Tuesday, 31 October 2017

Hari itu tetap tiba

Assalamualaikum...

Dah seminggu 🐝🐝 🐝terbang dalam perut mama. Menunggu hari ini dengan penuh debaran. Kalau boleh mama taknak hari ini tiba, tapi nak mengelak macammana pun hari ini tetap tiba juga. Tapi dalam debaran pun mandi tetap basah, makan tetap laju, tidur mama pun tetap lena hehehe..apalah yang mama taknak sangat hari ni datangkan, macamkan hal besar je yang nak terjadinya.

Ini semua gara-gara sambutan #MyStatsDay tu lah. Jabatan mama DOSM Selangor adakan sesi literasi statistik bersama komuniti di bangunan tempat kerja mama nih. Jadi apa masalahnya??? mulanya takde apa-aa masalah pun, seksyen mama dipilih untuk uruskan sesi ini. Puan Bos dah bahagikan tugas, mama jadi ketua protokol je..alaaa..senang je tu kan takde masalah pun...hihihi

Tetiba yang menjadi masalahnya bila sorang budak ni tarikh majlis diadakan tu lah dia nak kena pergi kursus pulak..ehhh kenapa nak marah pulak mama kalau budak tu pergi kursus?? masalahnya budak tu jadi emcee pada hari kejadian bila dia dah kena pergi kursus Puan Bos boleh pulak gantikan mama untuk jadi emcee...aduhaiii Puan bos tak tahu ke mama ni micro phobia dengan ertikata lain fobia dengan mikrofon ahahaha...pandai-pandai je bagi nama micro phobia.  Bila budak tu bagi teks untuk emcee tu teruslah 🐝🐝 🐝 dok terbang dalam perut mama seminggu lamanya wakaka.

Semalam rehearsel, kata budak-budak ni masa Pengarah turun ting.8 nih dia sibuk tanya "siapa yang jadi emcee" ada yang jawab "kak lahhh" ecehhh bajet sangat bebudak ni ye yang Pengarah tu tahu kaklah tu sapa, agaknya pengarah tu kenal mama pun tidak kuikuikui... kata pengarah "haaa... yang jadi emcee tu jangan nak mc pulak esok" hahaha macam tahu-tahu je pulak plan mama kan, ehhh tapi takdelah sampai nak mc kan, kita perlu sahut cabaran yang diberikan walaupun suara mendatar dan bergetar je sepanjang majlis diadakan.

Kalau nak diikutkan sebenarnya pernah juga beberapa kali mama bagi taklimat dan buat sesi knowledge sharing dan ini 1st time jadi emcee, tapi tu lah kan debaran tu tetap ada..dada berdegup kencang ko, perut sebu jek macam berpuluh ekor 🐝🐝 🐝 dok terbang dalam perut ni haa...bukan apa sebelum ni bagi taklimat dekat bebudak ofis jek, kali ni jadi emcee kena bercakap depan pengarah jabatan lain ada pulak tu pangkat Dr...huhuhu telan ailio je la. Ada sorang budak ni cakap "takpe kaklah dorang tu takkan bagi perhatian dekat emcee sbb dorg dah biasa dgn benda2 ni, dorg mst nk dengar taklimat je" nahhh...sekali bila bercakap semua mata tertumpu pada mama...ceh takleh pakai cakap budak ayu tu hihihi...tapi takpe dia saja tu nak bagi mama tak gugup, apapun syukur alhamdulillah majlis berjalan dengan lancar, kata Puan bos takpe kali pertama gugup sikit nanti kali kedua dah ok tu...eh eh macam nak kena lagi je nih


Ini mestiii....bergambar ramai-ramai para urusetia dan pengarah. Sepakat kami hari ni nak berbaju merah dah bertudung coklat atau yang seumpamanya laa..merah, maroon atau pink kira warna adik beradiklah, alhamdulillah semua jenis mengikut apa yang dicadangkan. Yang berbaju purple bukan urusetialah, pegawai yang terlibat dengan pameran, dah ada sekali tu kita beegambarlah sekali. Sayangnya gambar mama tengah jadik emcee tu takde pulak huhuhu..takde sape nak.snap pic mama ek... Tapi takpe kalau ada pun segan pulak nak up kat sini.



Terima kasih ya Allah dengan kelancaran majlis dan juga ruang yang diberikan ini, pasti ada hikmahNya kan, dapat jadikan mama lebih berani untuk ke depan nantikan.

Wassalam

Friday, 27 October 2017

ehhh...geram je dibuatnya πŸ˜‚πŸ˜‚

Assalamualaikum...

Anak bertuah seorang tu..pada suatu malam, masa tu tengah bermain dengan abg adrien nya, mama pula layan drama dekat tv.

