Friday, 29 June 2018

Sonang Kojo mama

Assalamualaikum...

Dalam bulan syawal ni anak2 sekolah pun ada jamuan rayalah dekat sekolah. Anak2 kemain gembira nak beraya dekat sekolah. Si adrien balik rumah baitau ustazah kata bawa je apa2 air pun boleh tapi biskut raya tak boleh.Abg adam pulak lagi senang, ustaz kata tak payah bawa apa2 ustaz sediakan semua..wahhh bagusnya ustaz, ini untuk jamuan sekolah agama, walaupun cakap takyah sediakan apa2 tapi mama goreng jugalah nuggetkan benda yang paling senang bagi sedekah kawan anak2 makankan. Dah settle untuk sekolah agama semalam.

Hari ni dekat sekolah kebangsaan pulak, cikgu dah tetapkan menu apa yang perlu dibawa sebab buat beraya ramai2 bukan dalam kelas je.Kelas abg adam kena bawa bihun goreng, adrien pula kena bawa biskut raya je, ada kelas lain bawa sos je. Biskut raya tu mudah je lah kan sebab memang ada lagi stok biskut raya dekat rumah, itupun sebab mama sorokkan, kalau tak sorok mesti habis punya, yang mama tak sorok tu memang dah makin menyusutlahkan.


Untuk abg adam bihun goreng memikir jugalah mama ni, masa mana mama nak gorengnya kalau goreng pagi2 mesti tak sedap pulak nantikan. sebab abg adam sekolah petang dah la hari jumaat lambat lagi nak ke sekolahnyakan. Sudahnya minta tolong dengan ibu pengasuh anak2 tolong gorengkan. Alhamdulillah ct kata ok boleh tolong..hehehe logo hati den ni ha, ye lah tak sedap pulak nak bagi anak2 makan bihun goreng sejukkan, kurang2 sampai kat sekolah masih suam2 sedap sikit nak makankan.


Adelya jamuan raya Pasti hari ahad ni, ibu bapa kena join, ok jugak tu kan macam tahun lepas jugalah, pun senang juga budak 5 tahun bawa biskut raya atau kerepek je, sonang hidup mama ko ni nak oii, nak masak memasak ni raso macam malas pulak dah. Bila dapat kerja senang sukalah mama, minggu depan jamuan raya ofis mama pulak, nak kena buat ketupat palas dan rondang ni ha raso eh malas tapi dah ada adik2 yang mengharap nak makan, maka mama merajinkan diri untuk memasak.

Esok lusa jiran2 buat open house, gantung periuklah mama 2 harikan. Sabtu dopan pulak jamuan raya taman bersama jiran2, ahad depan kengkawan sekolah nak datang rumah kata mereka tak pernah datang rumah kitorang lagi jadi marilah datang tapi takdelah mama buat open house, kata kawan2 mama yang nak datang tu untuk memudahkan tuan rumah dorang buat stail potluck je, masing2 bawa makanan, tuan rumah sedia air je..hahh senang betullah keje mamakan hehehe Tak sabar tunggu minggu depan sebab dah lama tak jumpa kawan2 mama tu. Moga perancangan kami berjalan lancar.

Wassalam

Wednesday, 27 June 2018

Hei Mr.Grey please be nice to me

Assalamualaikum...

Dari sebelum raya tu mama dah cuti en.azmi la bawa kereta pergi keje, petang en.azmi balik rumah kami keluar pergi beli barang, mama ada dengar bunyi pelik pada kereta apalagi terus la soal siasat apa yang berbunyi tu?? Kata en.azmi dia mengelak lori dan termasuk lubang dan.dia dah check apa yang menyebabkan bunyi tu tapi tak jumpa apa-apa tapi mujur kereta boleh bawa lagi cuma cuak la nak drive jauh, itu yang paklong offer balik sekali dia ok je, risau jugaklah kan nak bawa pergi repair pun takut lambat.siap.

Yang peliknya.bunyi tu..bila kereta perlahan.dia pun berbunyi.perlahan bila kereta laju dia pun berbunyi kuat tuk..tuk..tuk.. Gitulah bunyinya kot kalau nak digambarkan kihkihkih mama pun taktau nak tulis macammana agak2 macam tu lah kan. Semalam balik kerja ambik en.azmi dulu, alhamdulillah...mujur ambik.en.azmi sebab kereta memang lain macam dah, singgah kedai servis kereta ditepi jalan kebun tu, minyak brek kurang dan.ada paku panjang terbenam dekat tayar belakang dan.yang berbunyi bila kereta bergerak tu paku tu lah fuhhh kalau tercabut paku tu memang kempislah tayar.

