Showing posts with label Cerita di kg. Show all posts
Showing posts with label Cerita di kg. Show all posts

Sunday, 10 February 2019

Pantai Sepat, Kuantan

Assalamualaikum...

Setelah 3hari 2malam dikampung mama, kembali ke kampung en.azmi. Esoknya semua orang rancang nak berkelah di pantai,kita ikut saja,mulanya tok cadang nak bawa cucu2 dia ke jengka wonderland tapi en.azmi taknak baik ke pantai je katanya, takdelah banyak sangat belanjanyakan. Malam tu semua sibuk memasak bekalan untuk berkelah,mama cuma buat kek batik je atas permintaan en.azmi,ecehh senang saje tu kan,tak sampai setengah jam siap.

Rabu pagi..dalam pukul 10 pagi kami gerak ke pantai sepat kuantan dengan 2buah kereta, perjalanan tenang2 saja takde nak rushing pun sebab memang rancang nak lepak tepi pantai je, dalam 12.30 sampai la pantai,cari tempat nak lepak,lepas tu sampailah pakcu sekeluarga,pakcu memang duduk kuantan pun,kemudian acik imah pun sampai,acik imah dari rumah mertuanya yang memang dekat dengan pantai sepat tu. Sambil buka bekalan buat bakar2 juga ayam,sotong,ikan dan sosej yang dibawa pakcu, memang sedaplah makankan. Tak kisah lepak sampai petang sebab kedai runcit dekat,masjid pun dekat.

Nice view...anak dara mama sorang2 tepi pantai gayanya
Seronok anak2 mama dapat ke pantai,tak sabar nak mandi masing2 mama memang tak mandi la,mujur ada mak pak sedara yg melayan anak2 mandi. Mama ni bukan taknak mandi tapi kulit muka mama ni entah allergic ke apa kena angin pantai pun dah mengelupas kulit dan pedih,kalau kena air laut tu tak tahulah apa jadi. Mama memerhati dari jauh je la.

Pakat tanam abg adam dalam pasir, mama ke pantai la kejap ambikkan gambar tak boleh lama2 panas.
Tak lama pun lepak pantai dalam pukul 5 kami dah kemas2 nak balik, lepas tu singgah kedai ghani black nak beli keropok keping dan keropok lekor untuk bawa balik rumah. Siap beli keropok terus gerak balik tak singgah mana2 lagi dah. Lepak2 santai macam tu lebih seronok bagi mama. Sampai rumah sebelum maghrib..alhamdulillah kiranya masa diurus dengan bagus disitu hehehe... Mama sibuk suruh anak mandi semua, paklong pun sibuk didapur masak untuk makan malam, lauk sardin dan sup ayam yang sedap bertambah2 makan malam tu. Rasa sup yang mama suka pedas2 dan masam2 sikit.

Keesokannya tak kemana-mana lagi duduk dirumah saja,adik2 ipar dah mula bekerja jadi kita lepak2 dirumah sajalah. Macam biasalah kalau dirumah mertua memang mama,lepak betullah, masak pun jarang memasak bila ada permintaan saja,ada tak ada menyapu dalam rumah, basuh kain itupun baju family sendiri je la dan lipat kain. Jumaat lepas zohor kami gerak balik rumah sendiri dah,perjalanan alhamdulillah tak sesak,cuma cuaca agak panas sekarang,aircon pun tak terasa sangat dalam kereta. Seminggu bercuti rasa sekejap ke, inshaAllah ada rezeki dan umur panjang raya pulak kita balik agaknya sebab talde dah rasanya cuti yang macam ni melainkan cuti sekolah mac nanti.

Luangkan sedikit masa untuk bersama orang tua selagi mereka ada,walaupun kami dah lama sangat tak balik,kali ni berusaha juga untuk balik,alhamdulillah Allah permudahkan.. Kata ustaz kita doa untuk rezeki yg baik nak jumpa mak ayah pasti Allah tunaikan, berbakti pada mak ayah itu umpama kita menyusun tangga ke syurga.

Wassalam

Thursday, 7 February 2019

Operasi besar-besaran

Assalamualaikum...

Hari  ke 2 dikampung mama,pagi tu kami ke temerloh ada benda yang hendak dibuat, makngah nak ke pejabat tanah bayar cukai, mama pun ada benda yang hendak dicari. Masuk satu kedai cari barang yang hendak dicari tapi tiada,bertanya pada yg menjaga kedai akhirnya diberitahu mana ada jual.

Sebelum ke kedai yg disebut kita isi perut dulu,makngah ajak makan sushi,mama ni tak pernah makan pun dekat sushi king tu dah makngah ajak kita follow je,masuk sushi king dekat semantan walk tu. Tengok menu dan order,haruslah mama pilih yang berasaskan nasi. Sushi yang dok bergerak tu mama ambik satu je entah apa nama eh idak le mama tau, yang pasti edamame tu sedaplah ditekak mama ni. Selesai makan terus ke kedai Kaid Johar namanya mencari barang mama,alhamdulillah yg dicari tu ada..eh ada lagi yg menarik.disitu tapi memang tiada dalam bajet kita tunggu dululah balik lainkali mama beli. Lepas tu terus balik.


