Assalamualaikum...
Jamuan raya sebelum ni ada pot luck, mama buat kek batik. Tetiba ada yang nak order.. Eceh segan lak mama dibuatnya. Tapi dalam segan-segan buat jugalah sebab orang nak makan. Sedap katanya mama buat.
Malam tadi gigihlah buat kek batik. Gigih sangat ye pada hal senang je tak perlu bakar lebur je dalam kuali. Mula rasa penat nak buat tapi memikirkan orang nak makan tu mama buat juga lah, bahan pun beli dah petang, balik dari jalan-jalan baru singgah kedai beli bahan.
Ini rupa kek batik yang mama buat masa jamuan raya hari tu buat biasa-biasa je atas tu mama tabur kacang tanah tumbuk je. Hari ni pun mama buat yang sama juga harap-harap sedaplah, mama bukan apa kalau orang order rasa gigil je nak buat. Tapi dalam gigil tu tetap buat juga.
Wassalam
diari mama untuk anak-anak soleh dan solehah mama... adam aryan, adrien aryan & adelya azra.. penyejuk dimata,penawar dihati.. bila suatu hari nanti mereka boleh membaca,dapatlah mereka membaca kisah tentang mereka yang mama coretkan disini...
Monday, 31 July 2017
Saturday, 29 July 2017
Dia pun nak buat juga
Assalamualaikum...
Semalam mama dok lipat kain yang dah menggunung tu, anak-anak bermainlah kerjanya znrah apa yang dimainkan pun bersepah-sepah ruang tamu. Mama tahan sabar sajalah tengok plastik coklat pun bersepah. Biarlah dulu nanti mama kemas kemudian.
Sedang mama sibuk mengemas adrien datang, mama sampah buang kat sini yen dah buat bakul sampah.
Tengoklah adrien pun nak berkreatif jugalah tu plastik sampah sangkut dekat hanger. Ini mesti tengok tempat tisu mama la tu terus dapat idea sangkut plastik sampah dekat hanger nih. Ok ok boleh diterima tapi janganlah gantung depan pintu bilik mama tu nak oiii..
Ok yang ini mama buat. Rimas je tengok plastik sampah tergantung dengan plastik-plastik lain yang ada teruslah dapat idea nak bagi kemas sikit. Cari dalam almari adelya jumpa baju yang dah berlubang daripada mama buang baik mama buat sesuatu dulu. Itulah hasilnya.. Tempat letak plastik sampah. Kalau nak guna tarik je. Tapi gambar puteri tu terbaliklah harap-harap dia tak peninglah hahaha. Mama jahit sikit dileher baju kemudian kemaskan sebelum dijahit pada hanger. Hasilnya tak berapa kemas tapi kira oklah tak.serabut dah mata mama tengok plastik sepah-sepah.

Friday, 28 July 2017
kad laporan abang
Assalamualaikum...
Haih citer dah lama pun sebenarnya tapi kenalah up juga sebab sebelum ni dah cerita pasal kad laporan adrienkan, nanti kalau abang tengok takde cerita dia kecik hati pulak abang. biasalah abang adam tu kan berjiwa lembut sikit-sikit kecik hati.
Sekarang ni urusan sekolah anak-anak banyak mamalah yang uruskan kalau dulu memang lepas tangan je pada en.azmi memandangkan waktu kerjanya flexible tapi sejak bertukar kerja ni tak boleh dah, tiap-tiap minggu pun ada out station, bukan kerja besar pun ye dengar out station macam kerja besar-besar je kan hahaha..en.azmi kerja dengan forwarding company hantar barang pindah dan macam-macam barang lagilah, jadinya kenalah bekerja mengikut waktu, bila barang perlu dihantar.
Mama half day lah hari tu sebab abang sekolah petang. memandangkan hari jumaat 12.15 dah rehat mama pun keluar awallah lagipun mama parking dekat masjid negeri kalau lambat mesti tak boleh keluar nanti bila orang dah ramai ke masjid mesti jalan keluar kena block dengan kereta yang parking ditepi-tepi jalan bagi mengelakkan masalah makanya kita keluarlah awal sikit lagipun memang dah waktu rehatkan. Balik rumah dulu rehat-rehat, waktu perjumpaan dengan guru pun 2.30.
Alhamdulillah result abang ok je, baguslah dari dulu ada peningkatan walaupun bukan no.1,2 @ 3. takpe abang mama tetap bangga dengan abang kalau dulu nombor yang abang dapat belas-belas sekarang dah bawah 10 kiranya pencapaian yang baguslah untuk abang. mama tak letakkan target yang tinggi pun bergantung pada kemampuan abang apa yang boleh mama cakap "abang bagilah perhatian masa cikgu mengajar tu, biar faham" sebab apa? mama ni bukan pandai sangat nak mengajar abang huhuhu nak pulak math dengan BI memang peninglah mama nak jawab, soalan math pun panjang berjela susah nak faham. takpa lah abang slow-slow ye, anggaplah belajar tu satu benda yang menyeronokkan.
Mama bukanlah tak tekankan bab pelajaran ni tapi mama tak mahu anak-anak rasa terbeban dan tertekan untuk belajar, taknak juga wujudkan perbandingan antara anak-anak dan kawan-kawan mereka. seronok tengok kawan-kawan share video dan result anak-anak yang dapat pencapaian cemerlang dapat hadiah masa akhir tahun, tapi mama tak pernah rasa lagilah pengalaman tu tumpang seronok tengok anak kawan-kawan je lah. Syukur alhamdulillah pandai anak-anak dorang. Alhamdulillah anak-anak mama pun pandai jugakan. apa yang mama selalu cakap nombor tu adalah bonus apa yang penting abang boleh membaca dan mengira.
Apa yang mama tengok bukan setakat baca bahasa malaysia tapi membaca jawi pun abang dah lancar, mama bangga tau, bangga juga dengan ustazah abang sebab berjaya mengajar abang sebab apa? mama tak pernah pun ajar abang, mama pun tak tahu abang boleh baca jawi sampailah satu hari abang baca surat khabar jawi, terus hati mama rasa sayu..ehhh anak mama boleh baca jawi? cuma bahasa inggeris je masih gagap lagi, ye lah mama dia ni pun bukan tahu cakap omputih pun, ada perkataan yang tak tahu tu gigih selak kamus hahaha...takpe lah nak slow-slow kan, tapi kalau bahasa arab tu memang mama tak tahu langsunglah nak ajar.
Moga abang terus cemerlang di dunia dan akhirat. Ilmu dunia itu penting tapi ilmu akhirat lagi penting, biar kita berjaya didunia dan juga cemerlang di akhirat.
Wassalam
Haih citer dah lama pun sebenarnya tapi kenalah up juga sebab sebelum ni dah cerita pasal kad laporan adrienkan, nanti kalau abang tengok takde cerita dia kecik hati pulak abang. biasalah abang adam tu kan berjiwa lembut sikit-sikit kecik hati.
Sekarang ni urusan sekolah anak-anak banyak mamalah yang uruskan kalau dulu memang lepas tangan je pada en.azmi memandangkan waktu kerjanya flexible tapi sejak bertukar kerja ni tak boleh dah, tiap-tiap minggu pun ada out station, bukan kerja besar pun ye dengar out station macam kerja besar-besar je kan hahaha..en.azmi kerja dengan forwarding company hantar barang pindah dan macam-macam barang lagilah, jadinya kenalah bekerja mengikut waktu, bila barang perlu dihantar.
Mama half day lah hari tu sebab abang sekolah petang. memandangkan hari jumaat 12.15 dah rehat mama pun keluar awallah lagipun mama parking dekat masjid negeri kalau lambat mesti tak boleh keluar nanti bila orang dah ramai ke masjid mesti jalan keluar kena block dengan kereta yang parking ditepi-tepi jalan bagi mengelakkan masalah makanya kita keluarlah awal sikit lagipun memang dah waktu rehatkan. Balik rumah dulu rehat-rehat, waktu perjumpaan dengan guru pun 2.30.
masam sangat muka abang tu, takut eh?? hehehe..sebelum jumpa cikgu pun mama dah tahu result abang sebab dah check online sebelum ni, jadi takdelah terkejut pun dengan result abang tu |
Mama bukanlah tak tekankan bab pelajaran ni tapi mama tak mahu anak-anak rasa terbeban dan tertekan untuk belajar, taknak juga wujudkan perbandingan antara anak-anak dan kawan-kawan mereka. seronok tengok kawan-kawan share video dan result anak-anak yang dapat pencapaian cemerlang dapat hadiah masa akhir tahun, tapi mama tak pernah rasa lagilah pengalaman tu tumpang seronok tengok anak kawan-kawan je lah. Syukur alhamdulillah pandai anak-anak dorang. Alhamdulillah anak-anak mama pun pandai jugakan. apa yang mama selalu cakap nombor tu adalah bonus apa yang penting abang boleh membaca dan mengira.
Apa yang mama tengok bukan setakat baca bahasa malaysia tapi membaca jawi pun abang dah lancar, mama bangga tau, bangga juga dengan ustazah abang sebab berjaya mengajar abang sebab apa? mama tak pernah pun ajar abang, mama pun tak tahu abang boleh baca jawi sampailah satu hari abang baca surat khabar jawi, terus hati mama rasa sayu..ehhh anak mama boleh baca jawi? cuma bahasa inggeris je masih gagap lagi, ye lah mama dia ni pun bukan tahu cakap omputih pun, ada perkataan yang tak tahu tu gigih selak kamus hahaha...takpe lah nak slow-slow kan, tapi kalau bahasa arab tu memang mama tak tahu langsunglah nak ajar.
Moga abang terus cemerlang di dunia dan akhirat. Ilmu dunia itu penting tapi ilmu akhirat lagi penting, biar kita berjaya didunia dan juga cemerlang di akhirat.
Wassalam
Thursday, 27 July 2017
Macammana mama isi tu?
Assalamualaikum...
macam takde mood pulak nak menulis 2,3 hari ni entah lerr mungkin kesan-kesan penuaan agaknya hahaha...