Hari ni memang tak kerjalah mama, baik pergi bengkel dulu settlekan kereta sebab.dah tau apa puncanya tu kan memang tak berani la dah mama nak bawa kan..EL lah mama hari ni. Pagi mama follow en.azmi pergi bengkel..hmmm melayanglah duit lepas2 raya pulak ni kan gaji dah la lambat lagi, apa nak buat redha je lah kan, ganti apa yang patut keselamatan perlu diutamakan,gantilah 2 bijik tayar dan satu lagi apa benda entah yang menyebabkan minyak brek bocor tu mama rasa mest sebab paku bergesel dengan benda tu yang buat dia bocor tu kan, tapi takpelah kan, apa2 pun alhamdulillah semua.dah ok. Cuma ada lagi.tu yang nak dibaiki tapi kena tunggu.dulu sebab yang itu boleh tunggu lagi yang penting kereta boleh gerak dengan baik.je sekarang ni.


Hei Mr.Grey please be nice to me ok lepas nihh..hehehe. Apapun syukurlah tak pernah rosak yg teruk2 sangat dan syukurlah setiap kali kereta buat hal mesti en.azmi.ada sama,eh tapi pernah juga kena masa en.azmi outstation tapi alhamdulillah Allah masih hadirkan orang lain untuk tolong mama.

Bila Allah uji dengan kereta rosak.Allah bagi rezeki yang lain..hehehe alhamdulillah..


Rezeki.dari hasil blog picisan mama ni, jadilahkan.syukur sangat2 dah ni. Apa ni??? Hehehe biarlah rahsia dulukan, malu je nak citer benda kecik je ni.

Wassalam

Saturday, 23 June 2018

Aidilfitri 1439H

Assalamualaikum...

Dah syawal ke 6 hari ni, mama dah mula kerja pun, ikutkan hati nak cuti lama sampai 2 minggu tapi apakan daya, budak-budak lain pun nak bercuti jugak takkan mama nak pulun sorang-sorang hahaha kejam pulak tak bagi orang cuti tapi mama yang cuti lebih-lebih.

Mama cuti awal, tapi balik kampung hari rabu pagi, balik bersama paklong dan maklang. jalan biasalah mesti sesak punyakan tapi takdelah sesesak masa balik pilihanraya hari tu. Alhamdulillah dapat jugaklah berbuka dan bersahur bersama mak dan abah mertua walaupun dah hujung2 ramadhan. Khamis tu macam biasalah tugas mama buat ketupat palas dan rendang ayam, kali ini abah suruh buat rendang ayam kampung yang dibelanya. awal-awal lagi acu dah pesan mama bawa balik periuk noxxa katanya senang takdelah lama sangat nak menunggu rendang ayam tu lembut. memang tak lamalah bila guna periuk noxxa tu, sebelum ni mama takut nak guna sebab tak biasakan tapi beberapa kali dah guna jadi oklah kan. Rendang ayam kampung 4 ekor, 1 ekor untuk rumah mertua 3 ekor untuk kampung mama, untunglah rezeki mama suami isteri kampung sebelah2 je kan.

ketupat palas yang berjaya dibuat, daun yang mama beli sikit lepas tu abah mertua tambah lagi, saja mama buat sebab tak buat lemangkan,kalau ada ketupat rendang baru la rasa raya hehehe
Lepas berbuka, ke kampung mama pulak angkut segala bekas dan periuk mak mertua ke kampung mama hahaha..ye la nak isi rendang ayam, dan segala bahan masakan lain pulak. Sampai kampung mama tak boleh nak berehat, dalam bergelap sebab lampu dapur terbakar nak menunggu pakcik dan paksu balik dari beli lampu rasa lambat pulak, mama mulakan operasi buat mee kuah daging pulak bersama makngah, resepi makngah yang bagi ehhh tetiba mama yang kena masak sebab makngah dengan maktam sibuk nak menggantung langsir pulak, dalam tak reti nak masak mee kuah tu mama taram je lah..tak sangka laku jugak mee kuah daging mama tu cuma terlebih pedas dan terlupa dan membeli bahan2 sampingan lain cuma ada bawang goreng je, walaupun takde bahan sampingan alhamdulillah habis jugaklah tetamu makan. Gambar mee kuah takde sebab tak sempat nak ambik gambar.

