Showing posts with label Masakan mama. Show all posts
Showing posts with label Masakan mama. Show all posts

Tuesday, 20 September 2016

Cari duit poket

Assalamualaikum....

Al-kisahnya...mama mencuba macam-macamlah nak cari duit poket lebih, saja suka-suka. Adalah jadi dropship jual tudung, jual baju ada la terjual juga tapi lebihnya beli untuk diri sendiri hehehe...itu yang tak tahan tu. Berpinar biji mata mama ni ha bila tengok baju dan tudung cantik-cantik.

Dalam pada dok menjadi dropship tu mama pun dok la fikir lagi apa yang boleh dibuat untuk tambahkan lagi duit poket mama ni, maklumlah anak-anak banyak permintaan..ehemmm mamanya pun banyak juga kehendak yang nak diturutkan kikiki..guna nama anak pulak ye mama nih. Adalah juga 1 permintaan anak-anak yang memang akan mama usahakan walaupun memerlukan bajet yang agak besar..inshaAllah akan mama usahakan ye.

Permulaannya bila ada jamuan di ofis mama biasa buat chesse cake je, suatu hari bos order tiramisu dalam bekas tu 2,lepas tu lemon chesse cake 1/2kg. Terus rasa semangat, bila bawa datang ofis kawan-kawan lain ada lagi yang nak order. Rasa seronok sangat. Kemudian gigih paksa adik-beradik tolong promote..kikiki nasiblah kan mana tahu ada rezeki. Alhamdulillah kawan-kawan ibu banyak order oreo chesse cake dan tiramisu.

Order pertama mama tiramisu,lemon chesse cake dan oreo chesse cake

Lepas tu ada kawan-kawan ibu dan kawan-kawan yang repeat order, kata mereka sedap.. Lega rasa bila orang kata sedap, puashatikan bila dapat berikan yang terbaik untuk customer..ecehhh customer gitteewww...bila tengok kawan-kawan ibu order banyak, mulalah ibrahim dotters tanya, sedap ke kek cik lah tu??? Ibu cakap sedappp.. Lepas tu ibrahim dotters pun pakat-pakat order...terharu sangat bila adik beradik support apa yang mama buat nih, ye lah kalau tak adik beradik yang support sape lagikan.



Tiramisu kawan mama order untuk.diberikan kepada cikgu anaknya..alhamdulillah, siap cakap nanti nak tolong promote..aduhaii terharu mama tau.


Sebelum balik kampung kita hantar dulu order dari kawan-kawan, siap katanya anak akak tu yang whatsapp sendiri ibu nak order oreo chesse cake, pagi-pagi akak tu dah datang ambik kek dekat rumah ibu..adrien peneman mama pagi tu,malam dah la balik kerja lambat lepas tu buat kek pula dalam 1pg juga la mama tidur, nak cari rezeki.kan haruslah berkorban sedikitkan. Balik kampung pun lambatlah masa raya haji tu..petang baru balik kampung.


Ini order dari ibrahim dotters dan kawan di kampung, balik kampung hari tu memang terus ke kampung mama dulu hantar order..menantu hantu ni cerdik sangat tak buat lebih lak untuk dibawa ke rumah mertua...adoi la hahaha, sebab penat sangat ingat apa yang orang order sajakan,takpe lain kali mama boleh buat,tapi adik-adik ipar mama pun pandai dalam membaking nih..ibrahim dotters je nan hado kikiki,tapi oklah boleh order dengan mama kan ada juga income untuk mama.

Raya hari tu mama cuti panjang tapi selasa dah balik rumah sendiri sebab en.azmi kerja lagipun rabu tu mama ada order kek juga. Tengok semangat nak buat kek walaupun cutikan


Oreo chesse cake 1kg...deco-deco kita kasi hantam saja sebab mama ni tak kreatif janji adakan dan nampak tak kosong.

Sekarang ni disamping buat kek pulun ot pulak, gigih sangat cari duit apa kes mama nih? Nak pergi mana? Hihihi takdelah bukan sebab duit pun tapi memang mama kena kerja, ikutkan malas juga balik lewat,kerja hujung minggu tapi dah tuntutan kerjakan,kita pun menurut perintahlah walaupun mata dah layu memandang angka, tak cukup kalkulator yang ada,kalkulator enfon pun mama belasah,letih kira duit juta-juta...duit oranglah bukan duit mama..kikiki

Okeh rehat dah tamat mari mula kerja, bertabahlah balik pukul 8, keluar rumah gelap balik rumah pun hari dah gelap, takpe sampai disember je kan, januari kita rilek goyang-goyang kaki sekejap. Ada kesempatan mama singgah blog kawan-kawan ye, bila dah kat rumah mata layu dah naj tengok enfon yang kecik nih,kadang gagah juga baca sebab nak naca cerita kawan-kawan kan.