Cadang nak mengemas diluar rumah pula petang tu tapi cuaca sangat terik pukul 6 baru redup dan kami mula membersihkan dihalaman rumah petang itu, dibelakang belum lagi. Hari ketiga ibu dan abah sampai jadinya bermula pagi kami operasi besar-besaran, untuk hari ketiga tugas mama memasak didapur, petang baru join kemas dibelakang rumah pula, mana pokok yang dah tua kami tebang dan biar sedikit lapang,rasa macam nak tanam pokok kelapa lagi dekat belakang tu sebab mendatangkan hasil. Buah kelapa yg ada tu ada yg membeli,kalau tanam lagi banyak tentu lebih banyak hasilnya dapat juga duit poket untuk pakjang nanti...inshaa Allah dengan izin Allah.


Kite bakorr...kite bakorrr...yaaa kita bakor daun2 yang luruh,pokok yang dah tua kita kasi tebang tapi takdelah semua yang dah tak berbuah tu kita tebanglah. Bila dah tebang tu nampak lapanglah sikit,tanah pun luas lagi belakang dan tepi rumah tu,kot kalau nak buat sebiji dua rumah lagi tu boleh agaknya tu. Alhamdulillah dengan izin Allah rancangan nak bersihkan rumah berjalan dengan baik walaupun tak semua balik. Esoknya rabu mama tak dapat tolong dah sebab mama dah ke rumah en.azmi. Makngah,ibu dan abah meneruskan usaha mengemas lagi. Kalau takde plan apa2 dengan FIL mungkin mama tolong juga tapi ada rancangan lain tak dapatlah tolong tapi takpe taklah ralat sangat sebab dah tolong sebelum tu kan.

Pergi mana dengan family in law?? Nantilah mama cerita lagi esok hehehe...nak bagi banyak sikit ceritakan.

Seboleh mungkin kita bahagikan masa sebaiknya untuk kedua2 keluarga, dalam pada dok dengar orang cerita yg tak elok tentang mertua, mama rasa bersyukur sebab dikurniakan family in law yg baik.dan memahami, mama balik kg 2hari tak jenguk muka dirumah mertua pun mereka tak kata apa,siap kirim ayam sekor lagi untuk kami masak hari tu,itu kalau mama minta masakkan pun mesti boleh tu kan. "Maka nikmat Tuhan yang manakah yg hendak engkau dustakan"

Wassalam

Saturday, 16 December 2017

Aktiviti di kampung

Assalamualaikum...

Balik kampung kali ni bukan saja sebab dah lama tak balik tapi abah mentua minta anak2 balik untuk tolong buatkan beranda ataupun simenkan ruang didapur tu untuk melepak petang2. Anak buah yang kecik si khalish tu selalu duduk luar petang2 selain tu kalau.anak2 balik pun rajin jugak lepak kat luar tu.

Sabtu petang sampai dah lewat juga sebab kami singgah bukit tinggi dulu. Lepas asar abah dan paklong nak ke mentakab kedai RM2, en.azmi drive mama pun join sekali la sebab ada benda yang nak dibeli kononnya kan, eh tapi memang membeli pun. Mama beli benih sayur, benih bunga matahari takde pulak. Tak sangka ramai yang berkenan tengok bunga matahari mama tu jadi mama nak belikan benihnya untuk kawan2 tapi takde pulak, tunggu pokok mama tu je la keluarkan benih nanti.

Balik dari mentakab terus ke pasar malam mempaga pulak, saja nak berjalan sebab dah lama tak ke sana takde apa pun yang mama beli. Malam tu konon sambut besday adrienlah sebab sabtu tu jatuh tarikh besday adrien. Acu buatkan kek coklat yang sedap. Mamanya ni malas pula nak buatkan kek. Tunggu nantilah masa besday abg adam pulak kalau ada kerajinan nanti.

macam mandur je yang berdiri tu kan, buat benteng supaya air tak bertakung di dinding tu
Ahad tu abah mentua, en azmi,paklong & acik kery bergotong royong menambak tanah membancuh simen untuk buat beranda. En.azmi kata perlu siapkan hari tu juga sebab dia takde cuti lebih, itu yang bertungkus lumus membuatnya tapi takdelah siap sepenuhnya lagi sebab belum dikemaskan lagi simennya dan tiles pun tak letak lagi, sebab mak mertua suruh letak tiles, tapi semua dah tak larat, kira ok lah nanti kalau hujan air pun tak bertakung lagi dah disimen bagi tinggi laluan air tu.

Isnin en.azmi dengan tok bawa abg adam ambik gambar dekat karak, mama pulak tak tahu nak ikut siapa, wan dan adik2 ipar nak ke hari keluarga di pejabat felda, nak duduk rumah tak sesuai pulak sebab paklong tinggal untuk masak tengah hari, sudahnya mama ikut wan dan adik2 iparlah, si khalish tu masuk bertanding bayi sihat. Masa pendaftaran tu.adik.ipar daftarkan mama sekali katanya untuk cabutan bertuah...mana tahu ada rezekikan, cabutan bertuahnya dapat handbeg. Gigih ok mama tunggu sampai habis. Akhirnya ada juga rezeki mama dapat handbeg. Acu dan acik imah pun dapat, cuma wan dan maklang takde rezeki hari tu.



