Friday, 22 April 2016

Tahfiz Muda

Assalamualaikum...

Malam tadi buat kali keduanya mama tonton rancangan tahfiz muda ni, Ya Allah...sayu je terasa bila dengar anak-anak syurga ni membaca ayat-ayat suci al-quran.

Sambil makan tengok rancangan ni, abang adam bertanya "cerita apa ni?" dengan bangga abang sado adrien tu menjawab "tahfiz muda la..itulah abang tak tengok yen dah tengok hari tu dengan mama.." hehehe bukan main dia ya.

Masa kali pertama tengok tu mama tengok dengan adrien lah, mulanya berkeras adrien suruh mama tukar chanel 611, nak tengok didi & friend katanya, mama kata tunggu dulu, tengok ni abang2 dengan kakak2 mengaji, dalam pada membebel tu adrien tunggu jugalah.

Apa yang mama lihat lepas je dengar peserta pertama membaca surah pilihan, abang sado adrien terus terpaku depan tv, tak bergerak hingga habis bacaan, masa juri komen, adrien datang berbual dengan mama, bila mula bacaan sekali lagi terpaku berdiri depan tv, sampailah habis rancangan, nampak berminat dengan rancangan tahfiz muda ni,

malam tadi kali kedua tengok, pun sama adrien tunggu dengan mama sampai habis rancangan, bila tiba masa untuk tidur, adrien ambil buku juz amma yang mama belikan tu, terus ajak mama baca, macam biasa mama hanya baca 3 surah, lepas tu tidur, cukuplah dapat 3 surah, sampai anak-anak ingat dan boleh dihafal, seronok mama bila adelya sudah boleh ingat surah an-naas.

Ya Allah petang semalam sambil tunggu en.azmi ambil, kelewatanlah mama semalam sebab en.azmi bekerja menghantar barang. tersentuh hati seorang mama ni tau, bergetar jiwa sampai nak menitis airmata bila mendengar suara anak syurga mana mama tak tahulah, mengalunkan ayat suci dari masjid negeri shah alam tu.syahdunya mama terasa..

moga anak-anak mama pun  menjadi seorang tahfiz juga nanti ye..inshaAllah


Wefie mama bersama anak-anak syurga mama . Sayang kamu sangat-sangat

Wassalam


11 comments:

  1. ANAK2 PASTI TERDORONG MELAKUKAN APA YG DILIHAT DILAKUKAN KWN2 KECIL MRK...JIKA ORG TUA TERCOKOH MENGAJI MRK XKISAHPUN....BAGUS PROGRM TAHFIZ MUDA ASTRO OASIS NI.

    ReplyDelete
  2. In shaa Allah, amin..kita doa yg baik2 saja utk ank2 kita

    ReplyDelete
  3. In shaa Allah, amin..kita doa yg baik2 saja utk ank2 kita

    ReplyDelete
  4. Insyallah semoga harapan Ilah punya anak sorang tahfiz akan termakbul.Anak2 kecil ni lagi mudah menerima apa yang kita ajar.
    Akak tak pernah langgan astro dan tak melihat program tahfiz muda ni tapi akak mengetahui serbasedikit dari fb.

    ReplyDelete
  5. InshaAllah Amin, comel ai mama dengan anak-anak, aunty puji dulu ciptaan Allah, teringin juga anak-anak jadi Tahfiz, Amin.

    ReplyDelete
  6. Salam singgah & salam jumaat, maaf lama x jenguk N x terkejar nak baca n3 yg lain, adik plg suka tgk ni x mahu missed tgk !

    ReplyDelete
  7. Insyallah, comel anak-anak syurga mama :) Semoga dapat menjadi tahfiz juga nanti. Amin.

    ReplyDelete
  8. Alahai comelnya muka memasing termasuk mama. Anak anak semua mcm muka Azra ye...

    ReplyDelete
  9. aida lom dpt tgk, yan :(
    sedih!!!
    sebab ada hal lain...

    ReplyDelete
  10. InsyaAllah semoga tercapai hajat mama nak tengok anak-anak jadi tahfiz juga suatu hari nanti.

    ReplyDelete
  11. amin amin moga anak2 kita nanti jadi tahfiz lah hendakNya. sejukkkkk perut mengandungkan dorang ;)

    ReplyDelete

Assalamualaikum...sudah baca rajin2 la komen,lg panjang lagi mama suka...

Kejohanan Silat Olahraga

 Asalamualaikum... Mga kita semua didalam lindungan dan redha Allah swt. 3,4 dan 5 Mac anak-anak mama menyertai satu lagi kejohanan silat. K...