Wassalam

Monday, 11 April 2016

hasil dari orang demam

Assalamualaikum....

Alhamdulillah kesihatan mama bertambah baik, demam dah kebah, cuma sekarang masih batuk-batuk. Semalam pagi masih terasa sengal-sengal badan, kepala pun ting tong je, berbaring sekejap, tapi takkan nak berbaring lagi sepanjang hari kan, perlu bangun untuk keluarkan peluh barulah sihat.

Melihat bahan-bahan yang dibeli en.azmi, mama mula merangka apa yang hendak dimasak untuk makan tengah hari. sehingga pukul 10 pagi mama masih berbaring di kerusi diruang tamu.kemudian kumpulkan semangat, bangun tuju ke dapur.





inilah hasil masakan dari orang yang baru nak kebah demam...hahaha, ketam telur masin, kerang tu dah lama mama minta en.azmi belikan, tapi dikedai runcit tu payah pula ada, semalam alhamdulillah ada rezeki mama nak makan kerang, maka jadilah rendang pedas kerang arwah mak mama punya stail..hehehe, memang kalau kerang irulah yang mama masak, jarang sangat buat masakan lain untuk kerang.




dan ini air untuk melegakan tekak dikala cuaca panas, walaupun batuk dan sakit tekak mama minum jugalah segelas..penawar sakit tekak katanya hahah. bukan apa alang-alang adan tembikai sebiji yang entah dari mana munculnya, kalau tak 2 biji sebiji dah dibawa ke rumah ibu pada sabtu hari tu dan sebiji lagi ni, kalau dipotong begitu tentu tak dimakan, jadi buat air saja tentu laku waktu cuaca panas beginikan.

kemain mama dengan gelas kaki yang tak berapa halus tu kan hehehe...gelas yang kini tinggal 5 biji, sebiji dah dipecahkan adelya, haish anak dara tu lain dari abang-abangnya, kalau abang-abang takut nak usik pinggan mangkuk mama, adelya pula selamba saja pecahkan. Gelas tu adalah benda pertama yang en.azmi belikan untuk mama. sebelum kawin kami ke metrojaya sale, katanya nak apa? ambillah... entah mama tak tahu nak ambil apa, mama ambil saja gelas ini hehehe..

Itulah hasilnya dari orang yang baru nak baik demam, alhamdulillah..moga hari ini bertambah baik, batuk-batuk ini biasalah ambil masa sikit nak baiknya kan, minum air masak banyak-banyak sikitlah, ya bekalan 2liter air perlu dihabiskan.

Wassalam



Friday, 8 April 2016

Pertama kali buat

Assalamualaikum...

Buat pertama kalinya selepas 8 tahun, benda yang memang mama elak untuk masak, akhirnya semalam mama masak buat pertama kalinya.

semalam balik dari kerja singgah kedai runcit bersama en.azmi, mama nak beli bahan masakan untuk untuk juadah berbuka puasa, dalam dok pilih-pilih sayur tu sekali en.azmi hulurkan satu bungkusan pada mama, dia kata kalau masak ni sedap juga. mama terusss...hmmm ok

Belilah bahan untuk masak apa yang disuruh en.azmi tu, ok takpe tak pernah masak pun, bukan tak pandai nak masak, tapi benda itu memberikan kenangan yang cukup mengusik jiwa mama nih, Sampai bila pula mama taknak masakkan? lagipun benda itu memang mama suka...huhuhu cumanya kali ini mama masak sendiri.




Inilah bendanya...bubur pulut hitam, makanan kegemaran mama. setiap kali bulan puasa inilah makanannya yang mama minta arwah mak masakkan, tak pernah tinggal ok, memang sedap sangat makan hari-hari masa berbuka pun takpe. Tapi sejak mak pergi, mama tak makan lagi, pernah minta kakak buatkan sebab rasa nak makan masa mengandungkan abang adam, tapi itulah...manakan sama.

lama jugalah selepas itu, tengok bubur pulut hitam je, mama rasa nak makan  tapi jauh disudut hati rasa macam, nantilah mama makan, satu perasaan yang tak dapat diungkapkan.