Ok lah kan dapat bawa pegi jalan2... Rezeki sangat nih, dalam terfikir2 nak cari handbeg dapat lagi satu handbeg, oklah ada dua dah campur yang makngah bagi dulu. Kata en.azmi beg pasar malam tu...hehehe tak kisahlah beg pasar malam pun janji adaaaa...nak beli yang branded idok le mama mampu, mama tak kisah ada brand ke takde brand janji boleh guna sudahhh... Nak yang mahal tunggu orang tu bagi je la kot dapat masa anibesari nanti kikiki


Haaa...balik kampung hari tu dapatlah makan durian, dekat kampung murah sikit rm22 sekilo. Beli siap suruh kupas balik terus ngapp je makan ramai2 jadi lagi sedapkan, anak2 pun memang suka durian. Itu je la aktiviti di kampung. Isnin petang dah balik rumah, abg adam dan adrien tinggal dekat kampung, krismas nanti baru balik sini. Anak dara sorang ni hari2 dok sebut rindu abg dan yeyen, main kat luar pun taknak sebab abg2 takde, melekat je dengan mama kat rumah...

Wassalam

Monday, 4 April 2016

Majlis Aqiqah Adelya Azra bt Azmi & Aisyah Shaffiyah bt Azizul

Assalamualaikum...

Perjalanan majlis Aqiqah untuk adelya dan aisyah (anak buah mama), majlis hari ahad.



Pagi sabtu en.azmi dan adiknya ke mempaga melihat kambing untuk aqiqah disembelih, adrien dan adelya mengikut sekali melihatnya, kata en.azmi adrien steady je tengok, adelya pun ok, cuma masa kambing tu melmpat rempuh pagar semasa hendak ditangkap tu, adelya terkejut dan menangis. balik tu bercerita pada mama " yaya tengok kambing berdarah banyak, yaya takut"Pada hal kata en.azmi masa sembelih tu adelya tak  tengok pun, mama agak adelya takut masa kambing tu terpa ke arah dia sebelum itu.



Petang acara merewang bermula, adik beradik en.azmi masak sendiri je, bukan mama yang memasak, mama cuma tolong potong-potong je, itupun sambil menangiss...huhuhu bukan sedih tapi potong bawang merah menitik-nitik airmata dibuatnya.potong bawang dan segala daun untuk dimasak, sepupu-sepupu en.azmi pun datang, bertambah meriah suasana. buat kerja sambil berbual dan bergelak ketawa, tak sedar pun dah selesai, tapi sedar jugak lah hahaha


sebakul mama mengerjakan jantung pisang untuk dibuat masak lemak,habis bergetah tapak tangan,sapu minyak masak dan gosok dengan pencuci periuk, cepat je tanggal getahnya tu. pucuk ubi, daun kunyit, daun kaduk, serai dan petai untuk dibuat tempoyak ubi kayu, makanan kegemaran mama tu, memang sedap sangatlah.Geng-geng lelaki mengerjakan kambing. agak mencabar bekerja dalam cuaca yang panas membahang, bukan merungut, tapi mencabar betullah, mujur dapat rembat kipas besar dari rumah makcik sebelah..hehehe


Goodie beg, ada orang kata membazir je sediakan goodie beg, ada juga yang kata sediakan goodie beg sengaja nak menunjuk-nunjuk, bagi mama terpulang pada niat kita, niat mama sediakan semua ni adalah untuk bersededah dan dengan niat nak berkonsi sdekit kegembiraan dengan yang menerima, takde apapun yang diisi, sebuah buku doa harian dan yassin, air kotak(mak mertua beli), popia nestum (biras beli), cream puff (adik ipar beli), ini 100 beg, mama tambah 30 beg untuk kawan-kawan yang datang dan boleh juga diberi kepada tetamu yang lain, juga 30 beg untuk anak-anak, ya mama pasti anak-anak akan gembira bila dapat goodie beg ini, walapon hanya diisi dengan 3 jenis makanan sahaja.



Dalam majlis ini juga dibuat tahlil dan bacaan yassin diikuti dengan majlis cukur jambul untuk anak buah baru aisyah shaffiyah. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar, banyak mama snap pic, tapi banyak pula yang gegar, sebab ada yang mengikut dibelakang hehehe, siapa lagi kalau bukan adelya.

gambar-gambar lain dihari majlis..



seronok bila ada kawan-kawan sekolah yang berkunjung, kebetulan mereka pulang ke kampung, kawan yang seorang itu memang dah menetap dikampung mengerjakan tanah yang dimiliki sengan menanam pokok getah, moga usahanya beroleh kejayaan.. Jiran-jiran setaman di klang pun datang, mereka ini datang kerana nak makan patin tempoyak...memang en.azmi beli patin khas untuk mereka.
oh...lupa pula mama nak ambil gambar menu semalam, antara menu yang ada, kari kambing, ayam goreng berempah, patin tempoyak (lauk khas), jantung pisang masak lemak, tempoyak pucuk ubi, buncis goreng, tembikai, ais krim malaysia (yang ini memang laris dalam cuaca panas nih)


adelya dan kakak aimy, yang berlawan siapa yang buat peace yang betul..hehehe dua-dua pun betul tu. Adelya tu bertudung, berjubah tapi bukan main ganas lagi, main pakciknya siap bersepak-sepak lagi, adoiii...tapi memang nampak juga la keganasan adelya tu, hmmm... Macam tahu je ikut siapa tu hehehe...kalau kawan-kawan rapat mama mereka tahu,pasti ikut mama, kalau kawan baru je tak tahu hihihi sebab dorang kata mama lembut..itu mama yang sekarang, alhamdulillah dah bertukar dari ganas ke lembut. Pernah ada member lelaki cakap "kau ni kalau mengandung aku tak tahu macammana" hehehe...manusia boleh berubahkan.