"Mama bila kita nak pegi hotel? Yaya tak sabar nak pakai πŸ‘’πŸ‘’ ni pegi jalan-jalan" πŸ˜‚πŸ˜‚ amboi dia tu kan semangat nak pakai kasut tu sampai ajak pergi duduk hotel pulak. Lepas tu siap sambung ayat "nanti yaya bawa kasut ni je, selipar taknak bawak tinggal je dekat rumah" haaa tu diaaa dia punya potpet geram je mama dibuatnya kan. sekarang ni malam-malam dok pakai πŸ‘’πŸ‘’ je dalam rumah.. hehehe nantilah anak-anak ye kalau ada rezeki kita pergi jalan2 duduk hotel ye

Semalam dia tolong mama angkat kain dijemuran "ani angkat kain jemuran hujan dah turunnn"... huhuhu. Saja selit dialog pendekar mustarr kikiki. Masa angkat kain jemuran terjatuhlah stokin nya ke lantai terus dia membebel "ishishish mama ni habis stokin yaya jatuh" terus laju-laju kutip stokin dia yang jatuh tu. amboi amboi dia tu, kalau barang dia sayang tu kan bukan mainlah

Dah kenapa beria sangat anak dara tu? Ini gara-gara barang yang makngah bagi la, kasut, stokin gambar snow white dan hello kitty, baju lagi, sudu garfu hello kitty..amboii bukan main banyak barangnya, makngah pun kata tak perasan masa beli tu barang adelya paling banyak ehehehe...ye lah barang gigirlkan mestilah banyak yang cute-cute tak sedar terbeli macam-macam. Barang abang-abang pun ada juga cuma tak sebanyak adelya lah kan. sekarang ni makan nasi macam omputehlah siap bersudu garfu lagi, pinggan, sudu garfu cawan semua hello kitty pink  πŸ˜‚πŸ˜‚

Lepas dapat barang terus cuba..makdak pun melayan ambik gambar
Lagi satu yang buat mama geram...hahaha gelak dululah. tengah mama duduk tengok tv en.azmi bersuara "ni taknak ambik gambar ke? nantikan nak tunjuk kat blog"sambil angkat barang mama dapat tu...eehh geram je mama tapi buat muka selamba je la sambil jawab "tak payah ambik gambar pun, gambar dah ada" hahaha..eh nak tunjuk ke??? apa yang mama dapat tu kikiki


Dah selamat dirasmikan pun masa pergi konvo pakcik kat ulu kinta hari tu, mama dapat πŸ‘œ hihihi. Alhamdulillah makngah bagi beg. Lega tak payah beli beg dah sebab beg yang ada pun dah nak barai siap mama jahit lagi tu beg mama yang koyak tu, apa ada hal selagi boleh diselamatkan kita selamatkan janji boleh guna. beg makngah bagi tu tak bawa pergi ofis pun sekarang ni pergi kerja bawa beg sandang yang jabatan bagi je, banyak barang nak bawakan jadi beg sandang lebih sesuai dari πŸ‘œ.

Lepas post entri ni tak tahulah mama nak makan perlian atau kutukan pulak nanti hahaha..takpe kita terima seadanya perlian dan kutukan itu. Ehhh..bukan mama anak-beranak je dapat okeh, en.azmi pun dapat juga sehelai tshirt, tapi tak payahlah gigih sangat nak tunjuk semua benda yang dapat tu kan..semua barang tu kami dapat dari makngah yang baru balik dari korea minggu lepas kiranya from korea wif πŸ’πŸ’ la ni hehehe. tak dapat jejak korea dapat barang korea pun jadilah. Tq makngah...ingat kat kitorang, pergi holiday mana2 mesti ingat beli barang untuk semua orang, cuma mama je lah tak pernah bagi apa2 pun...segan juga asyik terima tapi tak memberi, bukan tak bagi kat makngah je tapi kat semua oranglah huhuhu

Wassalam


Thursday, 26 October 2017

Saja nak mengena

Assalamualaikum...

Isnin mama ambil cuti, setelah berbincang sebelumnya, mulanya taknak pergi sebab kerja banyakkan, tapi tetiba rasa macam..ehhhh sedih pula kalau tak pergi. sudahnya ambik jugalah cuti. Isnin tu pakcik konvo, mama, maktam, makdak dan paksu pergi ke majlis tu, mommy dan makngah baru balik dari korea jadi takmahu lah cuti lagi. tak kisahlah kan janji ada wakil yang pergi.

Gerak dari rumah mama pagi isnin tu pukul 4pagi, bajet sampai 7.30pagi, memang taknak tidur sana pun sebab kalau tidur sana susah pulak nak tinggalkan anak-anak je dengan en.azmi, dengan pakjang lagi nanti makan minum susah pulakkan..makngah maktam belikan bunga dan bear untuk pakcik. mama memang takde bajetlah untuk itu, jadi mama sediakan juga untuk pakcik saje je nak mengenakan pakcik tu kan..hehehe


Orang bagi bunga, coklat dan bear mama bagi bunga petai je untuk pakcik hehehe...bengang je pakcik masa suruh amik gambar itupun ambik jauh je takut kawan-kawan nampak..ellehhh konon bandar sangatlah tu malu pegang petai. tapi mama pun bukanlah nak bagi petai tu pun saja nak mengena je, lepas ambik gambar tu mama bawa balik semula petai tu sebab orang kat rumah dah tak sabor nak makan petai tu hehehe


Bergambar dengan pakciklah kan, masa dalam dewan mama duduk sebelah seorang makcik sempatlah beramah mesra sekejap. Makcik tu dari kelantan tengok anaknya konvo juga. Mama datang tengok adik...lepas tu dengar makcik tu cakap dengan suaminya "9 beradik mak ayah dah takde datang tengok adik..bagusnya" senyum je lah mama kan.. Ye lah kalau tak datang tengok mesti pakcik sedihkan, jadi kami buatlah apa yang termampu



