Showing posts with label adelya azra chinta hati mama. Show all posts
Showing posts with label adelya azra chinta hati mama. Show all posts

Saturday, 31 August 2019

Adelya 6 tahun


Assalamualaikum...

Besday adelya 22 ogos hari ni baru mama nak up entri..sibuk sikit tapi takpe mama cerita juga dekat sini sebagai kenangan. Sehari sebelum besday adelya dah sibuk ingatkan mama. Ye lah nanti mama belikan kek.

Ceritanya balik kerja petang tu baru nak pegi beli kek, tapi itulah kita merancang Allah juga merancang konon nak awal tapi mama tersangkut dekat jalan lama,patut 5 minit dah sampai rumah tapi jadi sejam sebab jalan tutup sebelah. 6.40 sampai rumah terus ke kedai kek dan cari lah apa² yang patut lagikan,sampai rumah 7.45mlm kalut siap apa yang patut.

Kek pilihan adelya mestilah nak pony kan, ambiklah dah besday dia biar dia je la yang pilihkan

Sambut dengan kawan² je malam tu, gembira sangatlah dia tercapai hasrat nak potong kek dengan kawan², hajat mama nak masak apa² tak kesampaian sebab sampai lambat,jadi anak² makan sajalah apa yang ada ye.

Lagi sekali potong kek dekat pasti pulak,sampai.adrien naik jeles asyik beli kek untuk adelya je..huhuhu alah besday adrien bulan 12 nanti ada rezeki mama belikan kek jugalah. Tengoklah tu orang pakai tudung pasti dia pakai tudung biasa,kata en.azmi hari² macam tu taknak pakai tudung pasti, en.azmi ikutkan saja sebab tak mahu dia buat perangai. Bika mualimah tanya dia kata "mama basuh tudung tak kering²" adoiii pandai dia menjawab ye.

Terima kasih mualimah bagi hadiah untuk semua anak² yang sambut besday. Hari yang sama juga dibuat sambutan kemerdekaan. Seronok sangatlah adelya tu dapat kibarkan bendera.


Abg adam.siap buatkan kad untuk adelya tu..terima kasih abg adam gembirakan adelya.
Walaupun hanya tulis dikertas buku tapi ianya sangat bermakna. Abg adrien belikan lolipop, hadiah tu bukanlah yang terpenting apa yg penting adalah ingatan dan kasih sayang.

Wassalam.

Friday, 9 August 2019

Hajjah cilik

Assalamualaikum...

Hari ni di PASTI adelya belajar diadakan simulasi haji. Sebelum ni ada ibu yang suarakan takde buat ke simulasi haji untuk anak²? Mama ni tak bertanyalah walaupun fikir kalau buat seronok juga sebab adelya seorang je tak pernah buat haji lagi, abang² dah pernah buat dulu.

Alhamdulillah hari ni pihak pasti buat program simulasi haji untuk pelajar. Terharu dengan kesungguhan mualimah dan semua pihak yang terlibat, dalam waktu.yang singkat mereka berjaya lakukan. Walaupun hanya dibuat dikawasan pasti sahaja, abang² dulu di masjid negeri. Tapi tak apa dimanapun yang penting apa yang anak² lalui dan alami. Telekung pun bermacam warna,mualimah kata takapa sebab taknak susahkan ibubapa beli telekung yang lain. Seronok tengok video anak² bertawaf,bersa'i dan buat semua rukun haji yang lain. Moga satu hari nanti dapat tunaikan haji yang sebenar pula.


Kain ihram pun guna apa yang ada saja,yang penting anak² gembira melakukan aktiviti ini. Mama pun tumpang seronok. Balik tadi adelya pun cerita kena pusing kaabah 7 kali,kena baling batu. Imam masjid yang ketuai aktiviti ini. Imam tu anak ustaz yang wakafkan tanah dia untuk dibuat pasti. Ada pelajar yang kematian ayah dapat belajar percuma disini, mungkin sama kot dengan pasti lain. Apapun mama puashatilah,siap ada kelas taekwando lagi seminggu sekali.

Catatan untuk kenangan anak² satu hari nanti. Tahun depan adelya dah darjah 1, alhamdulillah penempatan sekolah pun dah dapat dan dah buat pengesahan juga. Awal tahun berkampunglah seminggu dekat sekolah tu agaknya, inshaAllah...moga dipanjangkan usia lagi untuk tengok anak dara sorang tu bersekolah.

Wassalam

Tuesday, 6 August 2019

Muka ada senyumm


Assalamualaikum...

Mama sebenarnya bila diberitahu adelya terpilih untuk masuk kalam jamai'e untuk alam ria pasti mama dah berdebar-debar sebab mood budak sorang tu bukan boleh dijangka. Dah la terpilih jadi ketua pulak tu,mualimah tahu peel dia macam tu tapi tetap terpilih jugak. Mama ok je la.

Latihan memang bersemangat semua dialog dia ingat walaupun bukan dialog dia hatta nasyid yang dia tak masuk pun dia ingat juga,memang adelya bab menghafal sangat cepat.

Ahad mama hantar pergi pasti, muka dia dah lain macam tapi mama tinggalkan je pada mualimah,pergi tengok pertandingan pun menyorok je mama dekat tingkap, tengah dok bertanding pun kepala tertoleh-toleh cari mama papa, tapi dah lepas bertanding tu boleh la munculkan diri,kalau sebelum tu mama muncul mau dia buat perangai.

Tengoklah tu anak papa, jenuhlah pujuk dia cakap papa tak tengok dia bertanding. Lepas tu memang kena cukailah macam² dia minta. Kalau menang kena beli makanan banyak², disebabkan penyampaian hadiah untuk kalam jamai'e akhir jadi kenalah tunggu sampai hujung. Alhamdulillah...dalam tertoleh² tu dapat jugaklah naib johan, masih kekal macam tahun lepas.

Muka ada senyumlah...sebab kata mak² sedara kalau menang dapat hadiah apalagi balik tu singgah rumah ibu dulu la tuntut hadiah, mommy dengan makngah tunggu raya haji nanti jumpa baru bagi.. Adoii yang mak² sedara pun gigih memasing tu... Ye lah bagi semangatkan. Lepas ni lambat lagi la nak tengok anak² yang lain buat persembahan di tadika, tunggu Hud pulaklah. Adelya last tahun ni tahun depan dah darjah 1. Anak² seronok kita tengok gelagat persembahan dorang masa tadika ni lah kan. Habis dah la untuk tahun ni tunggu konvo pula hujung tahun nanti.

Wassalam

Friday, 5 April 2019

Pening


Assalamualaikum....

Salam jumaat sayyidul aiyam, beberapa hari lagi kita akan meninggalkan rejab dan sya'ban akan muncul pula,selepas itu ramadhan... Moga kita semua sempat untuk bertemu dengan ramadhan nanti dan semoga kita semua dibawah lindungan rahmat dan redha Allah swt sentiasa. Perbanyakkan selawat ke atas Nabi saw moga kita beroleh syafaat baginda Nabi saw kelak.


Sementara tunggu adelya habiskan bacaan iqra' di transit, bersembang sekejap dengan mualimah. Hmmm...anak dara yang seorang ni macam2 dia tau. Membaca tak pandai lagi umur dah 6 tahun nih, menulis pun malas okeh, mama yang saja2 ajar masa cuti sekolah ni pun asyik nak menyinga je macammana la dengan mualimah yang mengajar hari2, dah la setiap pagi mualimah nak kena jaga mood dia takut tak elok pagi2 tu dah la ketua kelas pulak tu. Bila diberi latihan menulis tak mahu buat dah kena paksa baru nak buat. Adehhh pening mama dibuatnya. Bila mengajar dia buat main2 je entah macammana mama nak ajar pun tak tahu lagi dah.sebab kesabaran mama ni tak cukup tinggi.

Bila mualimah cakap nak masukkan adelya dalam pertandingan nanti mama dah cuak. Mualimah kata dia boleh hafal semua jadi nak train dia untuk masuk pertandingan pulak. Mama ni nak bagi dengan tak bagi sama banyak je takut penat mualimah ajar sekali tiba hari bertanding mood tak ok pulak dia macam tahun lepas nak masuk bertanding bukan main lagi tapi masa latihan dia main2. Tapi mama akui la bab menghafal ni memang adelya cekaplah satu malam tu mama baca al mulk sambil tu nak menghafallah kononnya sekali tersalah baca pulak yang tak sangka tu mama ditegur adelya. 1 ayat tu adelya baca sambil baring tengok tv...segala puji bg Allah yg memudahkan untuk adelya. Rasa terpukul mama ni sebab baru terhegeh2 nak menghafalkan.

Mualimah pun cakap adelya bab menghafal memang dia laju,hadis semua tu dia hafal dah waktu belajar tu memang dia la yang ketuai. Suara kuat dari kawan2 lain,kalau mualimah takde pun dia lah yang ganti tempat mualimah ajar kawan2 sebab mualimah kata suara adelya kuat kawan2 bagi perhatian kalau dia bercakap...haaa itu satu lagi buat mama pening bila dekat sekolah kawan2 dengar cakap dia, bila main dengan kawan2 dekat rumah pun nak kawan2 dengar cakap dia jugak.

