Thursday 30 April 2015

gelagat mereka

Assalamualaikum....

Rumah ini memang tidak pernah sunyi melainkan anak-anak mama tido


Tengoklah tu gelagat anak-anak mama, macam-macam gayanyakan.. abg-abg tertonggeng bermain,adelya pun taknak kalah..dah macam bersilat je rupanya tu hehehe..

Macam tu lah rumah setiap hari ada saja gelagat dan kenakalan anak-anak mama ni yang buatkan mulut mama tak reti nak diam membebel je kejenye.. apa taknya bila adelya dok tiru abg-abg tonggeng kaki ke atas kepala ke bawah memang menjeritlah mama dibuatnya..

Adoii la anak-anak,rumah dah macam kapal karam jadinya,ikutlah anak-anak asalkan bahagia.

Pesanan buat anak-anak mama :

Hargai apa yang kita miliki saat ini, ingat kebahagiaan tidak akan datang kepada mereka yang tidak menghargai apa yang mereka miliki... hargailah mama,papa,adik-beradik dan keluarga yang kita miliki

Wassalam


Wednesday 29 April 2015

meriah sangat gayanya

Assalamualaikum....





Kalau dalam kereta macam ni lah gayanya, tak pernah sunyi sepanjang jalan melainkan ketiga-tiga mereka tidur. kereta kecik tapi dengan segala robot,bantal busuk,zirafah semua pun nak dibawa naik kereta. Dengan abg adam yang asyik suruh mama mengira..mama 17+3 berapa? lepas tu optimus prime tersangkut dekat pemegang pintu. Belum campur lagi dengan mereka bermain,bertolak-tolak dan bergaduh dalam kereta tu...adoiii

Kalau mama didepan mereka dibelakang ok jugak lagi,bergumpal mereka kat belakangtu,tapi bila mama kena duduk belakang hero berdua berkongsi kerusi didepan lagi haru..papa nak bawa kereta pun susah...hahaha mama kat belakang gelak aje lah..

Belum campur lagi dengan adelya yang kadang-kadang buat perangai nak duduk atas riba papa masa papa drive,siap bergaduh dengan mama okeh sebab mama tak bagi duduk dekat papa,kalau kereta auto takpe juga ini kereta manual nak tukar gear pun susah nak oiii.

Tengoklah tu betapa meriahnya dalam kereta, itu mama cuba snap pic semua yg ada hahaha macam2 gaya lah yg ada memasing dengan kerenah tersendiri,layankan aje lah..tema hari tu hijau dan biru.. macam ye je bertema,kebetulan terpakai kaler yang sama..

Pesanan buat anak-anak mama :

Redha " terima sahaja apa yang Allah beri..jgn ada hasad bila orang lain dapat rezeki dan jangan cakap banyak bila kita tidak dapat rezeki sebagaimana orang lain dapat..."

Belajar hidup dengan sabar dan redha kerana ia kunci kebahagiaan,yakinlah Allah ada bersama kita.

Wassalam

Sunday 26 April 2015

dr.adrien jadi cikgu

Assalamualaikum...

Banyak juga buku yang mama beli untuk anak-anak belajar,tapi macam biasalah bukan nak belajar sangat,main aje lebih,ada juga yang terkoyak...hmmm memang tak cermat anak-anak ni,tapi takpe asalkan masih boleh dibaca.

haissh kalau adrien ni buku dia memang payah nak berkongsi, tapi semalam bukan main baik lagi dia siap jadi cikgu tu.

"baby.. meh sini abg yeyen ajar" adelya pun bukan main lagi datang terus duduk sebelah adrien

"baby.. ma..mi..mu.." kuat abg adrien eja, adelya pun senyum2 ikut je abg adrien mengeja tu..hahaha




comeylah sangat anak-anak mama ni.

bagus juga macam ni kan secara tak langsung adelya pun dapat belajar dari awal sebab dekat rumah dah ada cikgu-cikgu yang tidak bertauliah yang sudi mengajar,walapon lebih banyak main dari belajar..inshaAlllah tak dapat banyak pasti sikit ada juga masuk kedalam otak mereka.



pesanan buat anak-anak mama :

jangan lihat siapa yang memberi ilmu,tapi lihatlah pada ilmu yang diberi..ilmu yang bermanfaat itu kita bole dapat tidak kira dari siapapun.. asalkan kita fikir dari sudut positif

Wassalam..

Saturday 25 April 2015

the dotter's candylicious

Assalamualaikum....

Seperti yang pernah akak beritahu sebelum ini yang akak ingin membuat bisnes sendiri...wah bisnes gitu..mcm besar sangat bunyinya, hehe...kecil-kecilan sahaja.


Inilah apa yang akak cuba buat tu, kecil kecil je...

Penyewaan peralatan candy buffet untuk sebarang majlis
juga penyediaan candy buffet untuk sebarang majlis
Menerima tempahan cake, cupcake, muffin dan pelbagai lagi..

Doakan ianya berjalan lancar ye..

Wassalam

Friday 24 April 2015

sekadar berkongsi

 Assalamualaikum....

perkongsian @ pesanan dihari jumaat yang cukup indah ini buat anak-anak mama...


Luasnya Ilmu ALLAH tidak terhingga...

Katakanlah (wahai Muhammad): "Kalaulah semua jenis lautan menjadi tinta untuk menulis Kalimah-kalimah Tuhanku, sudah tentu akan habis kering lautan itu sebelum habis Kalimah-kalimah Tuhanku, walaupun Kami tambahi lagi dengan lautan yang sebanding dengannya, sebagai bantuan".


Katakanlah (wahai Muhammad): "Sesungguhnya aku hanyalah seorang manusia seperti kamu, diwahyukan kepadaku bahawa Tuhan kamu hanyalah Tuhan Yang Satu; Oleh itu, sesiapa yang percaya dan berharap akan pertemuan dengan Tuhannya, hendaklah ia mengerjakan amal yang soleh dan janganlah ia mempersekutukan sesiapapun dalam ibadatnya kepada Tuhannya".
(Al-Kahfi 18:109-110) | 



Allahumma solli ala saiyyidina Muhammad
Wa ala aali saiyyidina Muhammad

Wassalam

Thursday 23 April 2015

buat yang kedua kalinya

Assalamualaikum...

