Sunday 30 September 2018

Chocodap... InshaAllah sedapppp

Assalamualaikum...

Nyumm...nyummmm...amacam ada rasa terliur tak? Buat penggemar coklat mesti terliur ni kan..kannn... InshaAllah sedaplah hehehe. Kalau ada yang teringin bolehlah hallo2 mama.

Sajalah cuba2 nak tambah income mama ni kan cuba2 jual coklat ni haa...mana tahu ada yang teringin nak cuba ke kan, kalau nak cuba tu jangan segan2 naa bagitau mama hehehe, mama boleh pos juga, kalau nak cod area shah alam dan telok panglima garang je la hehehe.


Pilihan coklat yang ada, sedap2 semuanya tapi untuk mama yang paling mama suka almond dark chocolate lah sebab ada rasa pahit2 sikitkan. Meteor choc tu mesti anak2 suka tu berkaler2..haaa amacam ada yang berkenan dihati?


Ini harganya tak termasuk pos.. Kos pos rm10 dalam selangor luar selangor rm12. Untuk pilihan gram ni boleh mix 2 jenis chocolate ye. Chocolate ini keluaran bumiputera dan halal. Mai lah cuba.


Alhamdulillah rezeki dari Allah ada kawan2 yang sudi order. Oklah dapat rezeki sikit2 lepas buat belanja sekolah anak2 pun dah ok kan. Mama cubalah buat apa yang termampu asalkan dapat tambah apa2 yang boleh yang penting usaha rezeki semua dari Allah lan. Doakan mama ye, semoga Allah murahkan rezeki mama & keluarga.

Wassalam

Thursday 27 September 2018

Seronok anak-anak mama

Assalamualaikum...

Masa di melaka hari tu, mommy tanya boleh ke nak bawa hero mama yang berdua tu pergi legoland, mama macammmm hmmmm...ok nanti tanya en.azmi dulu lah dia bagi tak sebab kalau pergi kena ponteng sekolah sehari atau 2 hari. En.azmi pulak cakap tanya anak2 ... Tanya dorang mesti la melompat masing2 nak pergi, dah lama ajak pergi kot, tapi mama tak mampu nak bawa.So dah mommy nak bawa tu ok lah pergilah anak2,walaupun hati mama berbelah bagi, tetiba cikgu inform dekat group sekolah bermula jumaat pelajar cuti sempena upsr, yesss mama tarik napas lega dengan senang hati bagi anak2 ikut.

Senang hatilah mama tak keluar sesen pun, tiket makngah sponsor, hotel &makan mommy yang tanggung, daddy siap tanya taknak bawa adelya ke? Tapi mommy takut tak terjaga pula ramai2, jadi sebab adelya tak pergi makngah belikan barbie house untuk adelya dengan pony 2 ketul. Anak dara sorang tu tak sabar betul hari2 tanya bila nak dapat barbie house, tunggu cutilah anak oiii, ahad makngah dengan maktam datang rumah hantar barbie house dan bawa adelya jalan2 dekat mitsui, kesian kena tinggal jadi mak2 sedara bawalah jalan2 sekejap makan2, seronoklah anak dara tu.tinggallah mama...sob3 sampai hati tinggalkan mama kikiki.

Akhirnya sampai juga anak2 dekat legoland, bersama sepupu2 dan bff daeisha, hayfa, samalah umur tu adrien, daeisha dan hayfa tu, tapi adrien nampak paling kecik, ada permainan dia tak boleh lepas masuk tapi hayfa dan daeisha lepas heheh
tengoklah tu adrien paling kecik
kalau boleh semua aktiviti pun nak buat, kata mommy adrien naik roller coaster orang lain kemain menjerit, dia muka rilek je takde perasaan heheh, berani sangat tu, balik rumah mengadu dekat mama dia naik roller coaster sekali je abg 2 kali sebabnya..dia kena orang dewasa teman, masa tu daddy kena gilir2 teman dia dengan hayfa..cerita sambil airmata bergenang macam2lah adrien nih



comel je dua2 tu dalam mulut jerung ..tak takut ke tuuu

ini mommy cakap adrien kemain bersantai bawa kereta, orang lain dah 3 kali pusing dia baru sekali pusing, makan angin betul, mommy share video kelakar je tengok muka adrien muka takde perasaan jenuh mommy daddy suruh laju sikit dia buat rilek jeee

abg adam suruh mommy ambik gambar bagi mama dan tanya siapa lagi gelap hehehe, nampaknya adrien lagi gelap tu
masuk juga dekat hello kitty dan thomas sebelum pergi legoland tu, tengok adrien tu gelap betul, itupun tak puas lagi main air, main sampai tutuplah tempat tu..semangat betul memang mommy bagi main betul2 lah biar puas hati, tapi tetap tak puas lagi tu..ada rezeki nanti kita pergi lagi ye, kita bawa adelya sekali.
Seronok tengok anak2 gembira macam tu, anak2 mama, mama tulis kat sini supaya nanti bila anak2 baca cerita mama ni anak2 mama tahu yang hidup anak2 mama ni dikelilingi oleh org2 yg sayang kamu, walaupun mama tak dapat nak tunaikan permintaan anak2 tapi ada org yang cuba untuk tunaikan apa yg anak2 mama mahu. Segan juga mama ni sebab mak2 pak2 sedara sanggup buat semua tu kan. Tengok anak2 senyum ketawa gembira mama jadi sedih pulak, mama doa satu hari nanti inshaAllah mama dapat balas apa yg dorang semua buat untuk kita dan mama doa moga Allah murahkan rezeki mereka semua yg selalu bersama kita dalam susah dan senang dan moga Allah tunaikan setiap permintaan mereka.

