Tuesday 31 July 2018

Asyik mama je dapat

Assalamualaikum...

Alhamdulillah rezeki mama lagi, semalam masuk dari lunch tengok ada bungkusan atas meja, terkejut sekejap walaupun dah tahu memang akan dapat bungkusan sebab si pemberi dah maklumkan awal hehehe. Terima kasih aida sudi bagi hadiah untuk saya, ini kali kedua tau mama dapat hadiah dari aida,sebelum ni pernah dapat jugalah. Rezeki mamalah kali ni sebab si hensem izat anak aida cabut undi, nama mama terpilih, TQ izat..

Mama bawa balik hadiah ke rumah, tak sabar nak tengok isi didalam, nak buka dekat ofis malu pulak rasanya kan jadi kita bawa bersabarlahkan, buka dekat rumah. Baru je mama bawa keluar dari beg, ada budak dah tanya "itu apa mama?" "hadiah untuk mama la" selamba la mama jawab sebab memang untuk mama kan, "asyik hadiah untuk mama jeee, untuk yaya takde ke?" hahaha...beria dia selongkar beg nak cari hadiah untuk dia, takdelah anak oiii untuk mama je. Sebelum ni mama dapat hadiah jugakkan untuk cabutan bertuah.

Mama nak buka hadiah dorang pun sibuklah sama nak membuka hadiah jugak. ye jomlah anak2 kita buka dan tengok apa hadiah yang mama dapat. senyum gumbira mama tengok hadiah yang mama dapat tu hehehe...best hadiahnya, mama suka tak sabar mama nak guna nih. Terima kasih aida dengan pemberian ini ya. Mama snap pic pemberian aida tu tapi ye lah ada yang interframe jugak mama bagilah kan. Nantilah adelya tak lama lagi birthday yaya kan, nanti mama belikan hadiah untuk yaya ye dan kek princess (dia dah siap mintak 😂).


Inilah yang mama dapat dari aida, seronok hokey dah siap2 basuh hari ni bolehlah mama guna heheh. Anak dara yang jeles mama dapat hadiah mama nak ambik.gambar dia pun sibuklah juga "biar yaya yang pegang" kata dia, ye lah peganglah nakkk.

Aida terima kasih banyak2 ye..

Wassalam

Friday 27 July 2018

Tak sempat selfie dengan Kak Wan 😂

Assalamualaikum....

Semalam Jabatan tempat mama berkerja ni mengadakan majlis statistik mensejahterakan rakyat. Kami pasukan rujuk kospen plus dijemput untuk buka booth pada majlis berkenaan. Alhamdulillah dapat pengalaman barulah mama semalam. Majlis akan dirasmikan oleh Tim.Perdana Menteri Malaysia. Majlis diadakan di Dewan Tun Canselor, MMU. 1st time lah mama datang sini.

Dalam pukul 11 sampai nak set up booth sikit, takde buat apapun kalau yang pernah baca sebelum ni mama ni salah seorang dari pasukan rujuk kospen. jadi booth kami untuk buat ujian tekanan darah, glukosa dan bmi. kerja mama hari tu ambil tekanan darah sekejap lepas tu buat ukuran berat dan tinggi bagi pengunjung yang ingin buat ujian saringan, tak sangkalah ramai juga yang datang ke booth kami tu. Sampaikan ada yang ingat kami ni dari Jab.Kesihatan..hehehe

Macam pakai jubah pulak pada hal pakai skirt tu..hehehe dorang suh pakai seluar formal, mama mana ada seluar formal mujur ada skirt lama nih kita bedal je la
Sebelum Kak wan datang kita bergambar dengan banner yang ada gambar kak wan ni. Majlis bermula pukul 4 sebelum tu ada forum dulu. Dah lama rancang majlis ni tapi sebab nak menunggu TPM ada masa susah jugaklah kan, sebelum ni date lain lepas tu tukar date dan semalam barulah berjaya majlis diadakan.

Kami di booth kospen plus
Semangat okeh mama tunggu kak wan dekat booth mana kak wan nak datangkan, tetiba bos cakap tpm tak sempat melawat booth kerana perlu hadiri mesyuarat lain, masa tpm nak berjalan keluar tu kawan mama bergegas la nak kejar nak bergambar katanya tapinya tak terkejar pulak laju betul kak wan berjalan hehehe dah lah kecik molek je orangnya kan. tak dapat tengok dekat2 tengok dari jauh je lah mama kira ok lah kan dapat juga jadi sebahagian daripada majlis. Saja je mama berdiri mana tahu kot2 kamera tala arah mama dapat jugak masuk tv kahkahkah. Masa dorang ajak bergambar ramai2 tu mama dah tak larat nak jalan pun sebab kerja mama berdiri je, gigil dah kaki.

