Assalamualaikum....
Tora datang lagi..hehehe. Okeh muncul lagi mama setelah beberapa hari tak menulis, macam sibuk sangat je ni kan, adalah sibuk sikit..jumaat lepas malam angkut barang pindag ke rumah baru semput dibuatnya, balik kerja pukul 7, sampai je rumah terus packing barang, banyak juga rupanya barang mama. Sabtu memang terus pindah masuk rumah baru, lega rasanya dapat masuk rumah sendiri. Mengemaslah lagi apa-apa yang patut dulu. Ada kotak yang tak sempat dilabel jadi nak mencari sikat pun tak jumpa..adehhh.
Ahad tu kemas sikit-sikit je lepas zuhur kami gerak ke gold coast morib, mama perlu hadiri mesyuarat pengurusan, alang-alang cuti sekolah bawalah en.azmi dan anak-anak sekali. Ramai juga orang disitu mungkin sebab cuti sekolah, kunci bilik pun lambat dapat. Ada yang dah merungut-rungut sebab lambat dapat kunci, nak buat macammanakan sabar sajalah, yang tak sabar anak-anak mama tu siap.tunggu depan meja urusetia kikiki...layankan je la tak sabar nak main air la anak-anak mama tu. Dapat kunci terus naik bilik. Alhamdulillah dapat bilik ok.
Bilik kami mengadap water park..haa lagi teruja la anak-anak dibuatnya..ok bilik kemas dan bersih, bilik air pun bersih siap jakuzi lagi. Bila adrien tak merungut pasal bilik air maknanya bilik air tu oklah..hehehe si adrien tu susah sikit bab toilet nih, memilih sikit, kalau tak puashati mulalah dia merungut, bilik air ni kotor. Lepak-lepak dekat biliki dulu, lepas asar semua pakat terjun kolam, mama terpaksa tunggu kat tepi je sebab loker penuh, duduk tepi jaga beg je lah petang tu, sementara en.azmi layan anak-anak main air. Anak-anak seronoklah dapat berendam dalam air, abg adam dan adelya sibuk bermain gelungsur, tak takut pula si kecik tu,walaupun tersungkur dalam air, muka tetap ceria lepas tu ajak lagi abang adam naik gelungsur.
|
Abg adamlah yang rajin teman adelya bermain gelungsur, boleh diharap dah abg menjaga adik tu nampak gayanya. |
Adrien pula kalau bersama papa barulah nak gelungsur kalau sorang-sorang memang dia tak mahu, dia rela duduk berendam dan berenang dalam air saja, berenanglah sangatkan, kaki tangan sibuk berkayuh tapi bontot cecah lantai kikiki..ada-ada je si adrien tu. lepas tu mama bertukar pula dengan en.azmi, mama pula masuk air teman anak-anak. Terus adrien ajak mama main gelungsur dia tak tahu mama dia pun jenis kecut perut juga hahahaha...tapi dah anak ajak kan, kita turutkan jugalah.. ok juga sesekali main gelungsur macam tu, habis berendam sampai orang tiup wisl suruh keluar kolam barulah kami naik itupun adelya mengamuk tak mahu naik, nak panjat tangga ke papan gelungsur lagi, jenuh en.azmi kejar.
|
Nasi goreng mafia,crispy chicken burger, chicken chop..menu yang kami pilih |
Dibilik pula sambung lagi berendam dalam jakuzi beramai-ramai dengan anak-anak..hehehe, bilik air besarkan seronoklah. Malam tu kami keluar cari makan diluar sebab mama tak ambil pakej makan sekali, kalau sekali pakej makan banyak pula bajetnya tu, so kita makan diluar sahaja. mencarilah kedai makan, jumpalah Sabariah cafe di jalan tali air, singgah sajalah tengok apa yang ada di situ, amik tempat yang open air tak berbumbung, sekali hujan rintik-rintik turun, semua orang berlari masuk tempat yang berbumbung, kami je bertahan disitu..kikiki sebab dah penuh takde tempat nak lari lagi, lagipun hunyai renyai-renyai saja, kami pula dibawah pokok.
Pagi Isnin mama bermeeting, anak-anak terjun kolam lagi dengan papa dorang, sesekali kan bagilah anak-anak main air puas-puas nak bawa berjalan lagi entah bila, jadi kesempatan yang ada ni gunalah sebaik mungkin, lepas ni kalau nak berjalan pun kena tengok bajet jugalah sebab perbelanjaan bulanan pun dah makin bertambah..wahh gitu, tapi ye lah rezeki tu Allah yang bagikan.
|
Makan-makan sambik dtemani desiran angin pantai dan ombak laut yang menderu |
petang tu kami makan ditepian pantai pula, kata kawan mama ada kedai makan yang murah ditepi pantai tu, ada promosi ikan bakar rm1.90 seekor, masa kami pergi tu ada ikan mabung dan ikan kembung saja kira oklah kan, ada juga makanan goreng-goreng, tapi air nak kena beli dikedai kepunyaan hotel pula, airnya biasa-biasa tapi punyalah mahal...terpaksa jugalah beli kalau tercekik nanti susah pula takkan mahu minum air laut pulakan. Selesai makan balik ke biliklah kami sebab dah takde apa-apa aktiviti lagi, lepak dalam bilik sajalahkan.
|
Singgah di lukisan 3D semasa perjalanan balik bilik, semangat budak berdua ni bergambar |
Selasa pagi..ada sesi perbentangan sasaran kerja untuk tahun 2017, hari terakhir disini anak-anak mandi kolam lagi, seronok adelya bercerita dia naik gelungsur yang pusing-pusing tu dengan papa, alahai berani sungguh dia ya, ikut hati dia nak naik yang gelungsur tinggi tu, tapi en.azmi kata susah pula nak tinggalkan adrien nanti, memandangkan adrien tak mahu naik.
Itulah cerita kami mesyuarat sambil cuti-cuti, ada yang komen tak berpuashati makanan tak sedap.. bagi mama alhamdulillah semuanya ok, bilik ok, makanan pun ok sebab tekak mama ni takdelah high taste sangat, janji cukup rasa masam manis masin, jadi semuanya sedaplah bagi mama, mama tak reti nak cakap sesuatu tu sedap macamamana asalkan boleh dimakan oklah.
Panjang dah bebelan mama ni, perlu berhenti dulu ada masa mama menulis lagi, terima kasih buat yang sudi singgah dan baca.
Wassalam.