adelya dengan makngah..amboi sedapnya makan apa tu??? masa nak keluar tu kemain suruh mama ikat rambut macam elsa, rambut dah panjang bolehlah buat walaupun rambut tu nipis sikit, jadilahhh
Dapat jugalah main sikit, seronok naik kuda dan naik mainan pusing2 kata adelya

tak sabar2 nak balik rumah maktam kata sebab nak main barbie house, barbie 3 ketul pony pun 3 ketul..seronoklah anak dara sorang ni, itupun dah minta nak barbie lagi 10, pakcik 5,paksu 5 hehehe..tunggu besday tahun depan pulak ye
papa pun jadi mangsalah layan anak dara main barbie, kadang abag2 pun join main jugaklah, mama pun terbabit sekali..layannn je la kan
Ingatlah anak2 setiap jasa semua orang tak kira besar ataupun kecil, sebab kedua2 belah keluarga pun (keluarga mama dan keluarga papa)  sama2 cuba layan kita dengan baikkan, apa yang anak2 nak semua mereka cuba tunaikan, mereka tahu apa yang anak2 suka makan, apa yang anak2 minta nak makan mereka semua akan tunaikan. Adrien selalu cakap nanti nak bawa tok dengan wan naik kapalterbang kan, inshaAllah doa banyak2 Allah cukupkan rezeki kita nanti boleh kita bawa tok dengan wan naik kapalterbangkan, kalau boleh semua kita bawa nanti.

Ehhh..tetiba emosi pulak mama ye, sesambil tunggu en.azmi habis keje dekat mbsa tu sempatlah mama habiskan menulis disini.

Wassalam

Sunday 23 September 2018

Rossa Villa @ A Famosa

Assalamualaikum...

Entri sebelum dah berjela-jela panjangnya yang kali ni pun agak semput jugaklah kot nak mengabihkannya..hahaha bertabahlah ye nak baca sampai habis, tak habis pun takpe mama saja cerita panjang2 sebagai kenangan mungkin satu hari nanti anak2 nak bacakan, mama cerita detail sikit hehehe..selamat membaca jangan sampai muntah hijau

Perancangan yang tiba-tiba, macam yang mama ada cerita sebelum ni masa kami adik-beradik berpiknik di taman botani putrajaya sebelum ni, tetiba ter'bincang' nak sambut besday anak buah mama daeisha dynara. Sebelum tu adik ipar mama ada tanya mama nak pergi tak cameron highland date yang sama juga, tapi lepas tu adik ipar cakap tak jadi sebab tengah bulan katanya, jadi mama pun ok je kalau tak jadikan. takde dah nak fikir pasal cameron tu jadi mama pun setuju je la dengan rancangan tiba2 adik-beradik mama tu.

Seperti yang dirancang ahad tu kami gerak ke melaka, mama sekeluarga tumpang maktam je sebab maktam sorang2 kan jadi kita tumpang boleh save bajet kuikuikui. check in pukul 3, jadi pukul 1 baru gerak dari saujana putra. alhamdulillah perjalanan lancar dalam 2.45ptg dah sampai di villa a'famosa ni. masa ni abah ibu & anak2 dah sampai dulu,kunci pun dah ambik, mommy sekeluarga on the way sebab dorang singgah beli barang dulu. Dah sampai tu apalagi anak2 kelam kabut dah nak terjun kolam. Oh ya kami sewa Rossa Villa ni ada swimming pool dan tempatnya pun bertutup orang luar tak nampaklah kalau kita berkuak lentang dalam kolam tu kan, ada juga villa yang tak berpagar, macam kitorang ni seronoklah nak lepak2 terjun kolam sebab takde yang nampak kami2 je.

sampai je terus tak sabar nak terjun kolam..haaa berendamlah sampai kecut memasing
Seronok main perang2 lagi
Bila mommy sampai kami pun siap2lah set up tempat untuk sambut besday daeisha tapi bukan setakat besday daeisha je adelya pun join potong kek jugak, bukan setakat potong kek hadiah pun dapat lagi, seronok sangatlah anak dara mama tu, cuma merajuk sikit sebab hadiah dia sikit...adoiii memanglah sebab dia dah dapat masa besday dia sebelum ni,kali ni pakcik dengan paksu bagi barbie dapat 3 ketul barbie, daeisha makngah bagi barbie house,adelya sebelum ni dah dapat lego cinderella, tapi merajuk juga nak juga barbie house, suruh mama beli memang tak dapatlah kan, makngah dengarlah keluh kesah makcik bawang sorang tu kan, terus makngah cakap nanti mankngah beli, mama tak tahu dah nak cakap apa.