Tengok dari jauh pun jadilah
Yang kelakarnya bila diberitahu tpm tak melawat booth kami pun laju la kemas barang sebab tak sabar dah nak balik, waktu tu jam dah pukul 6ptg, sekali ada sorang petugas datang beritahu "jangan kemas lagi Datuk Seri KP dan YB akan melawat booth" adehhh rupanya timbalan Menteri Hal Ehwal Ekonomi ada untuk melawat booth, ingatkan balik sekali, kami apalagi..cargaslah susun booth balik hahaha bersedialah mana tahu YB nak buat ujiankan. Lepas lawatan kami pun berkemaslah, boss nak ajak minum pulak sebab datang dengan kawan mama join jugaklah walaupun rasa nak balik dah sebab nak hampir pukul 7 dah kan.

Sudahnya sampai rumah hampir pukul 9, minta kawan hantar sampai parking masjid. Walaupun penat tapi seronok jugalah sebab dapat pengalaman baru kan. Seminggu dua ni penat jugalah sebab kena ke sana sini, tapi takpelah demi kerjakan. Mama perlu bercuti nampaknya , penat rasanya dah ni perlu pergi tenangkan diri sebelum mula sibukkan diri lagi dihujung tahun pulak, banyak survei yang perlu dibuat nih.

Wassalam



Wednesday 25 July 2018

Jalan-jalan cari makan

Assalamualaikum...

Ahad bila entah la ni, lupa dah sebab lama dah berlalu rasa macam bosan dah duduk dekat rumah takde buat apa nak pergi jalan2 pulak bajet takde jadinya ajaklah en.azmi bawa anak2 pergi pekena ais kepal milo, sekali bila dah sampai kedai tutup pulak takde rezeki nampaknya sebab kedai tu tutup hari ahad rupanya, kuciwalah adelya yang teringin  nak makan ais kepal milo tu, yang terlebih kuciwa tentulah mama dia ni hahaha.., sudahnya mama ajak je lah ronda2 sekitar jalan kebun tu, mana tahu ada tempat boleh lepak2 kan.

Mama sebenarnya malas nak memasak dah untuk makan malam tu jadi sajalah ajak en.azmi keluar cari makan yang ringan2 je. sekali nampaklah satu kedai ni, dulu rasanya pernah viral jugak kedai ni. Bila tanya anak2 nak makan dekat situ tak? semuanya ok..so jomlah mama belanja, lagipun dah lama sangat tak bawa anak2 makan dekat luar kan, asyik makan masakan mama je, mesti jemu jugakkan. walaupun yang sebenarnya mama dorang ni yang terlebih2 nak keluar pun kan, takpelah kita gumbirakan hati anak2 yang dah lama mama papa tak bawa kemana2 tu kan, kesian pulak asyik terperap dekat rumah je walaupun hari cuti.

Seronoklah mama tengok anak2 gembira dapat makan dekat luar tu ha, semua pakat pilih makanan kegemaran masing2. apalagi kalau tak chicken chop yang menjadi pilihan. Harga makanan murahlah bagi mama, air pula 1cawan rm1 kami ambil 5 cawan(rm5) dan boleh refill, air yang disediakan hari tu limau ais dan ribena cincau, ais kosong pun ada dan mama tak tahulah air ni bertukar setiap hari atau memang pilihan airnya adalah sama setiap hari. Pilihan makanan kami 2 chicken chop (rm5.50 setiap satu), beef ball(rm5.50), chezzy chicken chop(rm8.50), nasi chicken chop(rm7.50). Rasanya macamamana pulak? bagi mama ok lah rasa makanannya sedap bagi tekak mama. anak2 pun mama tengok selera je makan, portion pun banyak, yang tak habis kita bungkus bawa balik dan sambung makan di rumah.


Sebelum ni abang2 dah banyak kali makan western ni masa duduk kampung nak dekat raya hari tu, adelya la dok tengok gambar je, kali ni dapatlah adelya makan juga, tengoklah tu dia lah yang paling gembira dapat makan,takde lain yang menggembirakan hati mama melainkan tengok anak2 gembira.