Ok lah juga bubur yang mama masak ni sedapp..hahaha puji sendiri,maklumlah sendiri masak, sendiri yang makan, sendirilah yang puji..

Wassalam

Tuesday, 8 March 2016

spaghetti bolognese meatball

Assalamualaikum...

Hari ini mama cuma nak share resepi yang menjadi kegemaran ramai insan...hahahah terperasan pulak..

resepi ini jadi kegemaran anak-anak.
resepi ini jadi kegemaran anak-anak buah
resepi ini jadi kegemaran adik-adik ofis, tapi tak semualah kot hahaha

"kak lah tahu tak..dulu saya tak makan spaghetti ni, tapi sejak makan spaghetti yang kak lah buat, terus rasa..perggghhh sedapnya" hahaha...haa sejak tu bila ada jamuan kat ofis, mesti ada yang minta mama masakkan spaghetti, ok lah untuk adik-adik boleh sajakan.

satu petang yang indah dapat pula whatsapp dari boss mama, minta resepi spaghetti mama tu. jadi hari ini mama nak share dekat sini pula, cuma mama tak ingat mungkin mama dah pernah share, tapi tak pe mama share lagi.

Bahan-bahan :

daging kisar ramly
1 tin cendawan butang (dihiris nipis)
1 botol sos spaghetti cendawan kimball
1 tin tomato puree
meatball (mama guna brand azmy, sebab rasa macam home made je, nak buat sendiri pun boleh mama pernah share resepi kat sini)
sebiji bawang hollang (cincang halus)
5 ulas bawang putih (cincang halus)
sedikit garam
minyak untuk menumis

cara membuatnya :

tumis bawang holland dan bawang putih sehingga naik bau.
kemudian masukkan daging kisar ramly, masak hingga kering air.
masukkan sos spaghetti dan tomato pure, masukkan air, tengok tahap pekat kuah yang kita mahu.
masukkan cendawan butang yang telah dihiris nipis dan meatball.
perisakan dengan garam...selesaiii

spaghetti direbus dalam air mendidih yang dimasukkan sedikit minyak masak..bila nak tahu dah ok putuskan sedikit spaghetti dan baling ki dinding kalau melekat tu maknaya dah masaklah...hahaha ini en.azmi yang bagitahu mama sebab bab masak spaghetti ni en.azmi yang terer.



ulang tayang gambar lama sajalah...

saja mama share resepi nih sebab ada yang minta mama share sebelum ni...hehehe

Allahummasolli a'la sayiidina Muhammad
Waala a'li sayyidina Muhammad

Wassalam

berkongsi resepi ni dikira bersedekah juga tak?


Saturday, 5 March 2016

Sambal hitam

Assalamualaikum...

Terfikir-fikir nak masak apa? Nak makan dengan anak-anak je jadi masak simple sudahlah, anak-anak dari semalam minta ayam masak merah,jadi mama buat hari ni, bayam merah tumis, telur dadar dan sambal hitam pahang tu..heheheh



Pertama kali mama buat, kebetulan kawan ofis bagi belimbing buluh, mama pun cuba sajalah membuatnya.

Belimbing buluh direbus - patut sampai hitam tapi tak kuasa pulak mama nak merebus lama-lama, nampak kaler dah lain sikit ok lah..hihihi
Ikan bilis dibersihkan-buang kepala, isi perut dan tulang,mama tak suka kalau ikan bilis tak dibuang segala isi perut tu, mesti bersihkan dulu
Cili padi,bawang merah,bawang putih-mama tumbuk, ikan bilis tadi pun mama tumbuk tapi tak la halus sangat.

Mama tumis semua bahan yang ditumbuk tadi sampai garing.
Belimbing yang dah siap direbus tadi pun mama lenyek dengan lesung.

Setelah bawang tumis tadi garing mama masukkan belimbing,goreng sampai kering. Masukkan juga kicap manis sedikit.

Kikiki...tu cara mama buat, taktau yang sebenarnya orang buat macammana, malas nak menggoogle. Bila mama makan...hmmm sedap hahaha sendiri masak sendiri puji ye...

Makan dengan nasi panas, cukup itu saja lauknya, bertambah juga mama makan.

Allahummasolli a'la sayyidina Muhammad
Waala a'li sayyidia Muhammad

Wassalam

Thursday, 11 February 2016

Donut ke ni mama?

Assalamualaikum...