Deko2 simple...kerusi meja memang tersedia ditepi kolam tu
Sebelum potong kek sempat lagi berbisik2...anak dara la katakan, setakat memang dorang berdua la gigirl yg lain semua lelaki, yg bakal lahir pun lelaki juga
Kek unicorn..dua2 peminat pony kan, tu ada kek pandan gula melaka, pastry fruit yang viral tu pun ada tp bagi mama ok je la rasa dia macam kek sunquick je cuma ada buah2 tu je la. Kek pandan gula melaka tu mama suka..sedap
Besday nya daeisha dynara tp adelya pun join sekali, thn depan buat sekali je la senang kan..hehehe siap sayap rama2 masing2...sorang 7thn sorg 5thn
Saranghae...mak2 pun nak berphoto gedix jugak hehehe...semua janji pakai skirt hari tu, kalah besday girl lak mak2 ni kan
Love besar pulokkkk...tp mama tu x jadi love la pulak gaya macam cium ketiak sendiri je tu hehehe
Mommy to be...makndak nor syuhada dalila
Paksu & anak buah yg gila2, org belakang tabir yg dok gigih tembak belon masa kami bergambar
Selain sambut besday anak-anak, buat juga ala2 baby shower dekat makndak..alhamdulillah setelah hampir 5 tahun mendirikan rumahtangga akhirnya Allah berikan rezeki buat makndak untuk mempunyai zuriat, syukur alhamdulillah, jadi kami sajalah buat prop untuk bergambar itu yang mama pun join bergambar tu, bukannya mama yang nak tambah ahli ye hehehe..doakan makndak (adik mama ni) norsyuhada dalila bt Ibrahim diberikan kemudahan untuk melahirkan anaknya nanti ya, moga semuanya selamat inshaAllah.

Bakar kambing, bakar ayam, garlic bread
Abg adam dok belek hadiah yg ada, seronoklah adelya dapat hadiah lagi
Sambil2 set up, geng2 lelaki dok bakar kambing dan kepak ayam, bestlah berenang2 sambil berbbq. lepas tu makan kek dan macam2 lagilah kan, memang kami bercuti kat situ je lah staycation katanya, tak berjalan kemana pun santai2 kat situ je. takde nak rushing kemana2 seronok jugakkan macam tu. duduk bertenang2 sambil tengok anak2 mandi kemudian main tembak2 (mommy bawak pistol mainan) pistol bubble tu makngah belikan, kami tiup belon dah penuhkan kolam dengan belon sajalah suka2 nak bagi nampak meriahkan, lagipun memang kami2 je takde orang lain pun. lepas tu apalagi gedik2 snap pix la memasingkan, yang perempuan je la yang lelaki takde nak melayan pun hehehe.

kasi can mama nak fefeeling pwincess hahaha
Malam memang tak kemana pun walaupun a'famosa waterpark tu dekat je, cowboy show tu taktahu lah ada ke tak ye, tapi kami memang takde niat pun nak pergi situ, lepak2 je dekat rumah tengok tv sambil berbual. ada pulak yang terjun kolam malam tu sampai pukul 2pagi, memang seronoklah kan sebab kolam tu kita yang punyakan. tak kisah nak terjun waktu bila pun. Tengok orang terjun kolam anak dara mama yang sorang tu tak senang duduk dia pun ketar2 nak terjun kolam tapi mama tak bagi la malam2 tu terjun kolam, entah pukul berapa dia tidur mama tak tahu sebab mama lelap dulu, bilik ada 4 kami bagi 2 bilik lelaki,2 bilik perempuan, anak dara tu memang tak tidur dengan mama la dia mesti dengan apak dia kan. mama dengan adrienlah.

Pagi isnin tu 6.30 dia datang bilik mama minta baju mandi, 6.30 wehhh terjun kolam dengan papa dia, mama ke dapur goreng nugget, daniel pula buat paratha tuna, buat beberapa keping lepas tu dia pun join terjun kolam mommy datang sambung. anak-anak yang lain dengan pak2 sedara memang main dekat kolam je la dok berperang sakan dengan pistol semua seronok sangat masing2 sampaikan anak2 mama taknak baliklah, bayangkan 6.30 terjun kolam pukul 11 baru naik itupun jenuh paksa baru nak naik sebab kita dah nak check out kan. muka tak puas hati masing2 keluar dari kolam, siap cakap lagi "yaya tak puas lagi mandi kolam" makngah cakap nanti kita datang lagi hehehe.

Beratur panjang, mama tunggu dalam kereta je heheh
Sedaplah bg mama
Siap2 kemas semua, dorang bincang nak g makan asam pedas sambil tu nak beli barang sikit, kita follow je lah ke dataran pahlawan makan asam pedas, kemudian beli bekalan makanan sikit untuk anak2 makan dalam kereta, sebelum balik tu mommy ajak singgah beli keria antarabangsa, sampai2 bersusun orang beratur mama memang taklah nak beratur, dorang yang lain je beratur, alhamdulillah dapat jugalah rasa keria tu, sedaplah bagi mama tapi kocik bonar tak puas makan kena makan banyak2 tapi dia limitkan 1 orang 1 bungkus je, makngah gigih beratur pada hal bukan nak makan pun dia bagi kami, alhamdulillah rezeki.