Ini bersama kawan baik pakcik..ini kesian juga sebab familynya tak datang pun hari tu. Jadi kamilah yang sama-sama raikan dia. Mama siap suruh paksu belikan bunga untuk kawan pakcik ni hehehe...mama tukang suruh je bukan mama yang beli, bukan apa mama rasa sedih pulakkan, kurang-kurang dapat bunga dengan bear tu ok jugakkan. Paksulah yang jadi fotografer hari tu nampak gembiralah kawan pakcik tu kan. Oklah kan dapat gembirakan orang lain kita juga rasa gembira. Moga keduanya lebih berjaya pada masa akan datang, dua-dua pun dah kerja sekarang, kerja sementara sebelum tahu posting ke mana lepas ni.

Dalam pukul 12 lebih dah gerak balik, satu hal nak cari kedai makan. Adik-adik nak makan nasi apa entah katanya dekat mamak, kata mama taknak lah mamak hehehe...lepas tu nak cari kedai mee kicap tapi ikut waze tutup pulak kedainya sudahnya singgah aeon, kita makan je lah apa-apa kat situ kan. Selesai makan teruskan perjalanan balik. Lambat juga sampai rumah, hantar makdak dulu ke taman dato' haron, nak ke rumah mama jalan dah mula sesak... Alhamdulillah perjalanan hari itu dipermudahkan.

Wassalam

Friday, 20 October 2017

My Stats Day

Assalamualaikum...

1998...pertama kali menjejakkan kaki ke sini, pengetahuan tentangnya memang kosong. Ikut saja sepupu kata ada nak pakai sambilan. Mama pun cuba saja alhamdulillah dapat bekerja sambilan disini dengan gaji harian rm22.50 sehari. Seronok bekerja buat buat peta walaupun setiap hari terpaksa berlari tunggu bas, kemudian sampai di pasar seni berlari pula ke tempat kerja yang terletak di wisma pahlawan waktu itu. Walaupun sambilan punch card mesti mau jaga tak bagi merah.

Hampir 2 tahun sebagai sambilan 25 mei 2000 mama dapat tetap. Alhamdulillah dapat ditempat yang sama. Masih di selangor. Namun skop kerja bertukar dari seksyen isi rumah kemudian ke seksyen rangka,bila dapat tetap mama ditempatkan di seksyen industri. Jika di rangka mama kerja buat peta, berjalan kaki keliling kampung buat peta, kalau panas lit lit mana nak pegang payung, mana nak lukis peta lagi,nak tampal kad lagi. Masa tu takde kereta lagi naik bas turun bas takpun naik van jabatan ramai-ramai driver turunkan di setiap peta lokasi lepas dah siap tunggu je ditempat yang dijanjikan,masa tu takde enfon wehh. Walaupun penat tapi bila masuk van semuanya gembira bercerita, dikejar anjing pun boleh cerita gelak-gelak. Ingat lagi masa buat kerja dibukit antarabangsa, ada 1 perempuan ni lepaskan anjing biar kejar kami,apalagi dengan baju kurung tu lari tak cukup tanah siap langkah longkang besar..hahaha itu jam kalau usain bolt tengok terus tak lari dah dia gamaknya hehehe...

Di seksyen industri kena lebih profesional sikit, takde dah nak bawa beg sandang belakang walaupun pada mulanya mama bawa jugakan untuk isi borang, tapi ada responden ingat mama pelajar pulak. Masa nilah kenal handbeg tapi beg sandang tetap ada juga untuk.isi borang cuma bila masuk company tu bawa handbeg dan borang je. Masa ni jumpa akauntan, pengarah syarikat, kadang-kadang receptionist je atau kalau nasib tak baik jumpa pak guard jek. Ye lah kan kadang company ni mana nak bagi orang sembarangan masuk, nak pulak kalau yang guna interkom je, kalau nasib baik dapat masuk, nasib tak baik ko melangut depan pintu berjam dorang tak buka. Kerja apapun banyak cabarannya kan. Tapi kerja jaga tepi kain orang ni susah jugak hahaha...ye lah kerja mama ni rasa macam jaga tepi kain orang je kan, nak tahu company untung ke rugi, kalau isi.rumah tu nak tahu apa dorang beli. Tapi semua tu perlu untuk kami keluarkan data.

Nak cerita pengalaman kerja memang banyak tapi cukuplah yang itu dulu. Sedar tak sedar dah 19 tahun mama disini, termasuk sambilan 2 tahunlah. Hari ni mama bangga jadi sebahagian dari Jab.Perangkaan Malaysia. Dan hari ini 20 okt 2017 merupakan hari pertama disambut Hari Statistik Negara dan ia akan disambut setiap tahun pada tarikh ini.