Mencuba resepi cakoi yang dikongsi oleh adik mama, tapi sudahnya ini yang jadi..


Sudahnya jadi donut yang tak berapa nak donut, lubang donut telah hilang hihihi... Hentam sajalah. Asalnya nak buat cakoi, tapi anak-anak nak donut jadi, doh cakoi mama tukar jadi donut, kira oklah tu janji rasanya sama.

Mama buat 12 ketul,3 ketul untuk bekalan abang adam ke sekolah. Ingatkan dapatlah mama berbekal juga, selepas bersiap turun bawah, mama tengok sudah habis donut dimakan anak-anak :-).

Kata abang adam "sedap donut mama buat, nanti buat lagi ye" hehehe macam sedap sangat ye, oklah nanti boleh mama buat lagi.

Allahummasolli a'la sayyidina Muhammad
Waala a'li sayyidina Muhammad

Wassalam

Sunday, 24 January 2016

Lemon chesse kek

Assalamualaikum...

Permintaan dari adik alam maya mama...yan, minta share resepi lemon chesse cake.. Lemon chesse cake yang mama buat ni ada dua versi 1 versi kukus, 1 lagi versi non-baked punya. Kat sini mama share kedua-dua cara ye..

1. Lemon chesse cake non-baked.

Ini sebab mama dah penat,lepas masak spaghetti baru mama buat kek, tak larat nak menunggu kalau dikukus jadi mama non-baked saja.




Bahan-bahan

Butter (dicairkan)
Biskut marie (dihancurkan)

500g cream chesse
Susu pekat manis
1biji lemon ( diperah & diparut sedikit kulitnya) - jika mahu jus lemon banyak golek2 terlebih dahulu lemon tu bagi lembut, tak tahulah betul tak teori ni hihihi
100ml air
Sedikit agar-agar tali (mama tak biasa guna gelatin, jadi mama guna agar-agar tali jadi kena agaklah banyak mana nak guna dengan 100ml air tu ye)
100ml whipping cream (mama guna brand value pride)
Sedikit gula kastor.

Cara membuatnya :

Butter yang telah dicairkan digaul bersama biskut marie yang telah dihancurkan, masukkan ke dalam loyang dan padatkan,seeloknya guna loyang yang boleh dibuka bahagian bawahnya,mama pun tak tahu apa nama loyang yang sebenarnya huhuhu, bila dah siap.masukkan dalam peti ais.

Kemudian pukul whipping cream bersama gula kastor sehingga hancur dan sebati, masukkan juga ke dalam peti.

Pukul cream chesse bersama susu pekat manis, sesuaikan rasa manis mengikut kesukaan, jangan terlebih manis sebab whipping cream tadi dah dicampur gula. Kemudian masukkan jus lemon dan sedikit parutan kulit lemon.

Cairkan agar-agar,apabila sedikit sejuk campurkan ke dalam adunan cream chesse dan campurkan dengan whipping cream tadi, dah siap tuangkan diatas biskut marie tadi, bila dah habis masukkan ke dalam peti sejuk, biarkan semalaman.



Lemon chesse kek versi kukus.




Bahan2

5 sudu butter dicairkan
Biskut marie dihancurkan

500g cream chesse
3 biji telur
11/2 sudu kecil esen vanila
1 cawan gula
2 sudu besar tepung gandum
1 biji lemon

Cara membuatnya :

Biskut marie digaul dengan butter yang telah dicairkan,padatkan dalam loyang, dimasukkan sebentar didalam peti sejuk

Pukul cream chesse hingga lembut,masukkan gula, pukul lagi hingga sebati, kemudian masukkan tepung.pukul lagi.

Masukkan telur satu persatu,masukkan esen vanilla,jus lemon dan parutan kulit lemon,

Tuang diatas biskut marie tadi, kukus sehingga masak.

Untuk hiasan.

10 biji strawbery dipotong dadu. Masakkan bersama 3 sudu besar gula, masak sehingga gula cair dan rupanya seperti dalam gambar, sejukkan dan boleh ditabur ke atas kek tadi.

Ok itu saja perkongsian resepi mama untuk kali ini, selamat mencuba ye.

Oh ya kalau non-baked durian chesse pun resepinya sama seperti diatas, cuma gantikan lemon tu dengan durian ye.

Allahummasolli a'la sayyidina Muhammad
Waala a'li sayyidina Muhammad

Wassalam


Monday, 21 December 2015

Tiramisu & mango chesse cake

Assalamualaikum....