Adelya tak habis-habis makan ais krim malaysia tu,sempat selfie dengan adelya je, abang-abang entah ke mana dah,tak sempat nak bergambar pun. Adrien petang tu berlari-lari jatuh di jalan tar, luka siku dan tapak tangan, takpe lah nak, itu baru namanya anak lelaki, zaman kanak-kanak itu, jatuh sakit dan luka barulah seronok, macam zaman mama kanak-kanak dulu, setakat jatuh luka itu perkara biasa dah...hihihi

Ok lah itu saja gambar dan cerita yang ada sekitar dua hari dikampung,anak-anak tak puas di kampung,tapi nak buat macammana mama kerja,anak-anak juga perlu bersekolah, petang itu sebelum balik, bereskan dulu pinggan mangkuk yang ada bersama adik-adik ipar, rasa tak selesa pula nak tinggalkan mereka sahaja buat kerja, tolong kemas apa yang patut, lepas maghrib kami bertolak balik, jalan jem pula, hampir pukul 12 baru sampai rumah.lenguh tangan memangku adelya.

Syukur alhamdulillah, segalanya berjalan lancar seperti yang dirancang, adik-beradik mama takde seorang pun yang datang sebab tiada siapa pun yang balik ke kampung, tak apa mama faham, nanti ada rezeki mama buat kenduri di rumah sendiri pula...inshaAllah.

Allahummasolli a'la sayyidina Muhammad
Waala a'li sayyidina Muhammad

Wassalam

Sunday, 7 February 2016

Balik kampung juga kita

Assalamualaikum....

Cerialah dapat pulang ke kampung

Menempuh perjalanan hampir 5jam bukan sesuatu yang mudah bila bersama anak-anak, mujur mama tak drive sendiri,mulanya mama nak drive sendiri saja bersama anak-anak kerana en.azmi tidak mahu pulang ke kampung. Mendengar mama mahu drive sendiri, adik offer diri untuk jemput memandangkan mereka (maktam & makngah)hanya berdua.

Meminta izin en.azmi terlebih dahulu, katanya baliklah kalau nak balik, ya mama memang nak balik memandangkan adik-beradik semua balik,lama dah tak berjumpa walaupun duduk bukan jauh sangat tapi kekangan masa untuk berjumpa jadi bila balik kampung dapatlah berkumpul dan membersihkan rumah pusaka arwah mak dan ayah.

Sedang mama mengemas baju,en.azmi ubah keputusan dia mahu mengikut pulang, ok cancel balik dengan maktam. Pukul 3ptg gerak balik sampai tol gombak kereta tidak bergerak, terus saja masuk ikut jalan lama rupanya perlahan juga,  oh ada jalan rosak patut lambat,lepas itu perjalanan kembali lancar.

Jalan lama yang berliku-liku itu,adam dan adrien tidur, adelya pula permulaan perjalanan sudah tidur,kini terjaga...apalagi muntahlah habis tudung dan baju mama,baju adelya juga. Selepas keluarkan isi perut adelya kembali tidur,lenguh bahu dan leher mama..layan sajalahkan, keluar dari bentong masuk highway,jalan masih sangkut tak bergerak-gerak, rupanya ada kemalangan.

Selamat tiba dikampung jam 8pm, perjalanan yang cukup lama,jika hari biasa dalam 2jam lebih sahaja,tak apalah sekali sekala kan. Makngah dan adik-adik sudah siap bungkus makanan di pasar malam mempaga, ye lah dirumah cuma ada pakjang yang bujang memang tiada makananlah jawabnya.

Malam ini tidur dikampung mama, petang esok ke kampung en.azmi pula, yelah peluang tidur dikampung sendiri bukannya selalu,dalam setahun boleh dikira berapa kali saja mama tidur disini,jadi hari ini balik ke sini dulu, biar anak-anak tahu mama mereka juga punya kampung walaupun tok dan tok wan sudah tiada,mulanya pelik juga anak-anak sebab balik ke sini kan,lepas beberapa ketika baru ok, bermain bersama sepupu mereka.

Kecik juga hati mama ni...manakan tidak bila anak-anak kata "tak mahu balik kampung mama" ye lah tak salahkan anak-anak pun sebab mereka jarang ke sini,hari-hari biasa balik pun jika dari kampung en.azmi, bila mama hendak ke kampung mama mereka tidak mahu mengikut,puas memaksa mereka tidak mahu, kali ini kita terus saja ke kampung mama dulu, jadi terpaksalah mereka mengikut...hehehe sebenarnya kampung mama dan en.azmi cuma 15minit perjalanan saja.