Perjalanan balik lancar, cuma ada sangkut2 sikitlah dari pedas/linggi ke seremban, kami takde singgah mana dah ibu whatsapp ajak berenti makan tapi kami dah terlepas so teruskan je perjalanan balik. alhamdulillah sampai dengan selamat. Nanti kena plan lainlah untuk mandi kolam lagi sebab anak2 tetap tak puas mandi kolam, biasalah main air siapa tak suka kan. Nanti kita plan lagi ye anak2

Sewa villa ni rm950 semalam tapi hari tu kami dapat rm850 je, rumah ok selesa bilik ada 4 dan selesalah, dapur pun ada siap peralatan memasak semua set bbq dengan arang juga disediakan. Yang paling best swimming pool tertutuplah, ada yg mama tengok ada yg terbuka swimming poolnya, oklah duduk sini untuk santai2 je, jauh dari bandar dekat dengan melaka freeport tu,tapi mama tak singgah pun bajet takde jadi malaslah nak gi cuci mata pun kan, tapi dapat jugaklah handbag sebiji hehehe...bukan beli makngah yg bagi.

Oklah tu je cerita cuti2 hari malaysia, anak bujang berdua sambung cuti2 lagi ni mujur sekolah dorang bercuti sebab budak2 nak exam upsr kan, seronok kemainlah budak2 tu, nanti mama cerita kemana abg adam dengan adrien pergi.

Wassalam

Friday 21 September 2018

It's a boy

Assalamualaikum....

Amacam tajuk??? Ada rasa terkejut ke kehkehkeh tajuk saja nak bikin panas je tu...


Saja ambik kesempatan bergambar masa mama dulu takde buat macam ni pun jadi kita pun teringin la kan. So jom la gedik2 bergambar. Siapa yang nak dapat baby tu??? Nantilah mama citer, ini entri saje2 je. Cerita penuh lain kalilah.

Wassalam

Tuesday 18 September 2018

Kisah cuti 4 hari..ijab qabul maklang & paklang

Assalamualaikum...

Cuti 4 hari kemanakah kita? ni mama nak cerita cuti 4 hari mama hari hahaha..bertabahlah baca sebab berjela panjangnya, sampai naik pening nak baca hahaha, cuti 4 hari mama dan keluarga balik kampung ada kenduri kawin adik ipar (maklang, adik en.azmi). Jumaat tu mama tak cuti pun ambik half day je sebab baju tak packing lagi, anak2 macam biasalah pergi sekolah dulu, lepas anak2 balik sekolah siap2 tunggu maghrib, lepas maghrib terus gerak balik kampung. Mama siap berkain batiklah tapi takdelah berbaju kedah sebab malam tu malam berinai, kot2lah sempat berinai, tak sempat takpekan. Balik tu 2 kereta mama drive 1 kereta en.azmi 1 kereta. sebab nak hantar kereta kat kampung untuk pakjang guna. Lama dah tak drive sendiri balik kampung sejak kawinlah memang tak pernah drive sendiri balik kampung sebab en.azmi tak bagi mama drive, ehhh mama seronoklah tak payah drive sebab boleh membuta kikiki

Dekat pukul 12 sampai kampung, masa sampai tu tengok adik2 ipar dan sepupu dekat pelamin nak bergambar, semuanya lepas berinai, kata adik ipar orang inai tu baru je balik, takpe mama tak kisah pun pasal inai tu, takde rezeki nak berinai malam tu, apa yang penting kami selamat sampai kampung. dengan beg tak keluarkan dari bonet mama dah join dorang bergambar dekat pelamin hahaha semangat sangatkan tetengah malam bergambar. lepas bergambar masuk rumah dan jenguk dapur ambik pinggan makan nasik kuikuikui laporr wehhh. lepas isi perut jenguk bilik pengantin sepupu en.azmi sedang siapkan hantaran, mama pun apalagi menyibuklah kan buat2 apa yang patut dah la balik lambat takkan nak terus membuta jadi buat2lah sibuk sikitkan, dalam dok tolong2 tu tak sedar jam dah 2 pagi. mata tak larat buka dah moh lerr tidoo kome wehhh.

Dah kretip sangatlah kononnya ni hahaha..asalkan ado namo eh ni
5.30 pagi jam berbunyi, mata berat tapi memikirkan kalau sambung tidur ni mau sampai ke pagi tak sedar teruslah bangun mandi buat apa-apa yang perlu pastu jenguk ke dapurlah buat apa yang patut. Entah apa yang disibukkan pun hari tu mama taktahu lah sedar2 dah nak pukul 4, maklang nikah lepas asar dekat surau, dalam sibuk2 bersiap hujan turun dengan lebatnya, alhamdulillah hujan rahmat, en.azmi dan anak2 bujang dia tinggal tak ikut ke surau, mama dan anak dara je join ke surau mama menyelit je dekat kereta adik ipar sebab en.azmi  tak pergikan kita selit je la dekat kereta mana2 hehehe. en.azmi tinggal sebab uruskan hal2 dekat rumah balik tu en.azmi cakap jenuh haii layan makcik2 yang dok potong bawang tu kikiki. Alhamdulillah sampai surau hujan renyai2 dah. Pihak lelaki sampai, pak imam pun sampai jadinya kita tunggulah sampai akad nikah. Alhamdulillah dengan sekali lafaz maklang sah bergelar isteri kepada syed azuwau @ wawa jambu kata adrien 😂😂