Bersempena dengan hari ini juga setiap seksyen diminta buat video ucapan dan orang ramai juga diminta buat video. Siapa dapat like tertinggi boleh jadi pemenanglah hihihi...untuk kawan-kawan mama bolehlah like fb dosm selangor...wahh gituu nak promote, eh bolehlahkan kot-kot nak dapatkan info ke kan. Nak upload video mama berlakon tapi tak reti pulak eh nak upload dari enfon nih...jenuh pikir ongtue cengginilah gayanya hahaha


Last-last screenshot je dari video hahaha..haa cari mana mama, haruslah yang gedik tu kan.. Bebudak ni kan banyak gaya yang mama bagi, gaya ala-ala gedik jugak dorang letak hehehe. Bukan itu je, mama ada la jugak berlakon sikit dalam video tu kikiki tapi takleh tak reti upload jadi takde la nak tunjukkan. Sempena hari statistik negara dengan bangganya mama bercuti. Sambutan hari ni diadakan di ukm. Mama tengok update kat fb dan group whatsapp je la nampaknya. Walaupun bercuti rasa bangga menyambut hari ini tetap ada, itu yang gigih update blog pagi-pagi sampai anak-anak dah tanya, mama sarapan takde ke? Dah kunyah biskut memasing, oklah mama nak buat sarapan untuk anak-anak chenta hati mama 3 stoges hehehe

#dosmselangor
#MyStatsDay
#fanstatstic

"Better data, better life"

Wassalam

Thursday, 19 October 2017

Memetik bunga di taman 🌹🌹🌹

Assalamualaikum...

Memetik bunga di taman larangan...amboiii bunga siapa yang dipetik tu? bunga di taman mama kecik lagi..kikiki entah sempat entah tidak  mama tengok bunga mama yang sekuntum tu dipetik orang nanti...ehehehe

Nah bukan bunga itu yang mama nak ceritakan. En.azmi kata macam mana nak buat ye taman kita pokoknya tak mahu berbunga sangat, daun je rimbun hijauuu jek, rumah orang lain cantik je berwarna-warni. aah ye la, pokok seri pagi mama tu macam makin kurang pulak berbunganya, yang selalu berbunga warna putih dan kuninh, warna merah,pink dan oren memang jarang sangat berbunga. baja untuk bunga selalu juga diletak.

Bukanlah tak berbunga langsung masa mula-mula beli dulu memang hari-hari berbunga. selepas tu bunga masih banyak tapi daunnya kurus-kurus je macam nak layu. pada hal disiram dan dibaja. agaknya pokok bunga ini mengikut tuannya kot kurus-kurus gitewww huhuhu. tapi sekarang nih daun dah gemok-gemok, bunga pulak yang kurang eheh kenapa ni? pokok bunga matahari alhamdulillah membesar dengan jayanya, bila nak berbunga tu mama tak tahu la pulak.


Pun begitu takdelah pokok-pokok tu tak berbunga langsungkan. Ini pokok yang paling mama takut nak jaga sebab mama rasa macam susah je nak jaga. mula maktam bagi tu berbungalahkan. lepas tu daun-daunnya gugur cuma tinggal batang je, sedih jugaklah kan, tapi mama cakaplah "jangan mati ye"..hehehe tak lama lepas tu tumbuh daun-daun baru, nah sekarang dia dah berbunga, walaupun sekuntum je oklah kan, tapi mama macam pelik pula masa maktam bagi tu bunganya warna pink sekali keluar bunga ni kaler oren pulak.


Ini bunga yang mama ambik dari mak mertua, yang bunga warna purple tu setiap pagi berbunga banyak. Alhamdulillah penyeri taman mama, bunga kuning disebelahnya tu pemberian maktam juga, yang itu memang berbunga sentiasa tapi macam nak tamat riwayatnya dah tu, macammana nak cambahkan benihnya mama tak tahulah pulak. macam bunga purple tu senang je, patahkan je pokoknya tu dan tanam je, memang hiduplah dia.

Macam nak kena pergi cari bunga lagilah, mama nak cari bunga yang kembangnya bertahan lama sikit. Bukan apa nampaklah berseri sikit taman kami ni kalau bunganya berkembang lama. Tak sabar pulak nak tunggu bunga matahari🌻🌻 berkembang pulak..haaa mesti berseri-seri, nanti sambil lepak boleh makan kuaci bunga matahari hahaha..

Wassalam.

Tuesday, 17 October 2017

3 stoges πŸ‘ΆπŸ‘ΆπŸ‘Ά

Assalamualaikum...

Seronok drive pagi-pagi sebab jalan tak sesak langsung hehehe, cuti sekolah macam ni lahkan. Kesian lak anak-anak mama tu cuti sekolah tapi mama tak cuti pun, apatah lagi nak bawa gi jalan-jalan..nantilah ye anak-anak, tunggu waktu yang sesuai dan bajet ada lebih sikit. Kita bajet tahun depan je la jalan-jalan.Kot dapat jalan-jalan jauh sikit, naik belon ke (hehehe..minta-minta en.azmi baca)

Ahad maktam dan paksu datang rumah nak bawa pakjang keluar jalan-jalan, apalagi 3 stoges tu pun nak ikutlah, walaupun maktam kata tak berani nak bawa sebab takut tak terjagakan, ye lah nak bawa tiga-tiga tu risau juga mama, tapi melihatkan masing-masing tak sabar nak ikut, maktam pun tak sampai hati bawaklah juga. tak kemana pun kata maktam nak pergi ioi mall je, takpelah kira ok je sebab berjalan juga budak-budak tu darikan duduk rumah je cuti-cuti ni.




