diari mama untuk anak-anak soleh dan solehah mama... adam aryan, adrien aryan & adelya azra.. penyejuk dimata,penawar dihati.. bila suatu hari nanti mereka boleh membaca,dapatlah mereka membaca kisah tentang mereka yang mama coretkan disini...
Saturday, 27 December 2014
cerita di kampung
Pagi khamis gerak balik kg,alhamdulillah perjalanan lancar. Dikampung takde apa yg dibuat,cuaca juga tidak mengizinkan sekejap2 hujan.hiway pantai timur dah ditutup untuk kenderaan,tengok keadaan banjir dipantai timur terutama di kelantan amat menyedihkan..hanya doa mampu dipanjatkan agar semua segera pulih.
Adelya ni keje dia buat sepah je..habis segala hiasan dan bunga wan dia buat main,mama kemas dia sepah sudahnya mama biarkan aje,pastu asyik la merap je,pantang mama gerak dia pun nangis la suruh mama dukung sampai nak buat apa pun tak bole..nak ke toilet pun susah,
Hari sabtu cuaca cerah sikit,dapatlah jejak tanah apalagi suka lah budak berdua ni nak pulak dpt tolong papa abislah kotor seluar baju,ikutkan lah anak2..asalkan gumbira
Petangnya buat sambut besday hero berdua ni,takde jemput siapa pun family kami je,mak sedara dorang tempah kek robot kegemaran dorang,suka la tu..sampaikan adrien tengok kek tu mcm nak cium kek tu dibuatnya.
Itu lah cerita 3 hari dikampung,akak bercuti hingga isnin,,lama bercuti sebab lama sangat tak balik kampung.😊
Wassalam
Thursday, 25 December 2014
bersama kita doakan
Sedih tengok berita banjir di pantai timur,teruk sangat akak rasa,moga semuanya akan segera pulih,adik seofis akak ni bgtau dia dah terputus hubungan dgn family dikampung,last berita yg dia dpt mak dia tumpang rumah jiran sbb rumahnya dah tenggelam slps tu letrik takde terus x dpt berhubung lagi,aduhai sedihnya akak dengar,dr gambar2 yg akak dpt pun mmg teruk banjir kali ni.
Malam tadi ada dibuat sumbangan utk mangsa banjir,akak sempat bg pakaian je,makanan x sempat nak pergi beli,xpe la akak pun tengah packing baju nak balik kg tp lps tu amik keputusan blk pagi je.sebelum gerak ke seksyen 24 untuk hantar pakaian sesuatu terjadi pada adam...aduh berdebar hati mama ni tp niat nk bg sumbangan diteruskn jg,nanti lah akak cerita pasal adam tu ye...
Mereka inilah yg terlibat dlm menjalankan aktiviti sumbangan tersebut,moga usaha mereka diberkati dan semoga segala sumbangan sampai dgn selamat kepada mereka yg memerlukan bkn apa akak risau juga dgn keadaan jln tu,harap2 semuanya selamat..
Bersamalah kita doakan.
Wassalam
abang bagi cuti
Assalamualaikum...
hari ni sempena hari lahir abang,semua dapat cuti hehehe..bukan abang bagi tapi hari lahir abang jatuh pada hari cuti umumkan,jadi seronoklah abang setiap kali ulangtahun kelahiran abang mama pun cuti..
sekejap je kan anak mama nih dah 5tahun,berbagai rasa yang ada sepanjang 5 tahun ini,kadang2 sikap abang sangat menyentuh hati mama,kadang2 boleh buat mama jadi singa..hahaha itulah ragamnya bila dengan abangkan,tapi percayalah bila mama jadi singa tu bukanlah mama nak makan abang cuma kadang2 kesabaran mama tak dapat nak dibendung lagi,tapi satu yang abang perlu tahu, abanglah chinta hati dan nyawa mama...