dua sepupu ni tak berenggang semua nak buat sama-sama
Malam tu sibuk nak masak pulak untuk kenduri esok, bukanlah mama yang masak mama cuma menyibuk je lah kan, tukang masaknya paklong(abg en.azmi) dan makcik en.azmi. Mula tu makcik nak buat kuih koleh kacang. mama tolonglah godek2 apa yang patut sambil tu tanya2 lah resepi macammana nak buat kuih tu, inshaAllah lepas nih bolehlah mama amik order koleh kacang  ðŸ˜‚😂, makcik ajar step by step mama yang kacau lah kan cuma bila kuih tu dah agak kental pakcik ambik alih sebab buat banyak jenuh nak kacau tu kang sado lak lengan mama nih. Siap koleh kacang, bersihkan ikan bilis lak dengan biras mama, wan salah beli ikan bilis ingat yang dah siap bersih rupanya belum jadi kita bersihkanlah kan, paklong nak masak sambal bilis petai. Makcik masak kari daging. Dalam pada tu dok bincang2 umbut kelapa sawit tu tak jadi buat sayur lemak tukar menu buat kerabu umbut kelapa. sekali lagi menghiris umbut pula, lepas tu makcik tengok ubi kentang besar2 pulak, makcik kata patut potong kecik, mama pun capai kentang potong empat. Mata dah rabak tengok jam dah 2 pagi, tak larat nak celik dah mama cakap dekat makcik nak tido, yang lain2 sambung masak ayam masak merah, tak tahulah pukul berapa dorang tidur en.azmi kata pukul 4 baru siap masak, ye lah agaknya tu sebab mama pun tak sedar dah waktu tu.

Dapat lelap sekejap pun ok dah pukul 2lebih tido pukul 6pagi dah bangun, dah tua2 ni anak2 pun dah besar takde alasan lagi dah mama nak bermalas2 bangun lambatkan. lepas solat semua terus ke dapur sambung balik kerja semalam memotong umbut kelapa yang belum habis. kemudian ada jiran2 wan yang datang tolong, mama pun buat kerja lain potong timun dan bersihkan salad untuk dijadikan ulam. Habis kerja tu menyibukkan diri dekat paklong pula untuk buat menu pengantin pulak, mama tolong cucuk2 telur puyuh je lepas tu mengerjakan buah tembikai pulak, buat je lah apa yang patut kan, buah tembikai mama buat ala-ala bakul giteeew, itu jela hasil kerastangan mama ni, tak mampu dah nak buat lebih kretip, apa yang ada je la kan. pastu tolonglah sibuk2 buat apa yang patut, susun makanan dekat meja pengantin. amik itu ini busy mengalahkan mak pengantin pulak gayanyakan.

hasil kretiviti mama jugak kononnya hahahha..tu kuih koleh kacang, semua makcik ajar sampai cara potong pun makcik dan suruh ,mama buatkan. air 2 gelas tu untuk pengantin, airnya sik imah yang buat mama letak hiasan je, itu berbunga2 tu bakul tembikailah kononnya kuikuikui
Alhamdulillah majlis berjalan lancar,bila tetamu dah kurang barulah  terasa perut nih berbunyi2 minta diisi, belum makan lagi oiii laporrr, makcik ajak makan teruslah join makcik dan sepupu en.azmi makan,sedap wehh kari daging makcik, bilis petai campur tempoyak paklong masak pun mabelles, itu je yang mama makan bertambah2 sebab lapar sangat. en.azmi pulak entah kemana, masa orang cari ajak bergambar ramai2 pun takde takpelah somi mama tu memang macam tu kan susah nak diajak bergambar kononnya nak ler gambar berdua dekat pelamin tapi non hadooo, last2 join sepupu en.azmi je bergambar itupun sebab dorang ajak kalau tak takdelah gambar mama ni haaa, tapi ada la kot 1 gambar mama dekat pelamin tu fotografer ambik, masa tu tetiba je dia tala kamera dekat mama teruslah mama sengih je, dengan selipar jepun je mama bergambar. harap2 selipar tu tak nampaklah tapi tak tahulah gambar tu ada tak nanti kan kita tunggu siaplah tengok.

mama dan sepupu en.azmi bersama dengan pengantin perempuan (maklang)

aimy dan adelya..ada2 je la keje anak dara berdua ni kan
habis makan dan borak2 terus ke dapur, tengok sinki penuh pinggan air dalam sinki pun dah melimpah sikit lagi je nak banjir gamaknya tu hehehe, serabut wehh mata mama tengok sepah2 macam tu daripada tunggu en.azmi bebel suruh basuh baik mama basuh dulu yang mana ada sambil tu biras mama tolong juga, kami kemas yang dalam rumah je, dekat luar periuk kuali besen yang besar2 semua letak diluar, yang tu tak larat rasanya mama nak settlekan, paklong kata takpe yang tu nanti dia uruskan, settle uruskan pinggan, tolong pula kemas sampah dekat khemah..fuhhh tak sangka rajin pulak mama kali nih 😂😂 tak reti penat tu buat kerja, mana nak cari menantu macam nih kahkahkah (muntah hijau baca) masa ni je la rajin pun hari2 biasa duduk bersila makan je hihihi.. siap kerja di khemah barulah mandi tukar baju, kemain dengan baju kembang setaman basuh pinggan kutip sampahkan.

Lurus2 pinggang pun dah settle jenguk ke luar rumah tengok wan dok basuh periuk kat luar, aiii segan pulakkan kita pun kutiplah pinggan2 kecik yang belum dibasuh, bawa basuh dekat sinki pastu kemas2 apa yang patut, dalam dok tolong2 tu hujan turun, wan berenti basuh periuk, wan cakap taknak membasuh dalam hujan, acu pun ganti wan basuh pinggan dekat luar mama pun taknak main hujan sebab baru lepas selsema lagipun kan. sudahnya acu, acik imah dan paklong yang basuh periuk yang besar2 tu dalam hujan sambil2 tu ambik peluang nak main hujan, kemain gumbira dorang main hujan, ehhh ikutkan hati nak join jugak mama tapi idok lerr mengenangkan sejuknya air hujan tu.

