Assalamualaikum..
Apa khabar semua sahabat alam maya mama?? Allahu..lama betul mama tak menulis dan melawat kawan-kawan. konon sibuk sangat dengan kerja ya Sebelum meneruskan celoteh mama, mama nak ucapkan selamat berpuasa semua dah 4 ramadhan hari ni kan, semoga ramadhan kali ini adalah yang terbaik buat kita.
Macammana kawan-kawan dalam musim PKP ni? Mama sekarang work from home lah nampak gayanya kan. Jujur dengan diri WFH hi lrbih memenatkan rasanya. Jika bekerja di pejabat pukul 4.30 ptg tu punch out memang terus habis kerja ada tak ada pun cuma sesekali bos bertanya sesuatu melalui telefon, tapi WFH nih tak kira masa dah boss bertanya pasal kerja sampai sendiri pun luppa tarikh dan harin, bekerja pula hingga 1,2 pagi. apa taknya kerja perlu menggunakan sistem, ada satu sistem tu pukul 12malam baru boleh access itupun kadang ok kadang tidak, nak kerja siap terpaksalah bersengkang mata, kalau sistem yang boleh terus dibuka melalui google oklah. Apapun dah tugas kita laksanakan jugalah.
Selain selesaikan tugas pejabat,tugas dirumah juga perlu dibuat memasak,membasuh tetapi mama sedikit lega sebab en.azmi pun bercuti juga dan dia rajin juga membantu. sejak pkp ni mama memang tak keluar rumah langsung, yang keluar beli barang dapur pun en.azmi. untungnya mama ni sebelum-sebelum ni memang en.azmi yang beli barang dapur jadi bila pkp ni tak risau pun nak kirim beli barang bagi list je semua dapat dicari. Bukan setakat kerja rumah,kerja pejabat pun kena jadi cikgu juga, tapi bila mama sibuk dengan kerja terabai juga kerja sekolah anak-anak, mujur cikgu pun takde memaksa untuk siapkan kerja sekolah, bila mama lapang baru buat selebihnya en.azmi yang ajar nak pulak kalau bab mengira memang bagi cikgu azmi yang ajar, garang pun garanglah tahan telinga je la.
Bagi mama wfh ni best sebenarya tapi kalau anak-anak pergi sekolah dan suami pun pergi kerja hahaha...ye lah kalau kita sorang-sorang je wfh nih bolehlah nak bahagikan masakan, ini bila ada anak-anak dirumah,macammana nak ikut masa bila perut mereka lapar tak kira masa hehehe, tapi takdelah mama didapur sepanjang masa,biasanya mama masak pagi je terus masakan tersebut membawa ke malam, malam pulak mama tak makan en.azmi lah ambik alih tugas layan anak-anak untuk makan malam, buatkan burgerlah maggi lah, rajin dia melayan anak-anak walaupun garang dengan anak-anak tapi bila anak cakap lapar malam-malam dia tanyalah anak nak makan apa.
Bulan puasa ni legalah sikit dari memasak, jadi lepas subuh bolehlah terus buat kerja pejabat sambil-sambil tu basuh kain. Alhamdulillah hikmah dari pkp nih ramadhan ni dapatlah berjemaah dan bertadarus bersama-sama kalau sebelum ni en.azmi dan anak-anak bujang dia terawaih di surau tahun ni dapatlah berjemaah dirumah. Walapun mungkin raya pun dirumah sendiri tapi tak apa pengalaman baru sebab bukan kita je berya sendiri tapi ramai lagi orang lain yang beraya sendiri kan. Meriahlah taman raya kali ini bila semua beraya disini...hehehe dah cerita pasal raya pulak. hahah dah alang-alang menulis ni kan. celoteh panjang sikit. Banyak cerita yang nak diceritakan tapi nanti mama cerita lagi, perlu masuk kerja pula ni.
Percubaan membuat facemask sebab susah sangat nak dapat waktu ni, dalam tu isi filter, filter boleh dicuci walaupun buat dengan cotton tapi ada ruang dibelakang untuk masukkan filter, tapi buat saje je lah bukan boleh keluar rumah pun dah sekarang ni, anak-anak pun mujur faham pasal virus nih, mula-mula dulu rn.azmi kena kerja, masa en.azmi balik kerja adelya nak lari peluk papa dia sekali mama cakap jangan peluk lagi biar papa mandi dulu "tak boleh sentuh papa kan mama sebab ada covid 19" hahaha adoiii laaa, bukan ada covid 19, tapi kita takut ada virus tu terlekat di baju papa biar papa bersihkan dulu, sekarang legalah sikit sebab en.azmi tak perlu pergi kerja.
Ok jumpa lagi, kalau dibiarkan lagi banyak mama tulis nanti, kena pergi sidai kain pulak, langit nampak mendung tu, alhamdulillah setelah panas yang berpanjangan di kawasan mama ni permula ramadhah ini cuaca sejuk dan hujan je, kuranglah anak-anak rasa dahaga waktu berpuasa ni.
Wassalam
diari mama untuk anak-anak soleh dan solehah mama... adam aryan, adrien aryan & adelya azra.. penyejuk dimata,penawar dihati.. bila suatu hari nanti mereka boleh membaca,dapatlah mereka membaca kisah tentang mereka yang mama coretkan disini...
Monday, 27 April 2020
Subscribe to:
Posts (Atom)
Kejohanan Silat Olahraga
Asalamualaikum... Mga kita semua didalam lindungan dan redha Allah swt. 3,4 dan 5 Mac anak-anak mama menyertai satu lagi kejohanan silat. K...
-
Assalamualaikum... kali ni mama nak cerita pasal muzium 3D kat cameron highland.mama memang sukalah bab-bab lukisan ni teruja je dengan ga...
-
Assalamualaikum.... Salam isra' Mi'raj semua, ada yang berpuasa hari ini? alhamdulillah..rezeki tu dapat berpuasa, tak dapat berpu...