assalamualaikum
selepas dilahirkan..adelya azra bt azmi
berat 3.28kg
berat 3.28kg
Salam semua…
Semoga semuanya berada dalam keadaan sihat dan berbahagia selalu.Dah lama tak update nih,ada yang masih ingat kat akak tak ni?
Blog pun dah bersawang rasanya ni.
Alhamdulillah…pada 22 ogos 2013 hari tu
akak dah selamat bersalin pun dan akak tahu ada yg dah tahu kan, terima
kasih utk biras akak ira dan aisy nasiha yg sudi update pasal akak
bersalin kat blog mereka, terharu akak dik.
Jadinya hari ni akak nak citer pengalaman bersalin utk kali ke-3 ni.
Rabu 21 ogos 2013,malam ada jemputan
raya dari jiran tapi akak tak pegi pun,perut akak rasa lain macam
jek,dok baring je kat rumah sambil tengok tv,tapi takde la rasa sakit
pun.lagipun akak memang berdoa moga2 akak bersalin dalam waktu terdekat
ni,bukan apa dah tak larat rasanya nak membawa perut ni ha..hehehe teruk
betul,tapi mmg itu la yg akak minta lgpun segala urusan penting dah
settle jadinya boleh la kalu baby nak keluar awal pun kan..
Malam tu tido awal, perut dah rasa
lain macam sikit la,tapi akak buat taktau je dulu,sampailah pukul 1
pagi,perut dah mula mengeras2,nak tido pun dah tak berapa nak
lena,sudahnya akak berbaring je melayan rasa sakit yg kerap juga datang
tu,tapi masih tak bgtau en.azmi lagi biar dia tido dulu sehinggalah
pukul 4pagi akak rasa nak buang air,pegi toilet tengok dah ada tanda
darah,perut pun semakin kerap sakitnya,terus kejut en.azmi.en.azmi Tanya
nak ke hospital dah ke? Memandangkan takde sapa yg bole akak tinggalkan
adam dan adrien,akak bgtau en.azmi tunggu sampai 6.30 la hantar diorg
ke taska,malas nak susahkan kakak dtg rumah pagi2 buta tu.sementara
tunggu 6.30,akak suruh en.azmi basuh barang2 baby yg masih ada belum
dibasuh lg tu…hmmm teruk betul mak pak nye nih.
Akak lak mandi dulu,pastu bersiap2
la,en.azmi suruh baring dulu,sbb bila sakit tu dtg mmg taktau nak ckp la
rasanya mcmmana,tapi akak taknak baring akak jalan2 kat ruang tamu
tu,sbb bg senang jalan buka..hehehe ye ke? Azan subuh berkumandang dr
surau, akak tunaikan solat subuh dulu,masa ni sakit yg dirasa mmg tak
dapat ditahan lagi,sakit pun dtg dah 5minit sekali.tepat 6.30 kami dah
terpacak depan taska,cikgu pun baru nak buka pagar,takpe la cikgu ye ada
kecemasan nih,
Pastu teruskan perjalanan ke
hospital,bila sakit datang berpeluh2 akak dibuatnya,siap suruh en.azmi
bawak slow2 sbb terasa sakitnya mcm nak bersalin dah.gagah tak gagahnya
akak ni,kami terus masuk parking je,takde la nak berenti kat depan tu
amik wheelchair ke apa,pastu berjalan naik ke labour room,tu pun masa
sakit dtg,berenti dulu sekejap pastu terus berjalan lg,bg kad dekat
kaunter terus masuk labour room,nurse check jalan dah buka 6cm,terus tak
bole turun dr katil,nak buang air pun nurse yg buangkan.kali ni nurse
bg oksigen suh akak sedut,sedut mende alah tu akak jd khayal,kepala jd
pening.pastu nurse check jln lg dah 9cm,nurse ckp klu dokte tak sempat
sampai diorg je yg akan sambut baby,tak kisahlah janji semua selamat,tak
lama lepas tu dokte sampai,pecah ketuban dan sedia utk push je,kali ni
ada la 4 kali push baby pun keluar,lega rasanya…tak gunting dan tak
vacuum,pun begitu tetap berpeluh dan menangis.kali ni prosesnya pun
sekejap je, 7.30 sampai spital 7.54 dah bersalin.
En.azmi lak masa dokte bg baby kat
akak dia tak sempat nak tgk jantina baby,sudahnya masa nurse bersihkan
baby dia pegi tanya nurse tu jantina baby,ye la sebelum ni kan kami tak
confirm jantina baby tu,dah tau baby girl lega la dia..
Ehhh..dah panjang sgt akak menulis
nih.lepas ni taktau bila lak nak menulisnya ini pun mujur baby adelya
tido,kalu berjaga mmg susah la,dia kuat menyusu pastu suka lak tido atas
riba mamanya nih,apa nak buat riba mama lebih empuk dari
tilamkan..mamanya pulak dah rupa kak limah balik rumah la,malam2 tido
bersila,sakit leher tersengguk2,pinggang pun sakit..
akhirnya doa ini dimakbulkan..alhamdulillah
Ok la semoga jumpa lagi ye