Paksu belanja makan dekat dip n dip..amboiii sedapnya, mama pun tak pernah makan lagi kikiki tapi tak pe yang penting anak-anak dapat makan.kalau dengan mama mungkin tak dapat nak makan tu sebab mama mesti cari nasik tak pun kepsi je, salah satu sebabnya mama tak reti nak order nanti kalau masuk kedai cenggitu ahahaha..ongtue macam nilah kan. masuk kedai makan lain sikit mulalah tak reti nak order makan apa.

Kecik-kecik dulu abang adam rajinlah maktam bawa jalan-jalan teman dia. adrien tak pernah nak ikut dulu sebabnya kalau mama takde memang dia taknak ikut. sekarang ni dah besar sikit barulah nak mengikut itupun sebab abang ada, adelya tu biasanya nak ikut je tapi kebiasaannya papanya tak bagi ikut. semalam tu beberapa kali juga dicakap tak payah ikut tapi mana adelya nak dengarnya tetaplah nak pergi juga, bukan tak bagi apa sebab takut menyusahkan makpak sedara je, nak mintak itu ini pulak, tapi alhamdulillah takde drama semua behave je kata maktam.

Cuma abang adam je yang suka buat perangai sikit,hari tu minta paksu belikan lego..aduhh abang ni kan berapa kali mama dah  pesan pun macam tu jugaklah dia. Biasalah dalam ramai-ramai tu mesti ada je yang buat perangaikan. Selalu yang buat perangai pun abg adamlah, suka menangis dan mengamuk-ngamuk, risau je mama orang tak suka.



3 stoges mama dengan dinosor hehehe...macamamana dapat nama 3 stoges? Hehehe ini mak-mak sedara punya keje la ni. Dok sembang-sembang nak sebut nama tiga-tiga anak mama ni macam panjang pastu kalau nak taip pun malas terus dorang bagi 3 stoges. Haa teruslah lekat.. kadang nak tanya anak2 buah buat apa? Nak tulis nama sorang2 panjang teruslah tanya "3 stoges buat apa?" Hehehe..sampai sekarang melekatlah nama 3 stoges tu.

Wassalam.

Saturday, 14 October 2017

Nasi lemak mak ko ijooo

Assalamualaikum...

Pukul 5 pagi mama dah bangun hari nih sebab nak buat nasi lemak mak kau hijau ehehehe. Gigih betul bangun pepagi potong daun pandan lepas tu tumbuk, tumbuk hokeh bukan guna blender, ko mampu subuh-subuh sepii tu menumbuk daun pandan hahaha..mama memang suka menumbuk jadi daun pandan pun mama tumbukkan aje guna lesung batu tu, yang penting mama dapat hasilnya tu.

Tak banyak pun yang mama nak masak sebenarnya sebab sambil bilis mama dah masak siap-siap malam tadi jadi takdelah lama sangat nak memasaknya kalau masak pagi lambat juga tu. Jadi pagi ni mama cuma panaskan sambal bilis, rebus telur, potong timun, masak nasi, goreng ayam crispy. Kenapa nak gigih sangat masak pagi-pagi tu?

Hari ni mama bekerja jadinya masaklah makanan yang berat sikit, bolehlah dimakan sampai ke malam, kot buat cekodok kang kesian pulak pakjang kat rumah tu nanti kelaparan kan. jadi kita masaklah siap-siap, lagipun en.azmi pun ada cakap nak makan nasik lemak, jadi marilah membuatnya demi membahagiakan perut yang tersayang, walaupun rasanya entah macamanakan, gasaklah janji bau nasik lemak tu ada hehehe.


Nahhh...kemain ko kan mama siap letak dalam bekas kaca lagi haaa, alah sekali sekalakan biar dorang buka tudung saji tu tengok waaahhhh mabeles sangat nampaknya tu, walaupun rasanya nan hadoo gitewww kekdahnya kan. mama bukan apa bekas kaca tu lama dah beli mula-mula kawin dulu tapi gunanya sekali je, darikan mereput dalam almari moh ler kita gunakan, ini doklah guna pinggan yang itu je kan, dah jemu tunjuk dalam blog kali ni kita tukarlah bekas pulak nampaklah lain sikit, macam banyaklah sikit nampak pinggannya kan, walaupun itu je la yang ada pun hahaha.


Haaa kalau atas tu lauk-lauknya je ini bekalan mama nampaklah sekali nasi lemak mak ko ijooo ni haaa. amacam ada rasa berselera tak nak makan hahaha. dah rehat ni bolehlah mama mencekik. sambil-sambil mencekik tu kita merapulah kejap kat sinikan. Sajalah sesekali nak tunjuk mama ni rajin juga memasak eheheh. tapi memang rajin pun hari-hari masak cuma kalau lauk luar biasa tu barulah upkan..takkan hari-hari nak up telor dadar je pulak kang ada yang muntah tengok hari-hari telor dadar kikiki...telu dadar, ayam goreng, ayam kicap, ayam masak merah..haaa itu je la ulangannya sampai jemuuu.

Wassalam

Thursday, 12 October 2017

merancang kehamilan

Assalamualaikum...