Syukur alhamdulillah..tiada ucapan lain yang mampu mama ucapkan. Rezeki buat anak-anak mama,sepanjang tempoh 15tahun berkhidmat,  buat kali yang keduanya mama menaiki pentas untuk menerima anugerah perkhidmatan cemerlang.


majlis diadakan di picc putrajaya. Tengok baju mama tuh,colour block sangat nih...hijau turqoise dan merah.. hantam saja,masa raptai semalam diberitahu yang wanita perlu memakai tudung merah manakala lelaki tali leher merah,akak memang takde tudung merah dan baju merah,terpaksa la beli tudung merah mujur jumpa yg rm10, rembat aje asalkan sesuai,baju memang tak beli la gigih sangat pulak nak beli bajukan..pakailah dengan baju apa yang ada...hahaha sudahnya itulah jadinya.. hahaha kira ok lah..

Penat lelah tahun lepas balik keje lewat dan kerja dihujung minggu tinggalkan anak-anak akhirnya memberikan sesuatu yang diluar jangkaan.. alhamdulillah sangat-sangat bersyukur.

Kejayaan ini bukanlah atas usaha mama seorang,ini adalah hasil usaha semua kawan-kawan mama,mereka semua cemerlang tanpa mereka tentu kerja-kerja diseksyen itu tidak akan siap, cuma mungkin rezeki lebih berpihak kepada mama hingga mama diberi anugerah perkhidmatan cemerlang untuk tahun lepas.

Pesanan buat anak-anak mama :

Janganlah kita berbangga dengan anugerah yang kita dapat,kerana anugerah itu merupakan cabaran, cabaran untuk kita bekerja dengan lebih cemerlang.

Wassalam

Wednesday 22 April 2015

babai batang aiskrim

Assalamualaikum....

Macam yang mama penah cakap abg adam suka mengira. Semalam papa  tanya ada homework tak? Laju abg adam ambil buku,mama tak sempat tengok keje apa sebab mama ke dapur buat susu adrien, sekali abg datang kat dapur tanya mama, betul tak abg buat ni mama? Sekejap ye mama buat susu adrien dulu..

Lepas tu mama ambil buku abg tengok homework yang abg buat...


Tengok keje abg ni mata mama dah berkaca...hoihh mama ni itupun sebakkan biasalah mama ni,nampak garang hati macam istana pasir,kena ombak nak roboh hahaha..

Tak sampai  10minit abg buat dah siap semua abg kira,bagi mama itu dah cukup pantas,semua betul pulak tu, tak perlu tunjuk ajar mama dah dan tak perlu guna batang aiskrim lagi,abg congak je..

mama rasa tak puashati sebab cepat je abg buat,mama tanya abg, ni abg buat dekat sekolah ke dekat rumah? Ye lah mana tahu abg dah buat dekat sekolah dengan cikgu kan.. abg buat dekat rumah la mama... ok macammana abg kira? Mama tanya lagi sebab abg takde tanya mama pun, biasa abg mesti nak keluarkan jari walapon nak kira 2+5.. abg buat macam ni lah mama.. siap tunjuk kat mama 9 ada dalam otak abg,lepas tu abg keluarkan 2 jari 9+2=11 betulkan mama? Betul abg.

 Mama bangga dengan abg...

Pesanan buat anak-anak mama :

Jika kita berjaya lakukan sesuatu,jangan kata kita pandai..tapi ucaplah alhamdulillah..sebab Allah yang bagi kita pandai, kerana semua itu dari Allah kan.. Pesanan buat mama juga..

Wassalam


Monday 20 April 2015

cerita anak dara lagi

Assalamualaikum...

Cerita anak dara mama lagi. Maklumlah kecil-kecil macam tu memang banyaklah kerenahnya kan.

Memang sifat anak dara kot,walapon kasar tp masih ada sisi kewanitaannya tu.. eceh dah macam lak masa kecik-kecik dulu,sungguh aktif memanjat pokok..hahaha ok stop pasal mama..


Almari ini masa abang-abang dulu tak pernah dibuka pun,sekali dilarang terus tak buat lagi,tapi anak dara sorang ni berkali-kali dilarang masih tetap dibuatnya...siap ambil gelas mama buat main tu..hahah sikit hari lagi bole tolong mama memasak la pulakkan..

Pesanan buat anak-anak mama :

Menjadi yang sempurna dimata manusia itu agak sukar,tetapi berusahalah untuk menjadi sempurna bukan sahaja dimata manusia,yang lebih penting adalah sempurna pada pandangan Allah swt.

Wassalam

Sunday 19 April 2015

bacalah sayang

Assalamualaikum....

Blog ni dah macam diari mama lak,diari untuk anak-anak mama,cerita tentang aktiviti dan kerenah mereka. Melihat perkembangan mereka, melihat telatah mereka...

Setiap entri mama akan cuba selitkan pesanan buat anak-anak,dengan harapan suatu hari nanti mereka akan membaca setiap apa yang mama tulis dan pesanan-pesanan mama itu sebagai suatu pedoman dalam hidup mereka, sekarang ni kalau mama cakap mereka dengar sambil lalu je hihihi.

Sebenarnya ia juga kerana mama tidak tahu sampai bilakah usia mama ini,bila anak-anak makin membesar usia mama juga makin bertambah,dikesempatan usia yang masih bersisa mama ingin tinggalkan seberapa banyak pesanan yang mama mampu,ada yang mama tulis dan tinggalkan sebagai draft saja..itu khas mama tulis untuk anak-anak mama sahaja.

Bila dah besar nanti mungkin mereka akan faham pesanan mama tu kan... untuk anak dara juga mama tinggalkan resepi dan masakan yg mama pernah masak untuk mereka,mana tahu satu hari nanti berguna buat anak-anak.. wahh mama kemain lagikan.. ye la mama pernah menyesal kerana tak sempat nak ambil resepi dari arwah mak dan ayah jadi mama ingin tinggalkan sesuatu buat anak-anak walapon masakan yang simple dan mudah pun mama tetap kongsikan niat mama hanya ingin berkongsi dengan anak-anak..

