Wednesday 27 February 2019

Hari ni nak makan dekat luar lagiii

Assalamualaikum...

Weekend lepas memang mood memasak ke laut dalam, jumaat petang mama dah bagitau en.azmi mama malas masak nak makan dekat luar je, lagipun memang dah lama kami tak makan diluar jadi memang patutlah mama rasa malas nak masak kan hahaha (alasan sangat tuu mama..). Bila tanya anak-anak nak makan apa? Pantas je adrien jawab chicken chop heheh..mama tahu dah.

Fikir punya fikir mana nak pergi kita singgah paktam je la kan senang sebab sekali jalan je dengan tempat lain yang mama nak pergi. Kalau nak ke kedai chicken chop murah di jalan kebun laluan tak sama dan menyimpang jauh, untuk jimat masa kita pergi dekat-dekat je la. Pak tam seafood, sebelum ni pernah la makan disini, ok juga makanannya jadi bolehlah kita ulang pergi kan. Macam biasa anak-anak dengan chicken chop dan fresh orange,mama bihun goreng, en.azmi nasi goreng. Sesekali makan diluar ceria anak-anak.

Ambik gambar lama je yang masih ada tersimpan masa makan di paktam juga nihy
Sabtu malam tak masak juga, kami makan steambot & grill, mama dah cerita pasal ni dalam entri sebelum dengan panjang lebar gituu jadi tak perlulah mama tulis lagi dekat sini kan. Penat nak menaip dengan enfon ni selalu typo jek kikiki nak salahkan screen kecik tapi sebenarnya jari jemari sendiri yang lebor asyik tersalah tekan huruf je. Apa yang boleh mama kata rizqin steambot & grill tu sedap terutamanya daging mix herbs nya... Rasa macam nak pergi lagi je nanti. Makan sambil rilek-rilek je, tak sedar berulang tambah makanan.

Ahad malam..adelya datang dekat mama.."mama yaya rasa malam ni nak makan dekat luar lagi la,nak pergi paktam" amboi-amboi dia tuuuu... Nak makan luar lagi ye. Nasib baik la mama ko penyakit malas masak tak hilang lagi,so kita paksa en.azmi keluar lagi wakaka,tapi takdelah nak ke paktam lagi kan kita cari maktam ke maklong ke pulakkk. Dah alang-alang nak makan kita isi minyak kereta dulu. Balik tu singgah kedai dekat simpang jalan sukepi je, nampak ada jual lempeng terus anak-anak order lempeng.


Tengoklah tu semangat makan lempeng, sebelum tu adrien ni dah bising "lambatnya lempeng ni, bukan ke senang je nak buat lempeng"😂..amboii pandai sangat dia tu, kedai baru pekerja pun.tak.ramai kan,kita bersabar sikitlah,lagipun kita takde kalut nak pegi mana pun. En.azmi order nasi goreng daging, yang sampai nasi goreng ayam sebab dagingnya habis, alhamdulillah ayam pun sedap digoreng garing bersama sos thai,mama makan nasi goreng cendawan. Di sini juga ada cendol,abc, ais kepal milo dan banyak jenis makanan jugalah. Adrien lepas habis lempeng dia bedal nasi goreng mamapapa lak lempeng sikit kata dia...heheh. Nanti.nak cuba kedai sebelah pulak yang jual aneka sup, hari tu bungkus sup daging..sedaplah.


Rezeki dikongsi bersama...setiap kali hari gaji mama niat akan beri sesuatu pada anak-anak mengaji, konon hajat nak buat chesse cake  bulan ni tapi malas pulak nak ke bakery,masa hari gaji tengok dekat ruang legar bangunan ada orang jual macam2 jenis biskut, jadi untuk kali ni mama belikan biskut sajalah, bulan lepas bagi kek batik hehehe...itu je la pun yang mampu mama buat inshaa Allah niat tu nak buat berterusanlah kan,moga Allah izinkan. Nak cuba sesuatu walaupun nampak kecil je... Kata ustaz "buatlah kebaikan atau amal soleh walau sekecil apapun sebab kita tak tahu yang mana satu diterima Allah dan membuatkan kita masuk syurga dan jangan buat kejahatan sekecil apapun kerana kita tak tahu yg mana satu akan menyebabkan murka Allah dan membuat kita dicampak ke neraka".