Semalam sedang mama memasak abang adam pun menyibuk di dapur. kemudian abang adam bertanya "macama mama isi tu?" isi apa pulaklah abang adam ni kan. "isi apa?" mama pun bertanya untuk kepastian. "itu..isi tu lah" mama pun tengoklah benda yang abang adam tunjuk tu...ooo isi itu rupanya hehehe.
"Cuba teka macamamana mama isi?"
"ala...abang bukan tau la mama" sambil dok belek-belek benda tu, hairan agaknya macammana boleh jadi macam tu
"mama kan pandai buat magic"jawab mama, terus muka tak puas hati dah pergi ke depan datang pula adrien menyibuk bertanya juga, mama pun tunjuklah macammana mama buat. terus adrien panggil abang adam.
"adik tahu dah macam mama buat" kata adrien pada abang adam
"macam mana?"
"tu mama dah potong tengah-tengah hanger tu" terjengket-jengket dua beradik tu nak ambik hanger tu hehehe saja mama letak tinggi kalau letak rendah pasti akan jadi bahan mainan mereka.
Nak tahu ke apa yang menarik perhatian abang adam tu? hehehe takdelah apa sangat bendanya... tengok je lah ye kat bawah ni
Ini je lah bendanya tu...apa yang boleh diy kita buat je lah sendirikan asalkan nampak kemas. Banyak tu yang mama fikir nak diy sendiri tunggu masa je sebab kena buat sikit-sikitkan bergantung pada masa lapang yang ada. mesti abang adam terfikir macam tisu boleh masuk dalam hanger macam tu sebab tu abang adam tanya pada hal benda ni dah lama pun tergantung kat dapur tu, agaknya semalam baru terasa nak tanya la tu.
sekian bebelan mama untuk hari ni, ada masa dan kerajinan mama membebel lagi, agaknya sebab makan rendang lemang banyak sangat raya hari tu jadi kemalasan mula melanda mama nak berkata-kata.

Monday, 24 July 2017
Duit raya
Assalamualaikum...
Alhamdulillah murah rezeki anak-anak mama banyak juga duit raya yang mereka dapat kali ini tapi lebih kurang sama jugalah dengan tahun-tahun sudah. Buat apa dengan duit raya tu? Biasanya akan beli barang yang mereka mahu dan selebihnya disimpan. Ada mama baca dimana entah mama dah lupa, katanya duit raya anak tu belilah barang yang mereka mahu dan separuhnya disimpan, kalau tak betul maaflah sebab mama lupa,cari linknya tapi tak jumpa pula
Macam tahun ni anak-anak nak basikal jadi separuh duit raya mereka beli basikal cuma abg adam dah ada basikal jadinya belikan dia kasut yang dia nak. En.azmi kata nanti ganti baliklah duit raya anak-anak tu sebab katanya macam tak sampai hati je beli barang anak guna duit raya anak-anak tapi sebabkan anak-anak tak sabar sangat dah nak basikal tapi papa takde bajet lagi guna la duit anak-anak dulu. Bulan julai banyak pula duit nak guna, roadtax kereta pun tamat bulan ni, macam-macam lagilah kan kegunaannya. Separuh lagi masuk tabung.
Semalam anak-anak bertanya tentang duit raya mereka, mama kata masuk tabung haji senang nanti kalau nak pergi haji,mana tahu rezeki anak-anakkan dapat pergi haji awal. Mama kata "mama simpan tabung haji tu senang nanti kalau mama tak sempat pergi haji abg, yen dengan yaya boleh pergi Mekah sama-sama". Mama tolong simpankan je duit untuk anak-anak mama, memanglah hajat hati tu nak pergi dengan anak-anakkan tapi kita ni merancang yang sebaik-baik perancang tentulah Allah. Tapi bila dengar mamanya cakap macam tu abang adam laju je cakap taknak pergi "eh kenapa abang taknak pergi pulak?" "abang nak pergi dengan mama" katanya sedih..aduhh abang ni mama cuma cakap sajalah.
Sudahnya semalam mengikut je mama dengan muka sedih, mama dengar je anak-anak bercakap masa tu."abang ni kenapa ikut mama je, jomlah main" kata adrien. "abang taknak..nantikan kalau mama masuk tanah kubur kita tinggal 3 orang je" ahahaha..sudahlah abang ni sensitif sangat jiwa tu tau, inshaAllah abang doakanlah mama ni panjang umur mama nak tengok anak-anak mama berjaya, tapi kalau dah sampai ajal mama tu tak bolehlah kita nak tahankan. kelakar je bila ingat balik, solat pun dengan mama kat sebelah kalau tak solat sendiri je. Tengok darikan nak cerita pasal duit raya dah cerita sedih, ini abang adamlah yang punya pasal ni hehehe tak pasal-pasal sedih.
abang adam dan adrien masa join simulasi haji tahun lepas, tahun ni takde dah. ingat nak masukkan adelya pula tahun ni tapi macam tak kesampaian je. takpelah adelya lain kali mungkin ada rezeki ye.
ini simulasi nanti inshaAllah abang pergi betul-betul ye dengan adik-adik, ok mama papa sekali.
wassalam

Friday, 21 July 2017
Yen tak nak pergi sekolah!!
Assalamualaikum...
Dari minggu lepas lagi adrien ada bagitahu mama dia tak mahu pergi sekolah. Masa mama buat makan-makan minggu lepas pun dia ada cakap-cakap dekat maktam dia yang dia tak nak pergi sekolah juga, mama dengar je dia bercerita dengan maktamnya, maktam bertanya kenapa? dia kata mualimah marah sebab tak buat kerja sekolah.
Pagi isnin tu mama pergi kerja awal, anak-anak en.azmi uruskan hantar ke rumah pengasuh dan hantar adrien ke sekolah, masa en.azmi nak mandikan adrien pagi tu mama dengar dah dia cakap dia taknak pergi sekolah, tapi mama cakap pergi jugak, mulanya menangis lepas tu ok dah siap lambai-lambai lagi masa hantar mama dekat muka pintu tu.
Balik dari kerja macam biasa mama terus ke pasti nak ambil adrien sekali penjaga transit bagitahu adrien takde, eh cuak pula mama tapi masih rilek la ambik phone call en.azmi, rupanya adrien tak pergi sekolah, haiyooo yang en.azmi pun lupa nak bagitahu adrien tak sekolah hari tu dan duduk kat rumah pengasuh je, balik tu sengih-sengih je adrien, mama pun tanya kenapa tak sekolah? katanya dia malas, ok takpe esok mesti pergi sekolah mama cakap.
Pagi selasa pun mama keluar awal en.azmi yang hantar adrien. dalam 8 lebih macam tu dapat whatsapp dari en.azmi katanya adrien meraung-raung dekat sekolah sebab tak nak sekolah, mama dah pelik sebelum ni dia tak macam tu gembira je nak pergi sekolah. En.azmi malas dah nak layan terus tinggalkan adrien dekat mualimah, mama tak sedap hati terus whatssapp mualimah sebab mama sendiri tak tahu apa puncanyakan, sajalah minta mualimah tolong kot adrien nak bagitahu kenapa kan.
hasil dari whatssapp mama dengan mualimah..hmmm itu puncanya adrien tak nak pergi sekolah. Mama tak salahkan mualimah pun, patut juga adrien kena marah biar dia tahu apa yang dibuatnya tu salah, lagi satu mungkin adrien terkejut dan kecik hati sebab sebelum-sebelum ni dia selalu puji mualimahnya baik tetiba kena marahkan terus sentaplah agaknya tu kan hehehe..bagi mama kena marah itu perkara biasalah nak pulak kalau memang kita buat silapkan. jadi tak kisah anak kena marah dengan cikgu.
Balik tu ada juga adrien cakap esok taknak pergi sekolah lagi sebab dia nak pergi selang-selang isnin tak pergi, selasa pergi, rabu taknak pergi pula. mama senyap je dulu lepas habis adrien bercakap baru mama pula bercakap, mualimah marah sebab sayang, mualimah taknak yen buat bising masa belajar mengganggu kawan-kawan nak belajar lepas tu mengganggu mualimah juga. tapi adrien masih berkeras taknak sekolah juga, mama cari idea lagi apa nak cakap. susah juga dengan adrien ni sebab dia banyak soal jawab dan selalunya tegas dengan keputusan sendiri.
"kena marah dengan cikgu tu biasalah, mama dulu pun masa sekolah kena marah dengan cikgu juga tau sebab mama pun nakal juga suka main dalam kelas, tapi mama tetap pergi sekolah.."kata mama pada adrien, "sebab apa..sebab mama tahu cikgu marah tu sebab cikgu sayang kita, cikgu nak kita jadi budak baik kan, adrien kan budak baik"..mencari kata-kata yang sesuai untuk dicakapkan dengan anak ni payah juga nak pulak dengan adrien yang banyak soal jawabnya tau. tapi bila mama cakap macam tu adrien tak banyak soal, cuma dia tanya "mama pun kena marah dengan cikgu, papa pun?" ye..semua pernah kena marah dengan cikgu sebab nakal.
Alhamdulillah sampai hari ni adrien dah ok takde lagi cakap tak nak sekolah, bangun pagi pun mudah tapi mesti mama yang mandikan. pagi-pagi kena sediakan sarapan bergantung pada apa yang hendk dimakannya, tapi anak-anak mama ni mudah je makan pagi-pagi, tak roti nugget, tak pun biskut je. walaupun mudah kadang kalut juga mama, nak pula kalau hari en.azmi out station, nak uruskan budak bertiga tu penat juga pagi-pagi, tahun ni ok lagi tahun depan tiga-tiga dah sekolah, fuhhh..tak dapat mama nak bayangkan macam mana nanti, dengan adelya nya lagi yang tahun depan baru nak mula sekolah, adrien pula dah mula sekolah pagi petang, kena adjust masa lah nanti.
Moga adrien baik-baik saja di sekolah ya.

budak yang tegas pendirian, tapi lembut hatinya kalau kena cara memujuknya..mama sayang adrien |
Moga adrien baik-baik saja di sekolah ya.
Wassalam
Thursday, 20 July 2017
Syawal 2017 - open seksyen
Assalamualaikum...