Oklah anak-anak pun sudah bangun,berhenti dulu membebel dipagi hari, menjenguk halaman rumah yang dah lama ditinggalkan, raya yang lepas je mama balik...huhuhu sedihnya, jika arwah mak dan ayah masih ada tentu keadaannya berbezakan,tapi itulah kuasa Allah, Dia lebih mengetahui segalanya,walaupun mereka tiada,hubungan kami adik-beradik tetap rapat.

Allahummasolli a'la sayyidina Muhammad
Waala a'li sayyidina Muhammad

Wassalam

Monday, 5 October 2015

aktiviti pada hari cuti aidiladha

Assalamualaikum....

Cuti aidiladha yang lepas mama ambil cuti 2 hari jadi dapatlah berlama-lama sedikit dikampung, maklumlah jarang-jarang balik kampung, jadi bila ada peluang kita cutilah lama sikit.

Cerita cuti aidiladha tak habis lagi ye...bertabahlah membacanya, tapi buakn nak cerita pasal raya, mama nak cerita pasal aktiviti mama,anak-anak dan family masa bercuti dikampung hari tu.

hari kedua dikampung...mama bersama buah hati ke temerloh membayar cukai tanah..tanah ladang dan tanah rumah. Sebelum pergi tu tanya mak mentua, boleh ke pergi bayar macam tu je, sebab geran tak de pada mama, kata mak mentua kalau takde geran takpe tapi kena ada slip bayaran yang sebelum nih, mama mana ada..sudahnya suruh makngah wasap je gambar geran pada mama.

Alhamdulillah orang tak ramai masa mama sampai ke pejabat tanah tu dan boleh je bayar cukai dengan hanya tunjukkan gambar geran ditelefon yang penting no lot tanah tu ada, kerana dah ada rekod bayaran sebelum ni, tapi kena denda la sebab lambat bayarkan, takpelah nak buat macam mana.


budak bertuah dua orang ni lah yang rajin ikut mama papa, abang adam memang tak mahulah mengikut,seronok duduk dirumah melayan youtube.kemain adelya bawa handbag tapi gaya ultraman.

lepas jumaat, berkunjung ke rumah kawan mama pula, sambil melawat sambil makan kenduri


mama dah ceritakan pun kisahnya pada entri yang lepaskan.

lepas balik dari rumah kawan mama, kami bertemu dengan family buah hati mama di star mall mentakab sebab ada aktiviti bersama sepupu sepapat buah hati mama...

inilah akivitinya...bukan wefie ye hahaha tapi main bowling, sebelum melempar bola ke longkang haruslah bergambar beramai-ramai dulu...mama macam biasalah jadi penonton je, belum masa nak tunjuk skill ahahah...pada hal takut malu baling bola masuk longkang je...


ini hari sabtu...takde tempat lain dah nak bawa anak-anak, ke kubang gajoh lagi la kita hehehe, sellau pegi pun tak puas-puas juga bebudak nih asalkan dapat main air kan, lepas ni mama nak usha-usha tempat lain yang berdekatan kot-kot ada yang menarik, abang adam kata ,lepas nih abang taknak pergi kubang gajah dah...sebabnya dia dah hilang google yang papa baru belikan...alahai abang sedih pula mama menengoknye.


Petang balik dari bawa anak mandi manda mama ada reunion dengan geng sekolah rendah pula...seronok sangat macam-macam nak cerita rasanya sebab dapat jumpa best friend masa sekolah rendah dulu.

Ahad pula...mama dengan buah hati beroperasi membersihkan rumah dikampung mama...adik mama lepas masuk hospital patah kaki tak duduk kat rumah,duduk dirumah kawan...


Alhamdulillah...dapatlah berkemas apa yang patut,itupun anak-anak mama tinggal je dekat kampung buah hati mama,ye lah jaraknya 10-15minit je naik kereta tak jauh pun...mama buat operasi didapur buah hati mama buat operasi diruang tamu dan di halaman rumah... penat hoii biasa buat ramai-ramai kali ni berdua je...

Itulah aktiviti yang agak padat waktu dikampung tempoh hari, apapun kepenatan yang berbaloi bila dapat penuhi apa yang telah dirancang dan yang tak dirancang,walaupun terpaksa bekejaran masa.

Allahummasolli a'ala sayyidina Muhammad
Waala a'li sayyidina Muhammad

Wassalam



Wednesday, 5 August 2015

makan durian kita

Assalamualaikum....

Balik kampung beraya hari tu,musim durian di Pahang,kat tempat lain pun sama la dah musim durian kan hehehe...sana sini orang jual durian, sampaikan masa raya hari tu mama papa pergi rumah member beraya bukan nak makan biskut raya,tapi bedal durian.. hahaha



Hero mama yang berdua tu memang suka makan durian,sekali makan ntah berapa biji,mama je tak makan hari tu,sebab perut memulas-mulas, risau je nak makan durian,sebab lepas tu nak berjalan jauh takut sakit perut ditengah jalan,jadi tengok saja anak-anak makan sambil telan air liur...huhuhu


anak dara mama ni, orang sibuk makan durian,dia sibuk tengok ayam..layannn

tapi kempunan mama untuk makan durian tu taklah lama,sebab raya ke berapa entah buah hati mama dengan abah mentua pergi beli dua bakul durian, 1 bakul untuk makan,1 bakul lagi untuk buat tempoyak,selamat dah mama bawa balik sebekas besar tempoyak..untuk buat stok, kat rumah dah habis hehehe...,rajinlah mak mentua dok asingkan isi durian untuk buat tempoyak,menantu dia ni dok tengok je...bagus punya menantu..