Raya pertama dirumah mertua tahun ni, lepas en.azmi balik dari solat sunat aidilfitri, acara bergambar pulak, tapi tak ramailah sebab adik ipar 2 orang beraya di rumah mertua, tapi ok lah takdelah sunyi rumah tok dengan wan sebab ada cucu2 bertiga ni, sebab tu mama dan en.azmi buat sistem giliran yang macam tu supaya tak terkena semua beraya rumah mertua kalau tak, mau sunyi rumah tok dengan wan, kalau semua anak beraya rumah mertua sekaliguskan. Lepas ambik gambar, mama, en.azmi dan anak2 ke kampung mama pulak, kita collect duit raya hehehe..abg adamlah yang tak sabar2 nak duit raya sebab makngah bagi double duit raya untuk yang puasa penuh, seronok sangatlah abg adam, tapi duit raya double tu untu yang 12 thn ke bawah je la. seronok anak2 kutip duit raya dari mak2 dan pak2 sedara apa taknya semua dah kerja tahun ni jadi bertambah2lah duit rayakan.

Susah nak amik gambar budak bertiga ni, ni pun asalkan ada je lah kan, jadilah untuk dibuat kenangan
Bersama family en.azmi, 2 orang lagi beraya di rumah mertua, adelya takde dalam gambar sebab merajuk. macam2 hal anak2 nikan
Lepas solat jumaat barulah kami mula ziarah rumah jiran2 pula. jiran sebelah2, sambung silaturrahim dari arwah mak dan arwah ayah, alhamdulillah seronok makcik2 tu terima kunjugan kami, masa raya ni lah kita nak berkunjung ke rumah jiran2 dan berjumpa jiran tetangga dulukan. kalau bukan raya susah jugalah,lagipun sejak mak ayah dah takde ni jaranglah balik ke kampung kan, kalau mak ayah masih ada mau setiap bulan balik kampung rasanya macam dulu2 setiap bulan mesti balik kampung tak sekali mesti dua kali, raya rasa kurang bermakna bila mak ayah dah tiada sebab utama bila hari raya kita balik kampung nak jumpa mak ayahkan, ya mama masih ada mertua, itu cerita lain la ini cerita pasal mak ayah mama, jika mereka masih ada tentu kemeriahannya berbeza, tapi takpe kita redha dengan segala ketentuanNya.

Ini family mama, semua ada kecuali pakjang. ntah beraya ke mana pakjang masa ni

Ini geng-geng single,anak buah dan mak pak sedara, sebaya dah anak2 buah pun dengan mak pak sedara

Ini adik-beradik perempuan mama

ini  adik2 lelaki, pakcik, pakjang & paksu, single and available, sapa sudi boleh hantar resume kahkahkah
behind the scene..inilah gayanya kalau takde yang tolong snapkan pix, siap guna motor dan bata untuk ambikkan gambar
Raya kedua, berhari raya di rumah saudara abah mertua di paya luas temerloh. Dulu masa arwah tok teh masih ada setiap tahun kami akan beraya ke kg.Tekal temerloh. Sekarang dah masuk tahun ke 3 arwah tok pergi dijemput Ilahi. tetiba rindu dekat arwah tok walaupun tak lama sangat mama bersama arwah tok tapi kenangan bersama arwah tok tetap dalam ingatan, tok teh ni tok en.azmi, kecik2 dulu en.azmi duduk dengan tok teh la, bila raya je naik bas balik kampung Tekal ni lepas tu jalan kaki sampai ke rumah tok, cerita en.azmi pada adrien masa kami dalam perjalanan beraya tu. lepas ke paya luas kami ke rumah saudara belah mak mertua pulak, disini mengahbiskan masa yang agak lama sebab menunggu tuan rumah memasak nasi minyak, sedap nasi dan lauknya, memang kenyanglah makan, balik rumah malam tu memang mama tak makan lagi dah sebab perut dah kenyang, lagipun dalam beraya sakan bab makan ni kena beringat juga lah sebab umur dah meningkat ni kan, cuba2 timbang berat alhamdulillah masih maintain berat yang ada.