Semalam Jabatan mama buat open seksyen, mulanya nak sewa dewan buat jamuan raya di dewan tapi akhirnya tak jadi. Mesyuarat putuskan buat jamuan raya di ofis saja dan sambutan dibuat by seksyen..kiranya open.seksyen la. Siap ada hadiah lagi untuk deko-deko raya yang menarik. Tengok seksyen lain punya deko raya memang meletoplah dengan atap rumbia,meriam buluh, pokok pisang...dasyattt sangat memasingkan,seksyen mama non hadooo..payah nak buat macam-macam kalau ada yang tak support apa yang kita nak buat, jadinya kita follow je la idea mereka, bukan apa takut dari nak suka-suka jadi malapetaka, bermasam muka, so kita chill chill je..
Memang meriahlah rasa suasana raya disetiap seksyen makanan pun berlambak-lambak siap boleh bungkus bawa balik, tak laratlah perut nak makan banyak-banyak memang kenyanglah. Makan di seksyen sendiri pun dah kenyang, bila pergi beraya ke seksyen lain makan yang ringan-ringan je la tapi kan pagi ni rasa menyesal lak bila teringat menu sedap tapi tak makan semalam,mampu tengok je semalam ko takut meletop pulak perut mama makan banyak-banyak, hari ni berpuasalah mama sebab semalam dah terlebih makankan. Esok konon nak makan-makan lagi, jadi ada baiknya mama rehatkan perut hari ni kan.
Ok jomlah kita tengok kemeriahan raya di ofis mama semalam, rasa malas pula nak karang banyak-banyak..bukan apa jari domok ni asyik salah type je, nak tekan huruf lain tertekan huruf lain keypad enfon ni kecik benor. Dah la layan gambar ye sambil tu mama ceritalah berkaitan gambar tu kalau ada benda yang mama nak bebelkan la
Permulaannya haruslah bergambar diseksyen sendiri, konsep deko-deko persandingan di aidilfitri katanya hehehe,buat ala-ala pelamin je konsepnya dan makan bersila didalam rumah, sayangnya takde rezeki kami nak menang, ye lah seksyen lain lagi cantik kot, tapi takpe kita saja suka-suka kan.
duduklah bersanding sorang-sorang pengantin lelakinya takde hehehe
Biarlah adik berdua ni yang bersanding sempena anniversary dorang ye, huntunglah kawin satu opis dapatlah bergambar sama-sama gitu, kat seksyen mama ni ada 4 orang yang berkahwin dengan orang satu ofis tapi suami mereka seksyen lain-lain la jadi kami panggil je dorang suruh bergambar kat pelamin ni, tapi ada yang malu taknak bergambar, kalau malu takpe kita bagi je pasangan merpati sejoli ni yang bergambar, gembira je budak berdua ni, isterinya tu baru naik dari cuti bersalin haaa.
Moh beraya ke seksyen lain pula...
Permulaan beraya di seksyen pentadbiran dan kewangan, deko-dekonya cantik tapi terlindung pula dengan gadis-gadis cantik.di depan tu, mereka buat replika rumah kampung, memang cantik sangat tapi tak menang juga. mungkin sebab konsep makannya bersila jadi juri tak suka, dari apa yang mama tengok konsep makan bersila tak menang tapi yang konsep makan bersila dan ada kerusi menang, tapi tak kisahlah menang kalah tu sebab kita nak suka-suka je kan.
Ini di seksyen perkhidmatan siap ada photobooth lagi, konsepnya menarik tempat makan ada bersila dan ada yang duduk di kerusi, deko-deko pun cantik.. seksyen ni dapat tempat kedua.
Ini seksyen lama mama, seksyen industri..tengok dorang punya deko memang kebaboomm tapi takde rezeki untuk menang. tu nampak ada pintu gerbang, ada meriam buluh lagi, cantik dan menarik.
Masih diseksyen lama sebab tempat jatuh lagi dikenangkan jadi bergambar lebih sikitkan hehehe..takdelah tadi depan pintu gerbang ini dekat photobooth pula kan, saja nak seronok-seronok, kalau bukan ada jamuan raya tak dapat nak buat macam ni kan semua pakat dok dekat tempat sendiri je. walaupun seksyen lama tapi dah tak pergi pun lepak-lepak sana sejak dah bertukar seksyen ni, bukan apa segan pula nak pergi menempel lepak-lepak kat situkan, macam tak manis pula
ini di seksyen isi rumah, terpaksalah mama cilok gambar yang mereka kongsikan dalam group sebabnya masa pergi beraya tu ruangan ni tak kosong ada tetamu tengah makan jadi macam tak sesuai pulak nak mencelah amik gambarkan, jadi kita pinjamlah gambar seksyen mereka saja.
sekarang kita di seksyen perkhidmatan..haaa kalau nak tahu seksyen inilah yang dapat tempat pertama, nampak macam biasa je deko-dekonya? tak..tak...dekonya cantik dan bertepatan pula dengan seksyen itu sendiri, tempat hidang makanan pun dah ala-ala hotel 5 star okeh siap ada pokok pisang lagi terpacak, pokok pisang betul ye bukan palsu punya, siap beralas kain batik lagi meja tempat letak makanan tu. Masa juri datang pun ada gimik yang dibuat, memang menariklah mama tengok videonya, siap jadi patung dulu semua orang, bila juri lekatkan kad listing pada replika rumah barulah semua bergerak...hmmm menarik okeh sebab semuanya ambil bahagian dan support idea yang dibuat. bagus-bagus.
Kini kita di seksyen harga, seksyen ini mendapat tempat ketiga sebab kata juri masa mula-mula masuk ke sini dekat tempat kami bergambar ni dah tersedia menanti gadis-gadis manis yang bertutup kepala dengan kain songket ala zaman dulu kala, (inilah idea mama cuma mama nak guna kain batik kemudian selit bunga di tepi telinga tapi hampalah juga takde sambutan kihkihkih) tapi gambar gadis-gadis manis yang juri cakap tu takdelah, ini adanya gambar mak-mak dara manis sajalah, terselit kumbang seekor tu haa penyeri taman hehehe..
haaa amacam meriah tak beraya open seksyen mama ni? tapi mama rasa konsep open sksyen tak best sangatlah sebab dalam satu hari beraya lepas tu banyak makanan yang tak dapat di rasa sebabnya dah kenyang, tahun depan kena ubah konseplah, 1 hari 1 seksyen atau 1 hari 2 seksyen barulah berbaloi nak pergi makan kan. ini macam semalam tengok makanan sedap-sedap tapi tak boleh nak makan sebab perut dah penuh huhuhu nak rasa kuah kacang fattah amin pun tak boleh dah sebab dah kenyang..hahaha kemain menu nama retis lagi.
nah sebelum mama stop membebel terimalah dara pingitan yang sedang menanti tetamu di petang raya..hahaha.. Jemputlah datang rumah
Gambar sangat banyak, letak sikit je la nanti pening tengok gambarkan.

Tuesday, 18 July 2017
Hujung minggu kami
Assalamualaikum...
Ahad pagi walaupun kaki dan tangan ada sikit-sikit sakit kesan dari main bola jaring dan pingpong tapi gigih juga memasak sebab ada kawan kata nak datang rumah. Nak tengok rumah baru mama katanya. Alang-alang masak mama masaklah lebih sikit pada hal yang nak datangnya sorang je. Dah alang-alang menyeluk pekasam biarlah sampai ketiak masam.. Eheh ke situ pulak mama, masak lebih ajaklah adik-beradik yang berhampiran datang, adik-beradik mama dan en.azmi sekalilah.
Sedang sibuk didapur sekali kawan mama wasap kata tak jadi datang..hmm takpelah nak buat macam mana kan, mujur dah ajak adik-beradik kalau tak mengadaplah bihun sup, nasi impit, rendang tu 3hari 3malam hehehe..takde kecewa pun walau kawan tak jadi datang, berlapang dada sajalahkan takkan nak paksa, mama pun cakap ok je takde pun cakap dah masak ke apa takut kawan serba salah pula kalau tak datangkan. Lainkali sajalah kan kita jumpa.
Pukul 4ptg adik-beradik mama sampai, riuhlah rumah, abg aliff (anak buah mama yang sulong) belanja kek sebab besday abahnya semalam, ramai-ramai.sambut kat rumah mama, sajalah tu sambut dekat rumah mama sebab nak bagi anak-anak mama makan kek, abg aliff beli kek aiskrim apalagi bertambah-tambahlah makannya, sempat jugalah simpan sikit untuk tetamu berikutnya, itupun dapat sepotong je sebab anak-anak pun join makan kek lagi. Adik-beradik mama balik dalam 6 lebih, kemudian sambung dengan adik-beradik en.azmi pula, seronok terima kunjungan tetamu, walaupun mama masak biasa-biasa je tengok dorang makan kembang juga rasa hati..heheh
Alhamdulillah...lega makanan yang mama masak habis juga, bukan apa risau takde yang datang tak habis dan membazir pula nanti. Itupun sempatlah mama merendang kali kedua. Hehehe..yang 1st buat tu macam tak cukup mama buat lagi sikit, alhamdulillah dah tambah tu memang cukup-cukup, maktam pun sempatlah bungkus bihun sup dan rendang. Bagi tukang masak ni takde apa yang gembira melainkan tengok juadah yang dimasak habis dimakan sedap tak sedap belakang kira yang penting habis hehehe
Lepas tetamu balik sibuk mengemas pula, tapi tak banyak dah yang hendak dikemas sebab pinggan yang digunakan tetamu basuh sendiri kikiki...mama tak guna pinggan pakai buang guna pinggan dan cawan yang ada je, lagipun tetamu bukannya ramaikan, tapi baguslah tetamu mama sebab basuh pinggan dan cawan sendiri. Teringin tu memang teringin nak buat open house tapi kata en.azmi nantilah tunggu rumah dah siap buat betul-betul baru nak buat kenduri. mama ok je..
Ahad pagi walaupun kaki dan tangan ada sikit-sikit sakit kesan dari main bola jaring dan pingpong tapi gigih juga memasak sebab ada kawan kata nak datang rumah. Nak tengok rumah baru mama katanya. Alang-alang masak mama masaklah lebih sikit pada hal yang nak datangnya sorang je. Dah alang-alang menyeluk pekasam biarlah sampai ketiak masam.. Eheh ke situ pulak mama, masak lebih ajaklah adik-beradik yang berhampiran datang, adik-beradik mama dan en.azmi sekalilah.