Walaupun mama ni takdelah nak tekankan sangat bab pelajaran ni tapi bila 6 tahun masih tak reti baca,menulis pun huruf terbalik cuak jugaklah, tahun depan darjah 1 dah, nak mengajar mama ni tak tahu teknik. Mommy(adik mama) kata kalau masih tak boleh membaca lagi nanti hantar pada dia biar cikgu tadika dia yang tolong ajarkan..haaa lega sikitkan ye semua tu urusan Allah untuk bagi mudah faham atau apa semualahkan urusanya Allah,tapi kita kena usaha..kata ustaz..Allah tak melihat pada hasilnya tapi Allah lihat pada usaha kita. Jadi selagi boleh kita usahalah kan.

Sambil menunggu bas,sambung menulis di sini,awal mama sampai pagi ni, kalau.tak baru nak keluar rumah ni.

Wassalam

Monday, 18 March 2019

Sukan Pasti Kuala Langat

Assalamualaikum...

Mama buat siaran langsung dari ole futsal,olak lempit sempena sukan pasti daerah kuala langat hahaha...siap buat lintas langsung ye macam perlarian pun ada mama ni ha semangat nak tengok anak sukan tapi adelya tak boleh nampak mama asyik nak keluar gelanggang je, boleh pulak tetengah game tu dia lari minta air dekat mama hahaha hadoii lah anak...layannn je la.

Dapat port lepak bagus dah tengok anak berlawan.datang pulak 2 orang parent ni semangat kesukanannya tahap dewa tegezut mama okeh, dari luar gelanggang dijerit-jerit dekat anaknya suruh.rebut bola, suami isteri pulak tu, eh dah kenapa semangat sangat nih, siap adelya yang datang dekat mama pun disoundnye..ehhh kecik besor je mama tengok,malas nak layan kita belah cari tempat lainlah, mama semangat juga tapi tak delah lebih-lebih budak2 je kot yang main, lepas tu baru 2 bulan je kot latihan. Dengan cuaca panas memang takde mood budak2, itupun dorang main jugakkan.


Pagi2 hantar ke Pasti sebab pergi dengan mualimah, bangun tidur ceria je sampai Pasti dah mula buat perangai kawan2 lain ok je, yang adelya tu tengoklah...seluar pun senteng sebelah mama pun terpaksa berdiri sebelah dia ambik gambar, tapi mama croplah gambar mama tu kan. Dahla dia ketua kumpulan dia lak yang buat perangai, bersabar je mama dibuatnya. Lepas tu mama tinggalkan je dengan mualimah...adoiilah anak oiii macam2.


Pasukan bola jaring Pasti assofe one. Main secara liga kesian tengok anak2 main walaupun dikawasan berbumbung tapi dalam cuaca panas ni berbahang juga dibuatnya. Ok jugalah kali ni buat dekat ole futsal ni dapatlah penonton tempat berteduh. Kalau buat di padang mau terbakar kulit mama ni.


Gaya dah ada tu hehehe, 1st game seri,lepas tu dia mula buat perangai nak.suruh mama duduk dekat dia je..eheh mama bukan mualimah nak boleh masuk.gelanggang,puas pujuk mualimah pun dok tolong pujuk. Pening mama dibuatnya tau, menangis dekat tepi gelanggang tu, katanya mama tak tengok dia main, aduhai mama dok tercongok tepi padang dia tengah main datang dekat mama, mualimah suruh mama duduk jauh sikit supaya adelya tak nampak nanti dia taknak main. Dah serba salah mama ni haa.


Kena cukai seketul belon.frozen yang gedabak besarnya, muka pun ada senyum mujurlah besar macam tu pun rege rm5 je..itupun dia main.seret2 je bila mama cakap bawa elok2 nanti pecah pandai je dia jawab"kalau pecah beli la lagi bukan mahal pun 5 ringgit je" amboi2 dia ada je nak jawabkan, itu rm5 kalau beli burger kenyang dah tau heheh tapi takpe sesekali bukan selalu pun dapat, itupun sebab mama yang cakap nak bagi hadiah untuk dia sebab main bola jaring, ingat nak belikan kerongsang hello kitty yang comel tapi dia nak belon, takpelah kita ikut je la kan.

Lepas ambik hadiah baliklah tak tunggu lama sebab panas sangat, makanan pun tak ambik takpelah rezeki untuk orang lainlah tu kan. Sudahnya pagi ni mama cuti sakit kepala dan demam..kahkahkah semangat sangat tengok anak bersukan kan, takpe Allah nak bagi mama rehatlah tu kan. Entri yang ditulis bersambung dari semalam, so hari ni duduk dengan.adelya la dia pun cuti hari ni. Malam tadi tiga2 orang datang picit kaki tangan mama bila tahu mama tak sihat...haii sejuk hati mama ni.

Wassalam

Monday, 3 September 2018

sambutan besday adelya

Assalamualaikum...

Sebelum ni adik-beradik sibuk berwhatsapp dalam group nak berpiknik hari ahad. Mama dok perati je tak tahu nak join ke tak, biasalah tak boleh nak buat keputusan dulu kan, dah tu memasing buat dah senarai menu apa yang kena bawa, mama kena pulak buat nasi lemak..cehhh nyampahh jadi nak tak nak kita pergi je lah, dalam pada tu dorang rancang nak sambut besday adelya, sebab masa raya haji hari tu tak sempat nak sambut sebab semua sekejap je dikampung.

Masa hari kejadian adelya tak tahu pun nak sambut besday dia mama cakap nak sambut besday abg aliff hehehe...sajalah nak buat surprise. Memang untuk ogos ibu,abg aliff dan adelya punya bulan lahir, jadi bolehlah sambut sekali. Mama rilek je pakaikan adelya tshirt dgn jeans je, sampai2 je mommy cakap "apasal besday girl pakai macam ni" hahaha habis nak pakai macammana? Mama dia jenis sempoi je kan jadi apa yang ada je la. Sudahnya mommy pakaikan dengan baju yang dia beli untuk kenduri adik ipar nanti, kira acilah pakai dulu kan heheh..anak dara tu pun redho je tukar baju sambil senyum simpul, nak jadi princesskan.


Sedondon dah baju dengan kek..dah nak sama dengan sofea pun tu.haa..seronoklah anak dara tu tercapai impian nak kek princess. Semua ni mommy yang sediakan kalau harap mama memang takdelah gamaknya kot. Tersenyum simpul je anak dara ni.sepanjang masa. Ini kami lepak dekat taman botani putrajaya, datang pagi2 tp takdelah pagi sangat dalam 8lbh sampai oklah cuaca pun cantik.


Bersama ibu dengan kak daeisha, abg aliff malu nak join potong kek sebab kek pwincess. Tu dapat pula hadiah soft toy pony..nak pinky pie tapi dah habis dapat fluttershy pun ok, comel jugakk tu. Banyaklah hadiah dapat sampaikan adrien pun cakap " yaya dapat 3 hadiah yen dapat 1 je" hahaha..budak sorang tu memang tau, itupun mommy beli jugak hadiah untuk dia dapatlah didi seketul. Mommy dah tau dah tak boleh beli untuk sorang je, nanti adrien mesti cakap "asyik yaya je dapat, yen takde pun" jadinya sekarang nak bagi apa2 dekat dia pun mesti beli😂.


Aktivi lain yang boleh dibuat ditaman botani ni, naik basikal sewaan rm4 untuk sejam..abg adam dengan adrien siap pow pakndak suh belanja naik basikal, jadi mereka bertiga berbasikallah, adelya ikut abah naik motor tu, ntahlah motor ke apa namanya sewa rm30 untuk setengah jam, kalau untuk budak2 rm25 setengah jam. Sementara menunggu dorang berbasikal kami berbincang2 la untuk besday daeisha pula kebetulan jatuh pada tarikh cuti 3 hari. Memandangkan plan adik ipar untuk ke cameron tak jadi, maka kami bersetuju untuk join yang inilah kan, takut selepas ni dah sibuk dan ibu pun cakap dia akan sibuk belajar dah lepas ni, so semua setuju, tempat pun ada apalagi mommy terus bayar booking, senang berbincang macam tu tak fikir banyak dah heheh. Ke mana tu nantilah kita cerita lainkan.

Cantik juga untuk bergambar dekat sini
Dalam pukul 11 kami gerak balik dah abg adam dengan adrien nak ikut balik dengan abah, jadinya pergilah..tak jauh pun rumah kamikan nanti pergilah ambil, tapi tak sempat nak ambik petang tu kata ibu nanti dorang hantar, tengok2 petang tu budak2 tu pow abah kepsi pulak dahhh siap bungkus untuk mama, papa & adelya, alhamdulillah rezeki untuk kamilah.kan...syoklah mama tak payah masakkan kita makan kepsi je. itulah cerita cuti merdeka kami, 2 hari sebelum tu mama papa ada projek buat rak yang itu nantilah kalau rajin mama cerita.

wassalam

Wednesday, 22 August 2018

Sambutan berganda

Assalamualaikum...

