Saturday 28 December 2019

Lepak santai dihari besday abg adam

Assalamualaikum...

25 dis 2008...lahirlah permata hati mama yang pertama,10 tahun dah sekejap masa berlalu..dah bujang anak mama,hari² dok ukur tinggi dengan mama heheh tak lama tinggilah dari mama kan.

Alhamdulillah...seperti yang dirancang 25 dis 2019,mama adik beradik lepak santai sambil makan². Kali ni takde sambut beria sangat untuk abg adam sebab abg adam pemalu. Makngah tanya nak kek apa? Mama cakap beli cup cake sajalah.

3 jenis cupcake red velvet,carrot cake dan cookies...semuanya sedap² di sponsor oleh makngah
Kami lepak di taman botani putrajaya,semua bawa makanan simple je...roti canai,kuih muih,air kotak dan air mineral,cupcake. Sampai² terus bersila makan abg adam pun bersila makan roti canai tak peduli pun cupcake yg tersedia..huhuhu mujur tak buat surprise macam adrien hari tu,kalau tak mau abg lari agaknya. Jadi takdelah gambar besday boy potong kek. Lepas makan mommy belanja anak² berlima naik basikal 2 jam tu,kami pun menunggulah anak² siap berbasikal.

Kemain 3 beradik ni..berbasikal bersama pastu berwefie pulak,dah bujang² ye masing² dah pandai bawa diri
Kali ni semua ada kecuali pakjanglah yang memang susah nak join sebab duduk dikampung, sedih juga sebab pakjang sorang je selalu takde bila kami berkumpul tapi nak buat macammanakan, kami ajak pun pakjang bukan mudah nak dapat datang,ada tak ada pun kami jumpa pakjang bila balik kampung.

Kali ni lengkap berenam...mujurlah ada adik² lelaki yang rajin melayan kakak² dorang nak berphotoshoot
Cukuplah satu gambar tu kan letak banyak² muntah hijau pulak menengoknya hahaha, lama juga lepak dekat sini sambil sembang², bagi ikan makan. Sampai pukul 12 jugaklah kami disitu. Alhamdulillah...dapat juga tunaikan apa yang dirancang, adik-beradik pun mengikut je kan,itu juga membantu untuk menjayakan rancangan kan...haa korang jangan lupa besday mama ye bulan depan je hahaha...sila buat surprise untuk mama pulak 😹😂

Wassalam

Sunday 15 December 2019

Cerita cuti mama

Assalamualaikum...

5 hari bercuti esok dah mula kerja. Cuti duduk rumah je dengan anak² sebab mama je cuti en.azmi tak cuti. Dah alang² cuti kita settlekan hal sekolah anak² sikit² dulu. Jumaat bawa anak² pergi sekolah beli buku, tahun ni buat sistem no.giliran jadi tak payah beratur boleh duduk dekat pondok sementara nombor dipanggil. Mama dapat no.13 hehehe sebelum pukul 9 dah terpacak depan kedai buku sekolah. Sebenarnya kalau pergi dah hujung bulan tak ramai orang cumanya takut macam tahun lepas tak dapat beli baju sukan sebab dah habis jadi tahun ni pergi awal nak beli baju sukan. Baju yang ada tu dah lusuh.


Haaa...sila bawa buku masing² ye mama dah penat beratur heheh.. Budak sorang tu mengelat dia bawa beg plastik adelya patutlah nampak rilek je bawa abang adam dengan adelya jenuh mengusung, bijak ko adrien kan.


Dah siap² kemas bilik anak dara ni, sebelum ni jadi meja hiasan,kita ubahsuai supaya jadi rak buku juga hehehe jimat bajet tak perlu beli rak buku lagi, tapi tengoklah tu bukunya kurang hiasan yang lebih, harap² bertahanlah kemasnya tu sebab setakat ni bilik anak dara ni la yang paling bersepah pun.

Mengisi ruang cuti sekolah...sebelum ni dah bawa tengok ajen ali the movie. Jadi kali ni mama masukkan 2 beradik ni ke program tahsin ibadah dekat masjid. Nampak seronok budak berdua tu,siap cakap kenapa 2 hari je buatlah banyak hari. Alhamdulillah anak² seronok moga dapat memanfaatkan ilmu yang diperolehi,siap belajar mandi wajib kena bawa baju salinan dan tuala, belajar juga ambik wudhu' dengan spray. Tahun lepas pun mama bagi masuk program dekat masjid juga,inshaaAllah kalau ada rezeki tiap² tahun nak bagi masuk. Bayaran pun berpatutan rm30 seorang makan pagi dan tengah hari disediakan,dapat sijil juga.

Esok dah kerja,rasa sekejap je cuti 5hari. Takpe hujung bulan mama cuti lagi sampai buka sekolah. Menghabiskan cuti tahunan yang ada tu. Moga² tahun depan mama dapat menghabiskan cuti yang diperuntukkan,memandangkan gcr dah penuh tahun ni maka kena gigihlah habiskan cuti bermula tahun depan.

Wassalam

Monday 9 December 2019

Tunaikan hasrat Adrien Aryan

Assalamualaikum...