Pesanan mama buat anak-anak :

hidup ini bagaikan roda kadang kita diatas kadang kita dibawah, tak perlu takut asalkan kita sentiasa yakin Allah ada bersama kita.

Wassalam

Saturday 18 April 2015

anak dara mama

Assalamualaikum...

Hari cuti macam ni jadi surirumah sepenuh masa lah mama,buat keje rumah sambil layan kerenah anak-anak gamat suasana dibuatnya,rumah pun macam tongkang pecah,mama pun dah macam tarzan jadinya,terpekik-pekik malu pula dengan jiran-jiran.


Salah satu aktiviti mama layan kerenah anak dara,tengoklah tu dah panjat almari,sikat rambut buat rambut pacak.. hihihi macam-macam dia ye,sebab tu almari mama tu dah kosong takde apa atas tu,semua mama dah sorok,kalau tidak habis semua dibuang ke lantai.

Pesanan buat anak-anak mama:

Mainlah anak asalkan tidak jatuh dan sakit...hehehe.
Tetapi sesekali kita harus jatuh dan sakit agar kita tahu dalam hidup ini adakalanya pasti ujian akan ada..namun ujian bkn utk melemahkan tapi ujian itu akan lebih menguatkan kita.
jatuh..sakit..bangkit semula dengan semangat yang baru..

Wassalam

Friday 17 April 2015

fiska shah alam

Assalamualaikum...

Rehat jumaat yang panjang ambil kesempatan cuci mata bersama adik-adik ofis,dah lama akak tak cuci-cuci mata macam nih.

Akhirnya kami berlima tuju ke fiska shah alam yg dimiliki oleh blogger terkenal cantik & comel irine nadia. Ingatkan irine ada tapi tiada hehehe

Saja cuci mata,dah lama teringin nak kesini tapi tak berkesempatan,kebetulan ada yang mengajak akak ikut lah..


Siap staff fiska masukkan gambar dekat ig fiska lagi,rasa glemer la pulak hahaha..
gambar sebelah tu siap minta staff tu tunjuk macammana cara dia pakai shawl akak la yang jadi model tu...hihihi
cantik-cantik shawl kat sini,ada jual dijual jubah dress,baju kanak-kanak,kasut..cafe fiska pun ada jual dessert yang sedap.


sebelum balik ofis singgah pula dibutik member ofis berybiru shop dekat seksyen 7 belakang unisel,hadir untuk support kawan2 meniaga...semoga bisnes mereka terus maju inshaAllah...


Sesekali bagi chance la nak interframe hahaha...terasa glamour lak umpama di red karpet grammy award..wakaka perasan sangat nih... ok sebelum lebih mengarut baik akak berenti dulu...

Akak pun dalam perancangan untuk merangka satu bisnes jugak nih, moga success juga satu hari nanti..menyahut cabaran en.azmi yang suruh akak fikirkan sesuatu untuk dibuat,apa yang akak akan buat tunggu ye,percubaan pertama 25hb ni..nanti akak update


Pesanan buat anak-anak mama :

Kita jangan riak dengan pujian (sebenarnya pesanan ini lebih kepada mama nih...hihihi).

Wassalam

Thursday 16 April 2015

model ke?? hehehe

Assalamualaikum....

Tak sangka pulak tetiba jadi ikutan hahah...

Masa mula-mula akak berjinak-jinak dulu ada yang bertanya akak pregnant ke? eh..takde lah..
tapi sekarang takde dah pertanyaan seumpama itu sebabnya,hari-hari akak pakai kan...

Ye...masa mula-mula berdress dulu ada juga yang bertanya begitu,ye la dulu bila pregnant akak pakai dress,sekarang tak pregnant pun akak pakai dress hehehe... untuk permulaan biasa la semua akan bertanya,lama-kelamaan ok lah,yang penting diri sendiri confident...kalau fikir apa kata orang kita jadi stress..hahaha...

Bak kata penceramah yang pernah akak ikuti ceramahnya sebelum ini, katanya... "kita jangan fikir apa orang nak kata,tapi kita fikir apa Allah akan kata" Bila kita asyik fikir apa orang kata,tak jadi kerja, stress pun ye juga..

Dulu-dulu akak macam tu lah...kalau pakai dress ni apa orang kata?kalau pakai tudung macam ni apa orang kata? haisshhh asyik dok fikir apa orang nak kata je pulakkan...dah jangan fikir lagi,buat saja apa yang hendak kita buat,pakai saja apa yang kita nak pakai,asalkan tidak melampaui batas kita sebagai muslimah sudah lah..

Tak sangka akhirnya cara berpakaian ini menjadi ikutan sesetengah kawan di ofis...siap ada yang bertanya kalau nak buat fesyen macam akak pakai tu,kena berapa meter kain? pernah juga disuruh menggayakan dress masa meeting..sebab kawan2 nak tengok hahah..feeling model gitu,ada juga kawan2 yang ajak ke kedai kain untuk memilih kain untuk dibuat dress...wahhh rasa macam fashion designer pulak akak...ada juga baju yang akak design sendiri,tapi idea cedok-cedok lah sebab akak bukan hatta dolmat atau pereka fesyen profesional...hehehe








Antara dress yang akak ada,kalau tengok betul-betul dress biru yang depan dan belakang tu,kain corak bunga itu adalah dari kain yg sama,tapi akak bahagi dua,satu buat baju dan kain kosong, satu lagi baju kosong kain berbunga..hahah. tengah mood nak berdresskan layankan aje.

pesanan buat anak-anak mama :

siapa kita bukan diukur daripada mahalnya baju yang kita pakai atau berapa banyak harta yang kita ada,tapi siapa kita diukur pada ketakwaan kita kepada Allah swt. Moga hati kita sentiasa ingat akan Allah.

Wassalam

cekodok seringgit


Assalamualaikum...

