assalamualaikum...
pagi ahad semangat bangun awal.. mandi dan bersiap.
abg adam terlebih lagi sebab nak konvo katanya,
tapi bukanlah abg adam yg konvo,abg adam cuma nak pergi tengok je.
sebelum tu mama ada tanya
"abg ada dapat hadiah ke nanti?"
"ada mama..abg no.3"
"oo...ye ke?"
mama ni dalam hati..ye ke abg adam ni?
papa kata abg no.8,tapi takpe lah kita pergi je la meriahkan majlis ye.
mujur tempat konvo tak jauh dari rumah,dekat dewan dekat bukit naga je.
sampai2 orang dah ramai,mujur kawasan kg,boleh je main parking kat celah2 kan..
nak melangkah ke dewan,muka abg adam dah monyok semacam..
mama tau dah..mesti darah gemuruh la tu,macam mama la pulak..
lepas daftarkan abg adam,terus cikgu amik abg bawa pergi belakang pentas,
takpe la mama cari kerusi duduk dgn adelya,papa pula jumpa kawan terus borak2 lupa kat mama..
selepas bacaan doa,ucapan pengetua semua..
ada persembahan...
seronok sangat tengok bebudak kecik ni buat persembahan,
ketua dikir barat punya arahan dah macam askar bunyinya...hahaha
tarian bollywood sangat comel..terus terimbau cerita kuch kuch ho ta hai
masa anjali kat summer camp tu...rasa macam nak menari sama...
mujur tak buat kalau tak..hmmm mesti org kata,org gila mana ni???
dalam pada acara berlangsung tu,mama risau juga dekat abg adam tu,
apa yg abg adam buat kat belakang pentas tu..
dok kalut dengan adelya yg mengamuk nak pegi kat papa dia yang duduk kat belakang,
mama pun gerak ke belakang,
"eh abg ni nombor berapa sebenarnya?dia kata no.3"
"eh mana ada..no.8 la" kata en.azmi
sekali dengar pengacara majlis, panggil nama pelajar di tempat ke 3 dengan subjek english dan math terbaik..
"adam aryan bin azmi"
berderau darah mama dibuatnya...sambil jeling en.azmi terus ke depan nak amik gambar,
tapi tak sempat..dapat dari jauh je..
sekali lagi mama kesal...selalu tak peduli dgn apa yg abg cakap,
maafkan mama ye abg... mesti papa silap tengok,cikgu tulis no.3 papa nampak 8 kan...
tengoklah abg adam kat belakang pentas..sorang2 je
sedih lak mama tengok,pada hal kawan2 dok je panggil nama dia,
mama tanya..abg kenapa?
abg nak air rupanya..aduhai abg ni..
macam mana mama nak lepaskan abg macam ni..
abg macam tak pandai nak bawa diri lagi..risau mama
abg selalu cakap abg nak sekolah tahfiz..mama bangga bila abg cakap macam tu,
ada sekolah tahfiz yang sediakan program untuk cuti sekolah ni,
mama dah tengok,tapi mama belum sedia nak bagi abg pergi,
sebabnya..abg kena tinggal dekat asrama,dari isnin hingga jumaat,
mama tak dapat bayangkan macam mana abg nak uruskan diri sendiri,
bangun tido,makan,mandi,cuci baju sendiri...
haisshhh ke mama yang takut nak lepaskan abg ni???hehehe..memang betul pun
mama takut nak lepaskan abg sebenarnya,
tunggu abg besar sikit ye..masa tu mesti mama dah bersedia lepaskan abg,
takpun kita tunggu sekolah tahfiz sepupu papa tu siap,boleh abg ikut program kat situ je nanti,
takde la mama risau sangat nanti...hehehe
alhamdulillah..abg sebenarnya mama bangga sangat dengan abg tau, dapat no.3 tu..
tapi walapon abg dapat nombor akhir pun mama tetap bangga dengan abg,
sebab nombor tu hanyalah nombor...
apa yang penting..abg dapat kenal huruf,dapat mengira..itu dah cukup buat mama,
mama dulu2 pun macam abg jugak..hehehe
tapi satu abg jgn ikut mama..darah gemuruh bila nak naik pentas...
cuma apa yg mama tengoklah..abg ni lebih ikut sikap mama ni..
abg terbaik dalam math dan english..alhamdulillah,
tak sia-sia usaha kita..belajar mengira dengan batang aiskrim tu kan,
walapon jenuh nak memahamkan abg tapi hasilnya, buat mama senyum sepanjang hari..
tahniah abang..mama bangga dengan abang
wassalam