Ada yang bertanya mama pasal implanon nih sebab mama pakai implan nih selepas lahirkan adelya. bukanlah lepas bersalin terus pakai. Adelya nak masuk 2 tahun kot baru mama pakai. Sebenarnya en.azmi yang suruh pakai hehehe..katanya bawa-bawa berehat kesian kat isterinya ni kan sebab 3 beradik tu selang 2 tahun je kan. apa taknya nak kejar umur kawin pun dah lewat, kononya umur 35 nak last lah bersalinkan, giteww perancangannyakan dan alhamdulillah Allah makbulkan.

Lepas adelya lahir dah mula fikir nak rancang macammana? nak makan ubat tu memang taklah mama ni kan sebab apa? sebab tak boleh nak disiplin hehehe penat oihhh nak telan ubat hari-hari sebu perut dibuatnya. lagipun takut terlupa nak makan nanti susah pula. nak cucuk yang 3 bulan sekali tu mama risau pulak..hai kena cucuk kan..nebeslah ko, kata member mama sakit juga kena cucuk tu..aduhhh bikin seram jadi mama reject cucuk-cucuk nih. akhirnya dah puas fikir pilihlah implanon ni hah.


Inilah rupa implanon tu, panjangnya macam putik kapas yang korek telinga baby tu je. mula tengok  tu seram jugak rasa, sejuk beku jugaklah tangan ni kan. tapi kata dokte takpe tak sakit pun ngeh..ye lah doktekan. kat mana dipasang implanon nih? kat bawah lengan kita. prosesnya tak lama pun tak sampai 10minit,  yang lama tu pun sebab nak tunggu ubat bius tu berkesan je. masa masukkan tu memang tak rasa apapun.lepas tu pun memang tak rasa sakit sangat luka tempat masukkan implanon tu pun macam luka kena toreh sikit je. tapi lepas dah masukkan tu kita boleh rasa la benda tu kat bawah lengan tu, sekarang pun boleh rasalah.

Kata dokte bila pakai implanon nih peluang untuk kita hamil adalah 99.9%, tapi semua tu pun bergantung pada kuasa Allah kan, kalau Dia nak bagi, pakailah perisai apapun tetap ada jugakan. Kesan pemakaian implanon ni jugak bergantung pada hormon seseorang macam kata dokte ada yang periodnya tak datang langsung, ada yang periodnya berpanjangan, ada yang berubah bentuk badannya, ada yang tak tahan dengan perubahan hormon ni boleh minta tanggalkan implanon selepas pakai, dengar tu takut jugaklah mamakan, tapi tetap teruskan jugalah dah suami hamba suruh pakaikan hehehe..kita ikutkan saja.

Kesan pada mama? 3 bulan pertama memang tak period langsung, selepas tu 3 bulan berikutnya period dalam tempoh yang lama. kemudian tu alhamdulillah dah ok. Alhamdulillah lega.. sebab kalau period berterusan berkemungkinan kena bukalah implan tu sebab tanya-tanya pada yang arif katanya kalau period berterusan akibat kita ambil ubat dan mengganggu ibadah maka kita perlu hentikan. Ye lah jika period dalam jangkamasa yang lama susah jugakan nak solat pun rasa tak selesa. dan sekarang alhamdulillah back to normal. tahun depan dah nak cabut dah cukup dah 3 tahun. lain-lain kesan takde, perubahan bentuk badan takde masih sama je hiksss.

Lepas tanggalkan implan nih inshaAllah kesuburan akan kembali seperti biasa tapi bergantung jugalah pada badan kitakan. sebab ada yang kesan ubatnya tu lepas setahun dibuka pun masih ada. lepas ditanggal ni nak rancang macammana pulak, itu kendian kita pikirkan kikiki. macam mama kata semuanya bergantung pada rezeki dari Allahkan, kalau kita tak pakai apapun kalau Dia tak bagi takde juga, tapi apapun kita kena berusaha jugalakan. Kalau dia nak bagi tu pakai apapun Dia bagi jugakkan.

Oh lupa pasal harganya tak bagitahu pulak. Kalau buat di LPPKN dalam 300++ mengikut kawan mamalah yang buat pada 3 tahun lepas, untuk  tahun ni mungkin lebihla kot. mama buat di hospital swasta harganya lebih sikitlah huhuhu masa tu kan tak tahu pun pasal LPPKN tu ada benda-benda cengginikan jadi mama buatlah dekat hospital yang sama mama bersalin tu jadi regenya buat tertelan ailio jugaklahkan tapi apo nak buek dah buek kono bayarlah kan takkan nak suruh bukak semulo kikiki, tapi memang dah agaklah regenya tu kan sebab nak bayar bondo tu lagi, nak bayar dokte lagi. jadi en.azmi silalah bayar. masa masa buat ni rege 600++, tahun ni idok ler mama tahu, mungkin lebihlah kot, nak jimat boleh buat appoinment kat LPPKN lah. mama pun nak buat appoinment dengan LPPKN nih, untuk apa tu?? biarlah rahsia (nyanyi ala-ala dato' ct nurhaliza okeh) hehehe

Wassalam

Wednesday, 11 October 2017

Baby eshah πŸ‘Ά

Assalamualaikum...