Salam eiduladha buat semua. Alhamdulillah hari ni disamping kita semua menyambut eiduladha, mama juga menyambut ulangtahun kelahiran anak dara nan seorang itu. Ya hari ni 22 ogos adalah tarikh lahir adelya azra. Sebelum ni dah potong kek pun dengan kawan2 dekat Pasti, dalam keluarga pun ramai yang berkongsi bulan kelahiran dengan adelya bukan saja sebelah en.azmi tapi sebelah mama juga, seronoklah kan adelya tu.

Tak tahulah dapat potong kek tak hari ni dekat kampung sebab mama tak sempat nak beli kek, banyak pula halnya semalam sebelum balik kampung, sampai akhirnya kami balik kampung pagi tadi. Alhamdulillah sempat juga sampai sebelum qurban dilakukan. Allah Maha baik, Dia permudahkan juga urusan kami, walaupun sebelum itu terasa sedikit sulit.

Oklah itu nanti mama ceritalah hari ni besday anak dara mama tu, kawan gaduh mama sebab dia anak manja papa. Kalau mama nak pergi kursus dia rilek je suruh mama pergi siap lambai2 lagi, tapi kalau papa dia yang outstation belum sempat pergi dia dah nangis sambil tu cakap "nanti kalau papa mengantuk papa nak tidur dengan sape" huhuh sayang sangat papa dia tu kan. Tapi takpe mama tak kisah pun lagi mama suka sebab tak perlu mama nak berjaga dari tidur untuk ambik air atau teman ke toilet heheh.


Semoga adelya azra membesar jadi anak yang solehah, cemerlang dunia & akhirat. Ingatlah anak letakkan akhirat dihatimu dan dunia ditanganmu. Moga Allah sentiasa menjagamu disetiap langkah kakimu. Walaupun kita selalu bergaduh mama tetap sayang anak mama, sebab anak mama adalah nyawa mama.

Wassalam

Thursday, 16 August 2018

Cik Yaya dan Cik Pipa sambut besday

Assalamualaikum...

Hari ni Pasti buat sambutan hari lahir untuk bulan julai,ogos dan september. Hari lahir adelya termasuklah kan tak lama dah pun nak besdaynya jatuh pada hari raya eiduladha nanti, tapi mama ni kan dah mualimah bagitahu nak sambut dekat pasti takkan tak sedia apa2, nanti anak dara tu sedih pulak kawan lain ada kek dia tak de pulak, balik kerja semalam terus ke kedai kek, haruslah dia yang pilih sendirikan. Dah berpuashati dengan pilihannya dan mama pun puashati dengan harganya kita pun balik.

Sampai rumah tengok2 mommy jiran sebelah tanya, mama pun cakap untuk besday di pasti, rupanya mommy tak perasan whatsapp mualimah dalam group, lajulah mommy dengan cik pipa ke kedai kek pulak, cik pipa lahir bulan september. Mujurlah kedai kek dekat je kan, start enjin terus ke kedai kek lah, mama pun tak larat nak buat kek jadi beli sajalah kan.


Kek pilihan si adelya, macam2 ada atas kek tu hehehe hentam je lah yang adelya pilih ni sebab ada si anna atas kek tu, ikutkan mama nak  beli kek lain yang mama rasa lebih comel, tapi dia taknak pulak eh gerammm pulak mama dia ni, puas pujuk untuk ambik kek yang mama tunjuk tu dia taknak jugak, ye lah..ye lah dah besday dia kan mama ikutkan je lah hehehe...yang mama pun pasal kek pun nak bergaduh dengan anak hahaha..ehhh memang mama suka gaduh dengan anak dara sorang tu, kadang balas2 pukul memukul teruk sungguh

Cik yaya & cik pipa sambut besday
Tengok mualimah bagi gambar dekat whatsapp group..ehhhh kek sama denga cik pipa la cuma cik pipa poney cik yaya anna hehehe dah la sekelas, rumah sebelah2 kek pun sama, kira oklah tu kan member baik katakan, pagi tadi tak sabar2 dok panggil pipa dekat pintu pagar pada hal pipa tak keluar pun lagi, lepas tu teruslah merajuk hai susah juga dengan anak dara sorang nih,jenuh nak pujuk pagi tadi lepas tu mama tinggalkan je la dengan ibu ct..


Good girl nih..sebelum pergi pasti tadi mama dah pesan siap-siap "nanti mualimah ambik gambar senyum jangan nampak gigi tau hahah..sebab gigi yaya rongak" marah kejaplah cik yaya dekat mama, tapi tengok mualimah bagi gambar ni nampaknya dia ikut cakap mamanya ni hehehe, tersenyum simpul pulak dia kan depan kek tu, seronoklah kan dapat potong kek, kalau mama tak beli kek nih ada yang menangis tengok kawan lain potong kek.


Ramai lah yang sambut besday, ye lah untuk 3 bulan punya sambutankan, bersusun kek tu ha, jenuhlah anak2 makan kek hari ni kan, semuanya nampak gembira je tu kan.

InshaAllah minggu depan hajat hati tu nak potong kek dekat kampung pulaklah, saja bagi anak dara ni happy, lagipun abg adam dengan abg yen pun tak sempat makan kek nih, abg yen siap minta nak tengok kek lagi pagi tadi, sabar abg yen ye minggu depan kita makan kek ye..ok mama nak rest jap, kaki dah gigil 2 hari ni asyik panjat tangga je dekat opis tu sebab lif banyak tak berfungsi darikan tunggu lif baik guna tangga lagi cepat, boleh bikin mama kurus ini macam tau baru je nak tambah berat badan ni sebab kata pakcik ukuran bmi mama tak cantik kurang nutrisi ngeh..

Wassalam

Wednesday, 2 May 2018

Juara akhirnya

Assalamualaikum...

Cerita seminggu yang lalu, adelya bersukan di Pasti. Sebelum ni sukan pasti daerah kuala langat dia nangis2 taknak bersukan sudahnya mama bawa balik je la pada hal mama dia ni gigih oiii nak bagi sokongan, abg adrien dulu dalam malu2 bersukan juga tapi anak dara sorang ni dia buat kerasss je..dari mama ko kejung tengah panass sambil tahan panasss hati baiklah balik.

Sukan kali ni buat dekat pasti je, malam sebelum tu adelya dah cakap taknak sukan..mama ko sabar je la kan, pagi tu terus kejut semua bangun. Anak dara tetap cakap taknak sukan tapi mama buat tak tahu je, dah dia nak usung anak patung dan segala mainan dia mama ikutkan je kikiki gigih mama ko kan, sampai pasti en.azmi hantar adelya dekat mualimah mama tengok dari jauh je la, nangis jugaklah anak dara tu kan, tapi dia ikut je mualimah sebab dia takut dekat mualimah salsabila tu kikiki.

Mama amik tempat duduk dekat belakang sekali risau adelya nampak nanti lari pulak dia taknak bersukan kan. Tapi masa perbarisan tu nampak jugaklah dia tercari-cari, mama jenguk jugaklah muka masa nampak tu adelya lambai2 je tapi muka ketat je taknak senyum masa ikrar dan nyanyi kawan2 lain semangat nyanyi dia senyap je, pada hal dekat rumah dia lah yang paling semangat menyanyi.

Masa nak mula sukan tu mama pergilah juga dekat adelya bagi kata2 semangat.. semangatlah sangat kan hihihi, pada hal mama dia yang semangat nak anak bersukan, bak kata en.azmi "nanti takde cerita pulak mama nak cerita dekat blog kan" hahaha mujur memahami..kira memahami la tu kan, walaupun ada bau2 perli..ada mama kesah kalau perli pun. Tapi mama tau en.azmi pun saja je tu kan pada hal bagi sokongan itu yang gigih tolong amikkan gambar, siap buat liputan langsung lagi tu guna enfon mama...tq en.azmi kalau tak susah juga nak ambik gambar sebab mama dok tunggu dekat adelya je, lepas berlari mama hulur air lepas tu hulur makanan, nampak tak kegigihan mama nak jaga mood anak supaya bersukan???

Seronok sebenarnya tengok anak2 kecil ni bersukan macam2 telatah yang ada, ada yang menangis sambil berlari lah, ada yang berlari sambil ada peneman la, macam2 gelagat lucu lah jenuh mualimah nak kawal. Tapi oklah kan. Ada 4 acara semua pelajar pun masuk semua acara, pemenang ditentukan dari pungutan mata, adelya rumah merah. Acara dipertandingkan isi air dalam botol, lari bawa bantal atas kepala, bawa bola pingpong dalam sudu dan acara berpasangan berkasut but. Comel je semua pakai kasut but sorang sebelah kaki. Akhirnya rumah merah johan keseluruhan...bangga mama ko nak hahahaha. Tak sia-sia berdiri tengah panas terbakar muka.