Ada seorang kawan dekat ofis ni, yang berpangkat adik la dengan akak sebab umur muda lagi dari akak.. dia lah tempat akak bercerita, segala suka duka susah senang hidup ini, kami sama-sama ketawa,tetapi tidaklah menangis bersama cumanya cerita sedih itu sama juga dikongsi..

Kadang walau tak diceritakan dia tahu akak bersedih agaknya..dialah yang setiap hari memberikan akak cekodok seringgit untuk mengisi perut,walapon hanya cekodok..alhamdulillah dapat mengenyangkan perut akak nih.

Sudah lama adik ni merancang untuk menambahkan zuriat..sebab kami sama-sama berceritakan..hehe
tapi akak tidaklah kan sebab akak dah pakai password hahaha. semalam dia memberi khabar gembira, alhamdulillah...hasrat untuk menambah zuriat telah termakbul,akak gembira untuk dia. Siap akak jadi macam dokte lak,buat pengiraan sendiri bila due date adik nih nanti...hahaha akak lak yang tak sabar menunggu..

akak mendoakan agar cik ijah dipermudahkan segala urusan sepanjang tempoh kehamilan ini dan semoga impian mendapat baby girl termakbul ye..aaamiinnn

pesan mama untuk anak-anak mama : untuk memberikan kegembiraan dan kebahagiaan kepada orang kadang2 tidaklah memerlukan modal yang besar..kerana dengan cekodok seringgit yg diberi cik ijah itu dapat menggembirakan mama dan dapat mengenyangkan perut mama.

Wassalam

Wednesday 15 April 2015

dah macam tepung gomak

Assalamualaikum....

Mama sibuk dok berwasap dengan adik2 ipar semalam....


Sekali mama pusing belakang.. Ya Allah.. urut dada je lah mama, dua beradik senyum gembira pandang mama... hmmm...ini kalau papa yg tengok mau berasap nih







Tengoklah tu adelya dah macam tepung gomak,penuh bedak dari atas kepala sampai ke kaki. Mastermind dia siapa lagi kalau bukan abg adrien.

Mama nak snap picca sempat lagi nak bergaya tu,mujur dengan mama kan siap bole snap2 pic kalau dengan papa dah dapat hanger agaknya nih... hahaha

Papa naik tengok anak2 sebelum tido, dia kata apa wangi ni?mama tunjuklah budak berdua yg penuh bedak...tak cakap apa papa...hehehe

Wassalam

Tuesday 14 April 2015

komen dan anon

Assalamualaikum...

Cerita pasal komen ni...pernah tak dapat komen yang menyakitkan hati, terutama dari anon..ye tak semua anon komen tak baik kan. Namun ada juga yg berbuat begitu,tak sangka akak pernah kena, ayatnya mmg baguslah..  siap cakap bodoh bangang...

Ye akak terima mmg diri banyak kekurangan tapi bukankah lebih elok jika ditulis dengan ayat yg sedap didengar sejuk sikit hati membacanya.. tapi itulah kan nak buat mcmmana.. jadi komen2 yang buat akak terasa dan terkecik hati tu mmg akak tak approve la juga komen2 yg tuan empunya minta akak jgn approve tu mereka nak akak je baca jadi akak tak approve ye,kalau yg bg no phone pun akak tak approvekan.. hehe dulu akak tak buat macam ni pun mana2 komen terus dipublish sekarang tak lagi.

Semua komen yang akak approve tu dah lulus la tu,takde yang buat akak terasa atau terkecil hati tau..jika komen bagi petua...terima kasih akak akan ikut mana yg boleh,yg sudi bg link pada pertanyaan akak pun terima kasih,mana yang bertanya sesuatu inshaAllah akak akan jawab pada ruangan komen diblog mereka yg bertanya sbb kalau dijawab pada ruangan komen blog akak takut kawan2 tak datang balik untuk membacanya kan.. hehehe maaf andai ada tulisan dan komen2 akak membuatkan ada yang berkecil hati.

Wassalam...

Monday 13 April 2015

mama...tacak

Assalamualaikum...

Anak dara sorang ni, bukan main mama dah sikat rambut cantik-cantik,dia ambil sikat,dia sikat semula..mama..tacak katanya


Tengoklah tu...kemain pacak rambutnya, ntah ikut sapalah agaknya ni,abg adam ngan abg adrien takde rambut pacak pun.. hihihi macam2 dia ye..lepas ni kita pakai skirt kembang2 je ye sbb papa da risau takut anak dara macam boboi..hihi

Wassalam

Saturday 11 April 2015

persetujuan bersama

Assalamualaikum...

Jumaat petang ada appoinment dengan dokte. Berdebor dari pagi..hihi teruk sungguh,pada hal bukan hal yang besar pun,ada yang tertanya ke akak appoinment untuk apa? Hehe...meh akak citer.

8602..no sudah dipanggil tangan pun dari awal dah sejuk je dibuatnya,en.azmi kat sebelah buat rileks je..ye la bukan dia yang nak jumpa dokte tapi akak kan..dia temankan aje..

En.azmi temankan akak masuk bilik dokte,dokte yg biasa akak jumpa masa check up mengandung dan dokte yg sama juga yang sambut tiga-tiga anak akak masa dilahirkan.

Mula-mula dokte tanya dah berbincang ke? Ye dokte persetujuan bersama dah dibuat,lagipun memang en.azmi suruh buat dan akak pun setuju..buat apa? Masukkan implan untuk rancang kehamilan..hehe ubat en.azmi tak bagi makan so gunakan implan..

Ye akak tahu gunakan kaedah apapun semuanya terletak pada rezeki Allah, gunakan implan pun jika Allah kata jadi, maka jadilah kan..tapi ini salah satu usaha kami lah,kami ingin besarkan anak-anak yang bertiga ini dulu.

Implan ini digunakan untuk tempoh 3 tahun,selepas 3 tahun implan akan dibuang dan kesuburan akan kembali seperti biasa..implan akan dimasukkan dibawah lengan berhampiran ketiak, implan itu saiznya sebesar batang mancis..