Ini permintaan buah hati mama,katanya dah lama tak buat jadi petang semalam balik dari membeli barang keperluan sekolah anak-anak gigihlah mama membuatnya.



Inilah hasilnya....tiramisu versi mama, kalau dulu mama guna nescafe tapi bila dah ada anak-anak ni mama guna milo je menggantikan nescafe.

ini juga khas buat blogger ira yang bertanya selain oreo boleh guna biskut apa, Ini untuk tiramisu mama guna biskut marie sahaja dan milo. Cara buatnya lebih kurang sama dengan oreo chesse cake nih. kalau nak bertanya lanjut boleh whatsapp mama ye ira...hehehe


Ini pula versi guna buah-buahan...mama guna mango.. Nyum nyumm...hihihi

Ok itu je update ringkas dari mama hehehe..nanti mama share lagi resepi senang-senang yang mama pernah buat ye...heheheh  sempat lagi mama ni ye

Allahummasolli a'la sayyidina Muhammad
Waala a'li sayyidina Muhammad

Wassalam

oreo chesse cake

Assalamualaikum...





ini oreo chesse cake antara hasil kerastangan mama...hehehe taram saja mama hiasankannya tu..ada untuk anak-anak dan ada yang orang order.

semalam blogger yan minta mama share kan resepi, jadi mama share dekat sini ye. mama buat versi mudah je..non baked punya...hehehe segan mama tau bila ada orang minta resepi sebab mama ni tak pandai sangat memasak, tapi mama tetap share untuk yan

bahan-bahan (untuk sebiji kek seperti gambar)

500gm cream chesse (tatura @ emborg)
biskut oreo secukupnya (mama guna 3 bungkus)
susu pekat manis
susu full cream
sesudu besar butter

untuk hiasan :

biskut love letters julie's ( untuk kek 1 dan 2)
biskut oreo
kit kat bytes

cara membuatnya :

1.untuk lapisan bawah, hancurkan biskut oreo, cairkan butter kemudian gaulkan dengan biskut oreo tadi, masukkan kedalam bekas, tekan sehingga padat, masukkan sekejap ke dalam peti air.

2.pukul cream chesse bersama susu pekat manis dan krim biskut oreo. (manis ikut kesesuaian).
biskut oreo (asingkan daripada krim) mama guna juga krim biskut oreo tu sebab rasa rugi jika dibuang.

3.dalam bekas letakkan sedikit cream chesse yang sudah dipukul sebati tadi. kemudian susun biskut oreo yang telah dicelup sebentar dengan sudu full cream. celup sekejap je jangan lama.

4.susun biskut oreo kemudian letakkan cream chesse..ulang langkah tersebut hingga cream chesse habis.. hasilnya akan nampak seperti layer cake.
selesai masukkan ke dalam peti ais (bukan bahagian beku).

itulah cara mudah mama buat oreo chesse cake...hiasan boleh ikut kreativiti. mama kurang kreatif jadi main taram sajalah.

Moga yan berpuashati dengan perkongsian mama ni,kalau ada apa nak tanya whatsapp mama ye.

Allahummasolli a'la sayyidina Muhammad
Waala a'li sayyidina Muhammad

Wassalam


Thursday, 27 August 2015

berjaya juga akhirnya

Assalamualaikum....


mama merancang nak buat sambutan hari lahir adelya dekat taska pada isnin atau selasa, tetapi banyak kekangan pula, tidaklah sempat mama nak buat,sebabnya bukan apa,mama ni bercadang nak buat kek sendiri hehehe.

Selasa balik dari kerja, beli semua bahan yang diperlukan, apa yang ingin diberi kepada anak-anak di taska. dapat gembirakan anak-anak ni kita juga dapat merasa keseronokkannya.



mama ingin berikan sesuatu yang boleh disimpan oleh anak-anak taska, jadi mama hadiahkan mereka sebuah buku, tak mahal pun bukunya, beli yang murah-murah sahaja asalkan boleh jadi bahan bacaan. siap mama printkan kartun comel tu letak nama adelya, gigihlah malam-malam print benda tu dan gunting, buat kerja sambil berperang dengan anak-anak sebab mereka pun teruja dok tengok mama print benda tu, abang adam pun siap request nanti dia nak optimus prime...hehehe boleh aje tunggu besday abang nanti ye

berikan buku itu boleh disimpan dan digunakan selalu, bila anak-anak ini dah besar dan tidak lagi berjumpa ada juga kenangan mereka untuk kawan-kawan kan.selain itu,mama letak juga la sedikit makanan untuk anak-anak taska, anak-anak mesti suka dapat makanan kan..sebab anak-anak mama pun macam tu..