Wassalam

Monday 25 February 2019

Tetamu comel

Assalamualaikum...

Ada orang kata jika kucing datang pada kita jangan dihalau sebab Allah datangkan kucing-kucing ini pada kita. Jangan sia-siakan haiwan yang datang ke rumah kita berilah makanan kepada haiwan. kerana ia juga merupakan rezeki buat kita.

Dirumah mama tu ada la tetamu-tetamu comel.Mulanya ibu kucing ni datang dan bersalin dirumah mama, jadi kami kesian lalu sediakan kotak untuk ibu kucing dan anak-anaknya. berikan makan semualah sebab kasihankan masih dalam pantang, setelah beberapa hari ibu kucing membawa anak-anaknya yang 5 ekor itu ke rumah jiran lain, mama tak kisahlah sebab bukan kucing mama pun tapi anak-anak mama tu sedihlah pulakkan. mama cakap biarlah sebab bukan kucing kita pun kan.

Beberapa hari kemudian datang balik ibu dan anak-anak kucing ini ke rumah mama, lama dah juga duduk dekat depan umah tu memang kami bagi makanlah dan anak-anak pun dah mula sayang cakap kucing mereka dah, yang mama ni memang taknaklah membela kucing tu bukan sebab apa nak menguruskan sisa najisnya tu kan kalau setakat bagi makan je takpelah jugak, tapi setakat ni anak-anak kucing tu memang membuang depan rumah kami je lah, takdelah pergi ke rumah jiran untuk membuang, tapi masih  tak sedap hati jugaklah.

Ada juga tengok video ustaz cakap kalau nak menjaga kucing pun jangan sampai menyusahkan jiran-jiran, nak bagi makan kucing pun kena tengok jugak sebab kucing ni ada satu sifat kalau kita bagi makan dia akan panggil kawan-kawan lain makan jugak, tapi kucing dekat rumah tu takdelah panggil kawan-kawan lain, cumanya itu lah anak-anak kucing tu sedang dalam fasa bermain agaknya seronok bermain sama-sama kadang-kadang dah masuk pagar rumah jiran sebelah, jadi tak sedap hati pulaklah mama ni kan. tadi dah minta untuk en.azmi letak kucing-kucing tu di tempat lain, letak sajalah berhampiran kedai ke kan tempat yang mudah kucing-kucing dapat makanan kan. Bukan apa takut makin lama akan lebih menyusahkan jiran-jiran lagi.


Tengok muka-muka comel ni rasa sayang pulak tapi itulah hubungan dengan jiran pun perlu dijaga juga kan. Kita cubalah cari jalan penyelesaian yang terbaik lepas nih walaupun mama tahu anak-anak akan sedih dan marah tapi apa boleh buat..terpaksa buat jugalah nampaknya kan. Mama pun sedih juga ni, terbayang wajah-wajah comel ni yang selalu menyapa bila pintu dibuka, nak tunggu balik kampung dan tinggalkan di kampung rasa sesuai tak ye? haishhh serba salah pulak dibuatnya. Masih berfikir-fikir..siapa boleh bagi idea, ce kongsi sikit dengan mama nih, supaya keputusan yang akan dibuat tak menjadikan mama sedih dan serba salah.

Wassalam.