Bersama mak mertua, adik2 ipar dan biras mama

mertua bersama menantu2
Raya ketiga, hari ni tak kemana-mana pun sebab dipenuhi dengan aktiviti memasak, tapi bukanlah mama yang memasak pun mama tukang sibuk je, potong itu dan ini kikiki..maklumlah tak berapa nak pandai masak sangat kalau banyak2 ni kan, kalau masak sikit2 je bolehlah, eh tapi kalau disuruh boleh aje cuma tak tahu lah sedap atau tidak itu je lah kan. masak2 pada raya ke 3 sebab nak menerima rombongan merisik untuk adik en.azmi, alhamdulillah sudah bertemu jodohnya, mohon kawan2 juga doakan moga jodoh mereka berpanjangan, inshaAllah kalau takde apa2 aral, bulan sept ni berlangsunglah majlisnya, pihak lelaki tak mahu lama2 sangat, oklah mama pun gigih juga nak pilih tarikh kan, ye lah seronok kot sebab dah lama takde kendurikan, itu yang rasa seronok tu, tak sabar nak bincang2 nak pakai sedondon kaler apa masa majlis nanti.

Raya keempat, masih meneruskan edisi berhari raya, kali ini ke kampung tekal pula, walaupun tok dah takde kami ke rumah makcik, adik ipar mak mertua, dalam perjalanan tu nampaklah rumah arwah tok teh, rasa sayu lak hati bila tengok rumah tu, pertama kali jejak kaki ke rumah tu masa baru kawin dengan en.azmi, lepas majlis kamilah yang hantar tok balik, tok kata dekat mama "eolok2 naik tangga tu, awok tak pandai dak naik tangga tinggi2 macam ni" comel je tok nih, cucu menantu dia ni bukan orang pekan tapi orang kampung jugak, dekat rumah pun ada tangga tinggi dulu-dulu. Balik dari rumah makcik kami ke paya luas lagi ke rumah ayah angkat abah mertua pulak, rumah ni memang setiap tahun pergi.



Raya kelima, tak ke mana2 dah sebab dah nak balik rumah sendiri pulak, sekejap je rasa bercuti raya. Balik raya kali ni menumpang paklong je, jadi balik pun dengan paklong jugaklah. Lepas asar baru gerak balik dalam pukul 6 baru gerak ingatkan jalan dah oklah rupanya sesak jugak, nak lepas ke tol bentong pun dah berjam2, singgah shell dululah buat apa yang patut, toilet pun jenuh berbaris tapi mujur toiletnya bersih, surau pun ok, telekung wakaf yang tergantung dekat situ bersih2, telekung siti khadijah lagi tu, moga terus bersih hendaknya dan sebagai pengguna kita juga hendaklah menggunakan barang yang tersedia tu dengan berhemah. Dekat pukul 12 baru nak sampai rumah, memandangkan nanti lepas hantar kami balik paklong nak balik rumah sendirian pulak,jadi pergi rumah paklong dulu ambik baju kerja, esok paklong gerak dari rumah kami je.

Itu lah kisah aidilfitri kami, gambar2 yang ada mama ambil dari adik2 & adik2 ipar je malas mama nak ambil gambar kecuali gambar ketupat tu mama la yg snap. Dah 9 syawal hari ni kan..eh mula entri 6 syawal, penutup entri 9 syawal lak ye lah tulis bersambung2 macam ni lah walaupun malas tapi tetap nak berkongsi cerita disini. Ada yang dah beepuasa 6 ke? Moga mama diberi kekuatan untuk berpuasa...almaklumlah lepas2 ,raya ni kan ada je yang tergugat bila tengok biskut raya hehehe teruk sungguh lah.

Wassalam

Wednesday, 20 June 2018

Hadiah istimewa untuk yang teristimewa


Assalamualaikum...

Kadang-kadang bila tiba hari-hari yang istimewa macam hari ibu, hari bapa, birthday anak-anak atau pasangan, anniversary ke, hari guru ke mama dah pening apalah yang mama nak bagi pada orang tersayang dihari istimewa itu nantikan. Buntu fikiran mama dibuatnya, kawan-kawan pernah tak jadi macam ni? mama selalu jugaklah jadi macam tu. Kalau boleh mama nak lah bagi sesuatu yang lain sikitkan daripada biasa.

Tak lama lagi dah nak tiba birthday tuan puteri dan birthday hero-hero, lepas tu anniversary pulak, bolehlah mama mula fikir apa yang nak dijadikan hadiah sempena hari tersebut. Sedang mama dok terfikir-fikir tu mama ternampak seorang kawan berkongsi mengenai Printciuos. Mama pun apalagi..cargas la terjah, barulah mama tahu Printciuos ni merupakan "online gift malaysia" Dah terjah tu apalagi..terus rambang mata mama dibuatnya, banyak benda yang menarik nih.