Haa dekat rumah sekarang nih ada baby eshah ye..bukan main lagi dia jaga baby eshah tu, siap bawa mandi lagi pastu bawa tidur sebelah lagi, memang jaga sangatlah kan. itu masa dia nak jaga, kalau dia taknak jaga dia biar je baby tu terbogel tak berbaju hehehe.



Oh ini bukan baby eshah ye, ini adelya masa umur 5 bulan. baby eshah tu baby adelya lah ye. ada anak dara seorangkan gitulah gayanya, kita sibuk nak beli barang dia pun sibuk isi barang dia dalam troli. baby eshah tu barulah dibelinya, beria pujuk papa belikan. "belilah baby ni, baby ni kan pink yayalah yang punya" lepas tu nampak botol air pink sibuklah pulak dia cakap "tahun depan yayakan sekolah pasti jadi kenalah belikan botol air ni" terus dia ambik masuk troli. eh bawa abang-abang shopping lagi ok dari bawa anak dara bershopping πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚



inilah baby eshah ye, amacam comel tak? hehehe..dah lama teringin nak beli baby macam ni, tapi biasalah tak dilayan sangatkan. tapi hari tu papanya ikutkan je permintaan anak daranya, murah je tu oklahkan janji ada, itulah yang dibawa bermain petang-petang, kadang bawa ke taman main dengan kawan-kawan. eh kadang-kadang bukan adelya je yang main abang adrien tu pun join jugak nak mandikan baby eshah.

Kenapa baby eshah?? hari tu lah mama saja lah tanya-tanya adelya sambil dia baring-baring bagi tido babynya tu?
baby buat apa tu?
baby nak tido
Oh apa nama baby tu?
Baby eshah..jawab adelya,oklah jaga baby eshah baik-baik ye, jangan nanti tercabut kaki tangan pulak, memang tak dapat dah la yang baru heheh

Wassalam.

Monday, 9 October 2017

besday dia πŸŽ‚πŸŽ‚πŸŽ‚

Assalamualaikum...

Terima kasih mak & abah..
kerana telah melahirkan dan membesarkan seorang anak
dan anak itu sudah pun 39 tahun hari ini.

Terima kasih kerana telah mendidiknya dengan sempurna
sehingga dia menjadi seorang suami dan ayah yang baik
buat saya dan anak-anak... ucapan dalam whatsapp,
mak mertua pun dah balas whatsapp tu hehehe
mak pun ucap terima kasih sebab sudi terima anak mak seadanya..

kemain ko kan mama buat ucapan..hehehe takpelah mama dah tak berpeluang lagi nak ucapkan terima kasih dekat arwah mak pada hari lahir mama jadi mama ucaplah terima kasih pada mak mertuakan yang dah lahirkan en.azmi tu kan. walaupun mak dan abah tak baca pun tulisan mama nih tapi takpelah janji apa yang mama nak cakap tu mama cakaplah kan.

Hari ni hari lahir en.azmi, tahun lepas mama terlupakan besday dia jadi tahun ni mama tak lupalah, sebelum pergi kerja tadi dah wish, siap suruh anak-anak wish sekali nanti. itu je lah yang mampu pun asalkan mama ingat, mama pun takde plan nak buat apa-apa untuk surprisekan en.azmi tu. Kesian en.azmi dapat isteri macam ni kuikuikui, takpelah dia dah redha tu hehehe.

Semoga dengan pertambahan umur ini juga makan bertambahlah keimanan dan ketakwaan kepada Allah swt. Moga Allah permudahkan segala urusan en.azmi didunia dan akhirat. Moga dimurahkan rezeki.. Tak tahu nak buat ucapan apapun lagi..yang pasti akan ku kenang kamu dalam setiap doaku lah ye en.azmi hehehe. sebenarnya rasa macam takde mood je nih, kesihatan pun tak begitu baik lagi ni.

Terima kasih jadi suami yang baik, nak macammana lagikan..dia seorang suami yang rajin, masuk je rumah terus ambil penyapu sapu lantai, katanya nanti habuk anak nak main. nak apa lagi kalau pinggan penuh sinki tanpa disuruh dia tolong basuhkan. baju yang kotor tolong basuh bukan setakat basuh tapi tolong sidaikan lagi kadang dah basuh, sidai dan siap dia tolong angkatkan lagi hikss. walaupun dia garang dengan anak-anak tapi dialah yang terlebih risau kalau terlambat ambil anak-anak..mama pulak yang rilek-rilek je, kalau en.azmi muka dah serabut "macamamAna ni dah lambat nanti abang sorang-sorang depan rumah"..haa gitu dia punya risaukan.

Mood ke laut dalam dah nih, nak menulis pun idea tak mari, oklah kan daripada takde, daripada mama lupa macam tahun lepas, kiranya tahun nih ada jugalahkan. bersabarlah en.azmi dengan isteri kamu ini. cari-cari gambar terkini nampaknya takde, nak letak gambar apa lak nih..jadi kita letak je lah gambar apa yang ada, kira acilah kan



kira jadilahkan gambar en.azmi dengan anak dara dia ni ha. sajalah letak gambar nih dengan harapan en.azmi tengok nanti dia tahulah isteri dia nak ajak cuti-cuti nanti hahaha, eh tak lama dah kan nak anibesari katanya kan, haruslah rancang apa yang perlu, kalau takde pun kita bercuti je lah dekat telok panglima garang tu je kikiki.