Isnin pagi mengemas lagilahkan, dalam pada tu dengar paklong dok cakap nak ke kuantan, mama dalam hati ni ehh nak ke kuantan pulak ke? nak buat apa? tanya en.azmi betul ke nak ke kuantan? en.azmi cakap tak tahu, takpelah kita tengok jelah macammana nanti, lepas zohor tu semua orang dok siap2 mama pun apalagi iron je lah baju kalau betul nak keluar oklah kan tak jadi keluar baju tu kita pakai nak balik esok. rupanya memang betul nak ke kontan, pengantin baru nak belanja makan, amboii jauh sangat nak belanja tu tapi takpe kita follow je kan bukan selalu pun dapat berkumpul macam tu, duit minyak, duit tol pun tok yang bagi 😂😂 hahahah, kereta pun rembat kereta acu je. dalam perjalanan tu singgah beli pau sebab lapar sangat. perut simpan sebab nak makan banyak kejap lagi.

Makan di Super Top kuantan, lauk apa masakan apa adik2 ipar yang pilih, mama dok belakang2 je sebab tak tahu pun nak makan apa, kita makan je apa yang dipilih. Pakcu sekeluarga pun join juga, maklumlah pakcu memang duduk kuantan. Duduk sekejap je makanan sampai wah pantasss betul, ini kali ke 2 mama makan disini kali pertama dulu rasa macam biasa2 je makanannya, ketam telur masin dia pun macam tak best ketam kecik, kali ni best ketam besar isi banyak hehehe..masa makanan sampai azan maghrib berkumandang, ustaz kata kalau makanan dah terhidang afdhol makan dulu hahaha itu untuk mamalah yang kalau solat dulu kang tak kusyuk pulak ingat ketam, jadi mama makan dululah serba sikit pastu pergilah solat. semua makanan best sup ayam, sotong goreng tepung (ini sedap sebab tak macam cekodok okehh, mama tensen betul kalau sotong goreng tepung stail cekodok, tepung lebih sotong cenonet jenuh kunyah tepung hujung2 baru jumpa sotong), ketam telur masin sedap, kailan ikan masin sedap, ikan aji ke apa ntah tu mama rasa sikit je, siakap stim banyak lagilah menu tapi tak sempat mama nak snap pic.

ketam telur masin (masa order paklong kata ketam telur rebus hehehe) sup ayam, sotong goreng tepung, ikan aji masak dengan sambal potai
Balik dari makan singgah esplanade kuantan pulak, saja lepak2 wan dengan tok tak jalan jauh pun, kami je yang jalan jauh sikit tengok2 ada sewa basikal dan basikal yang macam beca tu, jenuh gakla menunggu turn, mula2 naik basikal dengan anak2 lepas tu bawa beca tu pulak, seronok jugaklah berkayuh di tepi sungai tu malam2 kan, pecah peluh mama ni haaa, bakar balik kalori yang mama makan tadi kan. tergelak2 memasing naik basikal, paklong dengan acik imah siap minta budak jaga tu pump kan angin basikal sebab muatan berat katanya sampai tayar pun kurang angin, seronok jugaklah sewaan rm10 untuk 20minit tapi rasa macam lama je kitorang naik, yang paling best sebab paklang yang bayor hehehe, dah puashati semua, moh lerrr kita balik, sampai rumah pukul 12 jugaklah

jom mengayuh beskal malam2
Selasa..dah nak balik rumah dah, plan nak gerak pagi tapi buat itu ini lepas zohor gak gerak, alhamdulillah highway takdelah sesak sangat walaupun kereta banyak tapi masih bergerak pukul 5ptg kami sampai rumah. itulah cerita cuti 4 hari kami, alhamdulillah syukur Allah mudahkan segala perjalanan kami dan perjalanan kenduri maklang. lepas ni kita tunggu kenduri yang seterusnya, acu ada lagi, tapi bila tu tak tahulah kan, sebelah mama pulak tak tahulah bilanya lagi masih tak nampak banyang pun kot2 ada yang nak naik pelamin tapi setakat ni belum ada bunyi lagi, takpe kita tunggu je jodoh siapa sampai dulu kan.

paklang dan maklang... Semoga Allah memberkati dan mencurahkan barokah ke atas kamu dan mengumpulkan kedua-dua kamu dalam kebaikan dan semoga ikatan pernikahan ini berkekalan hingga ke dalam syurga Allah.


Wassalam.

Thursday 13 September 2018

Dah boleh harap

Assalamualaikum...

Cerita pasal anak2 ni sekarang ni bukan anak2 perempuan je perlu diajar buat kerja rumah, anak lelaki pun perlu diajar buat kerja rumah, bukan apa kalau dah kita ada anak2 lelaki je siapa lagi nak tolong buat kerja kalau tak anak lelaki kan, ada kawan mama tuanak dia semua lelaki, sekarang ni yang sulung tu dah boleh tolong buat kerja rumah, memasak pun pandai seronok betul tengok, bila tinggal dekat rumah dengan adik2 dah tak risau mak dia sebab anak sulung dah boleh buat kerja dapur. Alhamdulillah rezeki kawan mama tu dapat jodoh awal jadinya anak2 dia pun dah besar lah sekarang.