Ini je yang sempat mama snap beef ball dan chicken chop. walaupun yang sebenarnya segan nak snap pix tapi gagahkan jugalah kan, nanti tak seronok pula share cerita tapi gambar takde. ye lah bila mama tengok2 balik dah lama takde gambar pergi makan2 nih ada tak ada pun gambar masakan mama yang tak berapa nak hado tu je.

Oh ye ini kami makan di Maipi Corner dekat Jalan Kebun. Boleh katakan dekat area jalan kebun ni memang banyak kedai makan tapi kami je yang jarang2 nak jalan2 cari makan dekat sini.


Wassalam

Friday 20 July 2018

saja nak kongsi

Assalamualaikum...

Dengan kasihMu ya Robbi
Berkahi hidup ini
Dengan cintaMu ya Robbi
Damaikan mati ini

Saat salahku melangkah
Gelap hati penuh dosa
Beriku jalan berarah
TemuiMu di syurga

Terima sembah sujudku
Terimalah doaku
Terima sembah sujudku
Izinkan ku bertaubat

#nissasabyan

Sekarang ni sejak2 whatsapp boleh buat status mama pun  rajinlah up status dekat whatsapp je hehehe sebab dia 24 jam je kan lepas tu status tu hilang, nak up dekat FB macam segan je mama ni sebab ramai yang baca fb tu.

Mama saja je suka-suka share sedikit ilmu atau kata-kata yang mama dapat masa kuliah zuhur dekat ofis tu, share sikit-sikit je dari apa yang ustaz cakap, manalah tahu dari apa yang mama share tu dapat jugalah sesuatu bagi yang membacanyakan. Antara yang mama pernah share :

" Suami yang bagus..yang boleh jadi imam(untuk keluarganya), al-fatihahnya betul (betul maksudnya baca dengan makhraj dan hukumnya bukan setakat boleh baca je kan, kalau baca je semua pun boleh) dan yang boleh berdoa selepas solat(bukan doa yang biasa kita baca tu tapi doa yang dibaca oleh imam selepas solat berjemaah, dapat baca salah satu doa pun jadilah)"

" Kalau kita nak anak yang soleh dan solehah, kita sebagai ibu bapa kena soleh dan solehah dulu"

" Kita nak anak hafal quran supaya boleh jadi syafaat buat kita di akhirat kelak, tapi kita ni takkan taknak bagi syafaat pada mak ayah kita? jadi disamping suruh anak2 hafal quran kita pun sekalilah hafal quran."

"Setiap apa yang kita lakukan bersertakan niat"

"Sesungguhnya orang mukmin yang beriman, bilamana disebut nama Allah gementarlah hati mereka"

" orang yang tak pandai baca quran, bila dia baca quran dia dapat 2 pahala..1 pahala bila dia tergagap nak baca quran dan 1 lagi pahala sebab dia baca quran"

"Isteri yang berkat itu bilamana suaminya memandang wajahnya maka tenang hati suaminya"

"Isteri yang berkat bilamana subuh dia bangun dahulu dan kejut suaminya untuk solat subuh"

"Kalau kita berada dalam kesulitan dan risaukan sesuatu perkara, amalkan baca ayat ke 5 surah al-hadid. kita akan merasa tenang jika kita faham ayat tu, serahkan semua urusan pada Allah, mohonlah dengan bersungguh2, ingat balik bila kali terakhir kita bangun malam bersujud, memohon sampai basah telekung kita?"

gambar sekadar hiasa ambik dari gugel
Sajalah suka2 mama share kan, hanya sekadar berkongsi tak sangka pula ada yang suka baca perkongsian status mama tu, moga apa yang mama share tu dapat jugalah menjadi jariah buat mama di akhirat nanti, kata ustaz

"buatlah kebaikan walau sekecil apapun kerana kita tak tahu mana satu yang Allah redha sebab kita masuk syurga bukan sebab banyaknya solat sunat kita, banyaknya puasa sunat kita, tapi kita masuk syurga kerana redha Allah" tapi janganlah sebab itu kita tak solat sunat tak puasa sunat, dok nak buat baik je kan..seimbangkanlah semuanya...inshaAllah.

Wassalam.

Tuesday 17 July 2018

Report card anak-anak

Assalamualaikum...

jumaat 6 julai mama ambik cuti sebab kena ambik report card anak2, kebetulan sekolah agama dan pasti buat hari yang sama jadi mama ambik cuti je lah takut lewat habis kan. untuk sekolah rendah mama tak tahulah bila kena pergi sebab takde pun cikgu bagitahu lagi.

