Sunday 29 January 2017

Tahun terakhir 3 series

Assalamualaikum...


Sekejap waktu berlalu, januari 2017 pun bakal melabuhkan tirai beberapa hari saja lagi. Bulan ini bulan kelahiran mama jatuh pada Ahad 22 Januari hari tu. Sibuk mama menekan keyboard sekali ada suara menegur "Kak lah kenapa kerja hari ni? birthday kak lah kan.." Alamakk terlupa hari lahir sendiri, apa nak buat kesibukan melanda, bekerjalah mama dihari lahir walaupun jatuh pada hari ahad.

Tahun terahir di 3 series tahun depan masuk 4 series dah, masa belasan tahun dulu cukup berdebar nak masuk umur 20-an kononya dah ada diperingkat dewasalah sangatkan, rupanya tanpa sedar mama dah lewati 20an dan 30an, sempatkah untuk mama lewati 40an pula, inshaAllah jika dipanjangkan usia. Tiada apapun yang mama harapkan cuma harap terus diberikan kesihatan yang baik untuk melalui kehidupan ini.dapat melihat anak-anak membesar dengan baik.

nak membebel apapun tak tahu, otak dah tepu dengan segala angka yang ada, mata pun dah naik kabur, kerja non stop 7 hari seminggu, cuti chinese new year pun kerja, harap sangat segala kerja yang menggunung ini dapat habis dengan jayanya, banci oh banci cepatlah habis, serba-serbi tak cukup mama ni, tak cukup tidur, tak cukup makan, tak cukup masa dengan anak-anak, hari kerja biasa masuk pukul 8 balik pukul 8, sabtu ahad kerja...mari tengok kalendar bila lagi cuti sekolah, mama pun nak bercuti lebih sedikit.

Balik ni nak buat spageti carbonara, permintaan anak buah kesayangan walaupun penat mama kena tunaikan janji hehehe...sementara menunggu en.azmi sampai sempatlah mama berceloteh dulu sekejap bagi releasekan kepenatan berfikir ...ok mama berhenti dululah

Wassalam





Kita tayang lagi gambar short vacay hari tu, cerita detail belum ada lagi.

Tuesday 24 January 2017

i need some rest

Assalamualaikum...

pinjam pic en.gugel

Keletihan dan kelelahan melalui hari, cepatlah semua ni berakhir mama perlukan rehat, rasa macam perlu manjakan diri pergi ke spa..ecehhh, tak tahulah nak ketawa atau menangis tapi alhamdulillah setakat ini masih mampu tersenyum dan ketawa..hehehe


Tinggi-tinggi gunung kinabalu, tinggi lagi cintaku padamu...eewaahhh

Short vacay hari tu tapi tak sempat nak story mory lagi,mama tak mampu nak perah idea untuk mengarang tentang cuti-cuti tu lagi sebab otak penat fikir menda lain..ohh nampaknya mama perlukan rest nih. En.azmi mungkin kita perlukan buku merah untuk tenangkan fikiran..hehrhe

Kawan-kawan pun mama tak.sempat nak.jenguk.baca cerita.


Wassalam

Wednesday 18 January 2017

Keterujaan anak-anak

Assalamualaikum...

Comel sangatlah anak-anak mama ni. Hari tu masa nak bertukar sekolah abg adam, guru besar bagitahu kelas yang kosong cuma kelas hujung,apalagi muncunglah anak yang sorang tu sebab katanya abg taknak kelas hujung. Mama cakap tak apalah kelas hujung pun abg belajar rajin-rajin tahun depan dapatlah tukar kelas, tapi muka abg tetap mendung..


Tengoklah muka abg tu mendung saja, masa ni tengah tunggu pejabat buka.

Lepas pejabat buka mama dan abg terus ke pejabat untuk tentukan kelas, dalam pada tu abg dok tengok-tengok dah kelas apa yang ada, risau mama dibuatnya, tapi syukurlah lepas tengok result exam abg, abg tak dimasukkan ke kelas akhir mama lega, bukan lega sebab tak masuk kelas akhir tapi lega sebab tengok senyuman diwajah abg tiada lagi mendung seperti mula-mula tadi. Tak sangka pulak mama abg ada buat target sendiri, takpe lah abg adalkan abg gembira, cuma mama harap abg tak kecewa bila target abg tak tercapai ye.