Mama gerenti kalau kawan-kawan terjah website printciuos ni mesti rambang mata macam mama jugak, haaa jangan tungu-tunggu lagi jom la terjah. ni mama nak bagi kawan-kawan teruja sama-sama dengan mama, jom mama share apa yang ada dekat Printcious Online Gift Shops ni, mesti ada yang kena dengan citarasa kawan-kawan kan.





Tengok macam-macam ada kan, comel-comel pulak tu, agak-agak apa yang mama nak pilih ni ye? haaa yang tu kita tunggu nantilah mana yang jadi pilihan mama kan. yang lebih menarik tu kan kita boleh design sendiri hadiah mengikut kreativiti sendiri ehhh tak sabar pulak rasanya mama ni, kalau beli mug bolehlah letak gambar ,t-shirt pula bolehlah letak kata-kata yang istimewa,banyak lagilah ada cushion, phone cases, pilih saja mana yang berkenan dihati, amacam..best tak??? mestilah bestkan. apalagi jom la join mama pilih hadiah.

Dengan kemudahan alat rekabentuk dalam talian di printciuos kita boleh mereka pelbagai jenis hadiah seperti baju, mug, cushion dan pelbagai lagi untuk dihadiahkan kepada ibubapa, suami, anak-anak dan kawan-kawan ataupun kekasih hati. Selain dari itu kita juga dah tak payah nak pening- pening kepala lagi terjah kedai-kedai untuk beli hadiah, duduk depan pc atau buka telefon je kita dah boleh beli hadiah, bukan setakat beli boleh design sekali lah.

Jom mama tunjukkan cara untuk kawan-kawan yang berminat untuk buat tempahan, mudah je cara-caranya.


Langkah 1 - kenalah terjah ke laman web printciuos.com dulu.
Langkah 2 - daftar masuk, jika belum daftar, daftarlah dulu mudah je nak daftar isi form yang disediakan, nak lagi mudah boleh daftar menggunakan akaun facebok je.
Langkah 3 - bila dah siap daftar semua..haa boleh dah nak mula pilih apa yang kita nak sebagai cenderahati atau hadiah. Meh tengok apa yang mama pilih.


Langkah seterusnya jadi rambang mata nak memilih tau, memandangkan adelya ni suka jigsaw puzzle tiap kali ke pasar malam mesti nak beli puzzle jadi kali ni mama surprisekan adelya dengan puzzle di printcious ni. Dah pilih tu kita dah boleh start design la kan.


Boleh lah pilih colour dan image yang kita nak.


Inilah gambar pilihan mama, gambar anak-anak lah kan, mesti teruja adelya kalau dapat puzzle ni sebagai hadiah, biasanya susun gambar princess je kali ni susun gambar sendiri dan abang-abang, tak sabar mama nak tengok reaksi adelya  bila dapat jigsaw puzzle ni nanti. Lepas dah berpuashati dengan pilihan dan design kawan-kawan bolehlah "add to cart" terus jangan tunggu lama-lama lagi dah dan pembayaran boleh dibuat secara online. Amacam kawan-kawan ada rasa teruja tak tengok apa yang mama kongsi ni? Haa kalau teruja jangan lupa ke Printcious tau.

Ok lah cakap banyak-banyak pun letih jugak mama ni dah la puasa ni haaa"Jika anda mencari mug printing in malaysia,lanyard atau magic mugs jangan lupa untuk menghubungi mereka. Mungkin anda ada sebarang acara harijadi atau perkahwinan? Photobooth rental adalah salah satu cara untuk menceriakan suasana". Cubalah jenguk-jenguk mama gerenti pasti ada sesuatu yang menarik hati kawan-kawan.

Wassalam

Friday, 8 June 2018

Perkongsian #kuliahzuhur

Assalamualaikum...

Perkongsian dari ustazah Nor Laila Anizah..mama buat point2 je la ye..