Anak2 bujang mama pun walaupun takdelah bujang mana lagi, tapi mama sikit2 lah ajar juga buat kerja rumah, paling tidak pun abg adam lepas makan mesti basuh pinggan yang diguna, walaupun kadang2 ada malasnya tu kan tapi mama ajarlah jugak slow2 bukan apa, tak selamanya kita ada dengan merekakan, jadinya kena ajar jugalah buat kerja rumah sikit2 supaya bila mama takde nanti takdelah mereka tak pandai buat satu benda pun.


Adrien kadang2 datang rajinnya tu memang tak perlu disuruh laju je dia basuh pinggan, ambik penyapu sapu sampah. Abg adam memang tiap2 kali lepas makan kena basuh pinggan sendiri, takpe basuh je macammana pun mama tak kisah, kalau salah mama tunjukkanlah kan, tapi setakat ni ok je sebab mama tak guna pinggan kaca pun, guna pinggan plastik je takdelah risau pinggan pecah ke apakan. tapi kalau kaca pun nak pecah mama tak kisah pun dah nak pecah nak buat macammanakan.


Kadang bila rasa penat sangat tu, pinggan bertimbun dalam sinki, mama minta je anak2 tolong basuhkan hehehe, jadi dua2 anak bujang pun seronoklah membasuh abg adam sabun adrien cuci, gembira je dua beradik membasuh,lepas tu basuh tu siap report kat mamalah budak sorang tu kan siapa lagi kalau tak adrien, dia kan suka mereport. "Best mama basuh pinggan abang sabunkan yen cucikan,nanti kitorang tolong mama lagi ye" ok..lega mama dengar, tapi macam biasalah kan kalau tiba mood tak ok tu taknak jugaklah kan. takpelah mama kena sabar banyak2 dalam didik anak2 nih, walaupun kadang2 hilang jugak sabar nih.

Dulu2 cover jugak kalau kat kampung tu kalau nak marah anak2, takutlah tok dengan wan kata apa pulakkan tapi sekarang, mama lantakkan je nak marah mama marah je kalau dah melampau sangat, ye lah anak2 mama ni faham2 je lah kadang2 tu tak makan saman, nak bertekak ikut suka hati je kan walaupun dah dipesan macam2 tapi itulah anak2 ni pun ujiankan, ujian untuk mama, inshaAllah.. jangan putus berdoa pada Allah..

Allahumma faqqihu/ha fiddin, waalimhu/ha takwil, wahabibhu/ha ilannas (hu untuk anak lelaki, ha untuk anak perempuan)
Baca doa ni pada ubun anak2..mama buat setiap pagi sebelum anak2 pergi sekolah dan semasa anak2 nak tidur

Ya Allah berilah kefahaman padanya dalam urusan agamanya dan ajarkannya takwil(tafsir al-quran), dan semoga org memandangnya dengan kasih sayang. Berdoalah tanpa jemu, sebab klu kita doa hari ni belum tentu Allah kabulkan mungkin Allah kabulkan di tahun2 mendatangkan. Allah nak tengok kesungguhan mama dalam memohon pada-Nya kan.


Masukkan jugaklah cerita anak dara sorang ni, adelya pun rajin juga menolong klu dia basuh pinggan alamatnya  basahlah lantai dapur pada hal basuh sebijik pinggan je pun.. Hari tu marah sebab tak dapat ikut papa dengan abg2 pegi masjid solat jumaat teeus dia cakap "baik yaya jadi kakak lelaki je bole ikut papa solat jumaat" ehhh mcm2 dia ye, mana ada kakak lelaki nak oiii

Wassalam

Wednesday 5 September 2018

Projek hujung minggu

Assalamualaikum...

Minggu lepas buat projek lagi, en.azmi bawa balik kayu-kayu lagi. Jadi mama pun fikirlah apa nak buat dengan kayu2 tu. Macam2lah idea yang ada kan tapi kena sesuaikanlah dengan ruang rumah. Memandangkan mama dah ubahsuai bilik adelya, jadi adalah ruang untuk letak sesuatukan.

Dulu bilik adelya ada katil bertingkat2, mama tak suka katil tu sebab macam semak je heheh, jadi mama ubah mama letak katil queen, bukan apa senang kalau family datang boleh juga guna bilik tu kan, cuma bilik abg adam dan adrien memang katil single je la, nak letak katil queen rasa macam tak muat sebab bilik tak besar sangat. Mungkin boleh letak nanti tapi perlu bajet yg lainlah, buat masa sekarang guna dulu apa yg ada.


