Sekadar berkongsi catatan perjalanan hidup seorang mama dan anak²nya... "mama...puasa sunat tu hari isnin dengan khamis je ke?" Tanya abg adam "puasa sunat tu bukan isnin khamis je tapi ada hari lain juga" "ohhh abg nak puasa sunatla hari isnin dengan khamis" mama dengar je la abg adam cakap tu sebab tak mungkinlah abg nak puasa sunat pulakkan,macam tu la anggapan mama,tapi mula hari isnin abg dah pesan jangan lupa kejut abg sahur hari khamis,isnin dah tak sempat nak puasa.
Khamis tu sekali kejut je terus terjaga untuk bangun sahur.Nak pergi sekolah tu mama nak bekalkan air dan duit belanja pun dia taknak, siap suruh mama whatsapp ibu ct cakap dia puasa nanti dia malu nak cakap kalau ibu ct suruh makan nasi. Mama ni berdebar je la mampu ke abg adam puasa sedangkan kawan² lain makan, ambil dari sekolah mama tengok abg adam ceria je...puasa ke tak nih??? "Mama tadi ustazah cerita pasal puasa sunat,lepas tu ustazah tanya siapa puasa hari ni,abg angkat la tangan" "abg puasa ke?" "Ye la mama abg puasa la"
Sampai rumah terus ke dapur masakkan rendang kesukaan abg adam untuk berbuka. Bila dah solat siap² di ofis mudah tak perlu nak kejar solat lepas tu nak masak pulak. Inipun abg adam yang tegur mama,biasa mama ambil abg dulu disekolah baru solat dirumah,kebiasaannya abg akan keluar lewat selalulah mama dok bebel abg ni lambat sangat, mama tak solat asar lagi ni. "Mama ni kan dekat ofis ada surau mama solatlah asar dulu baru balik" terdiam mama dibuatnya.
Alhamdulillah setakat ni abg adam masih berpuasa sunat isnin dan khamis. "Mama kenapa kita kena buat yang sunat² ni puasa sunat,solat sunat?" Huisshh berdebar mama dapat soalan macam tu..."abg..buat yg sunat ni supaya kita dapat tampung kekurangan pada yg wajib,mungkin masa kita buat solat wajib tu ada terkurang dimana²,jadi yg sunat itulah yg tampung kekurangan tu" gituu mama ko jawab,hasil dengar tazkirah dapatlah jawab sikit².
Abg bambam sikit waktu ni,sekarang kuruss |
Mendidik anak² perlukan kesabaran sebab setiap anak tu tak samakan. Bukan dalam mendidik anak² je tapi dalam semua perkara. Tapi tengok jugalah dalam perkara yang nak kita sabarkan tu kan. Andai sabar itu adalah jalan untuk kita ke syurga,maka pilihlah untuk bersabar.
Wassalam