yang ini abah mentua beli dekat simpang masuk kampung...memang mabelles, mama dengan buah hati makan tak toleh kiri kanan, mak mentua kat belakang pun tak sempat mama nak pelawa..tup tup dah habis hahaha haru betoi menantu sorang nih, tapi memang puas hati dapat makan durian ni.

hajat nak buat durian chesse cake tapi tak terbuat-buat lagi..hehehe nanti lah tunggu mood datang..
tengok durian tu tetiba ailio menitik pulak...

Allahummasolli a'la sayyidina Muhammad
Waala a'li sayyida Muhammad

Wassalam

Monday, 4 May 2015

melawat kebun

Assalamualaikum....

Membawa anak-anak mama melawat kebun seorang sahabat mama dan papa, asalnya sahabat mama ini manager disebuah pasaraya,tetapi membuat keputusan untuk berhenti untuk mengusahakan tanah bapanya.

Tujuan utama berjumpa sebenarnya adalah untuk ini...


Nak rembat petai sebenarnya..kebetulan pulak memang mak mentua perlukan petai untuk dimasak dengan tempoyak ubi kayu masa kenduri hujung minggu ni..hai tak sabarlah mama nak makan ni hihihi menu kegemaran mama tu.


Seronok anak-anak bermain dipondok yang terdapat dikebun itu.mama dengan dress masuk kebun getah..oh ya kebun ini ditanam dengan pokok getah.. alhamdulillah kata orang berbudi pada tanah pasti akan membuahkan hasil. Moga usaha sahabat mama ini akan membawa hasil buat dia sekeluarga.. seronok juga punya kebun macam ni.. hai teringin pula tapi tak punya tanah dan tak punya modal..mampu berangan sahajalah nampaknya...

Sengaja bawa anak-anak untuk merasa suasana dikebun,tapi kebunnya pun tidaklah didalam hutan,ditepi jalan besar laluan utama ke temerloh,kalau dulu masa tiada highway LPT tu,jalan ini merupakan jalan utama ke kuantan dan terengganu..bila ada LPT kereta pun dah kurang menggunakan jalan ini,jalan lengang je,seronok pula dengan suasana redup pokok dikiri kanan jalan.

Pesanan buat anak-anak mama :

Kerja itu merupakan satu ibadah.. apa jua kerja kita...tunaikanlah ibadah itu dengan ikhlas dan bersungguh hati...inshaAllah pasti akan ada ganjarannya nanti

Wassalam



aktiviti bersama keluarga

Assalamualaikum...

Nyaman suasana pagi di kampung, syukur alhamdulillah masih diberi ruang untuk bernafas,mendengar kicauan burung,kokokkan ayam dan melihat hijaunya alam..

Ahad..aktiviti bersama keluarga,jiran sebelah rumah mentua buat kenduri kawin,semua gantung periuk kuali..jom makan kenduri..mujurlah mama ni jenisnya dari dulu lagi,akan spare baju kurung atau jubah,bukan apa pesan arwah mak mama,katanya senang takut2 nanti ada hal yang mengejut contohnya kematian...tapi sekarang memang tak kisah lagi sebab mama pakai dress jadi mudahlah, memang itu pakaian mama buat masa ini...bukan apa sehelai jeans yang mama ada pun sudah koyak, malas nak berganti..en.azmi suruh beli tapi mama malas belum terasa nak berjeans lagi,lebih selesa berdress...hihihi feeling princess..masuk kebun pun pakai dress hahaha

Cumanya jadi susah bilamana keluarga ajak main bowling sebelah petang,tidak lah susah mana pun,saja nak bikin susah sendiri sebab mama dah panas balik dari kebun takkan mama nak  berdress pula lagikan? Hehe...mujur ada skirt,laju2 mama iron kemeja dgn skirt kalau tak memang mama taram pakai dress je..  mulanya adik2 ajak tengok movie citer the avengers tapi mama tak mahu ikut sebab sebelum ni dah ada pengalaman bawa adelya,anak dara ni tak selesa,asyik menangis,mama taknak menyusahkan penonton lain jika adelya buat hal,mama suruh je mereka pergi nanti mama join masa main bowling,tapi kata abg ipar tak payah la tgk movie kita main bowling je..


Sementara menunggu semua sampai, mak2 sedara melayan anak2 main benda ini..seronok sangatlah anak2 mama sampai 2 kali naik...jenuh melayan.


Tujuan sebenar...hehehe mak dan abah mentua pun turut serta jadi penonton anak menantu main bowling..mama je tak main jadi penonton juga,teringin juga nak membaling,tapi nantilah dilain masa...