Sedang sibuk didapur sekali kawan mama wasap kata tak jadi datang..hmm takpelah nak buat macam mana kan, mujur dah ajak adik-beradik kalau tak mengadaplah bihun sup, nasi impit, rendang tu 3hari 3malam hehehe..takde kecewa pun walau kawan tak jadi datang, berlapang dada sajalahkan takkan nak paksa, mama pun cakap ok je takde pun cakap dah masak ke apa takut kawan serba salah pula kalau tak datangkan. Lainkali sajalah kan kita jumpa.
Kek aiskrim untuk besday abah, abah baru 24 kenapa tulis 42 ni, kata abah huh perasan muda ke abah hehehe |
Beratur makan kek, kusyuk je memasing |
Bihun sup mama...kira bolehlah rasanya hehehe |
Wassalam.
Monday, 17 July 2017
Mama bersukan weh..SUKPES 2017
Assalamualaikum...
Sabtu pagi semangat bangun sebab nak bersukan, siap en.azmi dan anak-anak hantar lagi. Bukan tak boleh pergi sendiri tapi selepas sukan nak pergi beraya rumah kawan, mama malas nak balik dah lepas sukan terus je pergi beraya.
Asalnya mama ni main futsal je, bola jaring pun simpanan sajalah sebab bukan reti main sangat pun, sekali dah sampai kat gelanggang bola jaring sebab bola jaring mula dulu, mama pun nak le bagi sokongan dekat rumah biru tapi pemain tak cukup pulak terpaksalah mama main, ohoiii memang mama tak pandai okeh dan tak pernah main, hari tu kena main hari tu juga baru belajar position mama apa dia, mama amik WD, haaa apa maksudnya pun mama tak tahu. reti tak reti tolak tepi je lah janji main dari kalah tanpa bertandingkan.
Perkara mesti buat..sebelum bertanding ambik gambarlah dulu barang sekeping dua, tak menang bertanding kita menang bergambar pun jadilah hahaha. game dimulakan..jenuh weh mama yang dah masuk kilauan emas ni nak bermain dengan adik-adik yang lincah tu, penat mengejar dorang kejap sana kejap sini, tapi berbangga juga dengan diri sendiri walaupun tak reti main dapat juga mama pegang bola hahahah...ingatkan dok terpacak je mama dalam gelanggang tu kan. jangkaan meleset pula bila dah mula main rasa macam kena rasuk pulak, lupa diri dah kertu berlari sana sini, jangan terkejut urat saraf sudahlah.
Game pertama rumah biru menang yeayyy...tepukan untuk diri sendiri, dalam pada tak reti tu menang juga game pertama, tapi bukanlah sebab mama pun menang tu, tapi sebab ahli lain yang memang lincah-lincah dah memang pandai main bola jaring, oklah kan ada juga kelebihan kami disitu walaupun berlawan dengan adik-adik yang begitu aktif berlari sana-sini. Ingatkan dah habislah game rupanya kena main secara liga, whatt??? semputlah mama weh. duduk berehat-rehat dulu sementara menunggu game seterusnya. Tengok rumah kuning berlawan, rasa macam akde harapan je kami nak menang kalau lawan dengan rumah kuning dan memang ye kami kalah dengan rumah kuning, sebab adik-adik tu memang terror sangat kot, semput mama nak kejar dorang, lincah sangat.
Kepenatan berbaloi jugalah kan, walaupun kalah dengan rumah kuning, tapi perlawanan dengan rumah merah dan rumah hijau kami menang, hasil dari pungutan mata kami dapatlah naib johan. syukur alhamdulillah...berbanggalah mama dengan diri sendiri ahaha..walaupun sumbangan mama tak besar mana dalam game tu, tapi takdelah jadi patung cendana dalam gelanggang tu, bergerak jugalah mama kan, dapat jugalah rebut bola, takdelah macam dulu takut-takut nak rebut bola, sekarang ni semangat rebut bola siap jatuh lagi kena tolak eheheeh.
Selesai bola jaring, ke gelanggang futsal pula tapi dapat panggilan ping pong takde orang, aahh sudah.. bila kira-kira pemain futsal dah cukup, bagi siapa-siapa yang nak main sebab takde yang nak main pingpong terpaksalah mama dan kawan mama pergi tengok, bukan setakat tengok kena main pulak ye, pada hal macam mana nak pegang kayu pemukul bola tu pun mama tak pandai, entah apa orang panggil pun mama taktahulah sebut je la kayu pemukul kahkahkah ..jangan gelakkan mama hokeh, mama memang taktahu. mula tu pukul bola 2,3 kali nak test sekali terus kena lawan. hmmm..lawan je lah kan dari kalah tanpa bertanding, tapi yang pasti memang tetap kalah la kan. takpe yang penting mama dah tahu macammana nak main pinpong.
Alhamdulillah selesai sudah SUKPES 2017, lepas habis bersukan mama tunggu en.azmi dan anak-anak.sampai untuk beraya ke rumah kawan.di seksyen 17. Layan je la dengan berbaju sukan berpeluh-peluh tu mama pergi beraya. Sedap dapat makan nasi ayam,bihun sup, nasi impit kuah kacang. Sudah kenyang perut marilah kita balik. Lega dah mama tak perlu masak tengah hari. Penat bersukan idak le nak memasakkan gigil kaki weh. Petangnya konon nak buat projek baru, baru mama keluarkan gergaji nak mengerjakan kayu jiran menjenguk apalagi bersembang dengan jiran dulu la, lainkali mama teruskan projek mama, nak buat apa tu kena tunggu dulu la.
Wassalam
Sabtu pagi semangat bangun sebab nak bersukan, siap en.azmi dan anak-anak hantar lagi. Bukan tak boleh pergi sendiri tapi selepas sukan nak pergi beraya rumah kawan, mama malas nak balik dah lepas sukan terus je pergi beraya.
Asalnya mama ni main futsal je, bola jaring pun simpanan sajalah sebab bukan reti main sangat pun, sekali dah sampai kat gelanggang bola jaring sebab bola jaring mula dulu, mama pun nak le bagi sokongan dekat rumah biru tapi pemain tak cukup pulak terpaksalah mama main, ohoiii memang mama tak pandai okeh dan tak pernah main, hari tu kena main hari tu juga baru belajar position mama apa dia, mama amik WD, haaa apa maksudnya pun mama tak tahu. reti tak reti tolak tepi je lah janji main dari kalah tanpa bertandingkan.
Senyuman bakal juara katanya, tapi nan hadoo hahaha |
1st game dengan rumah merah kami menang yeayyy |
Last game dengan.rumah hijau pun kami menang.. Dengan rumah kuning takde gambar lak, takpelah takde sebab kalahkan hahaha |
Selesai bola jaring, ke gelanggang futsal pula tapi dapat panggilan ping pong takde orang, aahh sudah.. bila kira-kira pemain futsal dah cukup, bagi siapa-siapa yang nak main sebab takde yang nak main pingpong terpaksalah mama dan kawan mama pergi tengok, bukan setakat tengok kena main pulak ye, pada hal macam mana nak pegang kayu pemukul bola tu pun mama tak pandai, entah apa orang panggil pun mama taktahulah sebut je la kayu pemukul kahkahkah ..jangan gelakkan mama hokeh, mama memang taktahu. mula tu pukul bola 2,3 kali nak test sekali terus kena lawan. hmmm..lawan je lah kan dari kalah tanpa bertanding, tapi yang pasti memang tetap kalah la kan. takpe yang penting mama dah tahu macammana nak main pinpong.
Alhamdulillah selesai sudah SUKPES 2017, lepas habis bersukan mama tunggu en.azmi dan anak-anak.sampai untuk beraya ke rumah kawan.di seksyen 17. Layan je la dengan berbaju sukan berpeluh-peluh tu mama pergi beraya. Sedap dapat makan nasi ayam,bihun sup, nasi impit kuah kacang. Sudah kenyang perut marilah kita balik. Lega dah mama tak perlu masak tengah hari. Penat bersukan idak le nak memasakkan gigil kaki weh. Petangnya konon nak buat projek baru, baru mama keluarkan gergaji nak mengerjakan kayu jiran menjenguk apalagi bersembang dengan jiran dulu la, lainkali mama teruskan projek mama, nak buat apa tu kena tunggu dulu la.
Wassalam
Friday, 14 July 2017
Cari keberkatan
Assalamualaikum...
Alhamdulillah pagi ni terpilih untuk berada didalam salah satu taman syurga di dunia ni. Sebelum ni dok follow post-post ustaz ni dekat FB je hari ni berpeluang pula dengar ceramah secara live, ustaz memang best dan kelakar,sebelum ceramah sempat pula ustaz berselfie, tadi mama ketawa sampai mengalir airmata atau sebenarnya mama memang menangis masa ceramah tu??? huhuhu entahlah tapi terkesat-kesatlah airmata ni yang mama tak tahu kenapa ayik mengalir je.
Ustaz ni 9 tahun sebagai electrical engineering, lepas tu jadi cikgu fizik tapi akhirnya jadi ustaz. Kata ustaz apapun yang kita nak buat mestilah dengan azam dan kesungguhan yang kuat. Ustaz mula belajar bahasa arab pada umur 26 tahun, dan apa yang ustaz ceritakan itu memang mengagumkan, memang mama kagum tapi mampu ke mama nak buat macam tu?
mama kongsi sikit je lah apa yang sempat mama tulis sebab kebanyakannya tak sempat nak tulis kerana begitu tekun mendengar cerita ustaz.
Macammana nak jadi hebat? nak jadi hebat kena ada ilmu, nak ada ilmu kena berguru. cari guru baca quran cari guru jangan main baca je, sebutan huruf kena betul.
Solat berjemaah dimasjid, sibuk kerja macammana pun jangan tinggal masjid ini khas untuk lelaki lah, paling bagus solat subuh berjemaah dimasjid.
Nak tengok lagi orang yang hebat tengok tandasnya, kenapa? orang yang hebat bilamana tandasnya bersih. Kadang masjid pun tandasnya tak bersih.
Car nak cari keberkatan ada 3.