sikap abang yang buat mama tersentuh..abang sangat perihatin, bila nampak mama monyok dan terbaring je,terus abang tanya " mama tak sihat ke? kesian mama,makan ubat tau..mamakan tak sihat.." oh sejukkk sangat hati mama ni,sakit pun tak terasa...keesokan hari bila balik dari taska,abang cepat2 je cari mama, soalan pertama abang bila nampak muka mama " mama dah sihat ke?" bila mama jawab dah abang senyum..lepas tu abang baru mula bermain dan membuat sepah..okeh mama tak kisah abang nak buat sepah,tapi kadang2 mama marah jugak la,bila rumah dah jadi tongkang pecah..ohhh tongkang pecah pun tak macam rumah kita kan...dah macam kapal karam pun ada rumah kita..itu masa papa takde la,kalau papa ada tak merasa la kita nak karamkan kapal, nanti abis kita diamuknya...hahaha...maklumlah papa tu kan pantang rumah sepah2...
abang sempena kelahiran abang yang ke 5 tahun ni mama doakan abang menjadi anak yang beriman, anak yang soleh..berjaya didunia dan akhirat..mama tahu abang anak yg baik inshaAllah syurgalah tempat abang nanti..mama harap kalau mama dah tiada nanti abang mampu untuk doakan mama,abang mampu untuk menjaga adik2 dengan baik...mama tahu abang mampu..mama sentiasa doakan abang..
nantikan surprise untuk abang dan adrien kat kampung nanti,harap2 surprise tu menjadi nanti..hehehe
ok la abang..mama sayang abang
wassalam
Wednesday, 24 December 2014
berjaya juga mama
merancang nak sambut birthday hero akak yang berdua tu kat taska,memandangkan krismas cuti,makanya kita buat pada 24hb je,sebab lepas tu nak bercuti panjang balik kampung.
paling best rancang nak buat 24hb rabu,tapi selasa tu satu apapun tak buat lagi,balik kerja tunggu en.azmi sampai dekat pukul 5.30pm jugakla, terus bergegas ke kedai buku di seksyen 19 seperti yang akak baca di sini. memang banyak pilihan buku,ada diskaun pulak tu..bagus sangat nih. bukan apa nak lari sikit dari kebiasaan akak sebelum ni yang asyik bagi makanan je,kali ni akak bagi buku cerita pulak,sesuai kot untuk kanak2.lepas tu bergegas ke nsk pulak..ye lah takkan bagi buku semata,makanan tetap la kena ada tp sikit je la,ye la budak2 mesti suka kan..
selesai urusan mencari apa yang perlu baru ambil anak2 dekat taska,lepas tu en.azmi nak belanja anak2...wah seronoklah budak2 tu.habis makan semua baru balik rumah,siap semua kerja yang berkaitan bertungkus lumus la pulak mama menyediakan goodie bag untuk dibagi kat taska,dengan adelya yang asyik meragam nak berdukung je tak mahu duduk..terpaksa mama buat kerja sambil berdiri,naik lenguh kaki dibuatnya..bila diletak dia bergayut je kat kaki mama sampai nak terlucut seluar mama dibuatnya...hadoi yaiii macam2 la ini budak...
udah macam goodie bag untuk majlis kawin lak rasanya..ini kes gunakan apa saja bahan yang ada dirumah..doily paper tu berguna juga setelah sekian lama terbiar didalam almari.nampak cantik la sikit sampul surat tu,takde la togel sangat bila letak doily paper tu...hehehe, kali ni takde paper bag ye,akak guna sampul surat je..hahaha mujur muat2 untuk diletakkan buku dan 3 ketul makanan..
bab goodie dah settle bab yg lain lak menanti..nak buat kek,kali ni memang mama nak buat kek sendiri,tapi kena tidokan adelya dulu..mama pun mata dah naik layu,kepala pun dah pusing2 tapi demi anak2 mama kuatkan semangat..lepas susukan adelaya en.azmi amik alih tidokan adelya,mama teruskan berusaha membuat kek ditemani abg adam..kek simple tapi 1st time mencuba dan cuba utk deco2 sikit..hahaha deco la sangat kan,xde apa yg nak di deco kan pun,cuma nak bagi nampak cantik sikit lah, gigih menyusun biskut julies tu,harap2 melekat cantik nanti.. mama tunjuk kat abg adam cantik tak? katanya tak cantik sebab sentap mama tak letak payung hiasan yg dia beli...adoiii mama dah kalut2 tertinggal la payung tu..takpe nanti kita guna lagi payung tu ya...