kit kat bites stoberi coklat cake

kemain eh nama kek...hahaha saje je mama bagi nama tu,pada halnya kek coklat moist biasa tu je.. stoberi dengan kit kat bites tu saja nak bagi meriahkan kek tu je...mama takde idea nak menghias jadi mama taram je la,asalkan nampak menarik dimata mama ni ha..sudahla kan.

mulanya mama buat selapis je, tetiba rasa macam...ehhhh kecik pulak kek ni,nanti tak cukup macam mana? macamlah kek mama tu sedap sangatkan kot bebudak berebut tak cukup lak nanti, teruslah pukul 10malam tu gigih mengukus sebijik kek lagi dalam loyang yang sedikit kecil, itu yang jadi 2 lapis tu...bahagian bawah tu nampak comot sikit, tak sempat mama nak bersihkan dah sebab anak dara dah menangis-nagis...

hari ni potong kek lah adelya kat taska tu, harap-harap semuanya berjalan lancar, anak dara mama tu bukan boleh kira, macam-macam peel nya tu nanti..

Allahummasolli a'la sayyidina Muhammad
Waala a'li sayyida Muhammad

Wassalam

Thursday, 9 July 2015

dari dapur mama

Assalamualaikum....

Maaflah mama nak tepek gambar makanan kali ini, sajalah ye...inipun yang sempat mama amik gambar, selebihnya memang tak sempat pun.



yang wajib dibuat pada bulan ramadhan..buah melaka la...mesti buat walapon sekali, yang atas tu agar-agar coklat oreo, yang biasa orang buat tu heavenly milo oreo ke apa namanya tu...mama pun lupa, disebabkan dekat dapur mama tiada milo jadi mama tukar dengan koko tok aba..rasanya tetap sedap, bagi mama lah..layan je makan sejuk-sejuk.
 


ini pulak..tengah mama buat keje yang tak berapa nak kusyuk tu,dapat pula mesej dari buah hati mama yang berbunyi..." ketam masak cili...perrrggghhh" tetiba satu lagi mesej masuk " kerabu udang dan sotong"...hmmm...macam nak kena masak je tu...jadi pada petangnya jadilah masakan yang tak pernah mama cuba masak lagi... ketam masak cili dan kerabu udang & sotong...tapi buah hati mama makan berselera,kira ok lah rasa masakan mama tu ye..


nasi ayam madu katanya...hehehe ini bila mama dah tak tahu nak fikir masak apa, terus terlintas di fikiran, kita masak nasi ayam je lah..buah hati mama pun setuju, jadi moh ler perap ayam bersama bahan-bahan yang diperlukan, makanya terhasillah nasi ayam madu..yang mama taram je resepinya ikut suka mama, yang penting boleh dimakan, ayam tu nampak hangit diluar tapi gebu didalam ye...ahahaha...


ketam telur masin...ini gambar yang mama masak sebelum puasa, tapi boleh lah guna gambar ini je kat sini..hehehe, inipun mama main hantam je resepinya,pernah baca kat mana entah,pastu mama main ingat-ingat je masa buat tu dan inilah hasilnya..tak berapa nak mabelles mama rasa, kena tingkatkan lagi dari segi rasa, mungkin ada bahan yang mama tertinggal agaknya tu, biasalah buat pertama kali kan, kali kedua mesti sedap nanti...


Tiramisu ni mama buat dua kali dah, pertama kali masa adik beradik datang berbuka dirumah mama dengan bangganya mama hantar gambar ini ke grup wasap adik-adik ipar dan biras..hehehe bajet terror la sangat memasakkan...bukan apa saja berkongsi juadah yang mama masak, tapi bukan selalu pun mama share kadang-kadang je...segan juga nak share selalu kan...sudahnya adik-adik ipar teringin juga nak makan, mama pun buat kali kedua semasa family in law bertandang ke rumah minggu lepas.


