Bukan mama tak sayang, sayang sangat, tapi apakan daya terpaksa juga berpisah. Demi anak-anak terpaksa juga lepaskan. 27 julai 2016 hari terakhir memberi khidmat, sedih sangat masa nak lepaskan tu, masa tulis ni pun rasa bergenang pulak airmata nih, alahaii..baru berpisah dengan kereta dah macam ni,kalau dengan orang yang tersayang entah macammana.
Memikirkan keselesaan anak-anak, mama dan en.azmi terpaksa buat keputusan lepaskan saga untuk membeli kereta lain yang lebih selesa. Kami beli pun buka kereta baru kereta 2nd je,asalkan bulanannya kami mampu bayar,kalau kereta baru tentulah bulanannya melebihi 500 kan, terfikir juga nak beli exora atau alza, tapi memandangkan kami punya bajet untuk kereta bawah 500 sebulan jadi kami cari apa yang kami mampu.
En.azmi dok survey dalam mudah, adalah kereta yang dia berkenan, mama ok je biar saja en.azmi yang pilih, walaupun kereta tu nanti memang mamalah yang akan membawanya. Balik dari beraya di cheras kami singgah di used car yang ada di Bukit Jalil, tengok kereta yang en.azmi dah tengok dalam mudah tu, keadaan kereta masih cantik. Berbincang berdua saja, setelah berfikir, isnin terus submit dokumen, kejap je kan buat keputusan, isnin submit dokumen, selasa bank dah call, tanya itu ini, lepas tu senyap, tetiba dealer call en.azmi kata loan lulus..aii cepat pulak ye.
Bergambar kenangan dengan kereta ini, ya Allah sedih sangat mama rasa, kereta ini berkhidmat dari mama bujang sampailah anak dah 3, dah 8 tahun tu berkhidmat, jarang pula tu buat masalah, tapi mama terpaksa juga lepaskan. Abang adam yang sentimental tu tanya, kalau kita beli kereta baru saga macammana? tengok sayangnya abang adam pada saga nih, pagi-pagi bila mama nak snap pic dengan saga laju je abang adam posing, last saga akan berkhidmat untuk kita.
Sedang mama menunggu en.azmi untuk pergi sign agreement, en.azmi send gambar tengah basuh saga, sedihhh sangat..mama tahu en.azmi pun sedih tu, masa nak beli saga tu en.azmi la yang menguruskan semua urusan. Bawa balik saga ke rumah pun en.azmi jugalah sebab mama masih seriau nak bawa kekeke..kete baru la katakan, mama rela bawa wira en.azmi masa tu.
Rabu 27 Julai 2016..dengan rasminya mama berpisah dengan saga, sedihnya hanya Allah yang tahu, sekarang dok terbayang lagi, alhamdulillah urusan hari tu dipermudahkan, pergi sign agreement di bank,kemudian berurusan pula di used car sampai petang, ada masalah sikit bila semuanya perlu menggunakan thumbprint, sebab thumbprint mama bermasalah, terpaksalah mencuba berkali-kali, mujur akhirnya Allah mudahkan jua.
Dah rasmi dapat kereta, mama selfie pastu hantar kat family, pakcik kemain tanya "amboi nak beli kereta baru ke?"..taklah dah nak bawa balik rumah dah pun..amboi senyap je..hehehe senyap-senyap dulu kata en.azmi kalau dah dapat baru bagitahu. Dah dapat tu laju je hantar gambar, kata paksu..wah nombor plat dah nak sama macam saga je...haa sebab itulah kami try beli kereta tu hehehe sebab nombornya nak sama macam saga, terbalikkan saja.
Semua pun tumpang seronoklah..siap cakap nanti bolehlah tumpang...hehehe boleh sajakan..tapi dilarang keras untuk makngah dan mommy untuk test drive..ahahaha, mommy takde lesen,makngah pula ada lesen tapi tak pernah bawa kereta, bawa keretapi je pergi kerja.Anak-anak pula tentulah seronok dan teruja dapat kereta baru,walaupun sebenarnya kereta lama, adrien siap cakap dekat tecer "mama kita nak bawa balik kereta baru" adeh bikin malu saja itu budak, masa ambil dekat taska tecer siap keluar tengok kereta, al kete 2nd je..takpelah akak, erzeki anak-anak, janji anak-anak selesa, ye beli ni pun untuk keselesaan ank-anak jugalah.
Mama takut nak drive sebab terasa besar, tapi kena tabahkan hati bawa juga pergi kerja hehehe dan hari ni hari kedua mama bawa kereta tu, alhamdulillah berjaya juga bawa pergi kerja walaupun pada mulanya terasa sangat besar..ehehehe ye la biasa bawa kereta kecik je kan. Kereta apa mama beli? biarlah rahsia kekeke..kereta biasa-biasa je.
nanti tak perlu begini lagi dah dalam kereta, ini masa nak tidur sama, kadang abang adam tu kena duduk bawah tak pun sispi-sipi je dekat kerusi tu bila adrien tak mahu bersempit. |
#sedihsangatmamani
Wasssalam.