Gaya anak2 sementara menunggu giliran, anak dara tu tak habis2 nak berdukung
Semangat nak ambik report card one happy family pergi sekolah kikiki...mama, en.azmi dan anak2 bertiga je lah yang pergi kan. Mula2 beratur di kelas adrien dulu lah sebab kelas adrien dekat bawah je kan. tak lama tunggu cuma ada beberapa orang parent je sebelum mama, bila turn mama duduk berdua dengan adrien mengadap ustazah, ustazah pun berceritalah perihal adrienkan. Alhamdulillah semuanya ok kata ustazah kelas dia lain sikit sebab yang nakalnya pelajar perempuan, pelajar lelaki semuanya baik2 mendengar kata dan nampak bersaing dalam pelajaran, kebiasaannya kalau no.1 hingga 10 dikuasai pelajar perempuan tapi bagi kelas adrien no.1 hingga 10 dikuasai pelajar lelaki. Keputusan Adrien alhamdulillah..boleh usaha lagi.
Lepas adrien ke kelas abg adam pulak, ingatkan dah settle tapi tengok en.azmi dok berdiri diluar kelas, rupanya ramai lagi yang beratur..heheh dah agak dah sebab ustaz abang adam banyak cakap sikitkan. adelya dah buat hal pulak taknak duduk nak berdukung, terpaksalah mama ganti en.azmi beratur takdelah berdiri sebab kerusi disediakan, suruh en.azmi bawa adelya beli makanan di kantin. Lama jugalah menunggu nak sampai giliran abg adam. Kata ustaz abg adam ni pendiam dalam kelas, kawan dia adalah kawan2 yang dia biasa je, dengan orang lain tak kawan sangat, orang usik pun dia buat tak tahu je, ada ego yang tersendiri budak sorang nih..adeh abang jangan ego sangat boleh tak? result abang adam alhamdulillah..boleh teruskan usaha dengan lebih lagi.

Lepas habis urusan di sekolah agama kami ke pasti adelya pulak. tengok budak2 lain semua berbaju sekolah anak dara mama sorang je nak berdress kembang adehhh, masuk kelas je mama dah cakap dekat mualimah adelya taknak pakai baju sekolah,  mualimah kata tak apa, masa mualimah bercakap dia pun sibuk juga nak bercakap. kata mualimah dalam kelas adelya nak mualimah tumpukan dekat dia je, kalau tak dia jadi malas nak buat kerja yang mualimah bagi..adusss gitu pulak budak sorang ni, peninglah mama dibuatnya. dah la mualimah dia tu memang kenal baik dengan ibu, dia boleh nak suruh orang bagi perhatian dekat dia je pulak. dalam kelas kalau mualimah nak tengok budak lain pergi tandas, adelya la yang mualimah minta jaga kelas, jap lagi mualimah kata dengarlah suara adelya bercakap "ziyad jangan bising pergi duduk tempat" haaa dia tiru sebijik mualimah cakap. kalau masa baca hadis dialah yang kena duduk depan baca dan kawan2 lain ikut. kata mualimah dia target adelya dapat no.1 hingga 5 tapi tak adelya dapat nombor 12 hehehe mualimah pun tak tahu masa exam tu macammana sebab mualimah cuti bersalin, alah takde apa lah mama tak kisah pun dapat nombor berapa lagipun adelya tak pandai membaca lagi kan, pelan2 kayuh lah.

Jumaat ni ke sekolah kebangsaan pulak lah, dah dapat surat untuk ambik report card.

Wassalam

Saturday 14 July 2018

Jiran-jiran

Assalamualaikum...

Adoii syawal dah habis mama masih ada cerita raya lagi, sepaturnya semalam nak mengarang tapi kesihatan tak mengizinkan jadi kita tulis hari ni je lah kan sebagai kenangan katanya.

Tahun ni tahun kedua beraya disini dan ini kali kedua juga buat majlis hari raya bersama jiran setaman, konsepnya collect duit, masak dan potluck. Geng lelaki yang beli barang, geng perempuan macam biasalah masak pot luck, untuk bakar2 kerja lelaki la kan.