Wassalam

Thursday, 5 October 2017

Dah berbuah 🌢🌢

Assalamualaikum....

Terima kasih buat semua yang mendoakan kesihatan mama. Alhamdulillah semalam mama dah kembali bekerja. Demam dah ok semua cuma masih batuk dan sedikit penat. Jarang sakitkan sekali sakit tu teruk sikit dapatlah rehat lebih sikit, ada hikmahNya tu kan. Berjalan dari parking di masjid negeri nak ke ofis pun mengah juga la sebab kurang makan. Biasa kurang 10 minit sampai ofis ni lebihlah 10minit dapatlah nikmati ketenangan air tasik dan kehijauan daun disepanjang perjalanan, bertukar senyuman dengan orang-orang yang sedang berjoging...indah dan damai suasana pagi.

Mama tak sihat dari sabtukan, tak sempatlah nak jenguk tanaman yang ada sedikit didepan rumah tu. Semalam balik kerja walaupun penat sempatlah tengok pokok-pokok yang ada. Gembira bukan mainlah mama bila tengok pokok 🌢🌢 mama dah berbuah, terima kasih Allah...dengan rezeki ini walaupun baru ada 4,5 biji tetap buat mama gembira ok. Tak sabar pula tunggu pokok πŸ†πŸ† mama besar dan berbuah, tapi itu lambat lagi lah. Pak choy pun ada juga mama tanam..haaa gitu kan semangat mama. Pokok kunyit dah beberapa kali dah mama ambil daunnya. Kira dah bole makanlah hasilnya tu kan.


Nampak tak tu 🌢🌢 mama yang dah berbuah tu? Seronok ok bila dah nampak hasilnya tu. Terus cakap berbuah banyak-banyak ye...hehehe. Pokok cili mama ni ada 3 pokok semuanya, yang mengeluarkan buah ni baru sepokok. Kalau tiga-tiga berbuah mesti banyak juga, bolehlah dikongsi dengan jiran-jiran nanti, gitu semangat mamakan..eh apa yang penting niat kita kan. Mana tahu niat nak kongsi tu Allah bagi buahnya lebatkan, siapa tahu.

Tak lama lagi bolehlah mama buat sambal tempoyak takpun gengkan dengan budu. Cicah dengan ulam raja petik kat rumah jiran sebelah..ehehe. Jiran mama lagi banyak yang ditanam. Tapi cili dan terung dia takde, takpe nanti boleh tukar-tukar hasil tanaman pulakkan. Selain tanam bungaaan 🌻 🌹🏡 🌷untuk cantikkan kawasan rumah kita tanam jugalah pokok-pokok untuk kegunaan hariankan. Lepas ni cuba tanam πŸ‡πŸ‡πŸ‡ tengok boleh tak.

Wassalam

Tuesday, 3 October 2017

Rezeki dan ujian

Assalamualaikum...

Bersiaran dari rumah, haaa ko dari cuti 3 hari terus jadi 5 hari. Kisahnya... Khamis lepas balik dari kerja pakjang dan maktam tak sampai lagi mereka pergi ambil ubat pakjang dekat hoshas. Mama bagi kunci mama takut dorang sampai awal, sekali lambat pula dorang sampai. Dah la hujan renyai-renyai waktu tu, en.azmi pun lewat juga petang tu sebab banyak kerja, duduklah mama dalam hujan renyai-renyai tu sebelum jiran sebelah ajak ke rumahnya.


Rezeki  dapat jiran yang baik siap sediakan air dan kurma untuk mama berbuka, suaminya pulak suruh potongkan kek, alhamdulillah rezeki dapat berbuka petang tu kalau tak mahunya mama berbuka dengan air hujan hehehe. Nak ke rumah kakak mama nak tunggu abg adam balik sekolah. Pukul 7.30 baru maktam dan pakjang sampai.

Jumaat buat urusan sekolah anak-anak. Sabtu tu mama rasa lain macam dah, malam tu dah soksek-soksek, esoknya selsema. Ahad lagi teruk sampai tak boleh bangun, badan pun panas je. Sudahnya en.azmi kata tak payah pergi kerja kalau tak larat. Jadinya cutilah mama isnin tu dan terbaring je la kat rumah. En.azmi pun ambik cuti. Anak-anak semua dia uruskan. Makan tengahhari pun en.azmi masak, bukan setakat makan tengahhari, minum petang pun ada dibuatnya goreng pisang. Dalam ujian ada rezekiNya kan.

Sepatutnya mama pergi kerja hari ni tapi rasa macam tak larat pulak nak pergi, malam tadi tak dapat nak baring tidur sebab semput tetiba asal baring je tak boleh nak bernafas sudahnya tidur sambil duduk je lah mama, tersengguk-sengguk dibuatnya, ubat dah makan tapi nampaknya belum berkesan ubat tu pada mama. Jadi sabar dan redha sajalah kan. Moga-moga kesihatan bertambah baik, esok nak kena pergi kerja dah.

Wassalam

Kejohanan Silat Olahraga

 Asalamualaikum... Mga kita semua didalam lindungan dan redha Allah swt. 3,4 dan 5 Mac anak-anak mama menyertai satu lagi kejohanan silat. K...