Sebelum memasukkan implan dokte bius dulu tangan akak ni hihi sengaja buat rileks pada hal berdebor,lepas cucuk bius dokte kata dia nak masukkan implan..eh nak masuk dah?dokte senyum sambil borak dengan akak..ok dah siap kata dokte..eh tak rasa apapun? X sampai 5minit pun prosesnya...sakit pun tak,cuma sakit masa nak cucuk ubat bius tu je..dokte kata dokte bg ubat bius yang kuat dan akan tahan hingga 2jam, kita tunggu selepas 2 jam nanti akak  rasa sakit tak?

Ada kesan sampingan tak? Akan ada kesan kata dokte..

-Emosi akan terganggu
-period yg tidak teratur..mungkin banyak, mungkin sikit & mungkin tidak ada untuk beberapa bulan
-perubahan pada berat badan

Kesan-kesan itu akan berbeza pada setiap individu.

Alhamdulillah selepas 2jam akak tak merasa sakit pun.. kesan pada lengan akak cuma ada kesan luka torehan sahaja, implan ini bole dibuka pada bila-bila masa sahaja,jika anda dah bersedia untuk hamil kembali tak perlu tunggu sehingga 3tahun pun.

Masukkan implan tak kena gst...charge dokte pun tiada gst...hihi tp dokte adelya pada paginya itu kena gst...

Wassalam

Thursday 9 April 2015

lego city

Assalamualaikum....

Bukanlah permainan lego pun cuma yang seumpama lego tu je kekdahnya..
tetap kena cantum-cantum untuk mudahnya panggillah lego..brand aussini kalau tak silap selalu beli dekat mr diy atau dekat kiosk2 yang ada jual di giant kemuning tu..





Antara yang telah disiapkan..habis almari mama jadi mangsa,lepas ni kena beli almari khas lah untuk letakkan hasil kerja ini. Adelya juga dah ada ruangan sendiri, pinky je mainan lego ini,hahaha yang itu bukan adelya yang minta tetapi mama yang berkenan..

bukan apa mama seronok tengok mainan tu yang sweet je warnanya pink dan purple..harus dikumpulkan lagi nanti. kalau nak beli yang betul betul lego tak mampu la mama beratus mungkin..hehehe jadi kita beli je apa yang termampu ye...

sejak dah suka dengan permainan lego ini,abang adam sudah tidak membeli lori lagi,asyik angkut mainan ini tapi dia dah siap cakap yang mana lagi tiada.. lori minyak lori simen  takde lagi katanya.. nanti ye abg beli satu-satu dulu..

Kadang-kadang bila jalan dengan en.azmi kitorang yang beli untuk anak-anak walapon anak-anak tak minta..hahaha nampak sangat mama ngn papa pun terlebih,tapi takpe mainan ini menguji akal juga tu. nak mencantumkannya bukannya mudah.. Asalkan anak-anak gembirakan..

Wassalam

wedges

Assalamualaikum...

lunch semalam jalan2 dgn adik2 ofis, tak pasal2 tersinggah kedai kasut,pusing2 tengok kasut...hai si runcing 3inci dah lama kita tak berkawan ye...hehehe

Dulu2 kasut ni setiap bulan akak akan beli kadang sampai 2 pasang dalam sebulan,masa bujang dulu la,memang yang si 3 inci je akak beli,masa kawin dan dah lahirkan adam pun akak masih berhigh heels, dukung adam pegi cucuk pun berkasut 3inci tau...lama-lama kesedaran timbul hihihi alhamdulillah..

Tapi semalam tak pasal-pasal beli kasut tinggi juga tapi bukan yang runcing lg dah, akak beli wedges tu..memang tak pernah pakai tapi nak cuba,harap2 tak menyungkur sebab akak tak pandai pakai kasut macam tu...


Tapi kalau anak-anak pandai pakai takkan mama tak pandai kan...hahaha
tengoklah tu mama belum pakai dorang dah rasmikan dulu.

Hari ni berkasut barulah mama,harap-harap tak terpelecok atau tersungkur lah

Wassalam

Wednesday 8 April 2015

saya nak buat perangai

Assalamualaikum...

anak yang seorang ini ada sahaja jawapannya bila mama atau papa bercakap.

semalam on the way nak pergi rumah ibunya..bising berdua tu dalam kereta,duduk dikerusi depan pulak tu,dah bergaduh anak-beranak,papa nak tengok cermin sisi tak nampak sebab sorang berdiri menyandar ditepi pintu,sorang duduk dikerusi.

Penat begitu mereka bermain lawan-lawan pula dalam kereta yang sempit tu,lagi berasap la papa yang sedang memandu kat sebelah tu..

Tak sudah mama pun bersuara " siapa behave, mama akan bagi hadiah" dengar mama cakap macam tu abang adam terus bertukar watak "mama..abang baik ni duduk diam2" suara pun slow sangat,adoiii sejuk hati mendengarnya..

tapi tidak yang seorang lagi,masih lagi melompat dan memanjat dalam kereta
"mama..saya nak buat perangai" katanya sambil tersenyum nakal..aduhai anak ini,ada saja dia nak jawabkan...



dr.adrien dengan senyuman menggoda...amboii dokte kalau ini macam cepat sembuhlah pesakit nanti..hahaha. dr.adrien ini kecik-kecik pun sangat teguh pendiriannya tau,kalau apa yang dia nak mesti dia dapat,kalau barang dia,memang orang lain tak boleh ambil.. kadang-kadang mama pun kalah dengan pendirian dia..

Wassalam

Tuesday 7 April 2015

suka mengira

Assalamualaikum...

Bercerita tentang abang adam yang ensem nih.
Mama kadang-kadang berwasap juga tanya perkembangan adam disekolah.
Apa yang diberitahu cikgu,abg adam lemah dalam membaca.
Ya mama tahu sebab bila disuruh membaca,abg adam masih terkial-kial.