pagi2 bangun buka peti nak tengok kek..harap2 cantiklah kejadiannya,sebab risau bila tanggalkan loyang biskut2 tu akan berselerak..cemas je akak dibuatnya..alhamdulillah bila loyang diangkat biskut itu kukuh berdiri...lega sangat dah ni, terus amik riben dan ikat kemas, harap2 bertahan sampai petang..hehehe
oreo cheese cake untuk hero-hero kesayangan mama..harap2 sedaplah kek ni..sebab mama tak rasa pun..itu je yg mampu mama buat dan mama memang tak pandai nak deco2 ni..buruk pun takpe lah ye..hehehe
ok lah ye wassalam..
Monday, 22 December 2014
mari perangi denggi..semangat kejiranan
di kejiranan akak dalam bulan ni aje ada beberapa kes denggi, jiran sebelah rumah akak ni anaknya dua orang kena denggi,lepas tu jiran selang 2,3 buah rumah pulak,ada la jabatan kesihatan datang buat forging beberapa kali..tetapi macam tak berkesan je kan...tindakan lain perlu diambil...ahli mesyuarat group wassap jiran2 ambil keputusan nak buat gotong royong,kita perangi nyamuk aedes..
yeah...geng2 lelaki bergotong royong membersihkan kawasan kejiranan,manakala geng2 wanita gotong royong menyediakan juadah untuk mereka yang berpenat lelah membersihkan kawasan perumahan...disamping tu akak dengan anak2 bergotong royong membersihkan rumah,membuat 5S dibilik stor pulak...
antara juadah yang disediakan oleh geng ibu2...walapon ada yang tak dapat menghadirkan diri kerana urusan kerja pada hari tersebut tetapi masih juga menghulurkan sumbangan kuih muih..sangat hebat semangat kejiranan disini tau...akak suka sangat sampaikan nak berpindah pun tak sanggup tapi apakan daya mungkin satu hari nanti akan berpindah jua,kerana akak cuma menyewa disini..pernah tanya kot2 tuan rumah nak jual rumah itu tak, sebab akak nak beli,tetapi tuan rumah tak mahu jual..tahun lepas dia offer nak jual tapi masa tu gaji belum layak lagi..tahun ni tanya dia taknak jual pulak,takpe lah bukan rezeki akak nampaknya..mungkin rezeki ditempat lain..tolong doakan moga mudah urusan akak untuk membeli rumah sendiri ye...
banyak sangat juadahnya ni,bukan setakat geng bapak yg makan tetapi mak2 pun join makan sekali..hehehe
Sekitar aktiviti gotong-royong..gambar ni akak rembat dari jiran2 yang share dekat group wasap je,sebab akak pun dok sibuk bergotong royong dengan anak-anak,anak2 memang teruja la dapat menolong,sebabnya segala permainan lama2 yg masih elok mama keluarkan dan papa basuh bersih2 dan boleh dimain lagi. yang mana sudah tidak elok kita buang lah yg masih elok dan boleh digunakan lagi,kita simpan mana tahu bole diwariskan kepada anak2 buah yg lain pulak nanti kan...
letih sangat sabtu tu..abis sakit badan tapi hasil yang dapat pada hari tu sangat berpuashati,rumah pun bersih..seronok mata memandang..
alhamdulillah..dizaman yg begini,semangat kejiranan masih wujud disni..oh ya cuti2 sekolah ni,mana yg anak ditinggalkan dirumah memang tak perlu risau kerana ada ibu2 yg tidak bekerja tolong tengok2 kan,siap diberi makan lagi tau..bila anak tak balik jerit je kat group wasap tu...anak saya kat mana???nanti ada la yg menjawab anak ada dekat sini,tengah makan kejap lagi suruh balik..ha kan tak perlu risau sangat,tapi perlu la ada batasannya kan jangan sampai menyusahkan jiran lak sampai terus-terusan membiarkan anak kita dirumah jiran...hehehe, akak setakat ni memang takde la tinggalkan anak2 lagi,hatta nak biarkan anak2 melangkah keluar dari pintu pagar sendirian pun akak tak lepaskan,sebab anak akak ni suka buat hal sendiri,berlari dijalan ikut suka hati,risau pula dibuatnya...semoga kita semua mendapat jiran yg baik..jika satu hari nanti akak perlu berpindah moga jiran2 yg baru juga akan seperti ini..inshaAllah
Wassalam
Sunday, 21 December 2014
nombor 7
hai tak abis lagi pasal bola...hahaha hapdate jap la. tape lah harimau kecundang dgn gajah dah bukan rezeki kan,walaupun akak tengok byk juga peluang yg ada tp susah gak kot nak sumbatkan gol tu kan...hehehe akak yg menonton senang la nak bg komenkan,tapi yg bermain tu lbh tahu..haihhh tp kan takpelah bukan rezeki,janji ada gak 3gol bukan 0..
