Saturday, 2 April 2016

Sebelum balik kampung

Assalamualaikum...

Alhamdulillah sudah pun berada dikampung.

Jumaat petang lepas balik kerja ajak en.azmi ke checkers mencari sedikit barang untuk goodie beg akikah. Sudah ada 100 beg,tapi tidak mahu kacau yang itu sebab takut tidak cukup, yang itu mama serahkan pada mak mertua untuk diberi pada siapa, mama cuma tambah untuk diberikan pada kawan-kawan dan anak-anak mereka.

Selesai membeli apa yang diperlukan terus ke taska mengambil anak-anak,sampai di rumah terus packing baju, kata en.azmi nak balik malam selepas isyak, jadi mama perlu bereskan kerja-kerja yang patut, aduhh penat dibuatnya, menyental kasut sekolah anak-anak, iron baju sekolah untuk hari isnin nanti.

Mama bereskan semua itu sebab mama tak tahu pukul berapa mama akan sampai ke rumah ahad nanti, jadi buat apa yang patut supaya mama tidak penat nanti hihihi



3 pasang baju je mama iron selebihnya balik nanti mama iron.

Oh ya ahad ada kenduri akikah dikampung, untuk anak adik ipar yang baru lahir, jadi mama pun tumpang buat untuk adelya sekali, huhuhu dah besar adelya baru nak buatkan, takpe lah baru ada rezeki nak buat. Sesiapa yang ada disekitar lancang jemputlah datang, yang jauh pun kalau dapat datang, jemputlah datang ye.

Sekejap lagi kita operasi memasak pula.

Wassalam

11 comments:

  1. Tak kisah, ada rezeki boleh buat akikah. Alhamdullilah, ada rezeki untuk anak-anak. Seronok kenduri, ramai ahli keluarga berkumpul :)

    ReplyDelete
  2. Semoga dipermudahkan urusan kenduri akikah ,juga dipermudahkan perjalanan yan sekeluarga.

    ReplyDelete
  3. semoga dipermudahkan
    dan segalanya bwrjalan lancar. kalau dekat comfirm terjah. hiks. saya balik kedah. dh hmpir sebulan di kg

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah Adelya dah buat aqiqah, Fadya pun lambat buat..syukur buat ramai-ramai lagi meriah.. betul persiapan sekolah pun pentingkan tu la jadi super girl la :)

    ReplyDelete
  5. Oo, di kampung ye, selamat lah semuanya ye..
    Mcm tulah kita, nk berjalan tentulah kena settlekan rmh dulu supaya blk ptg atau mlm tu takla penat sgt.

    ReplyDelete
  6. Tak pe awak . Lambat ke cepat . Rezeki untuk anak . =) . Alhamdulillah Adelya dah buat aqiqah . Majlis if buat serentak sekali ramai -ramai best . Meriah majlis . =)

    ReplyDelete
  7. seronok kan... bt kt kampung ramai2 lg meriah

    ReplyDelete
  8. xpelah lmbat pon.. ikut pada rezeki

    ReplyDelete
  9. Kalau maklah kan, balik kg ni.... satu hal yg paling mak malas nak packing ngan unpacking baju..... pas tu balik dari kg sure banyak baju yg nak kena dobi huhu

    ReplyDelete
  10. Sama dgn kira. Sblm blik kg bereskan apa yg patut siap2. Kalau tau mgu tu nk blik. Mgu sblm dh iron semua sesiap tuk mgu lepas blik kg tu nt. Tp yela bju keja blh la buat siap2. Klu bju sekolah mana mampu nk buat gitu hihihi

    ReplyDelete
  11. alhamdulillah. selesai dah kenduri :)

    ReplyDelete

Assalamualaikum...sudah baca rajin2 la komen,lg panjang lagi mama suka...

Kejohanan Silat Olahraga

 Asalamualaikum... Mga kita semua didalam lindungan dan redha Allah swt. 3,4 dan 5 Mac anak-anak mama menyertai satu lagi kejohanan silat. K...