Bukan tak kenal huruf bukan tak boleh mengeja dan membunyikan ejaan,
tetapi bila dah eja tiap sukukata abang adam tak pandai nak sambungkan apakah perkataan itu.
kalau yang huruf vokalnya sama abang adam pandai contoh : mama..pandai sebut kalau tukar jadi mamu..itu yang abg jadi konfius...mama lagi konfius nih,jenuh juga mama mengajar hehehe...

ke ada cara tertentu yang boleh akak gunakan untuk mengajar abang adam nih,sesiapa yang dapat bantu akak,tolong bantu ye... apa yang mama dah buat? dari dalam perut lagi mama dah ajar membaca buku...masa bayi pun mama dah kenalkan abang adam dengan huruf-huruf menggunakan flash card,macam-macam jugalah yang mama dah buat...

bila ada homework menulis atau spelling,lambat-lambat je abang adam buat,tapi satu yang mama tahu,abang adam memang suka mengira...bila ada homework matematik,abang adam laju je keluarkan buku tanpa mama tanya,balik dari taska terus buat. Buku-buku latihan matematik yang mama beli pun sehari abang adam boleh habiskan,banyak buku mengira yang mama beli kalau boleh dalam sehari abg adam nak habiskan. kalau buat tambah yang mudah-mudah abang adam boleh congak-congak je dalam kepala...wahhh bangga mama..


sesi pembelajaran dirumah...penat mama nak mengajar walapon hanya ada 3 orang murid je kat rumah tu,tapi jenuhnya nak mengajar macamkan ada 30 orang murid... tapi takpe mama enjoy mengajar walapon kadang-kadang dah macam singa lapar je mama nih...hahaha

Wassalam

Monday 6 April 2015

hasil kerja

Assalamualaikum....


Hasil keje adrien dekat taska,kreatif juga dia kata tecer adrien yang buat sendiri. Masa mama ambil dekat taska dengan gumbiranya tunjuk pada mama.

Malamnya nak ke rumah kakak akak,siap dibawanya hasil kerja tu, nak bagi pada ibu katanya. Selamat dah pun bunga itu berada atas almari ibu siap adrien sendiri yang letakkannya..amboi sweet sangat tu.

Wassalam

dia pun nak belajar

Assalamualaikum....

Kalau abang nak buat homework,adik-adik pun sibuk juga nak membantu.





Tengoklah tu..ada je yang nak main bekas pensil,paling tak boleh blah si adelya la,pensil abang pun dia amik,itu belum masuk bab mewarna,dia pun nak tolong mewarna sama.

Sampaikan ada la buku abang yang dah tertanggal kulitnya,sabarlah abang ye nak buat macammana adik kecik lagi.

Tapi ok juga dapat dedahkan adik-adik dengan pelajaran secara tak langsung mereka pun dapt belajar,Adelya pun dah mula belajar A,B,C tau...Alhamdulillah.

Wassalam

boboiboy???

Assalamualaikum...

Anak dara mama pagi ni,buka beg taska yang dah mama isi baju memasing tu,dia amik baju abg adrien dan mengamuk nak pakai..


tengoklah ni...



 mama...boboiboy...terus bawa dekat mama,mula-mula gigih pakai sendiri tapi bila tak boleh datang kat mama minta mama pakaikan,selagi tak bagi pakai dia buat perangai la,dah dipakaikan siap cakap... wah antekkk...sambil senyum-senyum,sendiri pakai sendiri puji.

Minta buka tak dibaginya,sampai taska dia pakai,pada hal kat dalam tu memang dah dipakaikan baju sendiri pun.akak minta tecer taska yang tolong tanggalkan...hahaha

Dalam kereta on the way nak ke taska tu,nasihatlah en.azmi dekat anak dara nan seorang ni..

"adelya kan perempuan mana boleh pakai baju boboiboy,kena pakai baju princess" tapi mana lah anak dara tu dengar.en.azmi pesan kat mama,jangan ajar pakaikan baju abg nanti dia kasar macam abg...hahaha takutlah tu anak dara macam boboi,inshaAllah takde nye kan adelya.. sebab tu papa suka beli gaun dekat anak dara sorang ni,mama je yang sokmo dok beli jeans..heheh ok lepas nih kita pakai gaun je ye...

Wassalam



Sunday 5 April 2015

pandai dia tuuu

Assalamualaikum...

Perangai anak dara,pandai sangat nok melawo  terr


memalam pun kemain nok berbedok anak dara sorang nih...nama pun gigirl kan ada la ciri-ciri gigirl nya tu..

Ini pantang kalau tengok mama cuba baju baru..mesti dia dah senyum..wahhh antiknya..cantik la maksudnya tu wahaha terus kembang mama kena puji.

Tapi kalau nak sikat rambut mesti nak suruh mama buat rambut pacak kat dia.. hahaha ok la adelya bole la kita pacak nanti rambut dah panjang kita tocang pulak ye.

Wassalam


malam tadi punya cerita

Assalamualaikum

Semalam berkumpul dengan adik beradik akak. itupun tak semua ada,kami yang perempuan je berkumpul yan
g lelaki takde. Memang bisinglah rumah dengan suara anak-anak.

Malamnya makan ramai-ramai,akak tak masak makan kat luar je,itupun bukan pergi jauh pun dekat rumah akak je, bukan apa sekadar nak berkumpul sebab dah lama tak berkumpul macam tu. Itupun adik lelaki yang bertiga tu tiada, adik ipar dan sorang anak buah juga tiada semalam. Pun begitu suasana tetap meriah,gamat dengan anak-anak ini



Gelagat sepupu..sampai naik atas meja mentang-mentang tempat ni bersila senanglah dorang nak duduk atas meja lebih-lebih lagi adelya.


Tengoklah si adrien pun sama,budak adrien ni semua orang makan nasik dia sorang pi order chicken chop kemain omputih sangat tak padan dengan mata sepet,hidung kemek hahaha selera bukan main...ni masa pregnant dulu mama fefeeling omputih suka makan western food la ni hehehe


antara lauk yang diambil,kami ambil menu yang set cuma tambah air dan  beberapa lauk lagi. Alhamdulillah... setakat ini memang puashati makan kat sini makanannya semua kena kat tekak akak dan adik beradik akak ni,takde la selalu makan kat sini last berkumpul makan kat sini 2@3 tahun yang lepas... kualiti masakan masih sama.