dok sibuk2 tengok bola sibuk jg berwasap dgn group2 yg ada kata adik ipar mak anti betul dgn pemain thailand no.7 haihhh la akak kenal pun tak,nama je tgk bola yg akak tau kalau gol kan,pastu pemain pun ada la 2,3 kerat yg akak kenal tu pun pemain malaysia je la,kalau luar tu ronaldo x lupa beckham...hahaha x hagak yg ensem je ko kenalkan.. semalam terkebil2 gak nk tgk pemain no 7 tu...huhuhu apa taknua group sebelah2 pun dok citer pasal no 7 tu tp biasa la mest yg wanita2 je la dok citerkan yg lelaki senyap je la...heheh
ok...sekali member bg gbar no 7 tu...ensem katanya..oh ini ke orangnya...bole la..bole la bak kata jarjit upin ipin..hihihi tapi ensem en.azmi lagi...errrkkkk???? kahkahkah...kbai..
apapun tahniah harimau malaya lain kali kita cuba lagi...
akak tinggalkan dgn ini
Saturday, 20 December 2014
go go harimau malaya
julung-julung kali akak hapdate pasal bola nih..dalam tak sihat ni masih semangat tengok bola ni..berdebar je dibuatnya,harap2 ada rezeki malaysia menang malam ni..
dah 2-0 nih..berdebar lak menunggu masa kedua,harap2 pemain kekal bersemangat...hihihi nak ulas lebih2 memang taktau yang akak tau bola masuk gol je
ok la sama2 kita doakan
wassalam
model katanya
assalamualaikum...
hamboihhh semangat nak bg kalender ye,siap adik beradik dpt sorang satu lagi...memang la kan diri sendiri jadi model kalender..oppsss bkn akak model tu tapi adik akak la..hehehe
famos amos la ko ye manja..heheh
wassalam
Thursday, 18 December 2014
layankan saja rasa itu...
Disember sudah kita ye,bulan ini ada tiga tarikh penting dalam keluarga kecil akak ni, 9hb hari tu birthday adrien aryan,25hb nanti birthday abg adam aryan pulak dan penutupnya 27hb anniversary akak dan en.azmi yang ke 6...alhamdulillah dalam tempoh 6tahun ini kami dikurniakan 3 cahayamata 2 lelaki dan seorang perempuan yang hensem2 dan comel (mahap puji anak sendiri ye..hehehe).
melihatkan kawan2 mendapat cahayamata..hati ini rasa macam haihhh...teringinnyer nak ada baby kecik lagi,teringinnya nak rasa sakit bersalin lagi...teringinnya nak nangis2 dalam labour room tu...hoiihhh macamkan dah bertahun pulak anak akak yang kecik tu ye pada hal baru setahun 5 bulan je..ish3 tapi betulla kata orang nak bersalin tu memang sakit tapi cepat je kita lupakan, bila dah tengok wajah anak otomatik sakit tu hilang kan..
pengalaman yang berbeza sewaktu melahirkan ketiga-tiga anak ini..biasalah setiap kali pun akan terasa kelainannnya kan..