1. Berkat dari Nabi s.a.w- kita ni memang takkan berjumpa dah dengan Nabi saw tak macam para sahabatkan. jadi apa yang boleh kita buat adalah dengan berselawat, selawatlah banyak-banyak, tengah buat kerja pun selawat tak boleh dimulut selawat dalam hati.
2. Berkat dari Al-quran - Banyakkan membaca al-quran, kata nabi rumah yang tidak dibacakan al-quran umpama kuburan. Hidupkanlah rumah kita dengan al-quran supaya tak menjadi kuburan. Allahu..moga rumah mama tak macam kuburlah hendaknya.
3. Berkat dari mak ayah - yang mana ada mak ayah tu selalulah telefon, balik dan jumpa mereka, salam cium tangan, cium wajah mereka kerana kita tak tahu bila lagi kita boleh berbuat demikian. hulurkan sedikit duit gaji kita pada mereka supaya berkat gaji kita. Yang mana dah takde mak ayah tu jangan sedih sebab tak dapat salam cium tangan dan wajah mereka lagi, banyakkanlah sedekah al-fatihah buat mereka..inshaAllah
Itu je lah yang dapat mama kongsikan..
Bahagia itu apabila kita redha dengan apa yang Allah bagi.
Sempat lagi ustaz selfie sebelum bagi ceramah tu. Apapun memang best ceramah ustaz, sentuh bab mak ayah tu memang bikin airmata menitik-nitik walapun dalam ketawa..sedih teringat arwah mak ayah, sedih ye bukan tak redha, redha tapi ye lah teringatkan.. Mak ayah kot mana ada pengganti. Oh ya penceramah ustaz abdullah khairi

Biru mata hitamku
Assalamualaikum...
Kemain membara semangat mama ni ha berkobar-kobar je kan, siap beli seluar dan kasut sukan, tapi tak tahulah macammana rupanya dihari kejadian esok. Esok akan diadakan SUKPES sukan dalaman DOSM selangor. Kami dibahagikan kepada 4 rumah sukan. Mama rumah apa? Tengok tajuk mesti.dah tahu kan. Mama rumah biru la.
Semangat tau sebab dah lama tak join sukan-sukan macam ni dulu rajin la juga. Selalu main futsal masa bujang-bujang dulu, masa awal-awal kawin aktif lagi, en.azmi pun support malam-malam teman main futsal tunggu la tepi gelanggang tengok isteri dia ni menyepak bola. Best lah waktu tu enjoy je masing-masing. Saja buat aktiviti setiap bulan, main pun takdelah bersungguh mana gelak je lebih tapi bestlah.
Ini untuk sukan esok nama mama ada untuk 3 game futsal, bola jaring & ping pong, kalau tak bola tampar pun ada nama mama, ko dah kenapa mama??? Gila kuasa??? Hahaha sedar diri sikit dah tua, esok kang tak pasal-pasal kejang urat saraf..kahkahkah mujur bola jaring main dipadang lain kalau tak letak gak nama tu. Ye lah susah nak cari pemain kot, ada 1 rumah tu lagi kesian ahli wanita ramai yang injured dan mengandung, pening cari pemain.
Nahhh mentang-mentang rumah biru, kasut pun biru kebetulan je ni ada sale masa tu yang ada pun 2 kaler je mama ambik yang ni kalau ada pink mama ambik pink dah tapi takde. Inipun beli sebab kononnya nak aktif balik berjoging dan nak join #fitdosm itu yang semangat tu ye lah dah kertu ni kenalah jaga kesihatan kan, bukan nak kurus tapi nak sihat inshaAllah. Mana tahu nak buat geng sukan taman pulakkan hehehe.. Okeh semoga mama berjaya untuk esok bukan berjaya menang tapi berjaya bersukan hahaha mana tahu tetiba gelabah biawak datang terus tak jadi bersukan. Moga-moga juga urat tak alami kejutanlah esok sebab takde training tapi nak bersukan..adoiii
Oh ya dalam entri sebelum ramai nak tengok mama sekeluarga yang berbaju biru dimalam raya setaman tu kan..alahhhh bukan taknak ambik gambar tapi kami pakai baju recycle yang raya tahun lepas je, ada sape-sape ingat tak baju apa? Olohhh tak ingat la tu ye lah mama tak fofuler kannn marilah mama tepek gambar lama kot Puan Hazel boleh bagi markah kikiki...agak-agak berapa bintang mama boleh dapat ni Puan Hazel? hehehe... tapi gambar lamalah ye
Haaa...ku lihat biruuu...hehehe. Inilah baju sedondon yang dipakai malam tu. Amacam..cun tak mama? Hahaha.. Ok lah nanti mama membebel lagi nak pergi sucikan hati pulak di pagi jumaat yang indah ini. Nak dengar ceramah ustaz abdullah khairi sekejap. Nanti mama boleh share apa yang mama dapat nanti.

Thursday, 13 July 2017
Syawal 2017 - duit raya, basikal raya
Assalamualaikum...
kecik-kecik dulu mama jenuh keliling kampung masa raya sebab nak kumpul duit raya. tu puntakdelah nak cecah ratus walaupun jenuh beraya. paling besar yang mama dapat pun 50sen, kebanyakannya bagi 10sen, 20sen..pun bersyukur dengan rezeki yang ada. Tak macam sekarang duit raya kumpul dalam serumah pun dah cecah ratus..huhuhu, yelah dulu-dulu mananya mama ada mak-pak sedara yang dekat-dekat, sekarang ni anak-anak buah memang tiap-tipa beraya dengan kami, jadinya banyaklah dapat duit raya.
Arwah ayah dan arwah mak merantau ke Pahang duduk felda, dulu-dulu memang susah. nak balik kampung waktu raya memang tinggal harapan je lah sebab nak kena naik banyak kenderaan sebab kami takde kereta sendiri. nak keluar dari felda dah kena sewa kereta, ambil bas pergi KL, dari KL ambik keretapi uhhh mencabar ehhe teringat pulak cerita-cerita lama. tapi memang mencabarlah nak balik kampung dulu-dulu, seingat mama pernah beraya dikampung sekali je. lepas tu memang kami beraya di felda sajalah, suasana pun lebih meriah sebab kita kenal jiran-jiran kita kan.
Bab duit raya ni terpulanglah kepada bajet masing-masing untuk beri pada anak-anak kan, yang penting anak-anak gembira dan niat kita pun nak gembirakan anak-anak dihari raya. macam mama ni tiap-tiap tahun jumlah duit raya untuk anak buah memang sama je tak pernah berubah lagi, untuk anak-anak sepupu dan kawan-kawan pun sama, tapi setiap tu jumlah mestilah berbezakan. teringin juga nak bagi duit raya banyak-banyak, tapi budak kecik mana boleh pegang duit banyak-banyak nanti buat pegi kedai beli aiskrim ja ahahaha..cakap je lah mama bajet ko ciput.
Beratur masing-masing nak duit raya, pada halnya ini hanya lakonan semata-mata sebab nak ambik gambar. sebenarnya makngah yang nak bagi duit raya time ni tapi makngah belum bersiap mommy yang ambik alih. ini saja-saja je untuk bergambar, yang betulnya dibawah hehehe..yang pakcik tu pun saja berlakon pada hal dia bukan dapat duit raya pun, saja nak masuk barisan. tu saja tu susun dari kecik ke besar kalau tak kejadian sebelum huru-haraaa, jenuh susun baru berjaya jadi macam tu huhuhu..sebab nakkan gambar je..
Tengok tu yang memberi duit raya bersusun dari hujung sinun ke hujung sini membentuk L dah, yang memberi lagi ramai dari yang menerima, memang seronoklah anak-anak. Dalam satu rumah ni je dah cecah ratus. Abang darwisy dengan abg adam la yang paling best sebab makngah bagi duit raya double bonus sebab puasa penuh. ibu pengasuh pun bagi duit raya lebih dekat abg adam, seronok abg bila kira duit raya dia dapat berapa. dah tu abang pergi jalan-jalan raya lagi. Adrien dengan Adelya pun banyak juga, cuma kurang sikitlah dari abang adam. Pulak tu, duit raya mamapa, mak pak sedara tak kongsi,bagi asing-asing haa lagi banyaklah memasing dapatkan. syukur alhamdulillah rezeki anak-anak, masukkan dalam tabung memasing.
Alhamdulillah...rezeki hari raya dapatlah juga anak-ank berbasikal. abang adam ambik basikal di kampung, memang basikal tu pakjang belikan. dah lama kali ini mama angkutlah bawa balik rumah. balik dari kampung tu memang penuhlah kereta dengan beg baju dan basikal lagi. Sampai dekat-dekat rumah singgah kedai basikal sebab nak tukar tayar basikal abang, sekali adrien adelya pun mengamuk nak basikal tak sempat tunggu esok dah, mama malas nak beli lagi sebab kereta penuh sangat dah, tapi dah tak sabar sangatkan beli jugalah memandangkan dah nak sampai rumahkan. bersempit jugalah dalam kereta tu dengan 3 bijik basikal, layan je laaa...
Alhamdulillah legalah semua dah dapat sorang sebijik basikal, tak tunggu lama petang tu juga semua pakat berbasikal, oklah kan dapat bermain basikal dengan kawan-kawan dah, takdelah asyik nak ambik basikal kawan je. pergi mengaji pun bawa basikal, senag jugalah kalau mama nak suruh ke rumah jiran yang jauh sikit kalau ada basikal ni, kalau tak sebelum ni berjalan kaki jauh juga kesian kadang sampai rumah mencungap sebab berlari.
Dah habis ke mama cerita raya? hmmmm...ada lagi kot, minggu depan jamuan raya opis haruslah mama up nanti, kebetulan mama puasa nak abis dah, boleh lah sambut raya sekali jamuan opis minggu depan, macam meriah je. ahad ni ada kawan nak datang rumah, cemas pulak mama nak masak apa nanti ye?? eh...bukan open house tau, kawan nak datang je,tapi kenalah masak-masak jugakan. kawan-kawan yang dialam maya mama ni kalau nak datang boleh je,buat biras mama ira, bawalah aisyah dan aimy datang rumah makngah ahad ni. tapikan bersila atas tikar mengkuang je tau sebab rumah mama takde sofa..huhuhu
Tunggu mama buat kerusi pulak, tu kayu banyak tu mama nak buat kerusi pula hahaha... Kerusi macammana tu kena tunggu, tapi tak tahulah bila jadinya sebab en.azmi sibuk ke sekarang ni, ramai pula orang yang berpindah, takpelah rezeki juga tu ka.