- Jangan kejar baju murah, jangan kejar kuih murah tapi kejarlah lailatul qadr. Nak jumpa lailatul qadr kena niat, niat dari awal ramadhan, niat sungguh-sungguh "Ya Allah...aku ingin bertemu lailatul qadr ya Allah, izinkan aku ya Allah"

- Perlu ada niat untuk dapat redha Allah, setiap apa yang kita lakukan perlu disertakan niat dan doa. Nak baca quran, bukan ambik quran dan terus baca, tapi sebelum baca quran tu kita niat dulu dan baca doa dulu. Contoh yang boleh kita doa
"Ya Allah..aku ini pemarah ya Allah, suka marah anak2 ku, jadikanlah aku seorang yang lembut hati ya Allah dengan sebab aku membaca al quran ini ya Allah"
"Ya Allah..anak2 ku nakal ya Allah, jadikan anak2 ku anak yang soleh ya Allah dengan sebab aku membaca al-quran ini"
Banyak lagilah yang boleh kita doa mengikut apa yang kita naklah kata ustazah

Bab anak pun ustazah sentuh, bagaimana nak elak marahkan anak secara berlebihan, marah anak tu perlu tapi jangan berlebihan (ini untuk mama la ni) sentiasa ingat :

1. anak itu amanah Allah, jadi bila dah amanah tu kita kena jagalah amanah tu dengan baikkan.

2. Bila nak marah tu sentiasa rasa ada yang tengok, macam kalau kita dekat luar la tengah2 orang ramai ada  tak kita marah anak teruk2, haa dekat rumah pun kita patut rasa macam tu. Kadang bila anak nakal dan memberontak tu salahnya dari kita sendiri sebenarnya,pasti ada silap kita. Sepatutnya kita sebagai ibu bapa bila salam dengan anak tu bukan anak cium tangan kita tapi kita yang cium tangan anak, sebab pada tubuh badan anak2 itu ada rahmat Allah sebab anak2 ini hatinya suci bersihkan, peluklah anak, ciumlah anak.

3. Kita yang kawal otak kita, kita boleh pilih untuk marah atau tak marah jadi pilihlah untuk tidak marah, bila tengah marah jangan sebut Allahu Akbar sebab kalimah itu untuk menaikkan semangat, jadi kita selawat bila marah sebab selawat dapat sejukkan hati. Ingat bila kita marah dalam rumah terjeritt-jerit rahmat Allah akan ditarik keluar dari rumah kita. Bila bercakap dengan anak pandang mata, duduk sama paras dengan anak. Bila anak nak bercakap kalau kita tengah buat kerja berhenti dulu buat kerja tumpukan perhatian pada anak.

Banyakkan zikir ya Latiff di ubun-ubun anak dan bacakan al-fatihah. Untuk kita pula selalulah baca ya Aziz, ya Jabbar ya Mutakabbir, yang penting kita kena yakin dengan apa yang kita lakukan.

- Nak Malaikat doakan kita kita kena doakan orang lain sebab kalau kita doakan orang Malaikat akan doakan yang sama untuk kita malah lebih lagi, dengan syarat orang yang kita doakan tu tak tahu kita doakan dia.

Wassalam

Wednesday, 6 June 2018

Berbuka bersama

Assalamualaikum...

Untuk entri maaf mama hulurkan ye sebab ada gambar makanan, manalah tahu tetiba ada yang menitik ailio tengok makanan yang mama post ni ekekeke..macamkan sedap sangat tengok makanan yang mama post ni kan, aiii mana la tahu tetiba ada yang terliur tengok, jangan kecam mama hokey

Minggu lepas plan nak berbuka bersama dengan adik-beradik mama, post biasa dekat rumah ibu la senang sikitkan. bincang nak makan apa? sekali abg awisy (anak buah mama) cakap nak makan shell out, okeh bincang2 beli barang, ibu abah beli barang. bila tiba hari kejadian semua tak boleh sampai awal, mommy nak tunggu perabot sampai, makdak pulak, pakdak keje separuh hari hari tu, makngah pulak tunggu makdak ambik, jadinya mamalah yang kena pergi awal masak.

Lepas zohor mama pergi dulu tinggal anak2 dengan en.azmi dekat rumah, awal lagi kan nanti ada pulak yang riuh rendah dekat rumah ibu tu tak senang mama nak masak hehehe, sampai je teruslah memasak, dah kata shell out kita masak seafood je la kan, lagipun seafood tak elok bercampur dengan makanan darat, dah tua2 ni kononnya nak follow la macam tu kan, moga dipermudahkan.


Menu pertama cili crab, terpaksa masak 2 kali sebab takde kuali besar. Bahan2 Cili kering, bawang merah, bawang putih,halia dikisar semua, lepas tu bawang merah, bawang putih halia dihiris untuk tumis, serai 3 batang, cara2nya, ketam tu rebus dulu, air rebusan ketam tu kisar bersama bahan untuk kisar tadi. Tumis bahan yang dihiris tadi, dah naik wangi masukkan bahan kisar, lepas tu mama tambah lagi dengan air rebusan ketam tadi bagi berkuah sikit, perisakan dengan garam, bolehlah hidangkan..