Masa abg adam dulu,akak takde pengalaman lagi ditambah pula dengan rasa takut sebab dengar macam2 cerita pastu masa dok menunggu tu asyik la dengar orang menjerit kat labour room tu..hoiihh berdebar akak dibuatnya,duduk hospital pun lama walapon tak sakit,penat menunggu,dengan takde selera nak makan,hanya makan buah anggur beberapa biji, sebelum bersalin kat labour room tu boleh pulak akak muntah,tahap takut tu sampaikan akak minta izin en.azmi nak amik epidural ko...mmg tak boleh blah betul la..nurse kata kalau dokte bius sempat sampai sebelum akak bersalin dorang akan bagi sebab dokte bius on call hari tu maklum la krismas kan cuti.. tapi memang dokte sempat sampai pun dan akak pun cucuk la epidural,lepas tu badan menggigil tak hingat siap minta nurse tutup aircon lagi sebab sejuk sangat rasanya..lepas bersalin akak pitam dari pukul 5.30 hingga 8.30mlm..itupun akak gagah juga bangun sebab ramai dah menunggu akak kat bilik,ikutkan hati nak je sambung lelapkan mata..
pengalaman itu tak patahkan sikit pun semangat akak untuk mengandung lagi...untuk adrien aryan ni akak dah tak takut sangat dah..hehehe pengalaman lalu memberikan banyak pengajaran...mindset kita sendiri perlu diubah sebenarnya..akak sentiasa cakap pada diri sendiri jangan takut,layankan saja rasa sakit itu..buktinya sedang sakit contraction pun akak masih bekerja,merah2 muka menahan sakit,takpe kita tunggu sehingga kerja2 ini beres dulu,walapon tengok jam contraction berlaku dalam masa tak sampai 10minit,akak masih mampu bertahan,en.azmi ajak ke hospital pun akak tidak mahu,akak tunggu sehingga akak betul2 tidak mampu untuk menahan rasa sakit dan akak yakin yang baby akan dilahirkan dalam waktu itu baru akak ke hospital,sambil melayan rasa sakit,sambil berzikir,makanlah kurma kerana ia memberikan tenaga..akak tak minum pun air selusuh atau apa2 air kecuali air masak sahaja..pergi ke labour room pun kalau boleh nak berjalan kaki tapi nurse suruh naik wheelchair,ok takpe kita duduk je la,tapi malu masa tu kena sorong dgn nurse..ajaib rasa bila nurse check bukaan dah 8cm,tunggu dokte datang check bukaan lg dan dokte kata dah bole bersalin ni..prosesnya tak lama akhirnya lahirlah adrien aryan...
adelya azra..masih sama set kat minda...semuanya akan mudah..layankan sahaja rasa sakit itu.. ye kali ini memang akak layan aje sakit yg datang,rasakan nikmat sakit itu,sebab kata ini yg lastkan..kita nikmati betul2 rasa yang datang itu, pukul 4pg macam tu turun tanda, dah tak boleh tido..bawak diri berjalan2 diruang tamu,en.azmi suruh duduk akak tak mahu sebab bila berjalan boleh mudahkan proses bersalin nanti,akak melayan rasa sakit itu sehingga 6.30pg sebab nak hantar adam & adrien ke taska kan..lepas tu gerak ke hospital,dalam perjalanan ke hospital melayan rasa sakit yang amat sangat,sampaikan bergayut tangan kat pemegang kereta tu dan muka melekap kat cermin tingkap..haaa ko menahan sakit sampai mcm tu,kereta terhentak pun rasa mcm baby dah nak keluar, tapi sampai hospital masih gagah lagi berjalan dari parking ke labour room,tiap kali datang sakit berhenti berjalan berpaut dekat lengan en.azmi,hilang sakit jalan laju2 sebelum sakit datang lagi..
dan proses bersalin pun tak lama,mujur dokte sempat sampai kalau tidak nurse je yang sambut..7.30pg msk labour room 7.52pg dah selesai semua...akak rasa sekejap je lepas bersalin pun rasa macam bertenaga je,terus boleh wasap kaum keluarga kawan2 bagitau dah bersalin...hahaha
kenapa akak tulis semua ni? bukan apa..sekadar menceritakan pengalaman,sebenarnya dok borak2 dengan adik ni ha,dia macam tak ready nak bersalin lagi...akak cakap senang aje,kali ni jangan dilayan rasa takut tapi kita layan je rasa sakit nak bersalin tu..nikmat sangat sebenarnya,sebab benda ni akak dah laluikan,yg 1st tu akak layan sgt rasa takut itu yg jadi macam tu,kali kedua dan ketiga akak buang rasa takut dan akak nikmati segala sakit yg datang..ye la kita taktau bila lagi kita akan lalui nikmat itu dan mungkin itu yg terakhir jadinya...layankan saja rasa itu...