Geng perempuan gotong royong bersihkan ayam dan perap ayam untuk memasak, lokasi kali ni di rumah liza dan alif jiran depan rumah mama je, balik dari kedai pagi tu mama singgah la tolong menyibuk apa yang patut sebelum mama balik rumah merendang ayam pulak. Tengok seronok je dorang ramai2 singgah la kejap buat2 sibukkan hehehe. Yang geng lelaki tu membakar ayam pukul 6 ptg, bakar awal la walaupun majlis bermula malam. Ada ayam, sosej dan kambing bakar.


Meriah makanan oiii...ada spageti bolognese, spageti carbonara, nasi lemak pandan, lemang,ketupat, rendang, bihun goreng, lontong, nasi impit, kuah kacang,macaroni goreng, aneka desert, kuih-muih, aiskrim malaysia, tapai pulut, pulut kuning, air pun berjenis2 air jagung, air mangga,air oren, teh o panas, air kosong..haa kauu pilih je yang mana nak makan memang gigil tangan nak pilih, rambang mata dibuatnya semuanya sedap2, rasa serba sikitlah kan


Tahun lepas macam malu2 nak snap pix masing2, tahun ni haaa penuh dah gambar memasing semua pakat nak interframe, tapi masih ada yang malu2 la kan, takpe nanti oklah tu yang penting kita kenal semua. Gambar yg atas tu yg tengah2 pegang baby girl tu kan emaknya 48 tahun okeh, mama rasa alamak macam tuanya mama, ini kalau jumpa mak dia tak boleh panggil makcik kena panggil kakak nih kikiki, tapi bila dengan adik2 ni takde pulak rasa diri ni tua wahaha perasan sangat nih, ye lah jiran2 mama ada yang 20-an dan awal 30-an, ada la 2 orang yg lebih usia dari mama tapi tak duduk lagi. Disebabkan makanan banyak, kita bungkuslah apalagi kan.


Gambar beramai2, inipun tak semua yang masuk nih, anak2 pun ada yang kalut dok bermain apa taknya dapat keluar malam ke taman kan seronoklah memasing, jarang berlaku katanya kena la main bersungguh2 heheh. Meriahlah malam tu dapat bersembang, ada pulak yang sponsor PA sistem dapatlah dengar lagu2 raya sambil makan,ada pula pertunjukkan bunga api. Memang meriahlah kan.

Semoga ukhuwah ini berpanjangan dan semoga kejiranan kita sentiasa dalam rahmat Allah. Dalam keadaan sekarang ni kita keja silaturrahim dengan jiran sebab jiranlah yang paling dekat dengan kita kan, apa2 hal yg terjadi mesti cari jiran dulu kan jadi kena jaga tu hubungan dengan jiran, alhamdulillah jiran2 mama baik, baru2 ni ada sorang jiran eksiden ramai yg hulur bantuan siap bg pinjam kereta, lepas tu ada yg offer lagi nak pinjamkan kereta, seronok tengok macam tu kan,ada yang sakit masuk hospital kami buat collection. Seronoklahkan semua mengambil berat. Moga semuanya diberkati oleh Allah.

Macam semalam mama tak sihat, buat status dekat wasap je ada la yang wasap bertanya khabar, semalam tak kerjalah mama, anak2-kalau mama dekat rumah memang taknak pergi rumah pengasuh. Ct pun wasap cakap kalau tak larat dia boleh uruskan anak2,tapi mana maunya budak2 tu kan. Rasa lega bila ada jiran2 yg prihatinkan, family pun prihatin tapi jauhkan yg dekat pastilah jiran2 kan, jadi buatlah baik dengan jiran2 jangan sakitkan hati
jiran.



Wassalam

Tuesday 10 July 2018

Geng Nilam Beraya

Assalamualaikum...

Syawal dah ke penghujungnya kan, tapi meriahnya berkunjung tu masih ada, malam ni ada jemputan lagi, bestlah mama tak perlu memasak malam ni hehehe.

Ahad lepas setelah berjanjian, kawan2 mama geng nilam 94/95 datang beraya ke rumah mama, itulah yang gigih deko-deko sebelum ni tu, takdelah deko apapun kan cuma ubah sikit2 je apa yanga ada tu ha. Konsep beraya ahad tu pot luck alhamdulillah senang keje tuan rumahkan, mulanya kawan2 mama cakap tuan rumah sediakan air je, tapi macam segan pulak rasanya sudahnya mama buat menu simple je la nasi impit, lontong dan sambal ikan bilis serta buah tembikai🍉🍉.

