Thursday 20 February 2020

Tetamu bertandang.

Assalamualaikum...

Aduhaiii lemau betul mama sekarang ni, menulis pun jarang-jarang, nak kata sibuk tu sibuk jugaklah untuk tahun ini Jabatan akan menjalankan Banci Penduduk dan Perumahan 2020 bermula 7 Julai  tapi sebelum tu kena hadir taklimat,buat taklimat, survey kawasan jajahan untuk banci, mencari wakil penduduk,wakil taman, tok imam, ketua kampung, mencari tempat untuk taklimat, mencari pembanci..nahh macam banyak je kerjanya tu kan tapi takdelah mama cuma membantu je untuk CD yang mama jaga tu, sapa-sapa yang duduk area banting dan sg,manggis sila bagi kerjasama ye hehehe.. itu je lah sikit-sikit mukadimah kerja mama.

oklah...alhamdulillah syukur dengan rezeki yang Allah bagi pada kami sekeluarga dengan rezeki mendapat family yang sangat memahami dan baik. Minggu lepas en.azmi bagitahu family nak datang rumah. sebenarnya kami ni dah lama tak balik kampung, entahlah bila kali terakhir kami balik pun rasa macam dah lama je tak balik, sepanjang kami tak balik ni dah 2 kali jugalag family sebelah en.azmi datang ke rumah, alhamdulillah juga sebab rumah kami dengan kampung kalau nak diikutkan takdelah jauh sangat tapi itulah takde rezeki kami nak balik kampung,moga lepas ni akan direzekikn buat kami untuk dapat balik kampung selalu.

Jumaat tu mama kerja, acu(adik ipar) bagitahu petang dorang nak gerak naik sini. Rumah bersepah okeh harap-harap sempatlah mama balik kemas sebelum family sampai. petang tu pulak tak boleh nak sampai awal sebab tunggu abang adam habis kelas tambahan dulu, sampai rumah 6.20 terus bergegas kemas rumah, abang adam pun terpaksalah mengemas juga apa yang patut, bilik air belakang tu memang tugas dia cuci sebab dia yang guna, entah macammana cuci mama tak tengok dah. kemas apa yang patut je lah kan asalkan sedap mata memandang..lelah jugaklah hahaha mujur orang nak datang kalau tak tentu rumah masih bersepah. 7.40 malam bergegas hantar abang adam pergi tuisyen pulak, en.azmi lewat balik hari tu. tak sempat mama nak masak, mujurlah tetamu singgah makan di kedai dulu, sudahnya mama anak beranak makan burger je, itupun adik2 ipar pun join order burger jugak, mudahnya order dulu burger lepas tu pergi ambik sebab anak buah mama kerja di kedai burger.

Shell out kami malam tu yang dimasak oleh adik-adik ipar, mama tolong rebus telur masin jek hehehe
Sabtu pagi en.azmi kerja, tok,wan, maklang(adik ipar) dan suaminya nak pergi cari ikan di pasar, wan ajak mama ikut juga pergilah kami ke pasar port klang sayangnya tak banyak ikan pun, rupanya salah pasar patutnya pergi pasar di pandamaran, manalah mama tahu. en.azmi dah bagitahu tapi mama tak tahu mama duduknya pasar tu, sudahnya balik rumah kami singgah di paklang pasar segar yang terletak di kawasan rumah mama, buat keputusan beli dekat situ je apa-apa yang nak dibeli, adik-adik ipar bercadang nak buat shell out dan di paklang pasar segar tu semua yang nak dibeli ada dah alang-alang tu beli sekalilah kan. Dah siap membeli balik rumah, adik-adik ipar bergegas masak untuk tengahhari. Malam pula masing-masing gigih masak untuk shell out pulak, tetiba ujian pulak air tak naik ke tangki,tangki kosong terus dalam bilik air tak keluar air, mujurlah sinki ada air bolehlah untuk memasak, untuk mandi terpaksa angkut air dari paip diluar..aduiii malu pulak rasanya orang ramai2 air takde. Mama pula ajak biras dan anak2 pergi mandi dekat rumah ibu(kakak mama yang sulung). Lega dapat mandi dan solat. Hampir 10 malam baru kami makan malam.

Ahad pagi alhamdulillah...air dah naik ke tangki jadi bilik air pun ada air, tapi satu hal lagi terjadi sinki pulak takde air, kisahnya kawasan mama ni tekanan air tak kuat, bila waktu cuti tu memang air sinki kadang-kadang halus je, tapi alhamdulillah dapat jiran yang baik, tarik getah paip dari rumah jiran pergi ke sinki rumah mama, dapur sebelah2 kan, guna air dari tangki rumah jiran, mama taknak guna dari tangki rumah mama sebab takut nanti kering air tangki tu susah pula nak mandi nanti kan. Lega sangat-sangat ada jiran yang baik, bukan apa bila memasak kita dah selesa guna air di sinki, pada hal dulu-dulu dekat kampung mana ada air paip pun, tapi bila dah terbiasa macam tu lah kan, bila susah sikit dah tak senang duduk pada hal air sinki je yang takde. Ahad tu paklong masak sup tulang, ayam kicap, mama masak rendang kerang itupun sebab anak dara yang nak makan, kalau tak memang mama tak masaklah. Untungnya mama bila family mentua datang memang mama rehat je dari memasak, pagi nak masakkan breakfast pun tok cakap tak payah dia nak makan roti canai je, jadi kita bungkus je lah kan.