Menu ke 2 Kepah masak sos tiram. Bawang merah, bawah putih, halia, serai Hiris dan tumis, kemudian tambah sos tiram dan sos cili, senang sangatkan, tapi sajalah nak share resepi, garam tak perlu letak sebab sos tiram tu dah masin


Menu ke 3 Butter Prawn. Udang tu basuh dan toskan kemudian gaul dengan tepung jagung/ tepung bistari, goreng separuh masak. Bahan lain Butter, bawang putih dicincang, daun kari, susu full cream. Cairkan butter kemudian tumis bawang putih, masukkan daun kari, dah naik bau tuang susu full cream akhir sekali masukkan udang, kacau sebati..perghhh mabelles..giteeeww mabeles sangatkan.


Menu 4 , Sotong goreng tepung, hanya salut dengan tepung bestari dan goreng


Menu 5 Baby crab goreng, beli kat member ofis mama ni, eh sedap pulak baby crab ni, kalau buat masak cili mesti lagi sedap, tak sangka semua suka.


Menu 6 sayur-sayuran, ini mestilah adakan, brocolli, cauliflower,karot dan jagung - rebus je dengan sedikit garam dan sesudu butter.


Ini menu special untuk orang mengidam, rendang kerang all time feveret lah sangatkannn, memang feveretlah ye ini resepi arwah mak mama ni taktahu lah sedap sangat ke apa sampai ada adik kat ofis nih siap suruh mama buat untuk dia sebab masa mama buat bawa ofis dulu dia bercuti tapi tak buat2 lagi..inshaAllah nanti mama buatkan lepas puasa ni

Meriahlah berbuka hari tu, mama 9 beradik pakjang je takde hari tu, sedih jugaklah kan sebab pakjang takde sebab pakjang dah balik kampung, alhamdulillah kaki pakjang dah ok simen pun dah buka, moga2 pakjang terus diberi kesembuhan.

InshaAllah lepas ni berbuka dengan family en.azmi pulaklah mungkin rabu balik kampung jadi sempatlah berbuka bersama-sama nanti di kampung.

Sedih pulak rasa bila tiba di hujung2 ramadhan ni, moga kita semua dapat tingkatkan amalan, inshaAllah kita semua akan dapat lailatul qadr jadi isilah malam2 terakhir ini dengan solat2 sunat, baca quran dan bersedekah, kata ustaz jika tak mampu buat semua pilihlah salah satu tapi seeloknya buatlah semua sebab kita tak tahu tahun depan dapat tak kita bertemu dengan ramadhan lagi.

Wassalam

Tuesday, 5 June 2018

Terharu

Assalamualikum...

Rezeki sangat nih. Pernah terdetik dekat hati mama nih, rasa macam raya nak beli handbeg baru je sebab yang ada sekarang ni semuanya ok lagi cumanya ada la terkoyak sana sini sikitkan. Tapi bila kira2 bajet macam takut tak cukup pulak sebab gaji dapat awal untuk bulan jun, kalau boros berbelanja nak tunggu hujung julai mau sesak napas nanti kan, jadi kita pendamkan je la hasrat hati tu kan.

Hajat nak tambah telekung pun disimpan juga, apa taknya tengok orang post gambar telekung cantik2 teringin nak beli tapi tu la semua pun fikir tentang bajet juga apa yang perlu dan apa yang tak perlu. lagipun telekung mama ada lagi yang baru beli tapi mama beli yang murah je la yang mama tengok tu mahal sikit heheh, ye lah konon teringin beli untuk dipakai solat dihari rayakan, tapi macam biasa kupendamkan hasrat dihati kekdahnya kuikuikui.

Tapi kalau dah dinamakan rezeki Allah nak bagi walaupun bukan keluar duit sendiri barang yang mama nak tu dapat juga, Ya Allah syukur sangat2, dah la tu dapat pulak barang yang memang mama tak pernah berangan nak beli pun sebab bagi mama ni dapat yang biasa2 pun dah syukur sangat tapi apa yang mama dapat ni memang lebih dari apa yang mama bayangkanlah, kalau keluar duit sendiri memang tak beli la gamaknya kan, tengok harga pun dah terbuntang bijik mata👀 mama ni dibuatnya.