Lepas makan balik rumah..seronok sangat bermain dengan sepupu abg awisy sampai taknak balik nak tido rumah akak,ye la kali ni datang abg adam dah bole berkongsi mainan dan dah bole diajak main lawan-lawan seronoklah dia sebelum ni abg adam kecik lagi mainan pun taknak kongsi kan tak best la rasa,sampaikan naik kereta pun nak naik dengan adam,duduk makan pun berebut nak duduk sebelah abg adam..sudahnya abg adam duduk tengah-tengah antara daeisha dan abg awisy..hehehe adrien je belum jd rebutan sebab adrien suka buat hal sendiri dan suka cari gaduh dengan daeisha,abg adam pandai layan daeisha. bagus abg adam,adrien pun dah besar sikit nanti pandailah tu,macam abg adam juga la kan.

Wassalam

Saturday 4 April 2015

riak,sombong,bangga diri

Assalamualaikum....

dari entri yang sebelum ini apa yang akak tulis tu bukanlah untuk rasa riak,sombong atau bangga diri dan apa sajalah perkataan lain yang seumpamanya..akak cuma ingin berkongsi sedikit rasa gembira...

Ye lah bercerita tentang sedekah itu bukanlah untuk mengatakan akak ini seorang yang rajin bersedekah..tidak akak bukanlah seorang yang rajin bersedekah malah jauh sekali untuk membelikan top up untuk emak dan abah, tak pernah ok..akak cuma berkongsi apa yang akak baca.

Dengan bercerita akak belanja kawan-kawan tu pun bukanlah nak tunjukkan akak ni bagus,cuma ingin lahirkan rasa syukur walapon sedikit yang akak lakukan dan walau hanya sekali akak buat Allah dah bagi ganjaran dengan cepat.. akak tahu kawan-kawan akak tentu lebih hebat sedekah dan amalannya dan tentu sudah banyak rezeki yang Allah berikan.. Alhamdulillah...

Wassalam

Friday 3 April 2015

sedekah..

Assalamualaikum....

Salam jumaat semua,moga jumaat ini membawa bersamanya keberkatan untuk kita semua...

konsep mana yang betul?

1.kekayaan bertambah apabila kita solat,solat dhuha,sedekah,zikir...rezeki akan bertambah

atau

2.Membeli banyak komitmen..contoh membeli kereta,rumah...dengan banyak komitmen kita tidak akan duduk diam...kita akan berusaha dengan keras dan itu akan membuatkan kita berjaya

apakah pandangan anda?

semalam terima dari seorang kawan dalam group wasap..bagus jugakan bila group wasap ni dijadikan medan usrah antara kita, boleh memberikan pelbagai pandangan berkaitan agama..kita ni bukan tak tahu sesetengah perkara tetapi mudah lupa dan lalai.

Dalam perbincangan diatas kedua-dua konsep itu boleh diterimapakai,tetapi perlu diseimbangkan antara duniawi dan ukhrawi.

Sedekah sudah terbukti dapat menambahkan rezeki...

berusaha gigih mencari rezeki agar kita dapat memberi sedekah kepada orang lain yang memerlukan, setiap rezeki yang kita dapat itu ada bahagiannya untuk orang lain.

tetapi sedekah itu tidak tertakluk kepada sumbangan wang ringgit, bak kata kawan akak dalam usrah kami tu :

Setiap sendi dan anggota badan yang kita gerakkan untuk ibadah dan mencari keredhaan Allah adalah sedekah,jangan bimbang andainya kita kurang harta untuk bersedekah..malah senyuman kita itu juga merupakan sedekah.

dalam buku mudahnya menjemput rezeki yang akak baca..salah satu punca murahnya rezeki adalah solat berjemaah,hendak pulak berjemaah pada subuh hari.kata ustaz cubalah inshaAllah murah rezeki kita...

antara lainnya sedekah...terutama kepada ibubapa,tak perlu banyak sekadar membeli top up telefon untuk mereka setiap bulan sahaja pun sudah memadai,apatah lagi jika sesekali kita belanja mereka makan buat mereka gembira,membayar untuk barangan dapur mereka..banyak lagi sebenarnya...

tengok betapa besarnya kuasa sedekah itu..

itulah yang dapat akak berkongsi buat masa ini..hendak relatekan sedikit kisah akak semalam dengan konsep sedekah ini..

paginya...belanja kawan-kawan yang membantu menyiapkan kerja untuk pengeposan borang,tak belanja mewah pun sekadar nasi lemak telur sahaja bebarapa bungkus, kerana itu sahaja yang termampu akak beri. memberi tanpa pengetahuan mereka...kata Dr.Fadhilah kamsah cubalah sesekali masa kita minum tu,kita bayar untuk orang lain juga tanpa pengetahuan mereka,pasti kita akan merasa puas..

petangnya..mendapat satu berita gembira..Ye rezeki bukan hanya dari segi wang ringgit tapi mendapat berita gembira juga satu rezekikan..Ya Allah cepat sungguh rezeki yang Allah bagi,pada hal tak sampai sehari pun akak belanja kawan-kawan Allah dah bagi rezeki dan petang tu juga en.azmi memberitahu satu lagi berita gembira..rezeki lagi. Alhamdulillah dengan rezeki en.azmi dapat itu pasti akan memberikan rezeki pada orang lain juga.


Alhamdulillah...sekadar peringatan untuk diri sendiri,sentiasalah bersedekah walau hanya dengan sebuah senyuman yang manis dan ikhlas.

Thursday 2 April 2015

#kenangan mengusik jiwa 3


Assalamualaikum....