"Mama...tak lama dah nak besday yen?mama nak beli kek apa?"

"Mama beli kek pisang je dekat kedai aceh pastu kita letak lilin ye"

"Mama ni..yaya tu boleh je beli kek cantik"

Masa november gigih dia kira hari dekat kalender bila movie ajen ali nak tayang,masuk disember dia kira hari bila pula besday dia. Ye la mama dah plan nanti 9hb bulan beli kek, malam anak² datang mengaji bolehlah sambut besday adrien.

Tetiba khamis adik-beradik mama dok whatsapp taknak pegi mana² ke cuti sekolah? Dorang plan nak pegi janda baik. Mama cakap kalau janda baik, mama tak join la. Jumaat tu bincang lagi buat dekat putrajaya tempat biasa, bincang nak bawa makanan apa,mama goreng bihun dengan nugget,makngah bawa makanan yang dia beli dekat jepun. Mama minta tolong sesiapa belikan kek untuk sambut besday adrien.

Hari ahad..bangun goreng bihun dan nugget. Terlambat sikitlah mama keluar. Sekali adik² yang dah sampai bagitahu tempat biasa taman botani tu penuh sebab ada fun run ke apa entah,dorang cari tempat lain. Pergi wetland kena bayar rm50 sejam..uihh sejam kalau sehari rm50 ok jugak. Akhirnya dapatlah tempat dekat taman rekreasi air,dorang suruh kami lambat² sikit nak set up tempat, adik beradik mama tu memang bersemangat sikit kalau buat apa² mama suruh tolong beli kek,dorang siap beli dengan belon sekali. Siap cakap kalau ada baju hitam gold boleh pakai sebab belon warna hitam gold. Ramai yang pakai hitam sebab senangkan,mama kebetulan ada baju kaler kuning mustard pakailah dengan tudung hitam.

Elok kami sampai dorang dah siap set up,tapi besday boy nak ke toilet pulak,en.azmi bawa ke toilet mama terus pegi ke tempat dorang,sebelum adrien sampai kami berdiri lindung belon,dia sampai dekat baru kami nyanyi..terus senyum simpul adrien, gembira la orang sambut besday dia. Alhamdulillah dengan izin Allah apa yang Adrien nak dapatlah ditunaikan dengan bantuan mak-mak sedara dia kalau harap mama memang beli kek sebijik je lah kan. Walaupun adrien nak sambut tepi kolam macam yaya tapi tak dapat nak tunaikan yang itu sebab dah hujung tahun ni, bajet mama papa untuk buka sekolah pulak.

Tersenyum besday boy dapat surprise, alhamdulillah dapat juga buat budak sorang ni gembira, minta nak hadiah dari mommy, mommy pun dah belikan, rupanya sebelum ni mengadu dekat mommy nak hadiah apa, ohoii anak senyap² minta dekat mommy ye...

Abang adam pun besday bulan ni, tapi untuk tahun  ni mama sengaja taknak sambut sama nak sambut asing, abang adam tunggu cuti krismas nantilah sebab besday dia memang jatuh pada hari krismas. saja buat asing sebab biasa adelya sambut besday banyak kali jadi tahun ni nak bagi adil,kita sambut asing-asing.

Sepupu...tapi ada lagi yang takde..abang aliff,abang ariff, abang darwisy..masing2 dah besar taknak sangat bergambar dengan budak2 katanya..hehehe

Mama mengkut temalah kononnya kan..hehehe,dah ada kaler tu kita pakai je lah kan

Bergaya dengan ole-ole dari jepun..makngah dengan mommy baru balik dari jepun dapatlah kami ole-ole walaupun tak dapat pergi jepun kan. bolehlah bawa pegi jalan-jalan nanti heheh, baru je rasa nak beg baru Alhamdulillah..dapat beg

Tak lengkap...sebab ibu takde, mama 6 beradik perempuan kakak yang sulung(ibu) takde hari ni sebab ada reunion dengan kawan-kawan sekolah. maktam,mommy,mama,makngah,makdak..yang jadi mangsa jadi fotografer pakciklah...layan je pakcik perangai kakak-kakak dia ni.

papa pun semangat juga tu walapun nampak macam takde apa-apa pun masa cakap nak sambut besday adrien, tapi sampai2 semangat juga tu haa kan.

Alhamdulillah...dah 8 tahun anak soleh mama adrien hari ni 9hb disember, moga cemerlang didunia dan akhirat.

Oh ya taman rekreasi air ni pun sewa ye..rm50 untuk sehari,tapi mama tak tahu siapa yang bayarkan. Boleh la nak naik permainanan air yang disediakan disini tapi kami tak naik pun. Lepas makan² dan bergambar jalan² di ioi mall. Itu kalau rajin mama ceritalag kan. Inipun rasa lama tak menulis,ini sebabkan besday adrien hari ni mama menulis juga.

Wassalam

Kejohanan Silat Olahraga

 Asalamualaikum... Mga kita semua didalam lindungan dan redha Allah swt. 3,4 dan 5 Mac anak-anak mama menyertai satu lagi kejohanan silat. K...