Tengok dah gumbira main dengan kawan mama pun senang hatilah dibuatnya...lega  ko kalau tak nangis bucu padang la mama.


Tengoklah tuan puteri sorang tu kemain bergaya lagi walaupun nak bersukan, berjaket berkasut pink.


Alhamdulillah juara keseluruhan...tengok tu.dah elok gaya princess dia pergi korek hidung pulak.

Harap2 lepas ni makin berani nak bersukan.ye adelya.

Wassalam

Monday, 29 January 2018

Susah hati

Assalamualaikum...

Susah hati dibuatnya bila terpaksa tinggalkan anak yang sedang menangis...aduhhh pagi tadi anak dara mama tu buat hal pulak. Biasanya pagi pergi sekolah en.azmi yang akan hantar adelya ke sekolah. Dan memang kebiasaannya pun begitulah en.azmi uruskan anak2 kalau dia tak out station.

Semalam en.azmi kena ke Kota Bharu, jadinya pagi ni haruslah mama yang kena uruskan anak2. Bila mama yang uruskan semua pun kena bangun awallah. abang adam dengan adrien takpelah memang dah biasa bangun 5.45pagi kan, cuma yang menjadi masalahnya anak dara yang seorang tu la, kalau dengan en.azmi dia akan bangun lambat, dengan mama kena cepatlah, dia ok je bangun awal dan mandi, cumanya banyak kerenah lain pulak.

Biasanya kalau en.azmi out station mama akan biarkan adelya pergi dengan jiran yang anaknya juga sekolah di pasti yang sama, tapi pagi ni dia taknak pulak pergi dengan acik ida, nak mama hantar. Mama bukan taknak hantar tapi kalau mama hantar kena pergi awal sangat, samapai pasti pun sebelum pukul 7 dan waktu tu memang takde sesiapa lagi di pasti tu, pernahlah mama hantar awal sekali, tapi rasa macam eh tak bolehlah nak biar dia sorang2 pagi2 macam tu.


Sebelum pergi sekolah nak buat puzzle la, nak minum tamar koko la semua adalah. Pagi tadi beria betul.adelya menangis sampai buat mama susah hati je nak pergi kerja. Tapi ct cakap takpa pergi je kerja, tapi ye lah mama ni kan tetap juga rasa tak sedap hati. Parking je kereta terus wasap ct tanya adelya nangis lagi tak? Ct kata tak nangis dah lega lah mama kalau tak maunya mama EL pulak hari ni. Itu pun hari2 cakap taknak duduk transit, tapi bila petang mama ambik dia cakap seronok duduk transit mualimah baik bagi gula2😂, mavam2 lah dia tu.

Lagi susah hati memikir balik kang mesti kena cukai...adehhhh entah bila pulak ada kedai runcit baru dekat dengan pasti tu, dah satu hal asal ambik je dia nak 🍦 aiskrim, fengsan la mak nakk kalau hari2 aiskrim 😂. Dah la tu dia je 3 jenis untuk abg dengan yeyen pun dia tak lupa juga. Lepas gaji bole nak layan kalau dah hujung2 gaji... mak ko layan je la anak menangis dalam kereta kikiki.

Harap2 en.azmi sampai awal la dari KB nanti hehehe...apak eh je mampu nak layan anak.dara sorang ni...

Wassalam

Friday, 22 December 2017

Cerita adelya

Assalamualaikum....

Masa dekat kampung hari tu macam biasalah kalau di rumah mertua ada pulak ipar lelaki mestilah mama bertudung. Sebelum ni adelya takde la bertanya apa-apa, tapi masa hari tu adelya tanya mama "kenapa pakai tudung dalam rumah?" Mulalah mama cari jawapan yang mudah untuk adelya faham.

"Rambut ni aurat orang lelaki tak boleh tengok,tapi kalau papa,abg adam dan yeyen boleh la tengok" itu je la jawapan mama bagi tak tahu adelya faham ke tidak sebab lepas tu dia buat biasa je. Ini dah dekat rumah ni dia tak nak berenggang pulak dengan mama sebabnya abg yang berdua tu tinggal dikampung. 2 hari jugaklah dia taknak main dekat luar sebab abg2 takde. Masa mama teman di luar pun dia taknak main juga, sudahnya layan movie je dekat rumah.

Satu hari tu adelya nak main kat luar tetiba dia datang minta tudung dekat mama, mama tanyalah kenapa nak pakai tudung? "kenalah pakai tudung nantikan nampak aurat" jawab adelya. tapi kadang2 lah pakainya kadang tak pakai pun, masa teringat dia pakailah masa tak ingat tu tak pakai pun. mama takdelah paksa, cuma ajarlah sikit2 mana yang bolehkan, kecik lagi rasanya yang penting dia faham.

Minggu lepas cuti seminggu seronoklah duduk berdua je dengan adelya, masak pun ala kadar je hehee sebab takde yang nak makan pun adelya makan pun sikit-sikit je, jadinya kita makan apa yang ada je, en.azmi pulak selalu balik lambat kadang2 out station jadi lagi merdekalah mamakan... lepak-lepak je dengan adelya dekat rumah layan movie, tapi asyik dok layan cerita dia je la, mama nak layan tombiruo pun tak sempat lagi, yang mama sempat layan citer bad genius tu je sebab baca review orang kata best, jadi haruslah ditonton dulu itupun tengok sebelum adelya bangun tidur kikiki.



Ini hari pertama mama nak kerja setelah cuti seminggu, adelya nangis2 taknak pergi rumah pengasuh, sudahnya bawaklah ikut mama datang ofis. bukan main lagi gayanyakan tu kan dapat rasmikan kasut dan baju yang makngah bagi tu. Mama pulak tak tahu pagi tu kena masuk meeting, sudahnya tinggallah adelya sekejap dengan kawan2 mama kat situ. Tengah hari tu siap kena cukailah mama nak makan kepsi, nak beli spec mata katanya. Takpelah kita belanja je sebab kesian pulak tengok dia bila mak sedara share gambar abang makan abc makan pizza, dia kata kenapa tak ajak dia? sedih pulak mama rasa..ehhh jomlah mama belanja.

perasaan mak2 memang macam ni ke hehehe ke mama sorang je? bukan apa mama ni kalau kata sorang anak takde pastu rasa nak belanja anak makan kepsi tapikan rasa macam tak boleh nak belanja sebab fikir anak yang lain makan apa? macam hari tu lah abang kat kampung, nak belanja adelya dengan adrien makan kepsi tapi teringat kat abg adam, tetiba paklong wasap tok belanja abg makan kepsi, mama apalagi teruslah beli kepsi jugak hehehe. alhamdulillah la hari tu bila tengok abang2 makan abc, lepas tu en.azmi pun bawa adelya makan abc, cuma yang pizza tu taklah, mama belanja kepsi je hehehe, itu tengok abang2 mandi kolam dia pun dah cakap nape tak bawak dia? kikiki adelya takde dekat kampunglah macammana nak bawa, nanti abang2 balik kita pergi mandi kolam ye. Sebagai mak ni kalau bolh mama nak bagi samarata je untuk anak-anak.


Adelya dengan spec matanya yang dipilih sendiri, bukan main lagikan pada hal nak pergi rumah ibu je tu, katanya mama ada spec mata dia pun kenalah ada, mana mama letak spec mama, situ jugaklah dia nak letaknya, kalau boleh semua nak tiru mamakan, pantang juga mama beli tudung baru kalau boleh dia pun nak bertudung baru, kalau dress jubah tu jangan cakaplah dah berlawan2 dengan mama haaa, abang2 kongsi je almari baju, tapi dia almari besar tu dia sorang je, dress penuh..esok2 dah besar kalah mama nih, sekarang pun bukan main lagi, pergi ofis mama pun siap berlipstik bagai. kawan2 mama tergelak je tengok dia tau, masa mama kata nak rehat tu dia dah siap touch up lipstik dengan bedak lagi, bukan main sangat dia tu tau.

Masa cuti ni jugak mama belikan buku untuk dia belajar tulis-tulis dekat rumah pengasuh, tapi biasalah dia mana nye mahu buat kerja tulis lama-lama, pengasuh kata adelya asyik membebel je "ish ibu ni bila nak habis ni asyik tulis je" hehehe itu tak sabar nak mainlah tu, tapi alhamdulillah kata pengasuh adelya cepat faham, tulis pun tak ikut yang titik2 tu pun dia dah boleh tulis cantik, ok ini mama tengok jugaklah, tulisan adelya cantik sikitlah dari abang2 hehehe mungkin perempuan kot kemas sikit, kalau abang2, gabak-gabak je tulisannya penuhlah garisan dalam buku tu , tapi ye lah setiap anak tu berbezakan, setiap perbezaan tu yang buatkan diorang tu istimewa dengan cara yang tersendiri. Banyak jugalah perkembangan positif makcik bawang mama yang sorang ni, harap2 dah sekolah tahun depan mudahlah adelya faham setiap ilmu yang diajarkan nanti.

