Sunday 17 April 2016

Weekend bersama cinta hati mama

Assalamualaikum...

Sekejap je rasa cuti 2 hari,esok isnin dah mula kerja macam biasa. Ambil masa sebentar mencoretkan sesuatu disini. Cerita cuti hujung minggu yang biasa-biasa saja. Semua kerja dah selesai, rehat sebentar sebelum tidur.

Sabtu ke rumah ibu (kakak sulung mama), menghantar tudung yang di order. Sambil tu saja bawa anak-anak berjalan, walaupun sekadar ke rumah ibu, anak-anak dah cukup gembira, mama pun sama yang penting dapat keluar dari rumah dan berjumpa dengan orang-orang tersayang, maktam dan mommy juga ada bersama.

Bila ke rumah ibu, apalagi tentu saja kami akan ke pasar malam kebun bharu tu, sekarang ni yang mesti dibeli selain ayam gunting..



Sotong king crispy, sedap juga..mama tak bawa pula telefon nak ambil gambar sotong yang belum digunting, sotong dibelah dicelup tepung dan digoreng rangup, kemudian ditabur serbuk cili, ala-ala ayam gunting juga, tapi ini guna sotong, yang ini rm8 satu, ada yang lagi mahal ikut saiz.

Ahad keluar lagi, hari ni nak cari singlet dan t-shirt putih untuk abang adam lagi. Kali ini kami mengikut saja tanpa ketahui mana destinasi nak dituju, ikut je en.azmi bawa, lalu puncak alam bagai. En.azmi biasalah dia kalau dia dah pergi sesuatu tempat tu mesti nak bawa kami pula,walaupun cuma nak beli t-shirt,saja nak bawa kami berjalan tengok tempat orang.

Selepas membeli baju abang dan sempatlah adelya cukai papa sebiji beg amber robocar poli,kami jalan-jalan cari makan pula,sebelum ni nampak tapi tak singgah,kali ini singgahlah



Itu dia karipap king kong ada ayam dan daging rm4.50 seketul,mahal? Taklah...berbaloi membelinya beli 2 ketul kongsi anak-beranak,kenyanggg..ayam berketul-ketul, inti padat. Beli juga 2 cawan air tembikai yang fresh, terasa tembikainya.

Layankan gambar anak-anak.yang ceria bila dapat berjalan.


Wajah ceria anak-anak dapat berjalan.



Ceria sambil menyanyikan lagu eppy besday dekat mommy, siap buat flying kiss tu



Wajah-wajah ceria selepas dapat pow papa, adrien dan adelya masing-masing dapat beg, tengok adelya terus pakai, bila tanya nak isi apa sebab kecik je begnya, adelya kata nak isi pampers hihihi.

Kemudian terus je jalan untuk cari makan tengah hari,memang cuti memasaklah mama 2 hari ni. Takde plan nak makan kat mana, banyak tempat penuh je,so kita makan saja ditempat biasa memandangkan mama malas nak bersesak-sesak dihujung minggu hajat nak singgah aeon mall shah alam pun cancel he, tengok orang ramai, mama dah malas, kata en.azmi lain kali saja kita pergi. Shopping baju raya anak-anak nanti kita pergi.


Bermula isnin, hari yang agak sibuk buat mama,maaf jika tak dapat berkunjung blog kawan-kawan ye, jika berkesempatan mama singgah juga nanti,dah nak bermula banci ekonomi nih, jika ada kawan-kawan yang terlibat dapat borang dari jab.perangakaan harap dapat bagi kerjasama..eh tetiba lak hihihi

Wassalam

13 comments:

  1. Kakak baru tau ada jual ayam gunting ,karipap kingkong ,unik sungguh namanya.Oklah tu 4.50 boleh makan bersama anak2.
    Ceria sungguh anak2 dapat jalan2 dengan mama papa.

    ReplyDelete
  2. Comelnya Adelya nak letak pampers, keperluan sendiri dulu hehe.. karipap kingkong tu mesti terlebih kenyang makan tu, eppy birthday mama :) hari istimewa tu en azmi bawa jalan sana sini hehe..

    ReplyDelete
  3. sesekali jln2 ujung minggu layan jgk kak, cuti2 masak pun lg best...

    ayam gunting ngn sutun tuh mmg layan kan... karipap king kong tuh walaupun mahal tp puas hati kan kak... isi dia tak lokek, ayam ngn daging banyak...
    wah2 beli beg baru terus pakai ye

    ReplyDelete
  4. last weekend ajak anak2 makan sate. sedap juga, sesekali kan

    ReplyDelete
  5. Alahai, comel nya anak-anak akak. Gewam. :)

    Sama la dekat tempat saya RM8 harga sotong raja, sedap. :)

    ReplyDelete
  6. Anak-anak, bila dapat jalan2, makan dan beli-beli sikit barang2 yang mereka nak pasti happy. Senang je nak gembirakan hati mereka kan.

    ReplyDelete
  7. Karipap tu nampak sedap yan..
    Berbaloi beli tu..
    Sebab anak beranak kenyang..😊😎

    ReplyDelete
  8. dulu kafe opis lama aida karipap besar.
    memang ler sedap.
    karipap sayur tau yan. teringat la plak skang ni.

    kalu free, singgah ler ye blog kecil aida tu :)
    memang, kalu keje byk, memang x sempat blogwalk.

    ReplyDelete
  9. Haa tu dia karipap king kong, betul king konglah tu, puas hati makannya yr, lawan plak dgn sir tembikai sejuk, ermmmm,...dapnya.

    ReplyDelete
  10. Selalu tgk sotong gunting tu tapi xpernah beli lagi. Takut dpt stong xfresh hihihihi.

    Ok la tu harga karipap mcm tu kalau intinya mmg ayam dan daging yg padat. Kdang beli karipap inti ayam. Tp ayam seketoi. Yg lain bawang dgn kentang je huuuu. Pau pun selalu mcm tu

    ReplyDelete
  11. Sama le kita Azra....hujung minggu mak pun cuti masak, hish jemu tau asyik masak jer...Tak lalu nak makan air tangan sendiri dah....
    Teringin pulak nak makan karipap gergasi tu......Yg penting isi padat, mahal tak pe

    ReplyDelete
  12. Tak pernah lagi makan sotong krispy. Biasa makan ayam crispy je.
    Karipap King Kong sedap!! Walaupun mahal tapi isinya padat kannn..

    ReplyDelete

Assalamualaikum...sudah baca rajin2 la komen,lg panjang lagi mama suka...

Kejohanan Silat Olahraga

 Asalamualaikum... Mga kita semua didalam lindungan dan redha Allah swt. 3,4 dan 5 Mac anak-anak mama menyertai satu lagi kejohanan silat. K...