Adelya mood kurang ok dah sebenarnya, nak susu dan nak tido..mama cari kot2 ada disediakan tempat utk menyusu tapi tiada.. apa salahnya sediakan tempat utk menyusu sama,jika tempat utk merokok boleh disediakan, ini kerana ibu menyusu pun ingin beriadah juga.. adelya ni kalau tempat ramai macam tu dia taknak menyusu secara terbuka, tak selesa mungkin,mama bagi sekejap lepas tu dia taknak,mama bagilah air sahaja.. kemudian mama tepuk2 bagi tido.. akhirnya tidolah sekejap.. alhamdulillah walapon mengantuk dan lapar susu anak dara sorang ni masih baik,tidak mengamuk-ngamuk...biasa yang tantrumnya abg adam lah,semalam pun nak mengamuk juga sebab taknak balik nak main bowling lagi.. mama tak pernah cerita lagi pasal abg adam yang tantrum kan..nantilah mama cerita.

Balik dari main bowling singgah makan di lanchang,sinar tomyam..ada makcik jual sate,kata adik ipar satenya sedap, kami pun orderlah..hmm memang sedap nak pulak yang daging,mama biasanya tak suka makan daging tapi kali ni mama banyak makan daging..juicy je rasa..
satu lagi hal yang jadi,kali ni adrien pulak buat hal nak buang air,tapi dah dibawa ke toilet tapi taknak membuang.. yen nak kencing kat rumah katanya.. orang tengah makan dia dok berzikir.. jom banggik..jom banggik.. adoiii tak sempat kunyah terus telan je makanan tu dibuatnya...hahaha kerana adrien semua makan dengan laju..tak sempat nak menghayati rasa makanan...

sekian cerita panjang mama kali ni..

Pesanan buat anak-anak mama :

Luangkan sedikit masa yang ada untuk bersama keluarga...kerana kita tidak tahu bilakah kita dapat bersama mereka lagi...

Wassalam

Sunday, 3 May 2015

bukan mama tak sayang

Assalamualaikum....

Masih dikampung,pagi yang sejuk mendamaikan dengan kokokan ayam serta kicauan unggas...eceh kemain lagi mama ye...

5.30am dah terjaga sebab sudah terbiasa tetapi tidak tahu nak buat apa baring2 sahaja,mata tidak mahu terpejam lagi. Tulislah sesuatu disini.

Semalam abg adam buat perangai, abg adam ni kadang2 bole jadi tantrum tau kalau apa yang dia nak tak dapat.. semalam mama suruh stop tengok youtube dan pergi mandi,dia protes juga dengan muka yang masam,tidaklah mengamuk macam biasa tapi dia pergi main botol untuk isi kekacang bg majlis kawin adik ipar akak nanti,sampai pecahlah botol tu sebiji..hei geram pulak mama dibuatnya,kena la sebijik dengan mama,dah dicakap elok2 pun dibuat juga.

Mama sekarang ni kalau depan tok dengan wan pun mama marah je anak2 kalau dulu mama control juga,takut juga kan,tapi tidak bole jadi sebab nanti anak2 fikir kalau ada tok dan wan dorg bole buat perangai...hahaha jadi sekarang mama nak cubit pun mama cubit je..kalau ada buat salah la,kalau tak buat salah buat apa nak cubit pulakkan.

Mama marah pun bersebab bukan sebab botol pecah kerana botol pecah inshaAllah mama bole ganti tapi mama marah kerana yang akhirnya benda itu menyakitkan abg sendiri,dah kaki abg luka terkena serpihan kaca,jari mama pun terbelah juga dah tak pasal2 jadi mat saleh celup makan nasi dengan sudu garfu...hewhewhew.

wan tanya nape abg tu? Pecahkan botol mama cakap...kena marah la muka gitu.. kata wan lagi..hehehe mama cakap..aah..
dah nok pecoh,nok goner ke pulok..

Pesanan untuk anak-anak mama :

Mama membebel bukan kerana mama marah tapi mama membebel kerana mama sayang... mama faham sangat sebab mama dulu pun pernah kecik dan selalu memberontak bila kena marah tapi bila dah besar ni baru mama tahu ibu bapa tu marah membebel sebab mereka sayang,mereka nak kita jadi orang,orang yg tahu erti tanggungjawab.

Wassalam

Saturday, 2 May 2015

syoknya main air tu

Assalamualaikum...

Alhamdulillah selamat sampai di kampung,walaupun agak lewat dari biasa dan sempat jugalah adrien dan adelya termuntah,mungkin sebab ikut jalan lama yang berpusing sedikit ditambah pula dengan cuaca yang agak berbahang,hinggakan mama pun dibasahi muntah adelya..adrien muntah sbb tengok adelya muntah...hahaha

Terima kasih buat yang mendoakan perjalanan kami selamat.

Dekat kg...memang tak sabar dua beradik tu nak mandi kolam sebab dah tau en.azmi bawa balik kolam,sampai bingit telinga dibuatnya. Masa pokde tengah pam angin kolam memasing tak sabar nak masuk.


Tengoklah tu seronok sangat main air, adelya pun sama je,baru dapat rasmi kolam yang makngah belikan hari tu.. hehehe punya lama baru nak rasmi.. kat rumah sana tu takde awning,panaslah nanti..

Pesanan buat anak-anak mama:

Jangan malu jika terlihat miskin,tapi malulah ketika kita berpura-pura kaya.

Wassalam


Monday, 16 March 2015

makan kenduri

Assalamualaikum...