Wassalam

Tuesday, 26 September 2017

Makcik Bawang

Assalamualaikum...

Hai lah makcik bawang sorang nih makin menjadi-jadi pulak pe'elnya tu kan. Hari tu masa besday pakcik, makdak pun bagi hadiah untuk adelya pinggan berbentuk hello kitty, pastu ada cawan dan tupperware sekali. dah dapat hadiah tu bukan main sukalah dia dok usung je beg yang makdak bagi tu.lepas semua orang balik malam tu, terus datang minta nasik dekat mama, ehhh..tadi je baru lepas makan kek dengan kepsi lagi mau nasik ke budak sorang nih, dahlah lauk memang takde sebab mama memang tak masaklah sebab nak makan kepsi je malam tu, eh dia tak kira dia nak nasik juga. hmmm.. padanlah nak makan nasik sebab nak guna pinggan baru, bukan main lagi dia ya.



Tengoklah tu nasik kosong pun jalannnn..licin dia makan sedap sangatlah tu makan dalam pinggan hello kitty kaler pink pulak tu. pagi esoknya makan kek lagi "yaya nak kek isi dalam pinggan yaya mama" tengok tu makan kek pun dalam pinggan baru, air pun dalam cawan baru, abang-abang jangan haraplah nak berkongsi pinggan atau cawan ye..makan kek sila guna pinggan lain, itu pinggan yaya.

Ingatkan dengan abang-abang je dia tak bagi rupanya dengan mamapapa pun tak boleh guna juga, pagi tu en.azmi bakar roti ambiklah pinggan dia tu konon nak isi roti sekali adelya tengok bergema jeritan dipagi hari "itu pinggan yaya, mana boleh guna" hahahaha...hadoiii terus diambilnya pinggan dari en.azmi terpaksalah en.azmi ambik pinggan lain.

Malam besday tu juga maktam ada bagi lipstik untuk mama, kisahnya kakak nye ni berkenan dekat lipstik adiknya, maktam kata nanti nak belikan, malam tu datang maktam bawaklah lipstik yang dibelikan hehehe...bukan lipstik merah menyala lipstik biasa-biasa je untuk mama, sesuailah dengan usia yang dah senja nih, tetiba nampak pulak kat adelya maktam bagi mama lipstik terus dia pun minta juga kat maktam "yaya nak juga lipstik kaler pink" ha ambikk ko maktam kena beli lagi satu, mujurlah ada dua je anak buah perempuan, yang sorang lagi sepupu adelya tu pun jenis nak bermekap juga tapi mujur mommynya pun bermekap. belasah mommy punya je la. macam mama ni saje je suruh maktam belikan pakai pun bukan selalu.

Ahad jalan-jalan ke jugra, anak dara mama tu bukan main lagi nak berlipstik. sepanjang jalan dok tanya lipstik dia ada lagi tak? asyik suruh mama tambah je..ehhh geram pulak mama dia pulak yang lebih-lebih "mama nanti sampai muzium tambahkan lipstik yaya ye" haa kan sebelum turun kereta mesti tambah lipstik dia..ehh mama ni sekali je calit tau. petang tu nak main dengan kawan pun pakai lipstik, eh lepas tu dibawanya lipstik mama tu bagi pakai dekat kawan-kawan, katanya itu lipstik dia ewah-ewah sangat dia tu, mujurlah ada sorang je anak dara kalau 3 perangai macam ni jenuhlah mak-mak sedara nak layan hahaha.



adelya yang berlipstik mama, tapi dia kata itu lipstik dia..hehehe siap kawan datang tanya mama "mama..betul ke adelya ada lipstik?" hehehe adehhh anak-anak dara weh, haaa korang pakai je lah lipstik tu. sekali tengok baju pun pakai lipstik. hmmm mama kena sorok lah lepas ni supaya tak cepat habis hahaha..mama bukan pakai sangat pun, saja menggatal nak suruh maktam beli, warna yang mama nak pun yang pudar-pudar je takde lah merah menyala malu lak nak pakai hehehe tapi warna merah cantiklah cuma mama segan nak pakai.. Oklah

Wassalam

Wednesday, 13 September 2017

Potong kek

Assalamualaikum..

cerita masa balik kampung raya haji lagi. petang lepas balik dari ladang tu lepak-lepak jap kat rumah. sekali makdak cakap nak keluar mentakab nak beli kek untuk adelya katanya. senyap-senyap je tak bagitahu adelya. adrien pun kemian pandai simpan rahsia tak bagitahu adelya juga rancangan makdak tu. Lepas lepak-lepak balik kampung en.azmi pula sementara makdak ke mentakab tu.

Selepas maghrib ke kampung mama semula, seronoklah adelya sebab ada kek besar sebelum ni mama beli kek sepotong je kan, dah berapa kali cakap dekat mama tu nanti dia nak kek besar, alhamdulillah hari ini adelya senyum lebarlah sebab makdak belanja kek, siap potong dengan ibulah sebabnya adelya,ibu dan abang aliff kongsi bulan besday yang sama cuma waktu tu abang aliff takde, adelya potong kek dengan ibu je lah.


Tengoklah tu gembira anak dara mama dapat potong kek, memang ibu ada cakap nak sambut dengan adelya dekat kampung. dah tu berebut pula abah dengan makdak nak belik kek yelah abah mestilah nak belanja kek untuk ibukan, tapi makdak kata biar dia je belanja kek untuk adelya.. haaa sekalilah untuk ibu jugakan. mama cuma tambah pizza je sebab masa balik tu adrien cakap nak pizza. masa tu malas pulalah mama nak terus ke mentakab semata-mata nak beli pizzakan, jadinya dah alang-alang makdak beli kek untuk adelya,mama belikan pizza untuk adrien, jadinya dua-dua pun hapy, bukan dua-dua tapi semualah yang ada malam tu.

Adelya ni mulutnya potpet potpet tau, sampaikan mak-mak sedara geram dan panggil dia makcik bawang hehehe sebab becok sangat. hari tu adelya bersembang dengan papanya mama dengar je, papa tanya "abang ayip ada tak rumah ibu tadi?" (sebab mama baru lepas balik hantar bubur kacang kat rumah ibu lepas maghrib tu). adelya jawab "abang ayip takde pargi jalan-jalan..hei malam-malam buta pun nak pegi jalan-jalan" tengok tu dia punya membebel dah macam orang besar je, itu yang dapat gelaran makcik bawang tu hehehe...macam-macam lagilah telatah adelya ni, kalau ingatkan mama nak tergelak je. nantilah mama cerita lagi.

Wassalam

Tuesday, 22 August 2017

Anugerah Terindah




Assalamualaikum...


Alhamdulillah…hari ini 22 ogos mama dah selamat bersalin pun.21 ogos... malam perut mama dah rasa lain macam jek,dok baring je kat rumah sambil tengok tv,tapi takde la rasa sakit pun.lagipun mama memang berdoa moga-moga mama bersalin dalam waktu terdekat ni,bukan apa dah tak larat rasanya nak membawa perut ni ha..hehehe teruk betul,tapi memang itu la yang minta minta lagipun segala urusan penting dah settle jadinya boleh la kalau baby nak keluar awal pun kan..
Malam tu tido awal, perut dah rasa lain macam sikit la,tapi mama buat taktau je dulu,sampailah pukul 1 pagi,perut dah mula mengeras-ngeras ,nak tido pun dah tak berapa nak lena,sudahnya mama berbaring je melayan rasa sakit yang kerap juga datang tu,tapi masih tak bagitau en.azmi lagi biar dia tido dulu sehinggalah pukul 4pagi mama rasa nak buang air,pegi toilet tengok dah ada tanda darah,perut pun semakin kerap sakitnya,terus kejut en.azmi. En.azmi Tanya nak ke hospital dah ke? Memandangkan takde siapa yang boleh mama tinggalkan adam dan adrien,mama bagitahu en.azmi tunggu sampai 6.30 la ,malas nak susahkan kakak datang rumah pagi-pagi buta tu.sementara tunggu 6.30,mama suruh en.azmi basuh barang-barang baby yg masih ada belum dibasuh lagi tu…hmmm teruk betul mak pak nye nih.

mama lak mandi dulu,pastu bersiap-siap la,en.azmi suruh baring dulu,sebab bila sakit tu datang memang taktau nak cakap la rasanya macammana,tapi mama taknak baring mama jalan-jalan dekat ruang tamu tu,sebab bagi senang jalan buka..hehehe ye ke? Azan subuh berkumandang dari surau, mama tunaikan solat subuh dulu,masa ni sakit yang dirasa memang tak dapat ditahan lagi,sakit pun datang dah 5minit sekali. Tak mahu tunggu lagi terus ajak en.azmi pergi hospital. dalam perjalanan ke hospital,bila sakit datang berpeluh-peluh mama dibuatnya,siap suruh en.azmi bawa kereta slow-slow sebab terasa sakitnya macam nak bersalin dah.gagah tak gagahnya mama ni,kami terus masuk parking je,takde la nak berenti kat depan tu amik wheelchair ke apa,pastu berjalan naik ke labour room,tu pun masa sakit datang,berenti dulu sekejap pastu terus berjalan lagi,bagi kad dekat kaunter terus masuk labour room,nurse check jalan dah buka 6cm,terus tak bole turun dari katil,nak buang air pun nurse yg uruskan.kali ni nurse bagi oksigen suh mama sedut,sedut mende alah tu mama jadi khayal,kepala jadi pening.pastu nurse check jalan lagi dah 9cm,nurse ckp kalau dokte tak sempat sampai diorang je yg akan sambut baby,tak kisahlah janji semua selamat,tak lama lepas tu dokte sampai,pecah ketuban dan sedia untuk push je,kali ni ada la 4 kali push baby pun keluar,lega rasanya…tak gunting dan tak vacuum,pun begitu tetap berpeluh dan menangis.kali ni prosesnya pun sekejap je, 7.30 masuk labour room 7.54 dah bersalin.