kesnya mama tak tahu nak masak apalah ni...ikut hati nak goreng telur dan buat sambal kicap je makan dengan nasi panas-panas, mama tetap selera je menyuap,mama bab makan mudah je, nasi dengan telur goreng,ayam goreng..hatta nasi dengan tempe goreng dan sambal kicap pun jadi, siap makan bertambah-tambah lagi,tapi memikirkan buah hati kalau makan nasi perlu berkuah jadi mama tak bolehlah pentingkan diri sendiri, semalam teringat buah kuini yang mentua bawa minggu lepas, terus gigih menumbuk cili membuat sambal kuini, mama goreng ayam dan goreng ikan, lepas tu mama buat sayur lemak fucuk dan suhun ni dicampur udang sikit...berselera mama makan, buah hati pun makan bertambah...makan macam ni lagi sedap....

hai cukuplah tu gambar makanan,mama pulak yang tertelan ailio tengok gambar makanan nih...

tetiba mama terasa nak buat sedikit biskut raya bersama anak-anak weekend nih, jadi ke tidak tu tak tahu lah lagi hehehe..dah ada sejenis dua dok berlegar-legar dalam otak mama yang mama plan nak buat ni.

Allahhumma solli'ala sayyidina Muhammad
wa'ala ali sayyidina Muhammad

Wassalam

Tuesday, 26 May 2015

sambutan suku tahunan

Assalamualaikum....

Di Seksyen mama bekerja ni, kami ada buat sambutan hari lahir secara suku tahunan..

ini dah lama pun majlisnya,tapi baru sekarang teringat nak update..hehehe sebab banyak sangat kisah anak-anak yang nak diceritakan,cerita mama dipinggirkan lah,lagipun cerita mama tak berapa menarik,cerita anak-anak lebih menarik untuk dikongsi, tapi kali ni mama kongsi juga lah cerita mama yang tak seberapa tu..



Untuk bulan jan.feb dan mac..hanya 5 orang je, jadi jom lah kita potong kek ramai-ramai..tak potong pun tu, eksyen je lebih...sapa nak makan potong sendiri. kek besar tu beli dengan duit seksyen yang kami collect setiap bulan,kek kecik tu ada yang sponsor...

Hari tu juga atas permintaan...mama ada memasak juga..hehehe, mama masak apa tu???





Inilah yang mama masak...permintaan adik-adik di seksyen tu yang minta mama masakkan spaghetti, mama buatlah spaghetti meatball...kata mereka sedap sangat spaghetti mama ni ( hamboih kemain lagi mama puji diri kan..hehehe jangan marah ye sesekali...ini kata mereka bukan kata mama) siap cakap mereka buat tapi rasa tak macam yang mama masak ni... ada yang minta resepi lagi, ok nak resepi ambil kat sini ye..

Seronok juga sesekali ada majlis macam ni,boleh berseronok bersama kawan-kawan dan bos.. dapat bos sporting lak tu memang ngam lah..

Pesanan buat anak-anak mama :

Kita adalah siapa kawan-kawan kita, carilah kawan yang baik yang dapat membimbing kita ke jalan Allah.

Allahumma solli ala saiyyidina Muhammad
Wa ala aali saiyyidina Muhammad

Thursday, 21 May 2015

masak lemak ketam nenas

Assalamualaikum...

Minggu lepas adik-adik dan kakak datang berkumpul dirumah akak, sudah lama rasanya rumah ini tidak riuh macam tu.Sebelum datang tu memasing siap order apa yang nak dimakan antaranya butir nangka,rendang kerang dan masak lemak ketam..ok akak layankan aje sebab permintaan tu senang je nak dibuat.





haaaa tu dia...sebekas akak punya masak lemak ketam nenas nih,tapi ketamnye kecik-kecik bolehla lepaskan kempunan adik-adik nak makan masakan kakak dorang yang kononnya sedap sangat nih.. hahaha nak resepi ke? kuikuikui bajet terer kan akak nih, kalau nak boleh lah ke sini (blog khas masakan akak yang kononnya untuk rujukan anak-anak satu hari nanti).

Alhamdulillah...semua masakan licin dimakan,senang hati akak tengok..ye lah bila kita memasak dan orang makan dengan berselera tentu kembang hati kita kan,walapon yang kita masak tu biasa-biasa je..

Ini pun ada permintaan lagi dari adik kat opis nih,minta dibuatkan butir nangka sebelum puasa nanti, inshaAllah..yang mana akak boleh buat akak akan buat demi adik-adik ye,seronok bila ada yang meminta kita masak untuk mereka dan mereka makan penuh selera, haishhh bukan bangga diri tau, saja lahirkan rasa seronok, banyak permintaan adik-adik nih sebenarnya...hehehe tapi bab makan dan masakan ni akak tulis kat blog lagi satu tu je..