Sunday 24 February 2019

Rizqin Steambot & Grill

Assalamualaikum

Entah la kenapa sejak akhir-akhir ni malas betul mama nak memasak, mungkin sebab en.azmi selalu ambik alih bab memasak eheh... Sabtu pagi en.azmi kerja, jadinya mama cuma masak nasi, goreng ayam je..makanlah dengan kicap aduhhh malass betullah. Anak-anak takde masalah ayam goreng dengan kicap pun makan bertambah-tambah, kalau adrien lagi senang nasi dengan telur mata je sekarang ni yang dia laju. Lagi pulak malam ada pasar malam, jadi kita ke pasar malam je la.Lepas maghrib ke pasar malam sebab mama nak beli selipar, selipar yang ada dah putus talinya. Tapi macam biasa bukan mama je yang beli,yang paling sibuk memilih tentulah anak dara sorang tu kan.

Dah dapat semua yang dicari baliklah,mama tak beli pun makanan sebab mama tahu nanti mesti ada yang tak habis dah tentulah mama ni yang kena habiskan. 3 hero beli kerabu megi, adelya dengan cendawan chesse,itu je makanan yang dibeli. Balik tu macam yang dijangka adrien makan tak habis pun, mama lah yang habiskan, siap makan tengok tv la sekejap, malam minggu ni tidur lambat sikitlah.

Tetiba en.azmi dapat call dari ibu ajak pergi makan, walaupun mata dah layu kita ikutlah, naik satu kereta je sebab abg aliff dengan abg ariff taknak ikut. Kami pergi makan dekat-dekat je di Rizqin steambot & grill di Jalan Kebun. Dalam rasa perut dah hampir penuh tu, ambik jugalah bahan-bahan untuk grill ada kambing,daging & ayam black pepper, daging mix herbs, ayam madu. Mama ambik juga udang dan kerang, mulanya ambil sikit je sebab takde rasa nak makan banyak pun, untuk steambot ambik sup & tomyam. Untuk sup mama cuma letak udang,karot dan cendawan tiram,ambik tu sebab adrien adelya suka sup,bertambah-tambah jugalah makannya, abg adam makan kuah tomyam. Mama makan juga sup tapi lebih pada grill.. Ehhh tetiba sedap pulak sudahnya berulang-ulang mama dan en.azmi ambik makanan,grill yang paling sedap bagi mama daging mix herbs mama yang kurang suka daging ni boleh makan banyak pulak, selain daging mix herbs yang lain-lain pun sedap jugak. Anak-anak makan udang dan kerang.

Mula-mula ambik sikit je konon kenyangkan taknak makan banyak..sekali sedapp wehhh
Alhamdulillah semuanya sedap pada tekak mama ni. Bayaran ikut kepala untuk dewasa rm20 seorang dan kanak-kanak rm9 seorang. Kira oklah sebab bukan mama yang bayar kikiki, aboh yang belanja alhamdulillah...moga terus murah rezeki abah. Sebelum ni mama risau juga nak bawa anak-anak makan steambot sebab takut terlanggar saluran gas tu kan sebab pernah makan juga lama dulu masa anak2 kecik lagi,tapi makan tak tenang takut anak2 tersepak wayar gas tu kan, tapi makan dekat sini takdelah mama risau sebab kawasan terbuka dan meja pun jarak2 nak ulang ambik makanan pun tak risau anak pergi refill air sendiri je pun mama ok. Sebenarnya dekat area jalan kebun ni banyak kedai makan, cuma tak sempat mama nak citer je. Habis makan jam dah 11 lebih, balik rumah suruh abah drop dekat gate je,lepas tu kami anak-beranak berjalan sampai rumah, takdelah nak takut pun sebab waktu tu masih ada jiran yang berbual diluar. Haa dekat rumah mama ni ada juga yang jumpa makhluk lain dan pencuri pun ada...moga Allah lindungi kejiranan kami inshaa Allah.

Wassalam

Tuesday 19 February 2019

The Biggest Loser

Assalamualaikum...