Tuesday, 11 July 2017
Syawal 2017 - beraya di taman
Assalamualaikum...
Nahhh cerita raya belum habis lagi ya. Kali ini mama beraya ditaman pula. Haa taman mana pula kali ni? Berlari berkejaran...seindah bunga ditaman...eewaahhh. Mesti ingat mama beraya ditaman bunga bergambar sweet-sweet bersemutt dengan en.azmi kannn..hahaha bukan beraya ditaman bunga ya tapi beraya dengan jiran setaman. Kot mama bersweet-sweet ditaman bunga ada pula yang muntah secara berjemaah kang kikiki
Sabtu ada juga la jemputan open house walaupun tak berapa fofuler ada juga yang sudi jemput hahaha, kak yati ni yang driver transport abg adam ke sekolah dia la jemput beraya ke rumahnya, dekat juga dengan rumah jadi bolehlah mama pergi dengan anak-anak. En.azmi kerja. Lepas rumah kak yati tu. Selepas asar kami beraya di pasti pula. Pasti buat jamuan raya hari tu juga. Alhamdulillah kenyang perut, gantung periuk hari tu.
Malamnya pukul 8, beraya ramai-ramai dengan jiran-jiran. Alhamdulillah sambutan menggalakkan, jiran yang belum duduk sini pun datang join juga. Lebih 30 buah keluarga yang join. Meriah sangatlah geng-geng perempuan bentang tikar dekat taman, makan ramai-ramai. Ada bbq untuk menu utama dan ada juga pot luck, tak sangka dengan sambutan yang diterima sampai 5 meja makanan ada bihun tomyam, bihun goreng, macaroni goreng, spagetti, kerabu megi, lemang rendang, desert yang cukup banyak..kek, buah, tapai, puding, aiskrim,cream puff, roti john..ya Allah cukup banyak rezeki malam tu, mama tengok pun pening tak tahu nak makan yang mana satu.
Nampak meja yang bersusun tu..meriah dengan makanan. Tema malam tu baju raya ada juga yang mengikut tema, siap berbaju melayu bersamping, mama sekeluarga haruslah sama, tapi takde lah tema "merahnya makngah" ahahaha...tapi malam tu kami pakai biru sedondon 5 beranak, gigih ko kan mama..mujur takde hadiah untuk tu kalau tak konfem mama yang menang..kikiki perasan sangat. Tapi oklah kan majlis macam ni dapat beramah mesra dengan jiran-jiran. Ya..adik-adik kenalah kenal akak kawasan ni, maklumlah mama paling tua kat taman tu, tapi bila dengan adik-adik tu tak rasa tua lak rasa sebaya je 25 tahun eheh.
Haaa tu mesti ada yang tanya mama masak apa kan? Alaa tak tanya pun takpe sebab mama nak cerita juga, maklumlah menu mama licin kahkahkah...boleh en.azmi kata mujur rendang licinnnn...amboi dia bukan mujur tau pasti licin hahaha opsss saje laaa gurau-gurau, dah mama sorang je yang buat rendang mestilah habiskan. Makanan lain pun habis juga kami agihkan untuk semua bawa balik yang mana mereka suka, ye lah masa makan tu manalah sempat nak cekau semua kan, jadi kita tapau la yang lain-lain tu.
Mama buat rendang simple je, tak buat macam yang masa raya hari tu. Rendang simple ni resepi arwah mak mama. Memang sedap..tak sangka adik ipar pun suka, terus rasa kembang setaman bila orang cakap kita masak sedap. Katanya tak sempat nak suruh mama masak masa balik raya hari...awww terbuai jiwa mama tau..terus berdendang sambil merendang pagi tu..sudahlah mama poyo jek.
Oklah mama berenti dulu sebelum terus membebel entah apa-apa pula nanti.

3AA mama masa beraya di pasti,punya banyak makanan dorang bantai makan aiskrim je, tak duduk lama pun kat sini sebab ada urusan lain pula |

Sunday, 9 July 2017
Meja hiasan kayu
Assalamualaikum...
Lupakan sekejap cerita raya yang masih banyak nak diceritakan tu. Hari ni mama berjaya siapkan meja hiasan yang mama nak tu. Dari bulan ramadhan lagi mama dah gergaji kayu-kayu yang mama nak tu tapi ye lah bila sorang-sorang tu payah sikitlah nak memakunya tu bila takde yang menolong, lagipun risau juga idea mama tu en.azmi tak berkenan.
Hari ini en.azmi ada pagi, apalagi mama paksa lah en.azmi tolong mama siapkan juga meja mama tu, walaupun mama rasa en.azmi macam malas mama terus je ambik kayu.dan gergaji hehehe nak taknak kenalah buat jugakan. Mama cakap meja mama nak tu macammana tapi en.azmi susah nak bayangkan mama siap lukis tapi en.azmi masih konfius. Sudahnya dia buat juga mengikut apa yang mama cakap.
Alhamdulillah lega dah siap walaupun hasilnya takdelah mengagumkan sangat tapi mama banggalah sebab hasil usaha sendirikan. Siap gigih ajak en.azmi pergi beli bunga semata-mata nak letak dekat meja hiasan tu..heheh mujurlah en.azmi tu mengikut je, risau le tu kot isteri dia ni muncung berdepa-depa. Tapi katanya jangan beli banyak nanti habuk, oklah mama beli 4kuntum ros je, ingat nak beli bunga lain, tapi lain kali la beli. Nak tengok ke rupa meja mama tu?
Macam ni.je lah rupanya takdelah wowww sangat tapi memadailah untuk mama buat letak-letak frame gambar. Nanti nak letak hiasan-hiasan kecil yang ada tersimpan dalam kotak bolehlah mama keluarkan nanti untuk penuhkan meja hiasan ni. Jadi takdelah kosong sangat ruang tamu mama ni. Walaupun.ada meja ni.ruang tamu.masih nampak luas sebab tak banyak perabot lagi kan. Oklah ni kan.
Letaknya ditepi dinding dekat ruang nak ke dapur,kira masih ok lah sebab takdelah menganggu jalan nak masuk dapur tu. Adelya boleh cakap meja nak jual.aiskrim heheh ye lah mama memang nak jual aiskrim pun jawab mama. Tapi mana aiskrimnya??? Ehh budak sorang ni macam-macam pulak dia kan. Itu je idea yang mama ada nak buat lebih-lebih tak pandai pula takpelah macam meja aiskrim pun.. Puas hati dah mama. Mungkin perlu ditambahbaik. Nanti fikir kemudian yang penting dah ada.

Friday, 7 July 2017
Syawal 2017- Hello kitty
Assalamualaikum...
Raya kelima kami hadiri undangan perkahwinan dari kakak abah yang duduk di sungai koyan. Pergi tu mama menumpang kereta adik ipar je sebab en.azmi bekerja pula hari tu. Ambil barang pindah di kuantan. takpelah dah kena kerja mama dan anak-anak follow je FIL mertua pergi kenduri. Mama dengan adelya sekereta dengan acu dan maklang abg adam dan adrien naik kereta pokdenya. Legalah mama sebab takde bising-bising dalam kereta hahaha..duduk belakang tu sempatlah membuat sementara nak sampai, jauh juga weh dari bukit damar ke sg.koyan tu.
Adelya agak muncung disitu sebab tak dapat sekereta dengan abang-abang, mama memang tak bagi sebab nanti akan bising pula kereta pokdenya ye lah anak-anak mama ni bukan reti duduk diamkan, tak kira tempat nak bergaduh je kerjanya, macam hari tu mereka naik kereta acu ke temerloh, jenuh wan tahan telinga dengan mulut bising mereka, siap bergaduh nangis-nangis lagi, haduhhh mujurlah mak-mak sedara tu rileks je melayan, nak terkuncil la nak minum airlah, berhenti la kereta melayan dorang.
Sampai-sampai rumah mak embong(kakak abah) salam-salam terus tuju khemah makan, lapar wehhh, tengok lauk pun sodap-sodap tapi masih ramai lagi tetamu yang duduk menjamu selera, mama melayan anak-anak ambik nasi, kemudian cari-cari la tempat yang boleh duduk, mujur ada dua tiga orang yang sednag makan tu nampak mama laju-laju mereka habiskan makan dan bagi tempat duduk, syukur alhamdulillah ada juga tempat, memang takde makan sekumpulan dengan FIl pun, mama duduk dengan anak-anak je, adelya sedap melayan kari daging, suka betul dia siap bertambah-tambah, tapi nasi tak dimakannya pun. lauk semua sedaplah bagi mama, tapi takdelah sampai bertambah makan.
Selesai makan jumpa tuan rumah, adik-adik ipar ajak bergambar di pelamin, sekali tengok pelamin wahhh...comelnya pelamin dia, adelya sukalah sangatkan. lajulah mama minta laluan untuk masuk ahahaha tak malu betul ai nasiblah kalau ditunggu lambat pula kan sedangkan pelamin tengah kosong. Bukan bergambar dengan pengantin pun tapi kami yang syok sendiri bergambar di pelamin tu hehehe. ala..sesekali kan dah lama tak naik pelamin, tapi kali ni tak dapatlah bergambar dengan en.azmi di pelamin sebab en.azmi tak ikut serta. Jomlah layan gambar yang ada.

adelya azra bersama sepupunya aimy qairina, seronoklah adelya tengok hello kitty, dia memang suka hello kitty |
acu (adik en.azmi yang bongsu) bersama anak-anak buahnya, adrien je takde sebab budak sorang tu kadang-kadang macam tak kuasa nak melayan orang bergambar lebih baik dia buat hal sendiri saja. |
ehemmm...haruslah ada gambar mama kan hehehe, ini mama bersama biras mama blogger juga tau bdkbucuk.blogspot.my, sape belum follow boleh lah follow, aimy qairina tu anak iralah. |
Wassalam.