Tak abis-abis dengan kenangan mengusik jiwa nih, dok bermesej-mesej dengan kawan-kawan terbuka kenangan dan cerita lama.. sedih,terharu, gembira bercampur baur,berkumpul menjadi satu, kadang-kadang tersenyum sorang-sorang,kadang-kadang mata berkaca-kaca,akak sapu je dengan shawl nih ahahaha...jgn ada yang perasan sudahhh

pengalaman sebenarnya banyak mengajar kita erti kehidupan ini kan...

selepas spm...akak pernah bekerja kilang sebagai operator di kilang Motorola,sekarang dah bertukar nama kepada freescale.. budak kampung masuk bandar kan..tercangak-cangak je,berdua dengan member nak pergi interview,dari jauh dah gabra tengok pintu..ehhh pintu tu kita nak tolak ke nak tarik???bertanyalah berdua ni,sekali dah sampai dekat terus pintu buka sendiri...wahhhh terasa kagum disitu...hahahah,nampak sangat kekampungannya kan,dengan berbaju kurung,berbeg sandang belakang,berkasut pallas hitam tali putih memang legend...kerja sehingga dapat result spm..
kawan akak nak sambung bekerja tapi akak nak teruskan belajar...

lower six..

akhirnya masuklah akak ke sekolah abu bakar school temerloh dengan semangat yg berkobar-kobar, masa tu duduk rumah sewa,rumah family jauh,nak duduk asrama malas,sesambil belajar malamnya bekerja sambilan sebagai pelipat kertas soalan peperiksaan bagi daerah temerloh,akak dan kawan-kawan bekerja untuk pej.pendidikan daerah temerloh duit yang dapat bolehlah untuk buat tampung bayar rumah sewa dan belanja makan harian...
walapon letih siang belajar,malam bekerja tapi tetap seronok,kami menyewa di kg batu satu temerloh.

semasa bercuti hujung tahun...akak bekerja lagi disebuah kedai baju di chow kit,kedainya betul-betul dibawah jejantas chow kit tempat allahyarham sudirman membuat persembahan dulu.bukan bawah sangat la sebab bawah tu jalan kan hahahah..kat hujung tangga tu la,kedai tu nama minna,dulu la sekarang dah takde pun... akak bekerja untuk membayar yuran periksa stpm sebanyak rm250 waktu tu kalau akak tak silap, duduk pulak dirumah flat yang dinamakan wisma hock ann,akak taktau lah ada ke tak lagi wisma tu...lama sangat dah tak pergi sana...

ye sebab nak sambung belajar jadi taknak susahkan mak ayah jadi bekerjalah sendiri untuk menampung segala perbelanjaan,tapi ok je rasa gembira sangat waktu tu...

bila kita lalui keadaan sukar seperti itu barulah kita ada rasa untuk menghargai setiap apa yang kita buatkan..dalam belajar tak pandai tu tetap nak bersekolah..dan tak sangka pula nama termasuk dalam senarai pelajar yang akan dapat result cemerlang.. malu pun ada nama terpampang kat papan kenyataan sekolah... tapi apakan daya result ok itu tak membawa akak kemana, sebab tak mampu nak sambung belajar lagi,namun bersyukur 2 tahun selepas itu dapat kerja tetap,dapat juga membantu keluarga...

Wassalam

dr.adrien aryan

Assalamualaikum...

Kali ni dokte adrien lak yang pegi kidzania,ikut program bersama taska.




dekat sini bukan hanya menjadi dokte,macam-macam yang anak-anak boleh buat tetapi pihak taska lebih tumpukan kepada beberapa aktiviti utama seperti menjadi doktoe.

Sebelum ke kidzania ni,mama diberikan buku mengenai doktor dan tugas-tugas doktor,dirumah mama kena bacakan buku dan tunjukkan gambar pada dr.adrien samaada dokte adrien faham atau tidak tugas-tugas doktor..

Alhamdulillah dokte kecil mama itu faham tugas-tugas yang perlu dilakukan berdasarkan gambar yang mama tunjuk,lagipun pihak taska juga sudah buat praktikal,dr.adrien menjadi dokte dan ada kawan-kawan yang jadi pesakit..

Tengok gambar dokte adrien pergi bank untuk keluarkan duit,mata mama dah berkaca..hai anak terasa cepat waktu berlalu,kamu dah membesar rupanya.nampak macam dah pandai berdikari pulak kamu.

Seronok dr.adrien dapat beraktiviti bersama kawan-kawan.

Wassalam

Wednesday 1 April 2015

#kenangan mengusik jiwa 2

Assalamualaikum...



ketuk ketampi labu-labi...

Sapa tengok citer labu-labi p.ramlee angkat tangan...

kan ada scene yg haji bakhil tu sikit-sikit suruh ketuk ketampi, ingat lagi muziknya bagaimana waktu tu...haaa jangan taktau kami sekelas pun pernah kena macam tu..haaa waktu ni akak dengan en.azmi dah sekelas,form 4 masa tu..cikgu husin ajar geografi..

ayat yang paling akak ingat yg cikgu ni selalu cakap kat kitorang..

" ah aok ni,asal ko lalu je meroba,asal ko lalu je meroba.." bahahaha ye la dia suh lukis peta tp tak menjadi,dia nak tengok je kitorang padam kikiki... satu lagi

" aah aokme ni...koi cakap wat tak cakne je.." hehehe  loghat pahang tu..

 tapi yang paling diingati adalah denda yang cikgu husin ni kenakan kat kitorang...kadang bila dia tanya soalan mesti jawab sepantas yang boleh,kalau lambat je terimalah nasib kami...satu kelas okeh kena denda..

"lambat sangatttt..keluar barisannnn" semua pun berbaris diantara meja tu, kemudian cikgu husin pun cakap..

" ok..turunnnn"

ketuk ketampilah kami sekelas sambil gelak-gelak,ada sorang yg berkaki panjang siap member depan terduduk atas riba dia,gamat satu kelas dibuatnya... tergelak satu kelas termasuk cikgu husin tu

tersenyum-senyum  lak akak teringat kenangan itu..lucu sangat rasanya,itu belum lagi bebudak lelaki bakar mercun dalam kelas..adoii dunia gamat bunyinya...

Kenangan zaman persekolahan kan...

Wassalam

Kejohanan Silat Olahraga

 Asalamualaikum... Mga kita semua didalam lindungan dan redha Allah swt. 3,4 dan 5 Mac anak-anak mama menyertai satu lagi kejohanan silat. K...