Tujuan utama balik kg kali ni sebab nak pegi kenduri kawin dirumah sedara en.azmi.

Jam 12 baru gerak ke jengka 14,kitorg bawa kereta abg ipar akak,sebab kereta akak tinggal untuk dibaiki.sayangnya kereta abg ipar akak tu aircondnya tidak kuat...dah mcm dlm ovan kami dalam kereta tu,dah la cuaca panas...hahaha dok gelak je dgn adik2 ipar dan en.azmi,en.azmi siap ckp cair la mekap memasing,sudahnya kitorang buka tingkap je...hihihi ala...kereta lama,abg ipar akak beli rm1500 je,tp enjinnya ok.. Kereta puegeot tu tp yg lama pny la.

Sampai ke rumah kenduri perut dah lapar,kita makan dulu sebabkan sampai agak lewat,lauk pun dah kurang jadi kita bedal je apa yg ada..


Gelagat anak-anak dirumah kenduri.tak duduk diam,nak pulak tuan puteri akak tu,rata dia nak pegi.

Masa balik memang panas giler,adelya akak bukakan baju, lepas tu abg adam & adrien pun sama buka baju,tak tahan panas,buka tingkap depan belakang hahaha...sejuk juga la kan.

Wassalam


Sunday, 15 March 2015

moh berkubang wehh

Assalamualaikum..

Balik kg kita sbb ahad ada jemputan kenduri dirumah sedara en.azmi.

Sabtu petang ramai-ramai pergi berendam..,

Kubang gajah waterpark


Walapon kawasannya tidaklah luas mana dan lebih kepada kanak-kanak tetapi yang dewasa pun seronok juga berkubang main air.

Hari tu abg adam dan abg adrien je yang pergi kali ni,semua pun join.best juga bawa anak-anak bermain air,adelya bukan main berani nak jalan sendiri dalam air,akak biarkan aje, jatuh dalam air gaya lemas je,bole dia bangun senyum2 lagi tak serik,gelongsor tu pun bape kali dia ajak main,sampai mama tak larat nak panjat tangga.

Abg adam dan abg adrien jgn cakaplah,kalau bole takmo balik,kena paksa balik abg adrien tu membebel je,tu ada je org tak balik lg...hahaha takpuas hati la tu bila mama cakap, tempat tu da nak tutup,tapi dia tengok ada orang dok mandi lagi...nanti kita datang lagi ye.

Wassalam

Tuesday, 24 February 2015

ibu mertuaku

Assalamualaikum...

Tengok tajuk dah macam citer p.ramlee...hehe tapi ini bukan ibu mertua kassim selamat ye,ini ibu mertua akak.

Malu nak citer,kalau balik kg akak memang duduk goyang kaki je,mak mertua yg masak,segan pun ada...




Ini..pepagi akak bangun tengok mak mentua dah sibuk kat dapur, eh mak masak apa pagi2 ni? ni ha mak masok nanti awok bawak bekal balik,senang dah takyah nak masak nanti penat..tengok tu terharu akak dibuatnya,siap dibekalkan tempoyak pucuk ubi kegemaran akak lagi..nangis dalam hati..sobsobsob... tq mak..orang sayang mak ketat2..

sebenarnya..bila akak renung balik..apa yg akak dapat? perangai mak mentua akak nak sama macam arwah mak akak, kalau pepagi akak bangun terdengar mak & abah mertua berborak..sama je pe'el macam arwah mak & ayah akak..dulu2 pepagi bangun tido benda pertama akak dengar suara dorang berbual..memang sebijiklah..itulah Allah ambil mereka Allah gantikan dengan mak & abah mentua. bab baik tu toksah citer la,memang samalah,kalau boleh anak2 balik semua bena nak disediakan.. macam bekalan ni jugaklah..yg mana anak suka kalau boleh masa anak2 balik tu lah dorang nak sediakan sampaikan sengkak perut ni ha...

terima kasih mak...

wassalam




Sunday, 22 February 2015

bunga nenas,ais krim pasu

Assalamualakum...

Hari ni kata en.azmi nak bagi mak rehat tak payah masak,jadi dia ajak makan kat luar. Lepas zohor gerak ke mentakab adik2 ajak makan ayam penyet kat star mall.pastu layan anak2 bermain pulak


Semua pakat naik haiwan yang bole gerak tu,mak2 sedara jadi mangsa kena bawa,mama pegi beli kasut dorng naik sampai 2round,adelya pun kemain suka siap lambai2.

Kemudian ke TF temerloh abah nak beli barang dapur. Kat sini lak 1st time


Makan aiskrim pasu,siap isi jelly macam tu,adrien kata cacing hahaha...rege rm9 sepasu,kalau pulangkan pasu dapat rm0.50.


Ini pun 1st time,cantik bole buat bunga tangan ni cuma tambah riben dah hias sikit hahaha, bunga nenas namanya ni sebelum ni akak memang tak pernah tengok.

Malamnya en.azmi ajak makan diluar lagi sebab semua dah penat nak masak.

Wassalam

Kejohanan Silat Olahraga

 Asalamualaikum... Mga kita semua didalam lindungan dan redha Allah swt. 3,4 dan 5 Mac anak-anak mama menyertai satu lagi kejohanan silat. K...