Thursday, 6 July 2017
Syawal 2017- masuk gua
Assalamualaikum...
Raya ketiga ikut FIL berjalan raya ke rumah saudara sebelah emak mertua pulak. En.azmi ni memang asalnya orang pahang family pun memang ada kat pahanglah. itupun masih ramai lagi yang mama tak jumpa, ada tak ada pun yang biasa mama jumpalah, cuma tahun ni ada jumpa yang baru juga. Macam mama ni memang membesar di Pahang, tapi ic 08 lahir kat perak komee.. sebab arwah mak dan ayah orang perak, merantau bawa diri ke pahang.
Ok lah moh berjalan raya. kali ini rezeki untuk makan nasi minyak macam tahun lepas takde, dapat rezeki makan biskut raya sajalah. rumah yang kami pergi ni kebiasaanya buat nasi minyak raya kedua, tapi tahun ni kami pergi raya ketiga jadi takdelah rezeki kami, makanlah biskut raya sampai licin hahaha..buruk benar perangai memang licin biskut raya yang terhidang tu. Dalam pada dok makan-makan tu kami bersembanglah konon nak singgah gunung senyum. dah alang-alang sampaikan, gunung senyum pun dekat kawasan tu je.
Sebelum ke rumah seterusnya kami jejak gunung senyum dulu, nama je orang pahang gunung senyum pun tak pernah jejak mama ni. Untungnya mama sebab mak dan abah mertua ni jenis sporting, ikut je apa kami nak buat, macam tahun bila entah kami pergi kuantan beraya, jumpa kawasan tepi pantai yang cantik gedik-gediklah mama nak singgah berphotoshoot, jadi semua orang pun ikutkan sajalah, mak dan abah tunggu je tengok gelagat anak menantu bergambar.
Macam kali ni juga, walaupun abah tak larat sangat nak berjalan, tapi abah ikutkan juga hasrat anak menantu, dah alang-alang sampai pergi je lah katanya, nanti tak tahu bila lagi nak pergi. seronoklah kami dibuatnya. sebab dekat sangatkan itu yang nak singgah juga, abg ipar pula kata cantik juga tempat tu, jadi kami pun singgah, tapi mak dan abah tak ikut keatas, mereka tunggu dekat kerusi yang ada disitu je. kami lak teruskan perjalanan, kata pakcu atas tu ada kubur, mama tengok tangga fikir nak naik ke tak, rasa macam tak tinggi pun, anak-anak dengan en.azmi pun dah melangkah naik tangga.
Dalam dok fikir-fikir tu mama pun join jugalah panjat tangga ingatkan tak tinggi..haaa yang permulaan naik tu tak tinggilah, yang seterusnya tu ohoii menjunam juga tangganya walaupun tak tinggi mana, tapi berbekalkan semangat yang ada sebab dah sampaikan nak juga tengok apa yang ada kat atas tu, gigihlah mama dengan dress dan kasut 3 inci tu panjat tangga, masa naik tu oklah lagi sebab kita dok pandang atas masa turun tu rasa jugalah macam nak menjunam tapi kata model catwalk, apa ada hal turun tangga dengan kasut 3inci tu kan.
ini maklang..adik ipar mama muka ada senyum tapi dalam hati berdebar amat tu..hehehe steady maklang dalam debor-debor tu sampai juga keatas ye dak.
Kami takdelah panjat sampai atas pun setakat makam tok long tu je la. Dekat gunung senyum ni banyak gua antara yang terkenal gua makam tok long ni lah. Mengikut cerita yang mama baca pada kenyataan yang disediakan tu. Tok long ni berkahwin dengan puteri bunian yang terdapat di gunung senyum ni. satu hari tok long minta izin dari isterinya untuk pulang ke kampung di kuala krau selama satu purnama, bila dah balik kampung tu toklong rasa gembira sampaikan terlupa janjinya pada isterinya tu, bila tok long kembali ke gunung senyum tu dikatakan dia tak dapat lagi bertemu dengan isterinya. Tok long terus mencari akhirnya dia menemui isterinya tapi tidak dapat mendekatinya. Akibat terlalu kecewa toklong akhirnya meninggal dunia didalam sebuah gua yang kemudiannya dinamakan gua makam tok long.
Selain gunung senyum, terdapat juga gunung lain disitu yang dinamakan gunung jebak puyuh, seperti yang mama dengar dari cerita mak mertua katanya dulu, ramai juga orang yang cuba nak ke gunung jebak puyuh ni, walaupun nampak dekat tapi tak pernah sampai, ada tu yang terus hilang, ini mama dengar mak mertua dan pakcu lah yang cerita sejauhmana kebenarannya wallahu'alam lah ye. tapi sekarang ni gunung jabak puyuh ni pun dah menjadi satu tarikan juga disini, letaknya pun tak jauh dari gunung senyum. Di Gunung jebak puyuh terdapat 7 gua, manakala di gunung senyum terdapat 18 gua, semuanya punya kisah yang tersendiri. tapi tidak le mama nak cerita ye, kalau cerita kang berjela-jela pula entri mama ni.
Seelok keluar jalan ke rumpun makmur tu, mama dengar bunyi yang pelik, en.azmi berhenti tepi jalan, mama keluar tengok tapi takde apa-apa pun masuk balik dalam kereta ehhh..ada bunyi lagi, berhenti lagi kali ini abah mertua dan abang ipar pun turut keluar tengok, kami naik satu kereta. tengok bahagian pintu takde apa-apa, kemudian en.azmi raba dekat tayar..hmmm dah agak dah katanya, benang tayar terkeluar dah..Allahu..perlahan-lahan en.azmi bawa kereta, kata abah dekat pekan nanti cari bengkel.
Alhamdulillah..walaupun raya, ada bengkel yang dibuka, itupun mujur rezeki Allah nak bagi kami sempat ke bengkel tu sebab kak taukey nya bengkel dah nak tutup, selamatlah tukar tayar hari tu. Abah kata mujur kena sekarang, kalau dekat highway lagi susah. lagi pulak anak-anak pun tak naik dengan kami, syukur jugalah kalau tak mau masing-masing buat perangai. selesai urusan kereta teruskan perjalanan ke kampung makcik pula, alhamdulillah rezeki kami dapatlah makan nasi tomato. legalah perut yang lapar ni sebab dari tadi dok makan biskut raya je kan.dok bersembang sekejap dengan makcik, lepas maghrib tu kami gerak balik rumah.
Habis cerita raya ketiga...ehh tapi ada lagi cerita raya tau hehehe..mama sambung nantilah pulak.
Wassalam
Raya ketiga ikut FIL berjalan raya ke rumah saudara sebelah emak mertua pulak. En.azmi ni memang asalnya orang pahang family pun memang ada kat pahanglah. itupun masih ramai lagi yang mama tak jumpa, ada tak ada pun yang biasa mama jumpalah, cuma tahun ni ada jumpa yang baru juga. Macam mama ni memang membesar di Pahang, tapi ic 08 lahir kat perak komee.. sebab arwah mak dan ayah orang perak, merantau bawa diri ke pahang.
Ok lah moh berjalan raya. kali ini rezeki untuk makan nasi minyak macam tahun lepas takde, dapat rezeki makan biskut raya sajalah. rumah yang kami pergi ni kebiasaanya buat nasi minyak raya kedua, tapi tahun ni kami pergi raya ketiga jadi takdelah rezeki kami, makanlah biskut raya sampai licin hahaha..buruk benar perangai memang licin biskut raya yang terhidang tu. Dalam pada dok makan-makan tu kami bersembanglah konon nak singgah gunung senyum. dah alang-alang sampaikan, gunung senyum pun dekat kawasan tu je.
Sebelum ke rumah seterusnya kami jejak gunung senyum dulu, nama je orang pahang gunung senyum pun tak pernah jejak mama ni. Untungnya mama sebab mak dan abah mertua ni jenis sporting, ikut je apa kami nak buat, macam tahun bila entah kami pergi kuantan beraya, jumpa kawasan tepi pantai yang cantik gedik-gediklah mama nak singgah berphotoshoot, jadi semua orang pun ikutkan sajalah, mak dan abah tunggu je tengok gelagat anak menantu bergambar.
Macam kali ni juga, walaupun abah tak larat sangat nak berjalan, tapi abah ikutkan juga hasrat anak menantu, dah alang-alang sampai pergi je lah katanya, nanti tak tahu bila lagi nak pergi. seronoklah kami dibuatnya. sebab dekat sangatkan itu yang nak singgah juga, abg ipar pula kata cantik juga tempat tu, jadi kami pun singgah, tapi mak dan abah tak ikut keatas, mereka tunggu dekat kerusi yang ada disitu je. kami lak teruskan perjalanan, kata pakcu atas tu ada kubur, mama tengok tangga fikir nak naik ke tak, rasa macam tak tinggi pun, anak-anak dengan en.azmi pun dah melangkah naik tangga.
en.azmi dan anak-anak melangkah tak toleh dah, ini permulaan naik tangga sebelum jumpa tangga yang agak menjunam tu |
ini maklang..adik ipar mama muka ada senyum tapi dalam hati berdebar amat tu..hehehe steady maklang dalam debor-debor tu sampai juga keatas ye dak.
Itu mama sempat lagi nak berphotoshoot diatas tangga, satu kegigihan dihari raya, siap handbag,dress, heels 3 inci..aishh masuk gua pun mesti nak vouge okeh tapi vouge ke mama? Ngehngehngeh |
Bergambar ramai-ramai dulu, bukti dah sampai sini, belakang tu lah makam tok long |
Seelok keluar jalan ke rumpun makmur tu, mama dengar bunyi yang pelik, en.azmi berhenti tepi jalan, mama keluar tengok tapi takde apa-apa pun masuk balik dalam kereta ehhh..ada bunyi lagi, berhenti lagi kali ini abah mertua dan abang ipar pun turut keluar tengok, kami naik satu kereta. tengok bahagian pintu takde apa-apa, kemudian en.azmi raba dekat tayar..hmmm dah agak dah katanya, benang tayar terkeluar dah..Allahu..perlahan-lahan en.azmi bawa kereta, kata abah dekat pekan nanti cari bengkel.