Family datang rumah 2 hari tu memang kami tak bawa kemana-mana pun duduk rumah je, nak bawa berjalan pun tak  tahu nak bawa kemana. Alhamdulillah seronok anak-anak tok,wan dan makpak sedara datang rumah, adelya pun seronok sepupu dia datang, dah lama ajak jumpa sepupu dia sebab nak bagi tudung yang dia beli, tudung pasar malam je pun, tiap kali nampak tudung nak beli lepas tu kemain berejam memilih tu jenuh mama tunggu yang dia berkenan, lepas tu mesti nak beli 2 satu untuk sepupu dia, seronoklah hari tu dapat bagi dah tudung yang dibeli.

Oklah mama berenti disini dulu ada masa mama tulis lagi


Wassalam

Monday 3 February 2020

Cerita hujung & awal tahun

Assalamualaikum...

Februari dah menjengah... Alhamdulillah masih diberi kesempatan untuk melalui kehidupan ini. Malas pulak mama ni nak menulis, faktor penuaankah ini??. Alhamdulillah 22 januari 2020 dah meningkat setahun lagi usia mama,anak² sibuk tulis dikalender siap pergi pasar malam tak bagi mama ikut sebab nak beli hadiah guna duit tabung dorang lagi, tapi mama tak bagi simpan je duit tu mama tak perlukan hadiah,anak² hadiah terindah seumur hidup mama walaupun kita selalu bergaduh,berperang berkecil hati tapi itulah lumrah hidup kitakan kasih sayang mama ni hanya Allah yang tahu walaupun kata adelya mama ni garang.

Dua insan istimewa yang telah melahirkan dan membesarkan mama... Rindu yang takkan pernah padam
27 disember 2019....haaa ko tahun lepas punya ceritakan takpelah mama coretkan juga disini,genap usia pernikahan mama dan en.azmi 11 tahun yang penuh suka dan duka ketawa dan airmata (amboiii ayat kemahin lagi)...ya setiap orang rezekinya berbeza begitu juga dengan jalan cerita hidup kitakan pastinya berbeza. Keperitan, kesusahan yang dilalui adalah ujian. Lihat segalanya dari sudut yang positif,walaupun terkadang rasa tak mampu untuk dilalui namun kunci dari semua itu adalah sabar,kata ustazah sampai bila nak sabar? Sampai kita mati. Jika kita pilih untuk sabar maka sabarlah sampai ke hujungnya.. InshaaAllah pasti ada ganjarannya.

Ditransit sementara tunggu cik ida sampai,yeyen sorang je kumbang heheh sebab abg adam sekolah pagi
Anak² alhamdulillah walaupun kadang² adelya buat hal taknak sekolah katanya tapi setakat hari ni belum lagi ponteng sekolah,cumanya setiap pagi en.azmi yang kena hantar pada hal dah bayar transport mujurlah sekolah tak jauh pun 5 minit je dan tempat kerja en.azmi pun tak jauh jadi sempatlah hantar adelya ke sekolah sebelum ke tempat kerja. Anak manja macam tu lah,en.azmi taknak adelya buat hal jadi ikutkan sajalah, dia nak buat macam sekolah pasti tahun lepas,en.azmi yang hantar. Kadang² waktu balik pun kena ambil tapi takdelah hari² cuma kalau dia suruh ambil en.azmi ambil,tapi anak² ni tak tahu letih sampai rumah 6.40,masuk rumah hantar beg terus keluar main ditaman, gembira je masing²

Adrien pula...si nombor 2 ni suka mengusik mama ada saja akal dia, mama pun sukalah nak menyakat dia, hari tu dia cakap bosan hari² makan kat rumah,mama suruh cedok nasi makan dekat luar rumah hehehe. Kali kedua dia cakap macam tu mama ajak makan luar tapi bukan pergi kedai makan, pergi makan dekat rumah ibu huhuhu... Kebetulan ibu suruh datang rumah dia buat bubur durian. Muncung je mulut dia tu terus order burger dekat abang ayip dia baru muka ada senyum...bukan tak pernah bawa makan diluar tapi tak bolehlah selalukan,hari cuti bolehlah hari kerja memang taklah nak pergi makan diluar.

Cikgu kelas abg adam share gambar,amboii rajin abg tu menyapu sampah..bagus abg rajin² buat kerja ye
Abang adam pula tahun ni mama masukkan ke kelas tuisyen,maklumlah nak ajar sendiri mama dia ni tak berapa nak pandai jadinya hantarlah tuisyen setiap malam khamis dan jumaat. Dah adrien pun sibuk nak tuisyen juga,tapi memang taklah mama nak bagi,bajet pun takde yang abg adam tu pun terpaksa juga bagi tuisyen sebab dah darjah 5. Lagipun adrien takde exam lagikan. Takpe kita tengok kalau ada rezeki dan bajet mama masukkan nanti. Nak tengoklah nanti ujian pertama abg adam macammana, ada peningkatan ke tidak,anak² mama ni biasa² je sebab tu kena usaha lebih sikit, kita dah buat apa yang boleh selebihnya serahkan pada Allah. Sebab yang bagi faham pun Allah kan.

Ok lah nanti mama menulis lagi..inipun ambik masa berhari nak siapkan huhuhu

Wassalam

Kejohanan Silat Olahraga

 Asalamualaikum... Mga kita semua didalam lindungan dan redha Allah swt. 3,4 dan 5 Mac anak-anak mama menyertai satu lagi kejohanan silat. K...