sekadar mencatatkan pengalaman sendiri...lain orang lain caranya kan..
wassalam
Tuesday, 16 December 2014
perjanjian pangkor..5 nilam
Friday, 12 December 2014
Thursday, 11 December 2014
mood nak cuti
assalamualaikum...
seronoklah selangor bercuti hari ni dan esok akak ambil cuti juga..inshaAllah esok akan bawa anak2 bercuti,hasil dari balik lambat ot selama 2 bulan hari tu,bawa lah anak2 cuti,bercahaya muka anak2 bila ckp nak bawa pergi jalan2..inshaAllah akan bercuti 3hari 2mlm berfamily day bersama kawan2 sekolah..
ralat juga rasa semalam bila adik ipar kata nak datang sini minggu ni dan nak singgah dirumah tp kami tiada pula,takpe inshaAllah dah plan juga nak balik kg krismas nanti,ye lah kesian adik ipar katanya dah lama tak tengok budak bertiga ni..
ke mana kami nak pergi esok?inshaAllah jika ada kesempatan akak update ye semasa cuti2 esok..hehe semangat sangat gayanya ye..ye la berjaya tunaikan janji rasa seronoklah...
ok doakan kami selamat pergi dan selamat kembali ye..
wassalam
Wednesday, 10 December 2014
konservatif ke akak
apa yang dimaksudkan dengan konservatif sebenarnya?
bersikap mempertahankan adat,nilai dan lain2 yg telah menjadi kelaziman atau tradisi.tidak mudah menerima perubahan.kolot tidak moden..begitulah yang akak baca melalui kamus dewan..eceh semangat mencari maksudkan.
bukan apa akak ni dikira konservatif ke kalau..
akak lebih suka menggunakan lesung batu untuk menumbuk cili,bukan setakat cili padi je tau,cili kering pun akak lebih suka guna lesung batu jugak,berpeluh2 dibuatnya nak menumbuk cili tu,tapi akak tetap suka,kadang2 merecik cili tu masuk mata,masuk hidung..hoihh berasap dibuatnya,tapi akak tetap sayang lesung batu tu,lebih suka guna lesung dari blender.
comel tak akak bilamana akak sanggup berjaga hingga pukul 11malam semata-mata nak menumbuk kerisik??ko mampu?? hahaha..akak cerita kat kawan akak ni dia kata...eee k.lah ni fesyen lama la,sanggup nak tumbuk kerisik,heee guna blender je sudah,takpun beli je kerisik yang dah siap ada jual kat kedai tu. dulu-dulu tetiap tahun akak buat open house,suka la buat rendang nih,jadi akak sanggup malam2 tumbuk kerisik tau,bagi akak itu satu kepuasan..hehehe nak pulak kalau orang makan sampai licin,lagi akak suka tak terasa walapon penat menumbuk semalam belum hilang.
itu baru cerita bab lesung belum lagi cerita bab lain, kalau bab kerja pun macam tu jugak,akak suka je guna cara lama,walhal banyak dah cara baru menggunakan komputer ni kan,tapi bab ni akak kena lah belajar sikit-sikit,macam susah jugak,kang kalau tak belajar nanti asyik menyusahkan orang pulak,nak matchkan fail suruh orang buat,paling best bos yang sedia mengajar akak tau..hehehe dia tau akak ni org lama..kih3,pegang komputer ni pun baru je lagi,dulu2 buat kerja update apa2 dalam buku yang kulit keras tu je tau..masa mula2 masuk kerja dulu la,sekarang ni memang guna komputer la,kot nak guna buku kulit tebal tu lagi memang tak lah kan,mau patah jari nak update data..