Akhirnya jadilah rak tempat untuk letak mainan adelya, semua pun yang orang bagi cuma gajah biru tu je bukan orang bagi tapi dia rembat yang acik imah dia punya. Balik kampung lama dulu dah dia ambik bawa balik rumah. Tu pun ada lagi tu, ok sikit ada rak nih sebab takdelah bersepah patung mainan dia tu, pandailah dia simpan lepas main tu sebab seronok ada tempat letak patung dalam bilik dia kan. Itupun adelya dah minta bilik dia nak.cat hitam..adehhh cat hitam??? Mama suka je sebab mama suka kaler hitam tapi en.azmi taknak sebab gelap katanya..adusss kuciwa mama tau..mama ingat ruang tamu nak cat hitam??😹


Satu lagi yang dibuat..rak untuk mama la kan, tempat letak cawan. Lepas tu tempat letak kopi, teh, gula serta biskut untuk kudap2. Sebabkan bekas biskut raya tu banyakkan nak buang macam sayang, nak simpan takde tempat sudahnya buat rak dan bekas biskut tu mama buat je bekas letak biskut, teh,milo,gula dan lain2. Kira oklah tu kan walaupun.rasa nak bekas cantik sikit,tapi buat masa ni mama guna je la apa yg ada dulu.

Ada lagi tu yg mama nak buat,tapi hari tu tak sempat dah nak buat, minggu ni memang tak buatlah sebab nak balik kampung. Minggu depan pun mungkin tak buat juga jadi tunggulah ada masa nanti kita buat lagi.

Wassalam

Monday 3 September 2018

sambutan besday adelya

Assalamualaikum...

Sebelum ni adik-beradik sibuk berwhatsapp dalam group nak berpiknik hari ahad. Mama dok perati je tak tahu nak join ke tak, biasalah tak boleh nak buat keputusan dulu kan, dah tu memasing buat dah senarai menu apa yang kena bawa, mama kena pulak buat nasi lemak..cehhh nyampahh jadi nak tak nak kita pergi je lah, dalam pada tu dorang rancang nak sambut besday adelya, sebab masa raya haji hari tu tak sempat nak sambut sebab semua sekejap je dikampung.

Masa hari kejadian adelya tak tahu pun nak sambut besday dia mama cakap nak sambut besday abg aliff hehehe...sajalah nak buat surprise. Memang untuk ogos ibu,abg aliff dan adelya punya bulan lahir, jadi bolehlah sambut sekali. Mama rilek je pakaikan adelya tshirt dgn jeans je, sampai2 je mommy cakap "apasal besday girl pakai macam ni" hahaha habis nak pakai macammana? Mama dia jenis sempoi je kan jadi apa yang ada je la. Sudahnya mommy pakaikan dengan baju yang dia beli untuk kenduri adik ipar nanti, kira acilah pakai dulu kan heheh..anak dara tu pun redho je tukar baju sambil senyum simpul, nak jadi princesskan.


Sedondon dah baju dengan kek..dah nak sama dengan sofea pun tu.haa..seronoklah anak dara tu tercapai impian nak kek princess. Semua ni mommy yang sediakan kalau harap mama memang takdelah gamaknya kot. Tersenyum simpul je anak dara ni.sepanjang masa. Ini kami lepak dekat taman botani putrajaya, datang pagi2 tp takdelah pagi sangat dalam 8lbh sampai oklah cuaca pun cantik.


Bersama ibu dengan kak daeisha, abg aliff malu nak join potong kek sebab kek pwincess. Tu dapat pula hadiah soft toy pony..nak pinky pie tapi dah habis dapat fluttershy pun ok, comel jugakk tu. Banyaklah hadiah dapat sampaikan adrien pun cakap " yaya dapat 3 hadiah yen dapat 1 je" hahaha..budak sorang tu memang tau, itupun mommy beli jugak hadiah untuk dia dapatlah didi seketul. Mommy dah tau dah tak boleh beli untuk sorang je, nanti adrien mesti cakap "asyik yaya je dapat, yen takde pun" jadinya sekarang nak bagi apa2 dekat dia pun mesti beli😂.


Aktivi lain yang boleh dibuat ditaman botani ni, naik basikal sewaan rm4 untuk sejam..abg adam dengan adrien siap pow pakndak suh belanja naik basikal, jadi mereka bertiga berbasikallah, adelya ikut abah naik motor tu, ntahlah motor ke apa namanya sewa rm30 untuk setengah jam, kalau untuk budak2 rm25 setengah jam. Sementara menunggu dorang berbasikal kami berbincang2 la untuk besday daeisha pula kebetulan jatuh pada tarikh cuti 3 hari. Memandangkan plan adik ipar untuk ke cameron tak jadi, maka kami bersetuju untuk join yang inilah kan, takut selepas ni dah sibuk dan ibu pun cakap dia akan sibuk belajar dah lepas ni, so semua setuju, tempat pun ada apalagi mommy terus bayar booking, senang berbincang macam tu tak fikir banyak dah heheh. Ke mana tu nantilah kita cerita lainkan.

Cantik juga untuk bergambar dekat sini
Dalam pukul 11 kami gerak balik dah abg adam dengan adrien nak ikut balik dengan abah, jadinya pergilah..tak jauh pun rumah kamikan nanti pergilah ambil, tapi tak sempat nak ambik petang tu kata ibu nanti dorang hantar, tengok2 petang tu budak2 tu pow abah kepsi pulak dahhh siap bungkus untuk mama, papa & adelya, alhamdulillah rezeki untuk kamilah.kan...syoklah mama tak payah masakkan kita makan kepsi je. itulah cerita cuti merdeka kami, 2 hari sebelum tu mama papa ada projek buat rak yang itu nantilah kalau rajin mama cerita.

wassalam

Kejohanan Silat Olahraga

 Asalamualaikum... Mga kita semua didalam lindungan dan redha Allah swt. 3,4 dan 5 Mac anak-anak mama menyertai satu lagi kejohanan silat. K...