Alhamdulillah KOSPEN PLUS DOSM Selangor dengan kerjasama PKD daerah petaling, kami telah  menganjurkan program The Biggest Loser bagi staff yang overweight dan obes tahap 1,2 dan 3. Mama pernah cerita sebelum ni yang mama telah dilantik sebagai pakar rujuk kospen plus, mesti ada yang tak ingat tu kan hehehe..takpe kospen plus diwujudkan bagi tujuan untuk memantau penyakit tidak berjangkit non-commnicable diseases (NCD), setakat ini 3 saringan telah diadakan, untuk saringan ketiga baru2 ini kami telah memutuskan untuk mengadakan program the biggest loser ni lah.

Hasil dari saringan ke 3 doktor sendiri telah pilih siapa yang patut sertai program tersebut. tiada paksaan pun untuk sertai program ini cumanya kami galakkan lah bagi yang terpilih itu untuk sertai bukan sekadar nak rebut hadiah yang ditawarkan tetapi untuk kesihatan diri jugakkan. Alhamdulillah penyertaan ramai dan terbahagi kepada 5 kumpulan. Mama terpilih jadi ketua kumpulan pulak tu adehhh..nak kena pantau pemakanan dan aktivi ahli kumpulan dan beri info tentang pemakanan sihat. peserta perlu update pinggan sihat iaitu makanan sihat yang mereka ambil dan aktiviti sihat yang mereka lakukan.

Setiap peserta perlu memuatnaik apps MyNutriDiari 2 ke henfon masing-masing dan mendaftar disitu, maklumat tak lah sulit sebab pihak kkm akan dapat maklumat kita. melalui apss itu kita boleh lihat contoh makanan sihat dan apa jenis makanan yang boleh kita ambil. kawan2 pun boleh cuba install apps ini jugak dan boleh mulakan gaya hidup sihat dengan mengambil makanan sihat serta melakukan aktiviti sihat. setiap hari kita perlu berjalan 3000 langkah, ada apps juga yang boleh kita install untuk tahu berapa langkah yang telah kita buat., menarik bagi mama, bersemangat pula rasaya.

apps MyNutriDiari 2
Mari mama share sikit info, mana tahu ada yang perlukan

Syarat waktu makan

Jangan skip waktu makan nanti akan rasa lebih lapar. Ada 2 option :
 Option 1 : Dalam tempoh
7.30 - 9.00 pagi - breakfast
10.00 - 11.00 pagi minum pagi
3.30 - 4.30 ptg - Minum petang
6.00 - 7.00 ptg - Dinner (bagi yang tak tahan lapar)

Option 2 : Dalam tempoh
7.30 - 9.00 - breakfast
12.30 - 2.00 ptg - lunch
6.00 - 7.00 ptg - Dinner (bagi yang ok)

Semua pengambilan makanan perlu seimbang (suku-suku separuh)
1. Carbo (suku)/(sebesar penumbuk masing-masing)
2. Protein (suku)/(separuh tapak tangan)
3. Fiber (separuh) - raw/stim/rebus

Untuk breakfast dan lunch wajib 1,2 & 3
Untuk minum petang - green tea + biskut jacob (fiber)/ 6 ketul kacang/ lain2 makanan yang sihat no junk food/biskut berkrim/biskut bergula
Untuk dinner - cuba ambil 2 & 3.

contoh pinggan sihat suku-suku separuh

Kalau nak berkesan sila tolak makan yang bergoreng dan banyak perisa, minuman bergas/ bergula.

info :

1. Semua jenis sos dan kicap mengandungi gula dan garam yang tinggi, boleh menyebabkan sukar untuk mengurangkan berat badan.
2. Air yang cukup, air membantu untuk mengurangkan berat badan dan nyah toksid. untuk berat 25kg perlukan 1 liter air, jadi boleh kira berat berat kita dan berapa liter air yang kita perlukan, kalau berat kita 50kg jadi kita perlukan 2liter air sehari.
3. Makanan yang digalakkan - stim, rebus, bakar, kurang gula dan garam. Dah lama-lama nanti kalau dah terbiasa akan jadi sedaplah makanan sihat nih. cubalah..