Dalam 7 family juga yang datang, meriahlah rumah hari tu. semua datang dengan juadah masing2 yang semuanya mabelles. ada sate, rendang ayam, kari ayam, pulut kuning, tapai pulut, buah anggur, serawa durian dan pulut..perggghhh semua mengancam sangat tuh, bertambah2 makan. Alhamdulillah semua makanan cukup siap dapat bungkus bawa balik lagi, bertukar2 juadah pulaklah lepas tu kan heheh, punya seronok jumpa kawan lupa nak snap pix makanan.

Lama tak jumpa berbual bukan main, dari pukul 3 membawa ke pukul 7 lah, yang bestnya sebab mama dan en.azmi memang sekelas dulu kan, jadinya kawan mama kawan en.azmi jugaklah jadi kaum wanita borak dalam rumah, yang lelaki dekat luar rumah, mujur ada kerusi kayu yang en.azmi buat tu, dapatlah dorang berkumpul dekat luar. Sambil2 tu berbincang nak berfamily day pulak kami, inshaAllah hujung tahunlah lepas anak2 exam kan. tapi buat dekat2 je lah, taknak jauh2.

Tak sangka pulak kengkawan puji lontong dan sambal bilis rangup mama tu sedap, haa kalau nak tahu itulah kali pertama mama buat lontong, sebelum ni tak pernah buat sebab biasanya ibu yang buat lontong, makanya hari tu mama tanya je lah ibu macammana nak buat lontong. Kata kawan mama sedap sambal bilis sebab bilis rangup(eceh memuji pulakkan kan terus mama tersipu malu..kakaka) apalagi teruslah share resepi dan caranya untuk bilis tu kekal rangup kan. Mama goreng bilis rangup sebab anak dara mama yang sorang tu suka bilis boleh dia ratah macam tu je.

Lontong dan sambal bilis rangup mama
Gula-gula untuk anak2

Biskut raya yang berjaya mama sorok dr anak2, mana syok beraya tapi xde biskut raya kan sbb tu gigih mama simpan tu heheh
Macam biasalah bila dah berjumpa ramai2 tu mestilah nak abadikan kenangan bersamakan. Geng2 lelaki dah jenuh bergambar depan rumah, aduiii depan rumah dah la bersepah dorang gigih snap pix kat situ pulak, tapi geng perempuan mana boleh macam tu, gigih ke tamanlah kita, ala taman tak jauh pun kan depan sikit je dari rumah mama, haaa jenuhlah bergambar. tak heran dah kalau jiran2 tengok pun kan.

Geng bapak2 bergambar
Geng mak2, yang sekelas 4 org, 3 org tu isteri member kelas, tapi semua geng bersembang kencang masing2 bila jumpa
Kami semua, kalau campur anak2 ramai lagi, tapi anak2 sibuk mainlah dorang
Moga persahabatan kita berpanjangan hingga ke dalam syurga.

Ada lagi cerita raya bersama jiran2 setaman, haa itu nanti mama sharelah kan, kena share laju2 nih sebagai kenangan syawal tahun ni.

Wassalam.

Monday 9 July 2018

ubah suai sikitlah

Assalamualaikum...

Jumaat mama cuti ambik report card anak2, saje je ambik cuti malas nak time off nanti nak kena ganti pulak, lagipun time off boleh 4jam je takut urusan disekolah lambat jadinya mama ambik cuti terus je lah senang. Dah selesai urusan di sekolah anak2 balik rumah je lah kan, lepas tu duduk2 je tu rasa macam kena buat sesuatulah pulak, rasa jemu dengan apa yang ada ni. Terus ajak en.azmi ubahsuai dekat ruangtamu.

Sejenis mama kalau nak buat sesuatu mesti nak buat waktu tu juga tak menyempat dah nak tunggu waktu lain hahaha mujurlah en.azmi tu melayan je kan. mama bagi arahan je mana nak letak barang2 disamping tolonglah jugak angkat barang sikit2 kan. senang keje ubahsuai sebab barang tak banyak pun lagipun takde barang yang berat2 kan. Sempat pulak tu ajak en.azmi pagi kedai RM2 sebab ada barang yang mama nak beli,bestlah sekarang sebab takde gst dah,kedai rm2 je lah yang mampukan.. jadilah daripada takde.