En.azmi lak masa dokte tunjuk baby dekat mama dia tak sempat nak tengok jantina baby,sudahnya masa nurse bersihkan baby dia pegi tanya nurse tu jantina baby,ye la sebelum ni kan kami tak confirm jantina baby tu,dah tau baby girl lega la dia.. apa tak leganya apa yang diharapkan akhirnya kesampaian juga, nak gigirlkan akhirnya Allah makbulkan. Bongsu dah ni jangan nak  tambah-tambah lagi ehehehe, en.azmi tak minta tambah pun dah sebenarnya katanya sebelum ni cukuplah 2 hero tu tapi isteri dia ni nak tambah juga seorang lagi sebab nak geng la jugakkan mana tahu dapat gigirl seorang, alhamdulillah...Allah mendengar doa hambaNya yang seorang ni.

Adelya Azra Bt Azmi
Berat waktu dilahirkan 3.28kg

Amacam trobek mama...ada yang rasa macam mama baru bersalin ke hehehe...

Alhamdulillah hari ni genaplah anak dara mama ni 4 tahun, sekejap je waktu berlalukan... begitu singkatnya masa membesarkan anak-anak.. Anak dara nan seorang tapi dia lah yang banyak mencabar kesabaran mama setiap hari, bila mama bercakap ada je yang hendak dijawabnya..
"adelya jangan buat sepah nanti papa marah"
"biarlah yaya memang suka papa marah" aduhhh jawapan dia tu bikin mama tarik nafasss panjang je
"adelya jangan panjat tinggi-tinggi nanti jatuh"
"yaya memang suka kalau jatuh" okeh mama dah takde ayat nak bagi bila dijawab macam tu...grrrr betullah dengan budak sorang nih.

Untuk besday adelya hari ni mama tak sempatlah nak buat kek ke apa sebab minggu ni sibuk sikit sampai ke ot, jadinya mama menyempatkan diri membeli  sepotong kek saja, janji ada kek untuk anak-anakkan, biar mereka rasa seronok, abang-abang pun seronok, pagi mama kejut sebelum mama pergi kerja mama dah pesah dekat abang-abang jangan lupa cakap happy besday dekat adik mereka tu, alhamdulillah...kata en.azmi abang-abang tak lupa ucapkan, mama tak sempat nak tengok waktu tu sebab mama dah keluar kerja awal. takpelah kan malam kita makan kek sama-sama. ada budak sorang tu pulak sibuk je tanya besday yen bila? heheheh comel sangatlah dia ni sorang..tunggu yen ye 5 bulan lagi besday yen.


Gigih 3 beradik potong kek nan sepotong, walaupun sepotong tetap gembira anak-anak mama, nanti kita potong kek besar pulak ye. Ada budak sorang tu yang lebih-lebih "apa la mama ni beli kek kecik, abg alip beli kek besar" ehhh budak adrien nih lebih-lebih pulak dia tadi pun mama sampai dia dulu terjah siap tanya kek yaya gambar apa? Kepoci betullah dia hahaha. Besday adik tapi dia yang lebih-lebih.


Kenangan hari pertama menjenguk dunia bersama daddy, abg awisy dan kakak daeisha.

Anugerah terindah dari Allah...moga adelya azra menjadi anak yang solehah, cemerlang didunia dan akhirat. Mama papa abg adam dan abg yen sayang yaya walaupun yaya selalu je buat darah mama mendidih. Sekarang dah pandai tarik kerusi dan basuh pinggan hari tu en.azmi nak minum air cawan bau sabun hasil kerja anak dara hehehe...moga rajin sampai ke besar ye adelya.. Doa mama untuk adelya..setiap habis solat mama tak lupa doa untuk anak-anak, semoga Allah makbulkan semuanya.

Wassalam



Thursday, 25 May 2017

Princess

Assalamualaikum...

1 hari lagi inshaAllah kita akan bertemu ramadhan, moga dipanjangkan usia kita untuk bertemu ramadhan. Sudah buat persiapan untuk bertemu ramadhan? InshaAllah moga semua dah siap ye. Banyak persiapan yang perlu mama buat nih. Moga ramadhan kali ini lebih baik dari yang sebelumnya.

Okeh...ada anak perempuan seorang walaupun ganasnya bukan main, tapi manja sangat budak sorang tu. Walaupun ganas tapi kalau tengok barang warna pink mesti dia nak dan cakap barang tu dia punya. Ini dok cakap nak basikal pink, tapi belum dapatlah mamapapa sediakan sebabnya kalau nak beli kena beli sekali 3. Kalau beli 1je mesti akan berebut, nak beli sekarang memang takde bajetlah pulak. InshaAllah mama dah bagitahu lepas raya baru beli, kasi bernafas dulu kikiki.

Mama kesianlah dekat anak-anak tu sebab anak-anak jiran semuanya ada basikal. Pernahlah adelya masuk rumah muka sedih je, mama tanya kenapa? "Dorang semua ada basikal yaya je takde" sebenarnya dia ada 1 basikal yang pakjang bagi sebelum ni tapi dah patah basikal tu..ye lah adrien pun dok pulun naik jugakan. Sabar ye anak-anak sikit je lagi ni haa bajet cukup je mamapapa beli, sikit je lagi duit tabung nak penuh kikiki..nak beli 1 je dulu memang tak boleh sebab memang mereka berebut..aishhh

Hari tu jalan-jalan cuci mata,mama nak beli barang rumah sekali ternampaklah payung bersusun ditepi tangga kedai tu, nampak warna pink terus adelya teruja tapi en.azmi tak bagi beli yang tu sebabnya plastik dah terkoyak, mama pun rembat je lah payung lain warna hijau sebab ternampak gambar princess pada payung tu. Adelya memang taknaklah sebab hijaukan, mama buat pekak je, meraunglah member ni. En.azmi terus je bawa kereta, sampai nursery bunga mama buka payung yang dibeli, bersinar terus mata adelya.


Maunya tak bersinar mata bila nampak princess keliling payung tu, suka teruslah walaupun warnanya hijau yang penting ada princess banyak..hehehe jiwa gigirl sangat nih.


Tengoklah tu gembira sangat. Itu pakai baju taska lama rindulah tu dekat tecer-tecer, selalu disebut-sebut nama tecer. Mama pun belum ada masa nak bawa anak-anak jumpa tecer dekat taska lama. Banyak jasa tecer-tecer kat taska lama tu.

Adelya ni pun dah tak sabar nak sekolah, bila orang tanya dia cakap dia dah sekolah dekat pasti hehehe..sabar ye adelya tahun depan yaya sekolah ye, tak lama lagi dah. Dekat rumah pengasuh dialah yang jadi kawan borak dengan pengasuh. Kadang mama pula jadi malu dengan mulut potpet dia tu.."ee...perut ibu besar, perut mama saya kecik je" "besarnya lutut ibu,lutut mama saya kecik je" ya Allah malu mama tau tak, tapi pengasuh gelak-gelak je. Ni nak kata mama kering ke apa ni???

Dekat taman dah 3 hari bila tengah hari je black out, yaya pun membebel la "kipas rumah ibu ni asyik rosakk jee, kipas rumah saya elok je,jomlah pergi rumah saya" adehhh yaya ni, takde letrik memang la kipas tak pusing, kalau pergi rumah kita pun kipas tak pusing jugakla hahaha. Yaya pun mama tengok berani sikit rajin menegur kawan-kawan, jiran-jiran pun dia rajin tegur. Mengaji pun alhamdulillah rajin pergi, huruf pun dah kenal, baca pun dah boleh, legalah mama dekat rumah pun rajin nak baca kadang suruh yeyen ajar,kadang mama,kadang papa. Kuat menyepah barang pun dia jugak,kuat buat hal dengan abang-abang pun dia jugak,selalu dia dimenangkan oleh papa tapi kadang kena juga hanger hehehe...walaupun geng mama tapi anak manja papa nih.

Wassalam

Monday, 22 August 2016

Anugerah terindah 3

Assalamualaikum...