Pesanan buat anak-anak mama :

Buatlah sesuatu dengan ikhlas,pasti hasilnya akan menyenangkan semua orang..

Wassalam

Sunday, 29 March 2015

choc lava wif ais krim


Assalamualaikum.....

Akak ni tidaklah pandai memasak sangat,tapi bila en.azmi tanya boleh buat tak?akak angguk je.. takde salahnya mencubakan..
Jika kali pertama tidak menjadi kita cuba lagi untuk kali kedua,ketiga dan seterusnya kan..




atas permintaan en.azmi maka jadilah chocolate lava wif ice cream..yummehh..hehehe

anak-anak suka itu dah cukup buat mama tersenyum..buat 6 ketul je..
alhamdulillah seperti biasa anak-anak memuji sedapppp...ok nanti kita boleh buat lagi,nak buat pun senang,tak sampai sejam dah siap...

sapa rajin nak cuba meh akak bagi resepi ye...sapa nak makan yang akak buat boleh la datang rumah hehehe...

Bahan2 :

5 sudu besar buttercup
1 bar cooking choclate
3biji telur saiz besar
3 sudu besar gula
3 sudu besar tepung
2 sudu kecil serbuk koko
secubit garam

Cara membuat :

Cairkan mentega dan coklat bar dengan kaedah double boiler
Pukul telur dan gula hingga larut.
masukkan adunan coklat panas tadi ke dalam adunan telur hingga sebati
masukkan tepung,serbuk koko dan garam

Tuang adunan ke dalam ramekins @ apa2 bekas seumpamanya, bakar pada suhu 200 darjah selama 13minit sahaja.

Ok itu je cara nak membuatnya

Wassalam

Wednesday, 18 March 2015

meatball chesse

Assalamualaikum...

Sebelum balik kg,plan dgn adik2 ipar nak buat meatball chesse,akak siap beli bahan2,punya la semangat tapi terlupa bawa balik hehehe.

Petang ahad tu..akak tak masak pun,cuma ajar adik ipar buat...akak dengan biras dok lipat kain hihihi.


Inilah rupa meatball tu sebelum dan selepas masak... Buat 2 loyang tu,alhamdulillah abis dimakan.sedap tu tapi bukan akak yang masak.tukang ajar je. hehehe

Cara nk buat mudah saja

Bahan2:

Meatball/chicken ball
Capsicum merah,hijau
Bawang holland
Cendawan butang
Sos prego carbonara/sup cendawan campbell
Mozarella chesse

Cara buat:

Rebus chicken ball,kemudian toskan letak dlm loyang
Masukkan bahan2 lain
Akhir sekali taburkan mozarella diatas
Bakar pd suhu 160 selama 20 minit @ sehingga keju cair

Update baru sebab yana tanya resepi hehehe..
Selamat mencuba yana

Wassalam



Wednesday, 4 March 2015

masak lomak cili api


Assalamualaikum...





hasil mengail di pasar karat ahad lalu.suka sangat anak-anak dapat makan udang besar.. Alhamdulillah rezeki..sesekali boleh la kata en.azmi..xpe apapun syukur dengan rezeki yang ada selama ni.

Wassalam

Sunday, 15 February 2015

cair di mulut...

Assalamualaikum....

Tengah menunggu biskut masak kita hapdate sikit la,menaip depan oven ko.. Hehehe

Seperti dijanjikan sedang membuat biskut kegemaran en azmi,kali pertama mencuba ni,hasilnya bole la tahan,mula gigit keras tapi dalam mulut cair...wah gitu


Inilah biskutnya, tengok pada rupa tu,kena up lagi skill menekan biskut nih,bentuknya tak berapa menarik tapi cuba tengok muka model yang makan biskut tu tentu bole agak rasanya kan? Belum habis dimasak,adrien dah dok mengadap bekas biskut tu, "mama keras la tapi sedappp...." Kemain memuji, cherry yg atas tu anak2 la yg tolong letak, mujur ada yg membantu..nanti2 senangla mama ada yg suka menolong.

Ok la kang hangit lak biskut akak dalam ovan ni hehehe

Wassalam

Kejohanan Silat Olahraga

 Asalamualaikum... Mga kita semua didalam lindungan dan redha Allah swt. 3,4 dan 5 Mac anak-anak mama menyertai satu lagi kejohanan silat. K...