Sebenarnya mama nak cat baru ruang tamu tu, abang adam pun dah siap pilih kaler pun, jadi kali ni kita ikut kaler yang abang adam pilih tu sebab mama pun suka, en.azmi pun suka. tapi angan2 je lah sebabnya bajet untuk cat dah buat tukar tayar hari tu huhuhu, kita tangguhkan dululah untuk cat rumah tu kan. bukan apa mama sebenarnya nak cat sebelum kawan2 datang beraya, kononnya nak soroklah dinding yang penuh dengan kreativiti si adelya tu kan, tapi apakan daya mama redho je lah kawan2 datang tengok dinding penuh dengan hasil seni anakanda tercinta kikiki. InshaAllah ada rezeki nanti mama cat jugalah, kali ni pilih kaler gelap sikitlah.


Ini je lah hasilnya...takdelah gah sangat pun, barang yang sama cuma tempat je berbeza, mama ubah kedudukan tv, meja hasil seni sendiri & en.azmi tu serta tempat gantung gambar tu kami ubahlah, kata en.azmi macam ni baru kena, kayu dengan kayu, kalau tak sebelum ni tempat gambar tu tergantung je sorang2 kat dinding, sekarang mama gandingkan dengan meja hiasan tu (hiasanlah sangatkan), amacam nampak lebih menarik tak? takpe2 asalkan menarik di mata mama pun cukuplah, tapi seronok jugaklah bila kawan2 datang rumah cakap cantik dan kreatif terus terlupa dinding yang berconteng tu heheh.

Mesti nak tahukan apa yang mama beli dan buat dengan barang dari kedai rm2 tu kan??? eheheh ke taknak tahu taknak tahu pun takpe sebab mama cerita jugak. sajalahkan nak bagi dinding tak nampak kosong, ada orang suka dinding yang kosong tapi mama dan en.azmi suka ada sedikit hiasan di dinding.


Ini jelah hasilnya takdelah wow pun kan, tapi cukuplah untuk mata mama yang nak memandang hari2. inipun masa ni mama dah siap pun masukkan daun2 dalam frame tu en.azmi sibuk dengan urusan untuk jamuan raya taman. adelya semangat pergi panggil papa dia "papa cepat balik mama nak suruh gantung benda tu" kikiki pandai sangat anak dara tu pada hal mama tak suruh pun walaupun dalam hati memang nak suruh tapi takdelah kejam sangatkan nak panggil en.azmi waktu tu, tapi anak dara faham pe'el mama dia ni, baliklah en.azmi mengetuk paku. lepas dah gantung si mr.perfecto sorang tu cakap "mama yen tengok tak samalah yang kiri tu rendah sikit, tak cantik" nahhh dia bagi komen, lepas tu mama tanya cantik tak bila dah ubah macam ni? dia boleh senyum2 je, biasa kalau cantik dia cakap cantik, tapi dia ambik masa lama sikit nak sesuaikan dengan keadaan baru,lepas tu baru adrien ok, siap bagi cadangan pulak sepatutnya kerusi ni yang letak dekat sana.. hehehe pandai sangat dia.

Punca utama ubah kedudukan tv sebab mama rasa kedudukan sebelum ni agak tinggi dan anak2 pun suka berdiri depan tv bila menonton, jadinya mama minta en.azmi ubah tv dan tak mahu lagi lekat tv di dinding, letak atas rak tv je. tv dah jadi separas dengan kepala masing2 jadi dah tak berdiri lagi depan tv. nanti mama beli bantal besar2 pulak, kita buat ruang menonton lebih santai, boleh menonton sambil berbaring pulak, angan2 jugaklah ni kan apa2 hal kita buat perlahan2 je lah kan, ada modal kita beli sikit2.

Wassalam

Saturday 7 July 2018

Merendang

Assalamualaikum...

Minggu ni 2 kali dah mama merendang, permintaankan jadi kita tunaikan.


4kilo rendang kerang untuk jamuan raya ofis hari khamis lepas, gigih merendang okeh nasib baik ada en.azmi yang tolong kupekkan kulit kerang tu sementara mama menumbuk bahan2 untuk rendang tu, semangat betul mama menumbuk tak guna blender pun, buat dengan penuh kasih sayang sekejap je dah licin hahaha konon mabelles sangatlah tu kan.


Ini cerita hari ni, sedang buat rendang ayam untuk majlis hari raya di taman mama bersama jiran2 malam ni, 2 ekor ayam nampaknya macam tender tiap2 tahun je nih, tahun lepas pun mama buat rendang jugak. Takpelah yang penting mudah dan mama konfiden nak masak, kalau kena goreng mihun tu mau menggelabah jugak sebab mama tak pandai sangat nak goreng mihun banyak2.