tapi ada masanya bila guna cara lama ni rasa macam ada kepuasan pulak,bukan dalam hal kerja la,dalam masak memasak ni..tumbuk daun pandan untuk dapat kaler hijau,rasa macam..wahhhh bestnyer...hebat sangat nih nak menumbuk je kejenya..hahaha
wassalam
nak bebel apa ni
terawal bangun lak pagi ni...hihi ingat dah khamis,nak sahur la agaknya ni rupanya baru rabu..oh esok khamis selangor cuti...best nih,jumaat pun akak ambil cuti... yeah..rasa nak melompat lak,cuti banyak lagi yang tidak diambil,so hujung2 bulan ni rasa nak ambil cuti banyak sikit,bole la bersama dengan anak2 lama sikit ganti balik masa yang dah mama curi masa busy dulu...
banyak pulak membebel pagi2 hari ni,sambil panaskan nasi dan lauk untuk bekalan ke ofis,sambil basuh baju yg berbakul,kalau 2 hari x basuh baju alamatnya berbakullah baju dibuatnya tu..sambil2 menunggu tu membebel la sekejap,macamkan takde keje yg nak dibuatkan pada hal beg taska anak pun belum dikemas,baju kerja belum diiron..takpe bila malas melanda senang je akak nih,pakai je baju dan tudung yang tak perlu diiron dan mmg kebanyakan tudung akak tak perlu diiron pun..hehe satu penjimatan disitu..kui2 pada hal malas, nak keje senang je kan.
oh ya semalam besday adrien,takde sambutan pun akak cuma beli 2biji cupcake je,akak dah plan akan buat sekali dgn abg adam dekat taska nanti,sebab dua hero ni lahir bulan yg sama cuma tarikh je berbeza,inshaAllah jika bajet cukup mama buat ye,tahun lepas mama tak buat pun..sian anak2 mama,tapi tetap jg beli kek makan dgn family..
ok mama...berenti membebel pegi kemas beg anak2...hihihi
wassalam
Tuesday, 9 December 2014
si pelat dan sikerinting mama
sangat penyabar orangnya..
kalau makanan pun, abg adrien yg lebih suka berkongsi makan dengan adelya.
kalau adelya buat sepah,abg adrien lah yang rajin tolong mama kemas..
sweet sangat abg adrien ni..
"mama..yen nak tongget..kuning hitam.."
haaa ko..faham apa adrien cakap..
maksudnya..adrien nak toilet kuning hitam(kuning hitam tu merujuk kepada bumblebee okeh)
sembinggan,sepunggoh,sebenggas...abg punggak...
(sembilan,sepuluh,sebelas..abg pulak)
adoii..takpelah adrien..pelan-pelan mama ajar ye,supaya pelat tu hilang nanti..
yang penting anak mama rajin belajar, rajin nak solat,pandai mengaji..
mama doakan moga anak mama ni sihat2 sahaja...berjaya cemerlang didunia dan akhirat..
wassalam
Monday, 8 December 2014
moh ke karnival
kerja
selagi belum tutup mata kerja..kerja..kerja..pergi pagi balik senja,ada pulak tu yg pergi senja baliknya pagi,apa sahaja kerja yang kita buat asalkan halal itu dah memadai...ada yang bersungut kerjanya susah kerja orang lain senang..goyang kaki sahaja duitnya masuk...
macam dah banyak pulak akak membebel nih..hehehe
ayat pun tunggang langgang..ada yang tak faham minta maaf, kalau ada yang satu jabatan dengan akak yang baca tulisan akak ni tolong tambah apa yang kurang,kalau salah tolong perbetulkan..sebab kerja je kat jabatan ni tapi apa fungsi jabatan pun ingat-ingat lupa..hahahah
kalau yang rasa rajin tu boleh la jenguk2 ke sini...
department of statistic malaysia
ramai yang taktau apa fungsi jabatan perangkaan ni sebenarnya, kebanyakan yg orang tahu adalah banci penduduk,tapi banyak lagi yang jabatan ini buat sebenarnya...banyak survey yang kami buat...
fungsi kami sebenarnya....