Mama pun nak cuba juga untuk mulakan pemakanan sihat nih maklumlah usia dah menginjak dewasa kan hehehe..perlu juga amalkan gaya hidup sihat nak ajak anak2 berjoginglah nanti atau berjalan2 saja, bukan apa dah lah jadi pakar rujuk, jadi leader lagi takkan leader nak tunjuk contoh tak elok pulak nanti anak buah dapat berat badan ideal,leader pulak bmi ke laut dalam kikiki...

bertugas pada hari saringan dijalankan
Kita kena tahu berapa jumlah kalori yang kita perlukan setiap hari dan perlu tahu setiap kalori yang terkandung dalam setiap makanan, rasanya ramai yang dah tahukan, tak pun boleh tengok dekat website kkm. Kalau dah termakan lebih kalori kita kena bakar baliklah kalori yang terlebih tu dengan melakukan aktiviti fizikal. ehhh banyak nih kalau nak cerita kikiki..macam hebat sangatlah pulak nak bercerita bab kesihatan ni, mama pun baru je belajar2 dengan kawan dekat ofis nih, sebab dia memang buat semua ni dan siap masuk program diluar lagi, tapi memang nampaklah perubahan dia tu, dulu badannya boleh tahan besar dan sekarang halus je orangnya. cuma satu je lah bila dah dapat berat badan ideal tu yang paling susah lepas tu adalah nak kekalkan semua yang kita dah dapat tu. kadang2 terbabas jugaklah bab makan tu, tapi kita perlu ada cheat day jugaklah kan hehehe.

Ok lah nanti mama akan update pula siapakah pemenang untuk program ini tapi 3 bulan lagilah, kata doktor sebaiknya 6 bulan jika nak nampak kesan yang lebih sebab 3 bulan ni singkat sangat tak banyk yang boleh turun, tapi kami cuba 3 bulan dulu.

Wassalam

Sunday 10 February 2019

Pantai Sepat, Kuantan

Assalamualaikum...

Setelah 3hari 2malam dikampung mama, kembali ke kampung en.azmi. Esoknya semua orang rancang nak berkelah di pantai,kita ikut saja,mulanya tok cadang nak bawa cucu2 dia ke jengka wonderland tapi en.azmi taknak baik ke pantai je katanya, takdelah banyak sangat belanjanyakan. Malam tu semua sibuk memasak bekalan untuk berkelah,mama cuma buat kek batik je atas permintaan en.azmi,ecehh senang saje tu kan,tak sampai setengah jam siap.

Rabu pagi..dalam pukul 10 pagi kami gerak ke pantai sepat kuantan dengan 2buah kereta, perjalanan tenang2 saja takde nak rushing pun sebab memang rancang nak lepak tepi pantai je, dalam 12.30 sampai la pantai,cari tempat nak lepak,lepas tu sampailah pakcu sekeluarga,pakcu memang duduk kuantan pun,kemudian acik imah pun sampai,acik imah dari rumah mertuanya yang memang dekat dengan pantai sepat tu. Sambil buka bekalan buat bakar2 juga ayam,sotong,ikan dan sosej yang dibawa pakcu, memang sedaplah makankan. Tak kisah lepak sampai petang sebab kedai runcit dekat,masjid pun dekat.

Nice view...anak dara mama sorang2 tepi pantai gayanya
Seronok anak2 mama dapat ke pantai,tak sabar nak mandi masing2 mama memang tak mandi la,mujur ada mak pak sedara yg melayan anak2 mandi. Mama ni bukan taknak mandi tapi kulit muka mama ni entah allergic ke apa kena angin pantai pun dah mengelupas kulit dan pedih,kalau kena air laut tu tak tahulah apa jadi. Mama memerhati dari jauh je la.

