en.azmi,bgtau aku nak pegi spital
sekarang,sebab aku dah x tahan rasa sakit.sebelum tu aku ke toilet
membuang apa yg patut,masa ni aku tengok dah ada tanda2 darah.Kul 2.30am
dalam kabus pagi yg hening dgn tiupan angi sepoi2 bahasa kami menuju ke
demc s.alam,sesampai di demc sunyi jer,pesakit lain xder masa kami ke
kaunter,penjaga kaunter pun dok berselimut kesejukan,aku ckp nak
bersalin.staff tu kata dia akan bawa kami ke labour room ditingkat 2,dia
suh aku guna wilca (wheelchair)dan dia tolak aku ke ting.2,alamak dik!
akak masih bole jalan la.masuk labour room,ada sorg nurse dah bersedia
disitu & col doc norleen,aku disuruh tukar baju..eh2 dah nak
bersalin ker,aku berbaring dikatil,nurse check jalan.dan sgt
mengejutkan,nurse tu ckp jln dah buka 8cm,
alamak
dah dekat nak bersalin,debaran kian terasa,aku nak buang air kecil pun
nurse tu x bagi aku turun dari katil,dia yg bantu aku buang air kecil..
doc
norleen sampai,aku lg berdebar,dia check jalan & kata dah bole
bersalin tp air ketuban belum pecah,doc cuba pecahkan,akhirnya pecah
juga.doc kata tunggu ada contraction pastu boleh push,aku sempat tgk jam
dah pukul 4am.kali ni memang aku terasa bgimana rasanya utk melhirkan
seorg insan kedunia,sbb masa adam dulu aku diberi epidural hingga aku x
terasa saat2 utk bersalin,sehinggakan doc terpaksa gunakan vacuum.
xtau
mcmmana nak gambarkan perasaan saat2 melahirkan tuh,yg aku tau aku cuba
push,nurse siap sediakan air bg aku minum,pastu try push lagi,en.azmi
tolong sapu peluh ngan airmata aku.akhirnya hampi 20minit lahirlah seorg
insan kedunia ini,aku dpt lihat saat anak aku ditarik keluar dgn tali
pusat tg berjuntaian,dgn keseluruhan badan bayi yg bagai disaluti tepung
doc tunjuk kat aku sebelum nurse amik utk dibersihkan, kemudian doc
keluarkan uri,pastu sesi menjahit,aku xtau la bape jahitan yg kena,aku
tgk jarum ubat bius,kemudian terasa jarum & benang yg menjahit,namun
dah x terasa apa selain dr rasa syukur & lega kerana sumer dah
selamat.
adrien aryan azmi telah selamat dilahirkan pada pukul 4.21am dgn berat 3.21kg
alhamdulillah..syukur kupanjat kehadrat Ilahi dgn kurniaan yg x terhingga ini..
nanti bersambung lagi,kalu ada masa aku nak menulis lagi,,,