Ok lah saja je nak update hehehe

Wassalam.

Thursday 5 July 2018

Sabar dan senyumlah

Assalamualaikum....



Sabar dan senyumlah walau dalam hati bagaikan letusan gunung berapi yang ingin meletus.
Bertahanlah selagi daya, senyumlah selagi mampu, sabarlah...kerana Allah sentiasa bersama orang2 yang sabar.. Allah akan uji kita sesuai dengan kemampuan kita. Teguhkan keimanan jiwaku ya Allah.

Wassalam

Sunday 1 July 2018

Mungkinkah salah baca

Assalamualaikum...

Hari ni mama nak kongsi sesuatulah mungkin ramai dah tahu tapi mama kongsi jugaklah kan, mana tahu dapat berikan manfaat pada yang membaca.



Pada ayat yang bergaris diatas mungkin ada yang baca "qaumallah" tapi bacaan sebenarnya adalah "qaumanillah".

Apabila tanwin bertemu hamzah wasol kena tambah nun.Nun (NUN WIQAAYAH) yang ditambah pada bacaan apabila mana2 kalimah yang berakhir dengan tanwin (baris dua) bertemu dengan hamzal wasol. Nun ini juga disebut Nun wasol, Nun 'Iwadh atau Nun pengganti. Nun wiqaayah dibaca dengan baris bawah (kasrah). Dalam al-quran majid nun ini ditulis dengan nyata, tapi dalam al-quran al-karim nun ini tidak ditulis secara nyata tetapi dari segi bacaan ianya hendaklah dinyatakan.

Meh mama kongsikan dalam surah dan ayat berapa terdapat tanwin bertemu hamzah wasol nih.

     Surah .             Ayat.     Tanwin  Muka surat
1. Al-baqarah      2:180     atas         27
2. Al-a'raf.            7:8         bawah.    151
3. Al-a'raf             7:158.   Atas.        170
4. Al-a'raf.            7:164 .  Atas          172
5. Al-a'raf.            7:177 .  Atas.         173
6. At-taubah        9:24.     Hadapan   190
7. At-taubah .      9:30.     Hadapan   191
8. Hud.                11:42.    Hadapan   .226
9. Ibrahim .         14:18.    Bawah.       257
10. Ibrahim.        14:26     bawah.       259
11. Al-hijr.            15:61 .   Bawah.      265
12. An-nahl.         16:87.   Bawah .      276
13. Al-kahf .         18:77.   Bawah       302
14. Al-kahfi .        18:88 .  atas.           303
15. Maryam .       19:7      bawah.       305
16. Maryam.         19:61   bawah.       309
17. Al-haj.              22:11 .  Hadapan  333
18. Al-haj.              22:25.   Atas.         335
19. Al-mukminun 23:38.   Hadapan . 344
20. Al-furqan        25:4.     Hadapan.  360
21. Al-furqan .      25:26.   Bawah.      362
22. As-syura.        26:105 .Bawah       371
23. As-syura .       26:123. Hadapan.  372
24. As syura.        26:160 .bawah.       374
25. Saba'               34:31.   Bawah.       431
26. As-saffat .      37:6.     Bawah.       446
27. Ghafir .            40:8.     Bawah.       468
28. Al-jasiyah        45:9.     Atas .          499
29. An-najm.         53:50.   Atas.           528
30. Al-hadid.         57:27.   Atas.           541
31. Al-juma'ah .    62:11    Atas.           554
32. Al-qiamah.      75:12.   Bawah .      577
33. Al-qiamah.      75:30.   Bawah .      578

Itu yang dapat mama kongsi mungkin ada lagi, kita kena berhati2 lah bila baca kalau macam mama ni kadang tak perasan main langgar je la kan, jadi nak mudah mama buat garis siap2 supaya mama tak lupa. Dalam gambar atas ada tanda lam aliff kecik tu kan, ada setengah quran takde tanda lam aliff tu.


Macam ini takde lam aliff kecil tu dekat yang bergaris hitam tu. Moga apa yang mama kongsi ni bermanfaatlah. Jika ada kesilapan dalam perkongsian ni bolehlah beri teguran ye,mana tahu tersalah dalam perkongsian ayat dan surah tu kan,mohon betulkan mama ye.

Wassalam

Kejohanan Silat Olahraga

 Asalamualaikum... Mga kita semua didalam lindungan dan redha Allah swt. 3,4 dan 5 Mac anak-anak mama menyertai satu lagi kejohanan silat. K...