Tengoklah tu tak sabar nak bagitahu papa dia siap ambik telefon mama nak bagitahu papa dia dapat kelas apa,hai la anak seronok.sangat nampaknya tu. Yang tulisan bawah adrien punya kerja, semangat nak tunjuk dekat papa mualimah bagi 5 bintang, tunggu papa balik lambat sangat siap cari salotape, ditampalnya hasil kerja tu depan pintu bilik papa, katanya nanti papa sampai terus papa dapat tengok..hehehe cumil sangat masing-masing nih. Gembira bagitahu mama mualimah bagi 5 bintang lepas tu dapat 2 biji gula-gula. Nampaknya adrien suka belajar ditempat baru..alhamdulillah.


Sekali lagi anak-anak teruja bila dapat apa yang dihajati tunggu mama beli tak beli-beli akhirnya mak saudara yang belikan.. Semangat nak tunggu jam yang maktam beli, siap whatsapp maktam tu..hehehe adrien tak pandai nak tulis lagi, tapi pandai voice mail, tak sabar nak tunggu maktam beli jam dia pulak, sebab jam boboiboy maktam tak jumpa terus tukar nak jam yang lain...rezeki anak-anak.



Melihatkan kegembiraan dan keterujaan anak yang seorang ini bila dapat apa yang diingini membuatkan mama rasa berbaloi menunaikan apa yang diinginkan adelya itu, apa yang adelya inginkan? Mama akan cerita dilain entrilah, mata sudah mau pejam..

Wassalam

Saturday 14 January 2017

Gula-gula kapas

Assalamualaikum...


Bagaikan gula-gula kapas. Mencari sedikit ketenangan dan kedamaian dicelah-celah kesibukan dan kelelahan. Moga Allah memberkati..inshaAllah.

Wassalam

Thursday 5 January 2017

Cerihik di awal tahun

Assalamualaikum...

Cerihik (cerita hikayat) mama dipermulaan tahun 2017. Hari pertama sekolah agak lelah berkejar ke sana sini. Uruskan persekolahan dan pertukaran sekolah abang adam.


Mama bersama bakal imam..inshaAllah, nampaknya Adrien bersemangat untuk sekolah ditempat baru. Tahun ni adrien bersekolah ditempat baru, keputusan yang mamapapa ambil setelah mengambilkira pelbagai aspek adrien ditransitkan juga di PASTI tersebut, transit sehingga pukul 7,tapi takdelah mama nak ambil pukul 7. Adrien ada cakap dia taknak duduk lama-lama dekat sekolah. Hmmm...kita cuba dululah macam manakan.


Teman hantar abg-abg sekolah dihari pertama dia pula yang terlebih lapar hehehe..makan siap bertambah tu. Adelya kami letakkan dirumah jiran,hari pertama alhamdulillah ok tapi pagi ni bila nak hantar adelya menangis, mungkin sebab semalam mama ambil lewat pukul 9mlm baru ambil..alahai kesian anak mama, bukan mama sengaja. Adrien mujur mama minta ibu tolong ambilkan, kalau tidak mahu pukul 9 juga tu.


Hai laa...tengok gambar abg ni mama jadi sedih, ujian diawal tahun untuk kita.. Moga selepas ini semuanya akan baik-baik sahaja, pertukaran sekolah abg dapat berjalan dengan lancar, kesian anak-anak mama. Ujian diawal tahun moga dipertengahan dan pengakhirannya akan kita hadapi dengan baik.

Sekarang mama di PPD kuala langat sedang menunggu pejabat buka..heheh awal betul sampai jadi terpaksa menunggu pula. En.azmi outstation jadi mamalah yang perlu membuat urusan hari ini, selepas menghantar adelya dan adrien mama ke sini dengan abg adam, hari ni terpaksalah abg bercuti dan ikut mama. Kenalah mama cepat sekejap lagi nak masuk kerja pula.

Anak-anak.. mama bangga tahu seawal 4 tahun sudah belajar menguruskan diri, ditinggalkan bila mama bekerja, mama dulu 4 tahun memang tak buat apalah bermain je, segala urusan diri arwah mak yang uruskan. Terima kasih anak-anak mama kerana mengerti dan memahami.

Wassalam

Kejohanan Silat Olahraga

 Asalamualaikum... Mga kita semua didalam lindungan dan redha Allah swt. 3,4 dan 5 Mac anak-anak mama menyertai satu lagi kejohanan silat. K...