Kasi tukar dulu itu tayar |
Alhamdulillah..walaupun raya, ada bengkel yang dibuka, itupun mujur rezeki Allah nak bagi kami sempat ke bengkel tu sebab kak taukey nya bengkel dah nak tutup, selamatlah tukar tayar hari tu. Abah kata mujur kena sekarang, kalau dekat highway lagi susah. lagi pulak anak-anak pun tak naik dengan kami, syukur jugalah kalau tak mau masing-masing buat perangai. selesai urusan kereta teruskan perjalanan ke kampung makcik pula, alhamdulillah rezeki kami dapatlah makan nasi tomato. legalah perut yang lapar ni sebab dari tadi dok makan biskut raya je kan.dok bersembang sekejap dengan makcik, lepas maghrib tu kami gerak balik rumah.
Habis cerita raya ketiga...ehh tapi ada lagi cerita raya tau hehehe..mama sambung nantilah pulak.
Wassalam
Wednesday, 5 July 2017
Syawal 2017 - Raya kedua
Assalamualaikum...
Raya kedua ni tengahhari dalam pukul 11 macam tu, mama,en.azmi dan anak-anak pulang ke kampung en.azmi pula, bunyik macam jauh je kan pada hal 10 minit je hahaha. Kat rumah en.azmi ada acara membakar lemang. Ada sepupu dan pakcu en.azmi datang. Pakcunya membakar lemang dihari raya kedua, sedpalah dapat makan lemang dan rendang.
Kali ni family mama pula bertandang ke rumah en.azmi, abg ipar masakkan nasi beriyani yang sedap sangat..abg ipar okeh yang memasak haaa jangan tak tahu abg sulong en.azmi tu terror sangat bab memasak, sampaikan mama pun tak perlulah nak sibuk-sibuk didapur kalau abg ipar ada, cuma jenguk kedapur masa nak makan sajalah hahaha..huduh benor perangai mama, tapi apakan daya begitulah caranya kikiki. Dirumah en.azmi memang mama tak perlu kalut didapur bila ada abg ipar dan adik-adik ipar.
Tengoklah bila geng anti sosial beraya, tak abis-abis dengan telefon, tapi mujur juga nak pergi berayakan. Lepas nasi dah terhidang apalagi masing-masing laju la menyuap semua pun dah lapar dekat rumah takde siapa yang memasak. Selepas makan adik-beradik mama teruskan beraya pula, tapi mama tak ikutlah sebab nanti ada kawan nak datang beraya.
Kawan telefon cakap nak datang, ingatkan sikit sekali sikit punya ramai yang datang, aiiii gembiranya tengok kawan-kawan, dlaam pada tu sedih juga bila terpandang wajah kawan mama yang baru kehilangan permata hatinya sebelum raya hari tu, masa berpelukan tu rasa nak menitis airmata mama, dia pula cakap jangan sedih dekat mama, terus rasa insaf, patutlah Allah uji dia dengan ujian yang berat macam tu, mama tengok dia cukup kuat, kalau mama entahlah raya pun dok berkurung dalam bilik agaknya.
Inilah kawan-kawan mama, sebenarnya kawan-kawan mama, kawan-kawan en.azmi juga, maklumlah kami satu sekolah, bukan setakat satu sekolah je tapi satu kelas lagi masa form 4 dan form 5..ekekeke tapi takde cinta-cinta monyet yee sebab tak pernah bercinta pun, apatah nak bercinta bercakap pun tak pernah, en.azmi tu dulu pemalu sangat orangnya tau, tak macam mama, mama gengster kampung dusun kikiki.
Raya kedua ni tak berjalan kemana duduk rumah je makan dan makan, satu lagi basuh pinggan. dah mama tak masak didapur mama buatlah kerja lain, mama basuh pinggan dan lipat kain. Haa takdelah nampak macam menantu hantu sangatkan kikiki. lagipun mama memang suka buat kerja tu, kalau memasak risau pula masakan tak sedap jadi kita basuh pinggan je lah. Bab lipat kaintu..haa mama memang suka lipat kain, entahlah kenapa tapi memang sukalah melipat kain, duduk santai-santai lipat kain, asingkan baju dan seluar, kain batik, macam best jekk. mak mertua cakap matiii lipat kain bertimbun-timbun,,takpe mak i loikee..hehehe

Tuesday, 4 July 2017
Syawal 2017- raya pertama
Assalamualaikum...
Arwah mak dulu-dulu kalau hari raya je awal mak bangun, buka pintu tingkap semua pagi-pagi tu, siap mandi sunat hari raya lagi.Hari baik bulan baik perlu dirai selepas sebulan berpuasa katanya. 1 syawal hari tu, mama bangun awal juga iron baju seisi keluarga, keluarga mama sajalah yang lain sila iron sendiri kikiki. Lepas tu panaskan rendang dan kuah kacang. Ibu pula dah bersedia nak masak lontong.
Selesai semua kerja baru kejutkan anak-anak. rumah pun dah mula riuh diawal pagi tu dengan suara mak-mak yang bising bak murai suruh anak-anak mandi dan bersiap. Bila dah lengkap semua, makan dahulu hidangan yang dah disediakan sebelum ke masjid, Hero-hero mama ikut en.azmi ke masjid, mama dan adelya tak ikut tunggu dirumah saja.
Kali ni tak sempat nak bergambar ramai-ramai macam tahun sebelumnya sebab ada tetamu yang datang awal, kawan ibu dan abah kemudian mereka ikut kawan mereka berjalan ke rumah jiran. Sudahnya kami bergambar sajalah sikit-sikit ehh gambar tetap ada juga ye, walaupun tak cukup korum, bergambar yang mana ada sajalah.
Kami berlima saja, sepatutnya berenam cukuplah kami geng gugurl tapi ibu dah pergi berjalan jadinya berlima sajalah. geng lelaki dah bosan didalam rumah menunggu nak pergi berjalan raya. kebiasaannya mama dan adik beradik di hari raya ni memang akan pergi beraya ke rumah jiran, bawa suami dan anak-anak, walaupun mak ayah dah takde tapi silaturahim dengan jiran tetangga lama jangan dilupakan, kita dari kecil dengan mereka kan. pun begitu ada juga yang telah pergi mengadap Ilahi, tok guru mengaji mama dah pergi tahun lepas, makcik depan rumah pun dah takde.
Ada juga la gambar mama berdua dengan anak dara sorang ni, gambar dengan abang-abang non hado sebab dua-dua sibuk beraya, adrien raya sekejap pastu balik, abg adam dengan sepupunya kemain beraya kutip duit raya hehehe..banyak juga dapatnya tu, rezeki abanglah kan sebab rajin berjalan raya, haaa ini barulah raya abang, bukan duduk rumah tengok tv je, pergi jalan-jalan rumah jiran walaupun jiran mama, takpe pergi je hari rayakan, lagipun atok-atok dengan nenek-nenek tu semua tahu abg anak mama.
ini 2 orang je cucu perempuan sebelah family mama, kemain dua-dua pun bergaya tu. Arwah tok dan wan, anak-anak ramai perempuan mari kat cucu ramai lelaki pula. cucu perempuan yang ada tu kakak daeisha tu oklah nampak la macam gigirl, kalau adelya tu hmmm..bak kata abah muka je comel tapi garang bukan main kikiki, jumpa pakjang bukan nak salam siap dia cakap "tumbuk nak?" aduhh anak dara mama ni jangan garang-garang sangat ye. Baju sama je dua-dua ni, sekali dengan mommy sama, mommy yang belikan mama ok je cuma mama je la tak mampu nak pakai bukan takleh beli tapi macam segan nak pakai baju kepok-kepok gitu heheh.
sedang sibuk bergambar en.azmi bagitahu familynya nak bertandang nanti, okeh moh bersiap sedia. panaskan apa yang patut, isi kuih yang kurang dan tambah-tambah apa yang patutlah sementara tetamu belum sampai. memang mama jemput FIL datang beraya, dekat je kan senanglah nak berkunjung, macam tahun-tahun sebelum ni jugalah saling kunjung-mengunjung. tapi gambar takde pula sebab enfon entah campak ke mana pun tak tahu lah.
Lepas FIL datang beraya mama,en.azmi dan anak-anak ikut mereka beraya ke temerloh pula, ke rumah saudara abah mertua. Rumah yang biasa kami pergi setiap tahun cuma 1 rumah tu ini pertama kali kami pergi. sebelum ni tak pernah pergi. oklah kan dapat kenal lagi saudara yang ada. itulah pentingnya hari raya ni kita ikut orang tua beraya supaya kita dapat kenal saudara mara, nak harapkan hari-hari biasa memang tak berkunjunglah mama ni. ini kalau bertembung tengah jalan ada yang tak kenal saudara gamaknya. 3 buah rumah je kami pergi lepas tu baliklah. malam tu tak balik kampung en.azmi lagi.jadinya tidurlah dikampung mama semalam lagi..yeayyy, lagipun malam tu ada buat bbq dan sambut besday paksu dan anak buah, dailami darwisy.
nak juga la gambar berdua..feeling-feeling romantik dipetang syawal tapi tak lah sesweet mak hainom okje dengan pak jilapah tu dorang sweet tahap diabetes hehehe mama ni sweet takat semut hurung je kikiki. berlatarbelakangkan rumah lama. menurut en.azmi ini rumah lama saudaranya sebelum dibina rumah baru dibelakang, tapi rumah lama ni masih dikekalkan, ok juga tu kan kenangan..jadi kita pun ciptalah kenangan disini.
Wassalam
Kisah syawal 2017
sehari sebelum raya

Subscribe to:
Posts (Atom)
Kejohanan Silat Olahraga
Asalamualaikum... Mga kita semua didalam lindungan dan redha Allah swt. 3,4 dan 5 Mac anak-anak mama menyertai satu lagi kejohanan silat. K...
-
Assalamualaikum... kali ni mama nak cerita pasal muzium 3D kat cameron highland.mama memang sukalah bab-bab lukisan ni teruja je dengan ga...
-
Assalamualaikum.... Salam isra' Mi'raj semua, ada yang berpuasa hari ini? alhamdulillah..rezeki tu dapat berpuasa, tak dapat berpu...