Pakat tanam abg adam dalam pasir, mama ke pantai la kejap ambikkan gambar tak boleh lama2 panas.
Tak lama pun lepak pantai dalam pukul 5 kami dah kemas2 nak balik, lepas tu singgah kedai ghani black nak beli keropok keping dan keropok lekor untuk bawa balik rumah. Siap beli keropok terus gerak balik tak singgah mana2 lagi dah. Lepak2 santai macam tu lebih seronok bagi mama. Sampai rumah sebelum maghrib..alhamdulillah kiranya masa diurus dengan bagus disitu hehehe... Mama sibuk suruh anak mandi semua, paklong pun sibuk didapur masak untuk makan malam, lauk sardin dan sup ayam yang sedap bertambah2 makan malam tu. Rasa sup yang mama suka pedas2 dan masam2 sikit.

Keesokannya tak kemana-mana lagi duduk dirumah saja,adik2 ipar dah mula bekerja jadi kita lepak2 dirumah sajalah. Macam biasalah kalau dirumah mertua memang mama,lepak betullah, masak pun jarang memasak bila ada permintaan saja,ada tak ada menyapu dalam rumah, basuh kain itupun baju family sendiri je la dan lipat kain. Jumaat lepas zohor kami gerak balik rumah sendiri dah,perjalanan alhamdulillah tak sesak,cuma cuaca agak panas sekarang,aircon pun tak terasa sangat dalam kereta. Seminggu bercuti rasa sekejap ke, inshaAllah ada rezeki dan umur panjang raya pulak kita balik agaknya sebab talde dah rasanya cuti yang macam ni melainkan cuti sekolah mac nanti.

Luangkan sedikit masa untuk bersama orang tua selagi mereka ada,walaupun kami dah lama sangat tak balik,kali ni berusaha juga untuk balik,alhamdulillah Allah permudahkan.. Kata ustaz kita doa untuk rezeki yg baik nak jumpa mak ayah pasti Allah tunaikan, berbakti pada mak ayah itu umpama kita menyusun tangga ke syurga.

Wassalam

Thursday 7 February 2019

Operasi besar-besaran

Assalamualaikum...

Hari  ke 2 dikampung mama,pagi tu kami ke temerloh ada benda yang hendak dibuat, makngah nak ke pejabat tanah bayar cukai, mama pun ada benda yang hendak dicari. Masuk satu kedai cari barang yang hendak dicari tapi tiada,bertanya pada yg menjaga kedai akhirnya diberitahu mana ada jual.

Sebelum ke kedai yg disebut kita isi perut dulu,makngah ajak makan sushi,mama ni tak pernah makan pun dekat sushi king tu dah makngah ajak kita follow je,masuk sushi king dekat semantan walk tu. Tengok menu dan order,haruslah mama pilih yang berasaskan nasi. Sushi yang dok bergerak tu mama ambik satu je entah apa nama eh idak le mama tau, yang pasti edamame tu sedaplah ditekak mama ni. Selesai makan terus ke kedai Kaid Johar namanya mencari barang mama,alhamdulillah yg dicari tu ada..eh ada lagi yg menarik.disitu tapi memang tiada dalam bajet kita tunggu dululah balik lainkali mama beli. Lepas tu terus balik.


Cadang nak mengemas diluar rumah pula petang tu tapi cuaca sangat terik pukul 6 baru redup dan kami mula membersihkan dihalaman rumah petang itu, dibelakang belum lagi. Hari ketiga ibu dan abah sampai jadinya bermula pagi kami operasi besar-besaran, untuk hari ketiga tugas mama memasak didapur, petang baru join kemas dibelakang rumah pula, mana pokok yang dah tua kami tebang dan biar sedikit lapang,rasa macam nak tanam pokok kelapa lagi dekat belakang tu sebab mendatangkan hasil. Buah kelapa yg ada tu ada yg membeli,kalau tanam lagi banyak tentu lebih banyak hasilnya dapat juga duit poket untuk pakjang nanti...inshaa Allah dengan izin Allah.