4.30am...mama terjaga dari tidur nak ke bilik air, dibilik air mama tengok dah ada tanda darah, pasti masanya telah tiba. Mama keluar bilik air kejut en.azmi yang sedang tidur "dah turun tanda" kata mama. En.azmi tanya nak ke hospital sekarang ke? Mama kata tunggu dulu sampai taska buka sebab anak-anak tiada siapa jaga. Gigihlah tunggu pukul 6.30am sambil menahan contraction. Sambil menunggu mama berjalan-jalan sekitar ruang tamu, en.azmi suruh mama duduk mama tak mahu, mama cakap nanti nak bersalin senang.

Hampir subuh mama mandi dan bersolat dahulu kemudian siapkan barang-barang adam dan adrien. 6.30 je laju ke taksa,pagar pun baru dibuka...hihihi mujur tecer faham, sedih juga tinggalkan anak-anak dekat taska tapi nak buat macammanakan, takde yang dapat jaga mereka,nak bawa ke hospital pun susah juga en.azmi nak menjaga dengan nak uruskan mama lagi. Dalam pada tu mama telefon ibu bagitahu mama nak ke hospital nanti tolong ambil adam dan adrien di taska,mama malas nak ganggu ibu pagi-pagi sangat,sebab ibu pun nak uruskan sekolah abg ariff kan. Bila ibu free bolelah datang ambil.

Lepas tinggalkan anak-anak lajulah kami ke hospital, bila contraction datang tu hanya Allah je yang tahu, bergayut mama dekat pemegang pintu tu..huhuhu,sambil tu suruh en.azmi slow masa dekat bonggol jalan bukan apa terasa macam baby dah nak keluar je hehehe... Sampai hospital, parking kereta dan terus berjalan pergi ke labour room, dah tahu pun tingkat berapakan, masa berjalan tu time contraction mama berenti dulu menahan, bila hilang laju-laju jalan. Sampai kaunter bagitahu nak bersalin, tunjuk kad terus disuruh masuk labour room, nurse check bukaan dah 6cm..okeh jangan turun katil, tukar baju tunggu dokte sampai.

Mama duduk dalam tu menahan sakit, biasalahkan sakit contraction tahan sajalah tapi dah lupa macammana sakitnya tu sekarang nih, sementara nurse menyediakan peralatan, mama nak buang air pun nurse tak bagi dah pergi toilet ye lah bukaan dah besarkan, nurse check lagi bukaan dah penuh kata nurse boleh bersalin bila-bila masa saja, kalau dokte tak sempat sampai, nurse je yang akan.sambut, mama tak kisah dokte ke, nurse ke yang sambut ok saja, tapi alhamdulillah dokte sempat sampai, dokte sampai je terus pecahkan ketuban dan mulalah proses untuk melahirkan seorang lagi zuriat. Terasa sekejap je baby dah keluar..alhamdulillah syukur sangat-sangat segalanya dipermudahkan..

Masuk labour room 7.30, 7.52am adelya selamat dilahirkan, bila semua selesai rasa lega sangat, dapat lihat wajah anak yang dikandung selama 9 bulan. Cahayamata yang dinantikan..eceh setelah 2 orang sebelum ini boboiboy,mama berharap.anak yang ketiga adalah gugirl, bohonglah kalau kata tak mengharapkan, ye lah sebagai manusia biasakan mesti mama punya naluri seperti itu, untuk.anak yang ketiga memanglah kami mengharapkan anak perempuan, dari mula tahu mama pregnant tiap kali lepas solat, mama berdoa moga anak yang dikandung adalah anak perempuan, naluri mama pun kata perempuan cuma tak mahu terlalu yakin, dokte pun tahu mama nak baby girl, ye lah sebelum ni dokte sambut dua-dua lelakikan, masa scan nampak gigirl tapi dokte kata jangan yakin sangat, so kita buat biasa-biasa saja, walaupun dalam hati tu hanya Allah yang tahu...

Berpantang pun pantang sendiri, en.azmi yang jaga..mujur en.azmi jenis berani memang dia la uruskan bab mandikan baby..mama tak berani hahaha, dah anak yang ke3 pun masih tak beranikan, apa nak buat..mujurlah en.azmi ok,jadi dia lah yang uruskan semua, mandi anak, basuh baju kemas rumah, masak untuk mama makan, malam pertama je ibu datang teman, ye lah ibu pun ada kerjakan,mama tak kisah,lagipun pagi hantar adam dan adrien ke taska, jadi takdelah kalut sangat en.azmi tu kan..hehehe lepas hantar anak-anak ke taska en.azmi ambil makcik urut pula, lepas tu hantar makcik urut balik rumah. Begitulah tugas en.azmi sepanjang mama berpantang, syukur ada en.azmi yang sangat-sangat membantu.

Ada juga masalah masa berpantang tu sebab mama tak reti duduk diam...hehehe nurse datang check katanya jahitan terbuka,kenalah pergi hospital pula, berdebar je mama takut krna jahit hahaha..maunya mama minta bius je nanti, bawalah adelya ke hospital juga,masa tu baru 5 hari tak silap. Dokte terkejut tengok baby pun ikut "eh si kecik pun ikut ke?" Tanya dokte..hehehe takde sapa nak tengok kalau ditinggalkan jadi terpaksalah bawa juga. Dokte check mujur tak kena jahit balik, semuanya ok..legalah mama kikiki...lepas tu adelya kena kuning pula, kena tahan wad 3hari 2mlm, mama tak tunggu pun sebab takde bilik kosong, biar je adelya kat hospital dipantau oleh dokte. Setiap hari memang dokte call bagitahu perkembangan, hari ketiga dah ok dan boleh balik, ke hospital la kami ambil adelya.. Sepanjang dalam pantang tu berulang ke hospital je la kami..

Itu cerita 3 tahun yang lalu...hari ini adelya genap 3 tahun..alhamdulillah sepanjang menjaga adelya pernah sekali.adelya warded sebab demam dan jangkitan, mama pun takde ilmu sangat masa tu, ke memang tak pernah amik tahu ehehehe..disoal siasat oleh dokte ada bawa anak kemana, memanglah sebelum tu kami ada bawa adelya berjalan.dan masa tu adelya memang tak sihat, jadi ingatlah ye jika anak kecil demam kita jangan bawa anak pergi lawat ke tempat haiwan..jadi masa tu mendapatlah tahan telinga kena bebel..kikiki ya nak buat macammana kesilapan sendiri, yang menanggung sakit anak..takpelah pengalamankan, pengalaman kita kadang boleh diambil pelajaran buat orang lainkan.

Sekarang alhamdulillah takde sakit yang teruk demam sikit-sikit tu adalah..bukan main pandai melawa sekarang tau, baju nak yang cantik je, koleksi tudung nak sama macam mama, nak pakai baju, tudung pilih sendiri, lipstik.mama pun dirembatnya..bila papa cakap "yaya tak payah la pakai lipstik tu" jawabnya "mana bolehhh...nanti tak cantik"...haa bukan main lagi jawapan diakan, pada hal bukan liptik pun lip gloss je hihihi

Adelya bersama daddy, abg darwisy dan kakak daeisha

Cucu kedua perempuan dalam family mama, sebelum tu ada 5 cucu lelaki hihihi, sebelah en.azmi pun cucu perempuan kedua juga.. Hari ini buat kek untuk dipotong ditaska, adelya nak kek sofea sayangnya printer pulak rosak, cuba print malam tadi tak boleh, en.azmu dah cuba repair tapi tetap tak mahu elok, kuciwa mama sebab tak dapat bagi kek sofea untuk.adelya, bukan nak buat best pun, mama nak print gambar sofea tu nanti cucuk je atas kek mama buat tu, tapi itulah dah printer rosak, malam-malam tu mana nak cari lagi gambar sofea,mama dah geledah rak-rak buku..pun tiada juga, harap-harap adelya tak kecewa tengok keknya tu. Nanti mama buat ye kalau ada rezeki nak potong kek lagi weekend nanti...hihihi, ada plan tapi tak tahu menjadi ke tidak.




Dah 3 tahun..sekejap je masa berlalu, mama doakan yang terbaik buat adelya,yang comey, yang wangi yang pandai...marah okeh kalau mama kata dia busuk, tak comey...hihihi, setiap sujud mama,mama doakan buat untuk anak-anak mama, moga Allah sentiasa merahmati.

Wassalam

Thursday, 4 August 2016

Merajuk..ikut mama

Assalamualaikum...

Pertama kali adelya ikut mama pergi kerja. Sebenarnya mama taknak bawa tapi disebabkan anak dara sorang ni merajuk, terpaksalah pujuk bawa pergi ofis. kenapa adelya merajuk?

Adrien sertai rombongan taska ke planetarium, adelya ingin turut serta juga, tapi en.azmi tak bagi adelya pergi, risau tecer tak terjaga anak daranya itu, mama kemain pujuk suruh bagi adelya pergi tapi en.azmi tetap taknak bagi, risau sangat nak lepas anak dara dia yang seorang tu kan, katanya lain kali pergi, dia sendiri yang akan bawa..ok lahhh.