- Mengumpul dan mentafsirkan perangkaan bagi tujuan pembentukan atau pelaksanaan dasar-dasar kertajaan dalam apa jua bidang yang diperlukan oleh kerajaan atau memenuhi keperluan-keperluan perdagangan, perniagaan, perindustrian, pertanian atau lain
- Menyebarkan perangkaan yang telah dikumpul atau tafsiran yang dibuat atas perangkaan yang dikumpul itu, bukan sahaja kepada agengsi-agensi kerajaan tetapi juaga kepada pihak berkuasa atau orang-orang yang mana maklumat itu berguna untuk mereka
ok satu lagi info...perangkaan ni setiap tahun,ataupun jika ada banci biasanya kami memerlukan ramai pekerja sambilan,boleh la sesiapa yang sudi untuk datang interview, gaji sekarang ni bukan rm22.50 sehari dah ye..itu zaman akak dulu,zaman sekarang dah tak mainlah gaji macam tu..
sekarang dah rm54.00 sehari tau... ok akak rasa dah banyak tu..ye la alang2 sebelum dapat keje tetap boleh la keje sini dulu kan, ramai juga adik2 yang ada degree jadi sambilan kat sini...
ok lah akak stop sekarang hihihi
wassalam
Sunday, 7 December 2014
gelagat 3 sepupu
assalamualaikum...
cerita hujung minggu kami yang biasa2 je,kat taman akak tinggal ni ada buat karnival,meriah juga la kata en.azmi,dia terlibat sama..sabtu anak2 tak pergi en.azmi je yg pergi.kata en.azmi ahad baru nak bawa
jadinya sabtu tu bika dpt tahu adik beradik nak berkumpul kat rumah kakak,akak pun nak pergi juga la..en.azmi suruh bawa kereta pergi ke sana,akak lak tak konfiden nak drive dgn anak2..kalau kereta auto ok jg,ini kereta manual mmg tak lah kan,sudahnya minta adik dtg ambil kat rumah...hihihi senang keje akak..
melepak kat rumah kakak sampai malam..seronok lah anak2 jumpa sepupu mcm2 dorang main..nyorok2,kejar2,tgk movie.. siap torch light ibu pun dorang buat main..itupun berebut. nak gelak tgk abg adam pujuk daeisha nak torch light tu
"daeisha..bg abg,tgk lampu tu mcm durian" ntah apa yg mcm durian pun taktau..tp mmg x dpt la daeisha ttp tak bagi...hihihi
tengoklah gelagat budak bertiga tu dok suluh siling ibu tu..
rampasan kuasa
anakanda bertiga punya kerja, ayahanda terpaksa mengalah,laptop dah dikuasai anak2..
itulah semangat sangat mengupload cerita kat laptop dah anak2 pun dok mengadap laptop je la cuti2 ni.. yg tak bole blah citer frozen pun di uploadnya...mcm kan adelya tu nak layan...hihihi,adelya tengok sekejap je pastu main benda lain
takpe la anak2 layan je la bkn selalu pun
Saturday, 6 December 2014
princess elsa???
assalamualaikum...
mama dok mengemas baju2 dalam almari...datang adrien pun sibuk nak menolong
sekali dengar adrien cakap..
"mama...pincess elsa..." sambil ikat dress mama dekat leher dia,pastu yang selebihnya dia biar meleret kat belakang...siap pusing2 satu rumah..adoii jadi elsa pulak dahhh
"princess perempuan la adrien.."
"yen pempuan la mama..." errrkkk elsa punya pasal dah tukar jd perempuan lak dia..
haiii mcm2 la si adrien ni ada je akal dia nak bagi mama gelak..
Friday, 5 December 2014
suka sangat letak atas kepala
Wednesday, 3 December 2014
Monday, 1 December 2014
mama masak apa tu??
Kejohanan Silat Olahraga
Asalamualaikum... Mga kita semua didalam lindungan dan redha Allah swt. 3,4 dan 5 Mac anak-anak mama menyertai satu lagi kejohanan silat. K...
-
Assalamualaikum... kali ni mama nak cerita pasal muzium 3D kat cameron highland.mama memang sukalah bab-bab lukisan ni teruja je dengan ga...
-
Assalamualaikum.... Salam isra' Mi'raj semua, ada yang berpuasa hari ini? alhamdulillah..rezeki tu dapat berpuasa, tak dapat berpu...