Kite bakorr...kite bakorrr...yaaa kita bakor daun2 yang luruh,pokok yang dah tua kita kasi tebang tapi takdelah semua yang dah tak berbuah tu kita tebanglah. Bila dah tebang tu nampak lapanglah sikit,tanah pun luas lagi belakang dan tepi rumah tu,kot kalau nak buat sebiji dua rumah lagi tu boleh agaknya tu. Alhamdulillah dengan izin Allah rancangan nak bersihkan rumah berjalan dengan baik walaupun tak semua balik. Esoknya rabu mama tak dapat tolong dah sebab mama dah ke rumah en.azmi. Makngah,ibu dan abah meneruskan usaha mengemas lagi. Kalau takde plan apa2 dengan FIL mungkin mama tolong juga tapi ada rancangan lain tak dapatlah tolong tapi takpe taklah ralat sangat sebab dah tolong sebelum tu kan.

Pergi mana dengan family in law?? Nantilah mama cerita lagi esok hehehe...nak bagi banyak sikit ceritakan.

Seboleh mungkin kita bahagikan masa sebaiknya untuk kedua2 keluarga, dalam pada dok dengar orang cerita yg tak elok tentang mertua, mama rasa bersyukur sebab dikurniakan family in law yg baik.dan memahami, mama balik kg 2hari tak jenguk muka dirumah mertua pun mereka tak kata apa,siap kirim ayam sekor lagi untuk kami masak hari tu,itu kalau mama minta masakkan pun mesti boleh tu kan. "Maka nikmat Tuhan yang manakah yg hendak engkau dustakan"

Wassalam

Tuesday 5 February 2019

Rindu

Assalamualaikum....

Cuti chinese new year, ambil peluang cuti seminggu jugak,balik kampung sebab dah lama tak balik. Dah 2 hari mama dikampung mama,anak2 dikampung en.azmi. En.azmi pulak ulangalik dari kampung dia dan ke kampung mama. Sajalah bagi peluang anak2 berlama2 dikampung en.azmi dan mama nak berada seketika dikampung mama. 2 hari tanpa anak2 mama is ok je.

Menu dari dapur arwah mak..telur dadar,sayur campur, rendang ayam (ayam import dr rumah mertua) & ikan goreng
Rindu yang tak pernah berhenti, 2 hari di kampung mama memasak didapur arwah mak..rindu wehhh. Kalau dulu memasak dengan arwah mak mulut bising dok.tanya mana garam,mana kunyit? Ni garam nak letak banyak mana? Ikan nak goreng berapa ekor? Hehehe...bukan sebab tak reti tapi sebab nak bersembang dengan mak,lepas tu mak membebel mulalah berbulu telinga, tapi percayalah irama bebelan itulah yang dirindui hinggz kini,bagi yg masih punya mak ayah tu hargai tiap masa bersama. Bila mereka tiada kita cuma boleh terkenangkan saja kenangan dulu.

Cuti lama ni balik mengemas rumah dikampung,hari pertama operasi dalam rumah, hari kedua diluar rumah, hari ketiga ibu abah sampai dorang tolong habiskan operasi.diluar mama jadi chef didapur,lagipun diluar panas terik mama dah tak mampu nak duduk luar jadi mama ambik tugas memasak je lah. Hari last dikampung mama petang nih balik kampung en.azmi pulak hehehe tak jauh pun 10minit je.


Menumbuk bahan2 rendang guna lesung batu peninggalan arwah mak, guna lesung lagi sedap jadi marilah menumbuk. Rindulah pada arwah mak & ayah.. Dapatku bayangkan jika kau ada tentu suasana kan lebih bermakna...

Wassalam

Kejohanan Silat Olahraga

 Asalamualaikum... Mga kita semua didalam lindungan dan redha Allah swt. 3,4 dan 5 Mac anak-anak mama menyertai satu lagi kejohanan silat. K...