Bukan itu je, telekung pun mama dapat juga, ini memang diluar jangkaan betullah, Allah bagi rezeki pada waktu yang tepat. Jika kita bersedekah Allah akan gantikan lebih dari apa yang kita beri tu, dari sini mama sedar semua tu memang betul, mama ada beli telekung untuk diberikan pada seseorang, telekung mama beli tu murah je, disamping nak menolong jiran meniaga mama beli telekung tu untuk dihadiahkan pada seseorang, tak sangka la mama dapat balik telekung juga dengan harga yang lebih dari yang mama beli tu, satu lagi mama ada belikan handbeg raya hello kitty untuk anak2 buah, saja beli sebab comel bukan sebab untuk dapat balasan ke apakan tapi tak sangka betul mama dapat handbeg 👜 yang harganya berganda dari itu.


Rezeki ramadhan dari Allah untuk mama melalui seorang kakak..Allah terharu sangat2 dibuatnya. Sesungguhnya setiap sesuatu itu datang pada waktu yang tepatkan dan Allah lebih tahu apa yang terbaik untuk kita kan. Pada hal barang yang mama beli untuk diberi pada anak buah tak dapat pun lagi, barang mama yang dapat dulu heheh. Moga terus dimurahkan rezeki makngah dan kita semua...inshaAllah

Wassalam

Friday, 1 June 2018

#KuliahZuhur Ustazah nurul Iman

Assalamualaikum...

4 perkara yang Nabi saw sebut jika seseorang wanita itu buat maka masuklah dia melalui mana2 pintu syurga yang dia kehendaki.

1. Solat 5 waktu - solat 5 waktu ini jika dia solat pada awal waktu. Bagaimana yang disebut dengan awal waktu itu? adakah jika tengah makan,  tengah basuh pinggan, tengah mandi terdengar azan maka dia tinggalkan apa yang dia buat tadi dan terus bersolat? tidak begitu, jika tengah makan habiskan dulu sepinggan makan itu minum air dan pergilah solat, janganlah selepas habis sepinggan tu kita tambah berpinggan-pinggan lagi baru solat. Dalam majlis ilmu jika tengah majlis azan, maka habiskan dulu majlis ilmu tu kemudian solatlah berjemaah.

2. Puasa di bulan ramadhan - ini tak termasuk puasa sunat ye sebab orang perempuan ni memang rajin kalau berpuasa kan. rugilah bagi sesiapa yang bilamana masuk bulan ramadhan Allah tidak ampunkan dosa2nya. Bagaimana tu? jika kita tidak tinggalkan maksiat disekeliling kita, mulut memang tak membawang (istilah sekarangkan) tapi tangan yang membawang pula bergosip dalam wasap. Bagaimana kita nak tahu jika kita dah diampunkan dalam ramadhan itu. Kalau kita nak tahu bila kita istiqomah melakukan apa yang kita buat masa ramadhan, khatam quran dalam sebulan jadi lepas ramadhan juga macam tu, bersedekah setiap hari dibulan ramadhan selepas ramadhan pun kita bersedekah setiap hari. pendek kata apa saja kebaikan yang kita buat berterusan selepas ramadhan.

3. Jaga maruah diri sebaiknya - jaga maruah diri dari segi aurat, cara percakapan, cara berpakaian, pergaulan dengan lelaki ajnabi. pegang sungguh2 apa yang Allah suruh. Orang perempuan jika dia keluar syaitan akan memperindahkan dirinya, jika tak jaga pergaulan dengan kawan2 lelaki bergaul berlebihan panggil sayang, lama2 mungkin akan terjadi sesuatu yang lebih teruk jika ianya berterusan.

4. Taat pada suami - Nabi saw pernah berkata " jika diizinkan seorang manusia itu sujud kepada manusia yang lain, maka aku akan perintahkan seorang isteri sujud kepada suaminya". yang ini susah dak puan2 kadang2 benda kecik pun dah muncung sedepa dengan suami, muncung boleh diikat2 pulak tu kan..hehehe nak2 pulak dekat nak raya ni berebut pilih tema baju raya pun dah muncung. tapi muncung manja2 takpe la sekali sekala, gaduh2 manja bukan bermakna kita tak taat suamikan.

Sekadar itu catatan perkongsian mama untuk kuliah hari ini.

Wassalam

Kejohanan Silat Olahraga

 Asalamualaikum... Mga kita semua didalam lindungan dan redha Allah swt. 3,4 dan 5 Mac anak-anak mama menyertai satu lagi kejohanan silat. K...