Mula-mula semangat nak pergi ofis mama, lama-lama boring ajak mama balik..hehehe itulah ingat seronok agaknya duduk ofis mama ni, bila adrien tanya "yaya nak buat apa dekat ofis mama tu?" "yaya nak jadi mama la kat ofis mama tu" kemain kan nak jadi mama.aah ye lah sampai duduk pun nak duduk kat kerusi mama, walaupun mama dah bagi kerusi lain.

Belum separuh hari dah berapa kali ajak balik rumah, whatsapp dengan en.azmi katanya nanti dia datang ambil adelya. Tanya adelya nak balik tak dengan papa? Laju je angguk kepala..nak tapi yaya nak beli buku dulu, amboi dia nak pow mama la tu kan.


Dah boring duduk dikerusi naik duduk atas meja,lepas tu ambil telefon yang ada atas meja mama tu, bukan main lagi bersembang..aku kat ofis mama ni, buat keje..bila tanya telefon sapa tu? Kawan yaya la jawab adelya...Pukul 10 dah ajak balik, kawan-kawan mama gelak pastu dia tanya "mama..sape yang gelak tu?" haaa dengan nada garang kikiki, tuan puteri nih memang garang sikit


Konon nak beli buku,nampak mainan terus rembat.."yaya nak ni ada sikat pink, inikan mainan pompuan..kata adelya lagi, pandai sangat dia kan. Lepas tu tanya nak makan nasi, taknak jawabnya. Bila kawan-kawan mama ajak makan kepsi laju je nak makan, amboi sangat dia kan. Laju-laju makan sebab en.azmi dah sampai, pergi jumpa papa laju je dia, dah balik tu seronoklah dapat duduk rumah main permainan.

Petang datang semula jemput mama, minggu ni mama rileks sebab tak perlu drive en.azmi yang hantar..

Wassalam

Thursday, 21 July 2016

Cikgu Jasmin Kecik

Assalamualaikum...

Puteri Solehah mama yang seorang ini ada-ada saja akalnya. Baru-baru ini tecer taskanya memberi beberapa helai tudung kepada Adelya, terujalah dibuatnya, dalam kereta lagi terus keluarkan dari plastik, ada tudung gambar princess lagilah adelya suka, lepas siap cakap "nanti yaya nak tunjuk dekat abang" amboi kemain semangat sampai nak tunjuk pada abang dia bila balik sekolah nanti.

Sampai dirumah teruslah adelya cuba tudung yang diberi oleh tecernya tu, memang suka sangatlah dia, siap pakai sendiri, tudung pertama dicuba tentulah yang bergambar princess, ye adelya kan princess ala-ala kartun brave tu hehehe, princess yang berani dan lasak,memag sesuailah dengan adelya tu karektor brave tu..hehehe



Tengoklah tu..nampak solehah sangat gayanya tu, tapi tengah dok panjat kerusi ni haa..hehehe solehah yang nakal, mama nak ambil gambar je macam-macam gaya yang dia buat.

Lepas dah puas minta mama ambil gambar dia buka tudung dan tinggalkan yang bahagian dalam tu je, adelya datang pada mama sambil berkata "cik jasmin besar..cikgu jasmin kecik nak susu botoi" mama pandang adelya, dia senyum je.." mamakan cikgu jasmin besar, yaya cikgu jasmin kecik" mama masih hairan, tapi adelya tetap membahasakan dia cikgu jasmin, lama-lama baru mama perasan rupanya dia samakan dengan cikgu jasmin upin ipin.



Adelya panggil mama cikgu jasmin besar sebab mama pun berserkup kepala macam adelya juga, ialah mama memasak tentulah bertutup kepala supaya rambut tak berterbangan masuk ke dalam masakan, itulah punca mama jadi cikgu jasmin besar dan adelya pula cikgu jasmin kecik..hahaha ada-ada je akal budak seorang ni kan, mama pun tak terfikir. adelya ni memang mulutnya pot pet pot pet tak reti diam hehehe ada je benda dia nak cakap. takpelah asalkan anak-anak membesar dengan sihat.

Wassalam

Tuesday, 14 June 2016

Rasa nak demam

Assalamualaikum...

Semalam mama rasa tak sihat sejuk panas je badan macam nak demam, ada bengkak dibahagian kanan nih. Mama dok fikir kenapa ni? Sakit apa? Lama-lama baru mama perasan.

Adoiii umur adelya dah cecah 2thn 10bln,mama masih bengkak susu ke? Iya...masih ok, al-kisahnya..adelya masih menyusu badan, cuma pada waktu malam saja, itupun masa tengah tidur adelya menangis nak susu mama bagi je la. Minggu ni pula adelya dah makin kurang menyusu malam-malam,oklah mungkin adelya dah nak berhenti menyusu badan.

Aihh tetiba semalam mama rasa sakit macam bengkak susu tu, takkanlah pulakkan... rupanya betul pula,mama picit susu keluar, rezeki adelya kan dapat menyusu badan lama. Mama pun takde hadkan setakat mana nak menyusu, selagi adelya mahu dan susu pun ada ok je... Rezeki. Inilah sejarah penyusuan terpanjang berbanding abang-abang.

Kata ustaz yang berceramah, rezeki kita dah ditentukan Allah, makanan yang kita makan tu dah ditentukan.sebanyak mana yang kita makan sehingga ajal kita, kalau kita makan banyak-banyak pada permulaannya,hujung nanti sikitlah makanan yang kita makan. wallahu'alam. Banyak nak share dari ceramah yang mama dengar tapi badan rasa tak sedap, seram sejuk je...moga semua ni akan berakhir inshAllah...

Sedih juga nak bercerai susu nih, tapi itulah hakikat yang perlu mama terima, adelya pun dah besarkan, perjalanan penyusuan yang cukup panjang, macam-macam kerenah, moga segalanya mudah bagi mama dan adelya...



Sampai bila-bila pun jemarimu itu tetap kecil dalam genggaman mama ni sayang...adelya azra anak yang pantang tengok muka mama masam sedikit, teruslah dipegangnya pipi mama ni dan berkata "mama...senyummm...senyummm" bila mama senyum lantas dia mencium kedua-dua belah pipi mama, sejuk terasa hati, kadang adelya menambah kata " mama...cantikkk" okeh jangan muntah dengan ayat itu, bukan mama yang cakap tapi adelya yang cakap tau...hehehe.

Setiap anak itu punya kelebihan mereka yang tersendirikan, abang adam dan abang adrien juga pandai mengambil hati mama..tapikan bila mama suruh adelya buat yang sama pada papa adelya tak mahu, katanya nanti papa marah hehehe, papa tu bukan marah tapi dia suka mengusik, mengusik pula berlebih-lebih sampai anak-anak menangis.

Ok mama stop dululah...lenguh-lenguh badan dah rasanya ni,mungkin perlu di pump susu ni agaknya.

Wassalam

Thursday, 5 May 2016

Rajin anak solehah mama ni

Assalamualaikum...

Untung betul mama ni tau ada sorang anak solehah, bukan saja comel ( ehemmm...puji anak sendiri ye hahaha) tapi sangat rajin menolong mama ni ha.

Menolong mama bagi banyak kerja, rumah yang kemas disepah-sepahkan supaya mama tidak duduk saja goyang kaki, jadinya mama kenalah menyapu mengemop dan kerja-kerja yang seangkatan dengannya, oleh itu untungnya mama, dapat keluarkan peluh dan dapat juga mengekalkan kerampingan badan...kikiki rampinglah sangatkan.

Itu rajin bab lain, ini rajin bab lain pula..bukti kerajinan




tengoklah baju tidur pun dia nak iron, hai...macam-macamlah anak solehah yang seorang ni, ada saja idea dia tau, sebelum ni mama pernah terlupa cabut plug seterika tu, dah pandai pula dibukanya suis, masa tu, handsocks mama dibantainya iron, habis terbakar handsocks tu tau sebab materialnya macam bergetah ke apatah terus berlubang kena iron panas, mujurlah tak kena adelya, haii anak dara sorang ni macam-macam dia ye. Alhamdulillah sejak itu mama tak lupa untuk cabut plug, kalau mama lupa en.azmi yang akan cabutkan plug iron tu.

Syukur alhamdulillah nampak dah ciri-ciri kewanitaannya tu..dapat menolong mama iron baju, memasak, menumbuk sambal, menggentel kuih, memotong sayur..haaa banyak dah tu kerja yang boleh dibuat adelya..mama gumbira dibuatnya...moga rajin-rajinlah menolong mama nanti ye. Mulut pun boleh tahan becoknya tu...ikut siapalah agaknya tu ye...mama ni pendiam hahaha..

Ok lah...sekian bebelan mama,

Wassalam

Kejohanan Silat Olahraga

 Asalamualaikum... Mga kita semua didalam lindungan dan redha Allah swt. 3,4 dan 5 Mac anak-anak mama menyertai satu lagi kejohanan silat. K...